Sunday, November 2, 2014

Tentang Kita - Fynn Jamal Tahu #part4

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum



Dan kau tanya dalam diam 
Dengan mata kau biar pejam 
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri 
Satu per satu hilang ertinya 
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi 
Tapi mana kau harus pergi

Haruss 
Tak terpuas lautan 
Lapar tak terkenyangkan 
Kau tahu 
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala 
Sedang jawabnya lama kau ada 
Maka perlu apa kau bongkar gali 
Kalau cuma di letak tepi 

Sayu
Tak terjelas fikiran 
Rebah tak tersambutkan 
Kau tahu 
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetol-betolnya 
Lama mana begini 
Bertelanjang jiwanya 
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya 
Malam siang berganti 
Jawabnya tetap sama

Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan

#keepreading

13 comments:

  1. Assalamualaikum..azie s:)

    kali pertama ayie dengar nama fynn jamal dan lagu TAHU fynn jamal & tri hadzir nih. Klu tri hadzir ayie dah pernah dengar lagu dia sebelum nih. Memang penyanyi bergenre lagu2 lirik puitis dan irama yg agak indie.

    lirik akhir lagu tu ada lagi azie..mcm nih lirik akhirnya..

    Sayu...
    Tak terjelas fikiran
    Rebah tak tersambutkan
    Kau tahu, kau sayu..
    Kau rindu...sama Tuhan.

    azie mcm mana dgn kesihatan? makin ok eh? dah keluar wad ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam :)
      oh kali pertama eh , mesti pernah dengar penyanyi yang sama tajuk lagu nya Arjuna Beta ,nie pun best jugak..puas jugak nak paham maksud semua lagu dia nie...10 kali duk ulang dengar.

      haaa betul lah tu , dah mengantuk sangat sampai lirik pun boleh tertinggal..apa daaa...tq2

      huhuhu...macam tu lah..Alhamdulillah sihat...thanks.

      Delete
    2. lagu arjuna beta tu pun ayie tak pernah dengar lagi azie atau ayie tak perasan...haha.

      dah sihat eh..alhamdulillah syukur :)

      Delete
    3. try lah dgr , pastu cari maksud nya apa...huhuhu.

      sihat mcm tu laa , sakit tetap ada...ermm

      Delete
    4. rasa sakit lagi ke azie. sabar ye kuatkan diri. pantang mkn ikut nasihat doc...

      Delete
    5. huhuhu....klu dah teringin , langgar pantang rasanya...mana bole tahan...dapat sikit pun okay , tapi dapat sakit tu yg lama...aishhh

      Delete
  2. semua lagu fyn jamal bila dengar tersentuh sampai ke dalam hati..huhu
    sebab dia tulis lirik tu tulus dari hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha , betul2..tapi kene dgr banyak kali..maksud liriknya mendalam..org sastera jer tau nie...he3

      Delete
  3. puteri suka lagu ni..lagu arjuna beta pun best..mula-mula tu memang susah sikit nak faham...lama-lama memang layan...hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha , betul2..mula2 tu apa sebenarnya lagu ni nak sampaikan sebenarnya , lirik nya mendalam betul...bila asyik ulang2 dgr..oh baru paham dan sy suke sgt2...ahaks

      Delete