Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

FAITH makes all things possible,
HOPE makes all things work,
LOVE makes all things beautiful.
May you have all three in this New Year 2012

2012 ................... 1 pergi meninggalkan kita  !!!


SO APER AZAM TAHUN BARU ???


Tuesday, December 27, 2011

Ciri-ciri Vampire Yang Kita X tahu!!!


Salam blogger,film Twilight berdasarkan novel terlaris and HOT karya Stephenie Meyer,
membuat demam vampire kembali berdarah.Tahukah anda, manusia memang memiliki ciri vampire?
mari kita kaji selidik!!!
Vampire memang tidak wujud, hanya tokoh fiksi rekaan manusia.Namun beberapa penyakit
dan kelainan pada manusia menunjukkan characteristics seperti vampire.

check it out!!

Takut bawang putih
Takut bawang putih atau alliumphobia merupakan penyakit saraf yang menyebabkan orang takut pada tanaman ini dengan bau kerasnya.
Menurut legenda, vampire dapat diusir menggunakan bawang putih.
Tapi kalau masak pun sedap kan!!kan!!

Rabies
Rabies atau hydrophobia merupakan penyakit yang menunjukkan beberapa gejala seperti vampire.
Diantaranya keinginan untuk menggigit.
Sering digambarkan penyebab terjadinya vampire adalah gigitan kelawar.
Dalam kehidupan nyata, kelawar merupakan sumber paling umum infeksi rabies.
Bukan Love Bite tau!!!hehehe...

Benci Cermin
Eisoptrophobia merupakan penyakit yang membuat orang membenci cermin.
Beberapa penderitanya, melihat cermin akan memanggil hal-hal yang supernatural.
Menurut zaman classic, vampire alah terlihat pantulannya di cermin kerana tidak memiliki jiwa.
cermin + jiwa = cantik la kot!!!

Haus Darah
Ilmuwan menyelidik kelainan genetik darah yang disebut porphyria.
Vampire ini memiliki hasrat meminum darah manusia.
Namun, teori gejala ini dibantah oleh ahli biokimia David Dolphin.
Gejala sebenarnya adalah takut sinar matahari.
Seperti diketahui pada legenda-legenda, vampire hanya consume pada darah.


Taring
Hypohidrotic ectodermal dysplasia, merupakan kelainan genetik yang mempengaruhi
perkembangan gigi.Kelainan ini membuatkan gigi tumbuh secara abnormal.
Gigi yg tumbuh secara meruncing (tajam) iaitu taring.
Taring pada vampire mempermudahkan aktiviti mengisap darah untuk menjadi mangsa korban.


Terbakar sinar matahari
Xeroderma pigmentosum, kelainan ini menyebabkan DNA seseorang (vampire) tidak biasa
memperbaiki masalah yang timbul akibat cahaya ultraviolet.
Takut sunburn letew!!!





BE CAREFUL WHAT YOUR WISH FOR?maybe you are next!!!



Tuesday, December 20, 2011

Movie Trail Of The Panda

Salam bloggers, dah lama nak tulis entry pasal movie nie..tapi tak tahu nak mula dari mana dan nak berakhir dekat mana..tapi x per lah aku cuba di sini dulu..hari sabtu yang lepas klu x silap lah..jam menunjukkan pukul 1.00 am waktu itu..mata nie x mengantuk pulak..so dengan mata yang segar dan hati yang tenang aku menonton movie nie..

tengok citer Trail Of The Panda..mcm layan jer kan...memang layan pun!!!dalam dok tengok-tengok..eh!!ader panda cumel ler!!hehehe..geram pulak kat panda tu..rasa nak dukung mcm budak tu buat...tapi mcm berat jer...


citer nie bermula di sini....

    Tinggi di pergunungan wilayah Sichuan China, seorang budak anak yatim bisu berusia 10 tahun.Lu bukan nama sebenar telah menyelamatkan seekor anak panda yang terpisah dari ibu nya.Perjuangan Lu untuk melindungi anak panda itu dari wartawan amat lah susah dan merbahaya.Dia menamakan anak panda itu Pang Pang atau "Chubby" dan secara beransur-ansur mendapati keyakinan untuk bercakap lagi.Tapi dalam alihan bahasa inggeris aku dengan budak tu panggil panda tu pancake..ishh!!mana yang betul nie...


Sejak dari itu Lu pandai berkata-kata kepada anak panda itu, dan menjaga kebajikan anak panda itu sementara ader pihak lain yang akan memburu anak panda itu untuk di bawa ke pusat pemulihan alam di kota China.Dan di sini lah bermula nya episod persahabatan antara manusia dan haiwan iaitu antara Lu dan anak panda.

oh!!!baru aku paham kenapa anak panda tu di jaga oleh budak Lu nie, sedey citer nyer..mcm2 usaha Lu lakukan untuk menjaga anak panda nie..sehingga aku rasa mcm nak menagis..touching letew!!arghh!!!kenapa ler dia wat citer mcm nie..sedey tau..


aku teruskan juga menonton sehingga Lu ingin menyelamatkan dan memulangkan anak panda itu ke ibunye kembali..time nie yang sedey nie...klu korang x caya korang tengok ar sendiri...sian budak tu..tapi yang syiokk nyer dia leh kawan dengan anak panda tu..nie yang kene cari panda lah pulak...tapi kat mana?

jom kita gi china kat sana banyak kot..hehehe

sekian I love Panda..





Sunday, December 18, 2011

I Love Merlin

colin morgan & bradley james


destiny and chicken

Cigarettes Will Kill You

merlin | Tumblr

Obsession: Boys

For The Love of Camelot ♥

• Промо ›› 4 сезон [1] | 183 photos

Katie McGrath Source Gallery: Click image to close this window



azie namico...kenal?hahaha



Muhasabah Diri

• ☑ Setiap ilmu ada amalannya..
• ☑ Setiap perkara ada sebabnya..
• ☑ Setiap persoalan ada jawapannya..
• ☑ Setiap perlakuan ada ganjarannya..
• ☑ Setiap kesulitan ada kemudahannya..
• ☑ Setiap kesenangan ada rahmatnya..
• ☑ Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya..
• ☑ Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapannya..

Lalu, renungi dengan mata hati..
Berfikir dengan akal kurniaan ILAHI..
:: ☑ Jom muhasabah :: ☑ Dakwah hati :: ☑ Tarbiyah diri ::

hi its me!!!

Thursday, December 15, 2011

Menurut Imam Al-Ghazali

Setiap manusia ada mempunyai sifat marah, begitu juga haiwan. Seekor kucing yang jinak dan manja akan marah apabila kita menyakitinya dengan menarik ekornya beberapa kali.

10 punca menyebabkan sifat marah:-

# rasa bangga diri (sombong)
# takjub kepada peribadi sendiri
# suka bergurau senda yang ber lebihan dan melampaui batas
# suka bercakap perkara sia-sia
# suka membuat fitnah
# suka berbantah-bantah dalam sesuatu perkara
# khianat
# tamak kepada harta dan pangkat
# tidak dapat mengendalikan nafsu dan emosi dengki dan irihati.

Marah keterlaluan dilarang Islam kerana mendatangkan kesan dan implikasi tidak baik kepada orang yang marah, juga orang kena marah.

salam.

Wednesday, December 14, 2011

Cucu & Tok Abah

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Tok Abah: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar???
               Besar nak jadi apa???" (tok abah marah tahap gaban)
Cucu: "tok abah  nie asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain.
         Cu tak pernah pun marah bila tok abah tak sama seperti kawan-kawan sebaya tok abah yang lain."
Tok Abah: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya tok abah semua dah jadi arwah kan?"
Tok Abah: "?...?...?...?...?...?"

kuang ajaq punyer cucu..!!!!hahahaha

Monday, December 12, 2011

Aku Wanita Biasa

YA ALLAH
mengapa wanita sering menangis?
Jwbnya:

KERANA wanita itu unik.

AKU ciptakan ia sebagai makhluk istimewa"
AKU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya"
AKU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman"
AKU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia"
AKU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah"
AKU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun"
AKU kuatkan batinnya utk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman"

walau disakiti oleh orang yang ia sayangi Wanita mahkluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis .. itu kerana
AKU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
"WANITA..KAMU ISTIMEWA"

Sunday, December 4, 2011

3 PERKARA MUSTAHIL DALAM DUNIA!!

-Anda tidak boleh mengira rambut anda
-Anda tidak boleh membasuh kedua mata dengan sabun
-Anda tidak boleh bernafas jika lidah anda berada di luar

ok sekarang masukkan balik lidah anda,you look like a ***... HAHA ! xD

ermmm...aper lagi yang mustahil dalam dunia nie ya...bole lah tambah?

Tuesday, November 29, 2011

Beza Cinta..Sayang...Minat...dan Suka..

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi, tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau.


Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.


Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. Dan dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah.


Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

Thursday, November 24, 2011

Bertegur sapa

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

SO JGN LA KITE X BRTEGUR SAPA

Wednesday, November 23, 2011

Mencari Pelangi


Bagi jiwa-jiwa yang merasakan kehidupannya sentiasa kelam dan muram hingga menjadikan matanya silau melihat kehidupan.
Bagi jiwa-jiwa yang sering kecewa dengan dosa-dosa semalam dan ragu-ragu menghadapi hari esok.
Yakinlah, bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan seluruh perjalanan hidup kita sudah ditentukanNya sejak azali lagi. Tidak ada satu episod daripada kehidupan kita melainkan sudah diketahui oleh Allah bahkan Allahlah yang menentukan segalanya dengan ilmuNya yang Maha Luas.
22. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al Hadid)
Bahkan Allah yang mengatur kehidupan kita itu Maha Lembut terhadap hambaNya, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan Allah yang telah menentukan skrip dalam setiap episod hidup kita itu ialah Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Bahkan ketika kita berdoa mengadu dan membongkarkan segala kelemahan diri, Allah lebih mengetahui segala kelemahan kita samada yang zahir dan tersembunyi.
Ketika kita bermunajat mengadu dan memohon keampuan akan dosa dan kesalahan kita, Allah berkata “Aku tidak peduli”. Ya, Allah tidak peduli bahkan tetap akan diampunkan dosa-dosa kita walaupun dosa kita memenuhi langit dan bumi.
Daripada Anas r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Telah berfirman Allah SWT ; Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, Aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku, sedang engkau tiada menyengutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula. (Hadis riwayat Tirmizi)
Bahkan dalam satu hadith Qudsi Allah swt menggambarkan bahawa Dia begitu suka kepada hamba yang bertaubat lebih dari seorang musafir yang kehilangan tunggangan dan bekalan makanannya ditengah padang pasir. Ia terus merentasi saat-saat yang begitu memeritkan hingga akhirnya ia menggali lubang dan berteduh lalu dipejamkan matanya. Apabila dibuka semula matanya ternyata tunggangan dan bekalan makanan minumannya berada didepannya hingga dia begitu gembira lalu berkata “Ya Allah, engkaulah hamba dan akulah tuhammu” (Tersilap kerana terlalu gembira). Wahai jiwa-jiwa yang sering menangisi kelemahan diri atau merasakan dirinya sering disakiti hati dan perasaan.
Ketahuilah, setiap keluhan jiwa kita, setiap luka-luka dihati kita dan setiap titisan air mata yang kita tumpahkan semuanya dalam ilmu dan perhitungan Allah bahkan Allah begitu kasihkan hamba-hambaNya lebih dari apa yang kita sangkakan. Inilah kunci kebahagiaan jiwa, kelapangan dada serta kejernihan hati dan fikiran. Disinilah letakkannya kebahagiaan hakiki, bukan pada kemudaan yang akan meninggalkan kita, harta yang akan berkurangan atau apa saja yang bersifat sementara.
Sungguh, sekiranya kita benar-benar mengerti tentu kita akan menemui kebahagiaan itu begitu dekat dengan diri kita bahkan sebahagian dari jiwa kita. Namun kesibukan dunia sering melalaikan kita hingga kita tidak mampu menerokai kekayaan yang telah Allah bekalkan pada kita untuk mengharungi kehidupan ini. Sungguh Allah itu Maha Lembut dan Maha Pengasih kepada hambaNya.



Monday, November 21, 2011

Maaf!!!!

salam blogger,hari nie saya tahu silap saya kat mana...
maafkan saya...saya akan terus berusaha ke arah yang lebih baik
hari ini memang silap saya
saya tidak yakin dengan kemampuan diri saya..akhirnya saya kecundang juga 
hari ini memang silap saya
dari mula nama saya dipanggil saya dah dapat rasakan
saya x mungkin dapat buat yang terbaik nanti
tapi saya dah cuba dan dengan tenang saya selesaikan juga
akhirnya saya silap juga
saya tahu ini memang silap saya
maafkan saya..
saya berjanji akan buat yang terbaik lagi 
berilah peluang sekali lagi untuk saya tebus kesilapan saya itu.
saya tahu ini memang silap saya..
adakah kesilapan saya nanti akan diingat untuk selama-lamanya
ya!!saya akan ingat untuk saya terus tidak buat silap lagi
tapi saya jadi takut..takut dengan diri sendiri
ini lah saya
saya mesti kuat...maafkan saya




Sunday, November 20, 2011

Special Date

salam blogger,you know what day is TODAY..today is 20/11/2011 = 20112011 so awesome kan.Certain dates, when written down in figures, have a very interesting appearance.


so what do you believe?hahahaha

Saturday, November 19, 2011

Bersabar Lah Hati.

‎'Belajarlah bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu,Bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk semangat berdikari kamu,Bersyukur kepada orang yang m'jatuhkan kamu kerana dialah orang yg m'perhebat kan abiliti kamu,Bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.



Friday, November 18, 2011

Nasi Lemak

Mama punya nasi lemak ! Perghh SUPERB Umpphhh ! Dengan telur rebus tengah dia cair . Omaigoddd ! ♥
Serius nikmat gila nak mati ! aku makan macam... ahh nak lagi ! tapi malangnya tong aku dahh full :D
Memang tido kekenyangan lah malam ni :D


Wednesday, November 16, 2011

Badai Semalam


Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.


  Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.


  Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.


  Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.


  Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
 
Pelakon:Erra Fazira
             Aaron Aziz
             Fizz Fairuz
 
Tenaga Produksi :Pengarah : Khairunazwan Rodzi
Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim
 
Tiket :RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300
 
Tempahan/Pembelian Online:www.ticket2u.biz
Hotline : 03-4147 8600
 
Maklumat Lanjut:
Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558


azie dah pun book n beli ticket nie awal tahun nie..bulan mac lalu...dasatkan
so minggu nie dapat lah melihat Seth Tan dengan lebih dekat lagi
wahh!!!





 

Monday, November 14, 2011

I Just Wake Up


salam blogger,today Not really in the mood of study...so how?
if I not manage to get the result I want I cannot go the place I dream of.
Well, being really restless today
Opps
Here some tips for everyone WHO is having exam now or want to release tension..don't be stress
It do really make my life better With all the books SURROUNDING me...
check it out!!!

1.Junk foods around YOU or CHOCOLATE...yummy!!!
is proven that is really delight one
(side effect) u are going to gain weight babe

2. Facebook/Blogging/Dota (lolzzz) which mean online
well I do believe that Online can relax your mind
(side effect) Time will flies

3. Watch some dramas or do some SPORTs
some It relax your mind and eyes (no longer reading the stupid text)
(side effect) u might be very tired and fall sleep later on because it always happen on me.
hahaha...

Sunday, November 13, 2011

Saturday, November 12, 2011

::..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.. 

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia.. 

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.. 

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..-)