Thursday, September 29, 2011

Rokok



Sepasang kekasih di kedai makan.
GF : u tau x rokok ni blh wat u cpt mati?
BF : mane ade. Jodoh ajal maut semua kat Tuhan yang tentukan...
GF : hmmmm...berapa banyak u habiskan duit untuk rokok?
BF : satu kotak Dunhill RM10. Perghh! Feeling...
GF : satu hari satu kotak. seminggu RM70. Sebulan RM2,100. Setahun RM25,200...ayg mule isap rokok bile???
BF : pandai math u ni...dri tingkatan 2. kenape?
GF : skrg ayg punye umo 24. 24-14=10.. and then RM25,200 darab dengan
10 dapat RM252,000! Banyakkan yang u dah bazirkan dlm tempoh 10 tahun.
BF : so? I ade mintak duit kat u ke nak beli rokok? Tak adakan?!
GF : memanglah takde tapi kalau u tak merokok and u simpan skrg u dah boleh beli Skyline ke... Evo ke... semua boleh!
BF : u isap rokok x yang?
GF : Tak yang...kenape tanye mcm 2?
BF : kalau u x isap rokok mcm i...mane Skyline u?
GF : !@#$%^&%*!!!

p/s:klu lah dapat 1 skyline nie...wahh!!!leh wat collection cars..hebatkan sy?

Tuesday, September 27, 2011

Lelaki Nakal Lebih Diminati

Sesetengah perempuan berfikiran bahawa lelaki nakal lebih menarik berbanding lelaki yang skema atau lurus. Lelaki nakal yang dimaksudkan ini bukan yang pergi merompak itu tapi lelaki nakal yang dimaksudkan ini ialah lelaki nakal yang suka melakukan perkara-perkara membuatkan perempuan tertarik dengan kelakuannya seperti berjenaka, bermanja dan banyak lagi.


Antara 5 sebab lelaki nakal lebih diminati:


1. Lelaki Nakal Lebih Yakin
Keyakinan yang terdapat pada diri mereka membuatkan perempuan tertarik. Mereka tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadap mereka. Mereka pandai mengurat-sangat dangerous ok!! dan tidak takut untuk mendekati perempuan. Tidak seperti lelaki baik, mereka akan teragak-agak untuk mendekati perempuan.


2. Lelaki Nakal Lebih Tahu Berkomunikasi
Mereka sentiasa dapat membuat perempuan gelak ketawa dan tidak bosan berbual bersama mereka. Mereka selalu bualkan perkara yang lain dari yang lain bukan seperti pelajaran, politik dan perkara lain yang orang sudah tahu dan agak membosankan. Mereka ada sahaja perkara menarik yang ingin dikongsikan bersama orang lain...


3. Lelaki Nakal Lebih Suka Cabaran
Semua orang sukakan cabaran dan cabaran mempunyai pelbagai jenis. Lelaki nakal lebih sukakan cabaran yang dapat menunjukkan kehebatan mereka seperti seorang hero atau pahlawan. Perempuan memang sukakan seorang lelaki yang mempunyai sifat hero atau pahlawan ini kerana mereka berpendapat bahawa lelaki seperti ini dapat melindungi mereka yang bersifat lemah.haruslah!!gagah sangat!!!


4. Lelaki Nakal Lebih Romantik
Lelaki nakal ini selalunya mereka mesti pandai bermain alat muzik dan menyanyi. Mereka dapat mencairkan hati perempuan dengan permainan jari jemari mereka itu. Mereka juga pandai berkata-kata sehinggakan perempuan tidak keruan mendengarkannya.ya ker?


5. Lelaki Nakal Lebih Pandai Bergaya
Kebersihan dan penampilan seseorang adalah amat penting bagi mata perempuan. Lelaki nakal lebih pandai bergaya kerana mereka mahu di lihat seperti hebat dan segak. Sudah tentu perempuan akan tertarik dengan penampilan lelaki tersebut.yang nie aku suka!!!wangi nyer kamu!!!rasa cam nak jalan sesama..bole x?




Sunday, September 25, 2011

Tips Untuk Mengorat Awek

Salam blogger...Nak mengorat pun kena ada gaya dan cara. jangan main tegur jer silap hari bulan kena sembur balik! bagi yg ada masalah speechless, chat up lines ni mungkin korang boleh praktikkan. tak yah kontrol2 macho @ ayu sangat sebab adalah lebih baik kita jadi diri kita sendiri. 19 tip yang agak tinggi risikonye untuk korang kena penyepak @ dikatakan gilerr. tapi aku rasa, kalau kita betol2 ikhlas, ape salahnye approach cenggini korang cuba!



  1. excuse me, i baru lagi kat sini. boleh bagi direction camner nak pergi rumah u??
  2. u tau tak? mata u ni sama color ngn porsche i.
  3. senang citer camni lah ape kata u amik telefon i ni, nanti i kol u.
  4. boleh x saya nak amik gambar sedari? nak tunjuk bukti kat kengkawan yg bidadari syurga betol2 dah menjelma
  5. mintak maaf cik. boleh saya pinjam telefon cik kejap? emergency ni!. mak saya pesan, kalau saya dah jatuh cinta,telefon dia cepat.
  6. nombor i hilang lah, boleh i mintak nombor u?
  7. helo, saya pencuri & saya saya kat sini sebab nak curi hati awak
  8. i tak tau camner nak cakap…tapi i dah rasa u dah betol2 curi hati i.
  9. sakit x bila jatuh dari syurga?
  10. kalau lah u ni bugger baru kat mcdonalds, i akan panggil u, mcgorgeous!
  11. i perasan yg u perasan i perhatikan u, u perasan x?
  12. hai! nama saya right…Mr right.
  13. hai! saya MR right. ada org bagitau awak cari saya eh..?
  14. awak x penat ker? sebab sepanjang hari awak asyik berlegar-legar dlm kepala saya.
  15. hah, skrng saya dah ada depan awak, ape lagi 2 permintaaan awak?
  16. hai! saya cuma nak cakap i rasa u awek paling cantik pernah saya nampak, jadi saya belikan air ini untuk awak.
  17. hai! suara dalam kepala saya asyik hasut i suruh i dekat & bercakap dgn u.
  18. u tau x ape yg paling cambest dlm hidup u? i.
  19. hai! i cuma ada 3 bulan jer lagi untuk hidup.

korang try la ekk…harap2 dpt awek yg korang usha2 tu…chilll!!!

Friday, September 23, 2011

Bila Lelaki Serius Dalam Percintaan

1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan…

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu..

6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya..

12. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu…

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.


Thursday, September 22, 2011

Penawar Rindu

Soalan : "Ustaz, kenapa ya hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab. Ada orang kata syaitan yang ganggu! Ada petua tak untuk elakkan hati kita ni sedih? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu. Tapi tak tau rindu pada siapa?"


Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus : "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG
HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR...."


wuawuawuaaa...gua dah nagis dulu dah nie...touching sangat!!










Wednesday, September 21, 2011

Holiday is Over

Salam blogger...ermm..pejam celik,x pejam pon celik...sekarang sudah tiba masa nyer aku kembali bekerja seperti biasa setelah lama pergi berHoliday..percutian kali nie kurang menyeronokkan because still ader paper work yang kene study and training yang tidak henti..kali nie rest x hingat dunia..jom check it out my Holiday..


Perjalanan bermula di sini...


Cameron Highland berjumpa dengan Seth tan..hahaha..*dush..dush*alu ar..
saya suka strawberry
kemudian disebalik taman bunga rose yang aku singgah ader wanita nie
comelkan dia..nama dia?
jadi semua bunga rose aku beli di sana mcm nora elena..ehemm..
harum..like my body after shower..ulalala..
tapi di pertengahan jalan aku rasa mcm tak cukup..aku patah balik..
aku grab yang nie pulak..wahh!! different color
tapi!!!mata nie x leh tengok yang nie...
blue color?bau dia mcm bunga rose...hahahaha..
ermm..tangan dah penuh..ader bende lain lagi yang x beli..
aku berlari ke cars mengisi brg yg di beli tadi..otak ligat berputar..
*tink..tink.. thinking..ohyaa..
esok ader lagi bole..bole..
nanti kan saya di musim ke-2..jom balik..
pulang sudah..nak siap2 makan malam pulak..
daaa..








Tuesday, September 20, 2011

Kisah Mat Rempit

Amran seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.


Pada suatu hari, malang tidak berbau, Amran terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Hantu Kak Limah pulang ke rumah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Amran telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Amran sehingga tembus ke belakang tengkuk Amran.


Bergegas Pak Amin ayah Amran ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,


Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.


Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.


Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.


Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?


Pak Amin: Anak gua tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


tau x per!!!kene kejar ngan hantu bonceng baru tau...setiap mat rempit ader ceritanya..

Monday, September 19, 2011

gembala biri-biri

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....


pakcik nie x makan ubat lagi lah wahai pemuda...ehehe (senyum kambing)


sungguh menyayat hati

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil pegang-pegang dada bapa mertua.
Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.
Dalam gabra itu, si menantu pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: "Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!).." Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.
Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: "Bila masa kau jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..".
kah kah kah ;)


terbaikk!!!

Sunday, September 18, 2011

hiburan saja

Lelaki: Sudikah awak berkahwin dengan saya?
Perempuan: Awak ada rumah?
Lelaki: x.
Perempuan: Awak ada BMW?
Lelaki: x.
Perempuan: Berapa banyak gaji awak sebulan?
Lelaki: Tak ada gaji. Tapi...
Perempuan: x ada tapi2. Awak tak memiliki apa2. Macam mana saya nak kahwin dengan awak? Tolong pergi!!
Lelaki: (Cakap dalam hati) aku ada sebuah villa, 3 bidang tanah, 3 buah Ferrari, 2 Porsche. Kenapa aku kena beli BMW? Macam mana aku nak dapat gaji kalau aku sendiri bos? ~AW~

hehehe...

Friday, September 16, 2011

Cars

LEXUS : Luxury EXports to United States



FORD : For Only Romantic Drivers



HYUNDAI : Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive




VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object



PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything



KIA : Kills In Accidents



TOYOTA : The One You Only Trust Always



AUDI : Awek U Dalamketa I



PROTON : Powerwindow Rosak Oooh Tidaaakkk Ohhhh Noooooo
Roewe 750


klu lah semua kereta yang di atas jadi milikku...alangkah bahagia nyer...hehehe

Thursday, September 15, 2011

Lagu Satu 1 Malaysia

salam blogger....today rasa mcm nak nyanyi jer..tapi lagu nie asyik main di kepala jer...dari bangun tido sampai lah nak gi mandi...klu dah dalam bilik air per lagi?sound mesti kuat punya...tau lah hari malaysia esok jer...perghhh!!!semangat tol lah aku nie...


Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti


Verse 2
Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama


Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia


Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa


Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati


Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia


----------------------------

Tuesday, September 13, 2011

The Cave of the Golden Rose


salam blogger...semalam  Italian fantasy film series ini di tayangkan di TV 9, amat lah teruja nyer saya..film nie saya tonton pada abad ke berapa tah x ingat sangat..tapi jalan cerita nyer masih segar dalam ingatan...masa tu saya darjah 4 x silap...tapi ini lah kali pertama citer owg putih saya tonton..memang terbaik!!!


Fantaghiro nama diberi...seorang yang cantik dan bijak dan membawa masalah dalam keluarga di raja nya.Satu hari, Raja pahlawan menerima jemputan dari musuh raja Romualdo untuk perang tanding yang berpotensi boleh menamatkan perang selama abad yang telah berlaku di antara kedua-dua kerajaan. Pahlawan raja kemudian belajar bahawa satu-satunya anak perempuan dari tiga orang adik beradik itu boleh menang perang tanding. Fantaghirò melihat ini sebagai peluang untuk beliau untuk membuktikan dirinya.



Fantaghiro


Fantaghirò and Romualdo are due to be married.tetapi perkahwinan mereka adalah jalan pintas apabila berita tiba bahawa bapa Fantaghirò telah diculik oleh Ratu Hitam. QueenBlack menuntut bahawa Fantaghirò dan Romualdo mengemukakan kepada pemerintahan beliau, tetapi mereka enggan dan Romualdo mengisytiharkan perang.Beliau menyatakan dengan tenteranya, dan meninggalkan Fantaghirò, yang telah bersumpah tidak mengangkat senjata lain untuk sepanjang hidupnya. Walau bagaimanapun,Fantaghirò mendapati bahawa dia telah memungkiri janji itu, dan secara diam-diam menyatakan sendiri kepada Kerajaan Jahat, di mana beliau mendapat tahu bahawa rancangan Queen Black adalah lebih jahat.


The evil wizard Tarabas...is so handsome..hehehe learns that his powerful kingdom will be defeated by a royal child of no more than 10. He becomes obsessed with learning how this will happen, so he orders his clay warriors to kidnap all the royal children of the world. When the children of Fantaghirò's sisters become targets, Fantaghirò and Romualdo protect them from the attacking clay soldiers. However, during the fight Romualdo accidentally falls into a cursed river and turns into stone. Fantaghirò then learns that she has to find Tarabas if she wants to save her beloved Romualdo (so macho like?)

Tarabas


Awan hitam bergerak di muka bumi memusnahkan segala-galanya ia menyentuh.Apabila awan hitam menggunakan istana Fantaghirò, dia pasukan dengan Prince Parseluntuk menjejaki awan hitam asal usul dan berhenti sesiapa yang pemutus. Sepanjang perjalanan, Fantaghirò bersatu semula dengan Tarabas wizard, yang bersetuju untukmembantu mereka atas usaha mereka, dan Anjelica Puteri, yang cinta dengan Tarabas.

Stone Warrior yang bole bercakap..nak 1?