Salam Blogger ,
Pada hari Jumaat yang lepas tanggal 17 Feb 2012 , aku pulang ke kampung halaman dengan hati yang girang , mana tidak nya aku dah lama x balik selama 3 bulan , agak lama jugak lah kan , tapi my parent x kesah janji jumpa sekejap pun jadi lah , hehehe....
Al-kisah ceriteranya bermula di sini ,
Sampai sahaja di Kampung Hang Tuah , aku bersalaman dengan Bondaku , ishh..!!!Bonda , Ayahanda mana?Aku ala-ala anak puteri Hang Li Po merupakan 7 keturunan Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama) menanyakan soalan kepada Bonda yang tercinta ?, ok x der kene mengena dengan ini cerita , harus lah berdramakan..sebab kg ku di Melaka yang merupakan sejarah pengasasnya bermula dengan Kesultanan Melaka oleh Parameswara , seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang..
Ok lah bukan citer ini yang ingin di sampaikan tapi ...
Ya ini dia sebuah Novel yang aku beli di kg untuk di bawa bekal kemana saja aku berada nanti , bosan tau klu x membaca anda harus paham kan !!!
Novel ini di garap kemas oleh penulis buku OMBAK RINDU - Fauziah Ashari siapa yang x kenal tu memang rugi lah jawapnya, tapi kali nie Novel Kanku Kejar Cinta Kamu sekali lagi mengundang resah aku, mana x nyer baca sahaja cover review jalan cerita nya aku dah agak dah..memang terbaikk !!!x rugi membelinya.
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka.
Kerana cinta , mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta , meraka lupa pesan papa dan abah meraka. Kerana cinta , meraka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air.
Sehari selepas berada di tanah air , Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, "Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. "Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa."Raiyan juga pernah berpesan, meraka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler !
Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus terang , hidup keluarganya terancam. Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari.
Hisy! aku nak kene mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh!tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia.Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi bosan kot. Argh! tak boleh jadi ni!-Alma
You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macm-macam perangai, buat I tergolek, pening tau - Raiyan.
"Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan."Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hilter...
p/s:dah pun baca separuh - Raiyan so handsome mcm Tarabas,hehe...teruja!!!
salam.