Monday, April 30, 2012

NANA ker?

Salam Blogger , 
Mood monday blues , hahaha...tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda *lagu Tan Sri P.Ramlee* cewah ! bukan ini yg ingin di rungkaikan tetapi masa makan tengah hari tadi aku terserempak dengan NANA ker ! kenal ? nana mahazan a.k.a nana AF..hehe

Dia sedang makan aku kacau jap untuk mintak autograf
TARAAAA...

Aku siap bawak diary time tu...mana lah tau nak catat perkara penting yg terjadi di sekeliling aku
untuk di simpan..hahaha


Kami berborak kejap , then aku terus bla sebab time tidak mengizinkan...banyak benda nak diuruskan
oohhh ya aku lupa , aku terserempak dia di TPM bukit jalil. Di restoran Classic Bonda..memang best.

Aku ke sana sebab HR Dept aku di Enterprise 4 Technology Park Malaysia.
 untuk menghantar letter dan sempat berjumpa dengan member2 lama..
miss them..weeee !!!

p/s:-nak amek gambar sama tapi malu..kekeke..x kecewa pun..

salam.

Saturday, April 28, 2012

SEGMEN BLOGLIST | Daku Amat Menyintai Mu


DAKU MAHU SERTAI SEGMEN BLOGLIST | DAKU AMAT MENYINTAIMU

Taraaa !! Anjat boboi eh???hehe...sy ingin mengucapkan

Terima Kasih kepada Ayie sebab bagi saya semangat di saat saya memerlukan. 
Terima Kasih sebab menganggap saya sebagai kawan dan teman.
Terima Kasih sebab nasihat saya macam-macam.
Terima Kasih sebab ambil berat.
Terima Kasih sebab rajin sembang-sembang dgn saya pasal isu2 yg berkaitan & Isu semasa.
Terima Kasih sebab bagi saya Ilmu.
DAN 
Terima Kasih buat segment nie...
Hanya ALLAH yg dapat membalas jasa mu.Alhamdulilah syukur dapat kenal dgn kamu Ayie.
Eh !
Tunggu apa lagi jom join segment nie dan ikuti 6 syarat mudah yang tertera di bawah :-

1 - Mesti follow blog Daku Amat Menyintai Mu dan LIKE fanpage nya sekali.

2 - Buat entry mudah yang bertajuk : Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu.

3 - Copy paste banner segmen. 

4 - Kemudian buat tajuk kecil di bawah banner (seperti yang anda lihat di Entry ini) yang bertajuk "Daku Mahu Sertai Segmen Bloglist | Daku Amat Menyintai Mu"

5 - Tag 1 rakan blogger lain (kalau nak tag lebih lagi awesome). 

6 - Kalau dah siap link kan Entry anda di kotak komen di Entry ini. (AKAN DIBUAT LEPAS PUBLISH)..hikk

Setiap link blog yang menyertai akan dimasukkan ke dalam senarai Bloglist Daku untuk menjadi rakan blogger blog Daku Amat Menyintai Mu 

Segmen kali ni Azie tag Scorpie-Moppy

Tarikh tutup Segmen Bloglist ini adalah pada 10 Mei 2012.

Sekian dari Lumut

Thursday, April 26, 2012

Assalamu Alayka...



My heart is so full of longing

I wish to be close to my Beloved

I dream to walk in the streets of Medina

And to quench the thirst of my spirit
By visiting you, O Muhammad!

madina at night [islam].jpg

Hati saya begitu penuh kerinduan
Saya ingin menjadi dekat dengan "Kekasih"
Saya impikan untuk berjalan di jalan-jalan di Madinah
Dan untuk menghilangkan rasa dahaga semangat saya
Dengan melawat anda, wahai Muhammad!


O Prophet of Allah, O Messenger of Allah-Amin

Tuesday, April 24, 2012

Kesepian



Dimana...kamu dimana...di sini...bukan
Kemana...kamu kemana...ke sini...bukan
Katanya pergi sebentar...ternyata...lama
Tahukah..aku sendiri menunggu kamu...

Jangan kau pergi lagi
Aku tak mau sendiri
Temani aku untuk sebentar saja
Agar aku tak kesepian...


Salam.



Monday, April 23, 2012

Be Strong !


SMILE !
IT WILL MAKE YOU LOOK BETTER
PRAY !
IT WILL KEEP YOU STRONG
LOVE !
IT WILL MAKE YOU ENJOY LIFE
=)

Sunday, April 22, 2012

Tidak Boleh !


 Seorang anak bertanya pada ibunya.

Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?

Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.

Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?

Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.

Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?

Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.

Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.

Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?

Mama : Tak boleh!

Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...

Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick

Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....

Mama : Justin !!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!


p/s: yang nampak mcm perempuan tu ader tak mcm selena gomez..hehehe


Novel Tabu

Salam Blogger dan Selamat Berhujung Minggu..

   Kali ni tido agak lewat , bermacam-macam rasa yang terbit di minda , harap ianya mainan perasaan , cewah! Padahal dah tido siang tadi , banyak pulak songeh nyer...nasib baik ader peneman setia yang terlalu setia. Ahaks !! jom check it out babe..

<<play>>



Bibi tahu dia cantik. Dia bukan BBL (Big Beautiful Lady) biasa. Hidupnya selesa dengan rakan baik yang sentiasa di sisi, dan juga kekasih gelap warga asing yang sangat setia.

Malangnya, keselesaan itu berakhir apabila dia berhadapan dengan dua misteri. Misteri ketika dia cuba mengenalpasti identiti pemilik telefon bimbit yang dia temui, dan misteri tentang kematian mengejutkan rakan baiknya.

Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati dan cuba menyelinap zon TABU yang mungkin akan mengancam kebahagiaan dan keselamatan dirinya sendiri.

Ya, Bibi bukan BBL biasa. Di sebalik pakaian yang besar itu, tubuhnya sarat menyimpan 1001 cerita!





Finaly aku dah dapat beli dan habis baca TABU dari Jejaka Anggun yang meletop lagi hot mengalahkan divas-divas seantero dunia tu.

Kepada sesiapa yang berbadan besar diluar sana,yang kurang motivasi baik baca buku ni sebagai buku motivasi. Pasti anda akan lebih menghayati jalan cerita ni. Walaupun penulis ni LELAKI, tapi..dia berjaya menulis seorang watak perempuan dengan begitu baik seolah-olah dia tu perempuan!!!

terbaik!!



Saturday, April 21, 2012

Kata Mutiara

Only "Allah" Can Change
People From "Zero" To "Hero"
From "Nothing" To " Something"
From "Nobody" To "Somebody"

Keep Praying & Remember Allah


Salam...

Wednesday, April 18, 2012

10 Perkara Jangan Lakukan Di Facebook

Salam Blogger,


   "Lawak betul minah ni , gambar bogel masa kecil pun nak upload !" hehehe...bukan ini yang ingin di cerita tapi ....


<<play>>
  • Status mengatakan kamu seorang diri di rumah atau kerja lebih masa di pejabat. Bukan itu saja , malah kamu siap beritahu berapa lama kamu berseorangan. Bahaya betul !

  • Gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akuan. Bukan saja kamu bakal dituduh "suka menunjuk", tanpa sedar kamu juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepatutnya di ketahui orang lain.

  • Upload gambar "terlampau", walaupun hanya orang tertentu saja yang boleh melihatnya. Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut ! 

  • Merungut perihal kerja walhal majikanmu juga ada dalam senarai temanmu di FB. Ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjayamu.

  • Syok sendiri. Kamu suka "Like" dan komen pada gambar atau status kamu sendiri. Adeh ! 

  • Beri pandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensitiviti teman FB kamu yang berlainan bangsa dan agama.

  • Katakan sesuatu yang belum pasti seperti, "Saya dapat kereta mewah bulan depan !", malangnya bank tak luluskan pinjamanmu. Sadis !

  • Status marahmu. Walau sedang "panas", elak luahkannya di FB. Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula yang terasa. Kamu juga akan dilihat sebagai "minah baran". Kejam.

  • Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah. Kamu memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tak baik.

  • Jawapan telus. Apa saja yang ditanya, kamu pasti akan jawab, termasuklah angka gaji. Kamu mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial ya! 

Saturday, April 14, 2012

Kougar



Salam Blogger dan Selamat berhujung minggu ,

  Entah kenapa semalam , lepas saja habis membuat semua kerja rumah , mata pulak tak mau tido mungkin disebab kan air nescafe yang suam2 panas itu di minum atau ?? (senyum kambing) weee...

Jam menunjukkan waktu pagi 4.00 am tepat , aku melayan sebuah buku dari keluaran FIXI yang baru sahaja di beli. 

<<Play>>

 


Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.
Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan   ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?

KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!


p/s:- saya dah pun baca so be sure to grab it if you can, I sure liked it because it dealt exclusively with the life of a cougar while glancing sideways at people who pass judgements and look down on her kind, yet remain oblivious to their own vices.


Thursday, April 12, 2012

Profesor dengan Pengayuh Sampan

Salam Blogger , 


Anda pernah dengar cerita seorang professor dengan pengayuh sampan? Suatu hari seorang profesor menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah sungai, profesor bertanya, "Kamu pandai menulis dan membaca?"


"Tidak. Saya buta huruf,"jawab pendayung sampan.


"Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."


Sampan bergerak pelahan. Tak lama selepas itu, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan wang di bank?"


"Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan," jawap pendayung sampan lagi.


"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."


Sampan terus bergerak.Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Kali ini pendayung sampan bertanya kepada profesor, "Tuan , adakah tuan pandai berenang?"


"Eh...eh...saya tidak tahu," jawab profesor dengan nada panik.


"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"


Pengajaran:-Cerita tadi menunjukkan betapa setiap orang mempunyai kebijaksaan masing-masing. Walaupun tak pandai membaca dan menulis, pengayuh sampan pandai berenang. Sebaliknya, profesor yang mampu menulis dan membaca tidak pandai berenang. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.


Jadi dengan kebijaksaan masing-masing manusia boleh mencapai kejayaannya.Malangnya, ramai yang belum mengetahui apakah kelebihan atau keunikan diri masing-masing.


Salam Jumaat.

Wednesday, April 11, 2012

Funny Day !!!

 

For a boy its easier to pick up a 40 - 50 kg girl.


But for the same boy its difficult to pick up a 14.2 kg Gas cylinder.

Moral of the story: Dedication & Interest matters!!

Saturday, April 7, 2012

Pet Society Penghibur Hati



Name : Tapaput 
Pemilik : Azie Namico (^_^) \/
Usia : 4 tahun 3 bulan
Gender : Female
Level : Supeb Pet (Golden Star)


<<Play>>

Jom singgah rumah saya ya !!!


Hall-ruang tamu

Dining hall-ruang makan

Wet kichen-Dapur basah

Wardrobe-almari pakaian

 
Master Bedroom-Bilik tidur utama

Master Bathroom-Bilik mandi utama

Study Room-Bilik belajar/kerja

 
Garden Homegrown Enchanted Fruits

Garden Homegrown Spirit Fruits

Inilah Dunia Senyap saya !!!

Friday, April 6, 2012

Diary Hatiku

Salam Blogger ,


  Tanggal 2012 , pada tahun ini dan ketika ini genap lah usia pekerjaan ku yang terkini berusia 5 tahun.Agak lama aku di sini sehingga aku dapat rasakan baru semalam aku mula bekerja dengan file pink di tangan , baju kurung moden hijau , sepit rambut comel terselit di rambut , aku melangkah menuju di Menara Standard Chartered untuk di temu duga.


Perasaan ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa aku memerlukan pekerjaan ketika itu , sebaik sahaja melangkah masuk , hati aku berdegup kencang mana lah tahu si temu duga itu menanyakan soalan yang agak sukar untuk di jawap , tapi sangkaan aku meleset , si temu duga itu tersenyum menanti kehadiran ku dengan penuh sabar dan tenang sekali.


"Hai..Azie right?" I remember that I call you yesterday about this interview, please sit down, and don't worry , I on't take long time on this session.


"Ok, actually i'm very nervous for this interview." =)


Setelah 15 minit di interview , dengan anguk-anguk , geling-geling akhirnya aku berjaya. Berbekalan doa dan kecekalan aku pada hari itu , aku akan memulakan pekerjaan itu pada hari esok nya.Wow sungguh faster !! sebab bank nie memang memerlukan pekerja seperti aku...ewahh !!!


<<Play>>


Bermulalah episod suka duka aku disini , pertemuan - perpisahan , percintaan - kebencian , kegembiraan - kesedihan , ketakutan - keberanian , kerajinan - kemalasan , kecerahan - kegelapan , kekurangan - kelebihan , ini lah dunia aku dulu kini dan selamanya.Adakah dunia aku akan berubah atau kekal selamanya.Aku berserah Andai itu Takdirnya...


Namun semua itu adalah kenangan Terindah yang pernah aku miliki , sekarang ia di ragut hanya dengan sehelai kertas putih.


Usaha dan pengorbanan aku di pandang enteng , kepercayaan aku di ragut , ketabahan aku hilang sekelip mata , aku kini leka dengan dunia yang aku cipta sendiri , aku menjadi pendiam , fikiran aku melayang , tiada lagi lawak bodoh yang kedengaran tapi hanya lah Sepi tanpa kata.


Kertas putih...ya kertas putih tu lah yang menyebabkan aku begini.


"Azie tahniah awak akan di pindah kan ke bahagian lain maksudnya ke department lain dan akan membuat kerja lain dari yang sekarang awak buat , adakah awak akan terima cabaran ini."Ganjaran nyer agak lumayan azie , saya berjanji untuk memberikan apa yang awak mahu untuk meningkatkan tahap performance awak nanti , saya nak awak balik dan pikirkan apa yang terbaik untuk diri awak nanti." (boss)


Keadaan ini lah yang membuatkan aku tak boleh tidur , sebab mengikut kabar-kabar angin , mengatakan tak semua orang boleh bawak course nie , sebab ia melibatkan keberanian dan kesungguhan serta tekanan.


Betul lah apa yang kabar-kabar angin itu berkata-kata , kini aku terpaksa melalui nya , melangkah sahaja di dunia baru , air mata tak henti-henti mengalir , kepada siapa lagi aku ingin mengadu , rasa nya dah banyak kali aku menangis pasal keje baru nie , tiada Tuhan yang di sembah melainkan mu ya Allah.


Disisinyalah aku merayu agar di beri kekuatan dan ketenangan ,setiap kali mendirikan solat , air mata ini  dengan sendiri nya mengalir sedikit dan semakin laju sehingga kabur pandangan ku.Tak henti-henti berdoa sehingga aku menjadi tenang.


Kini kehidupan aku semakin berwarna-warni , namun ia nya seketika cuma , aku di duga lagi.


Melangkah sahaja di bilik itu , satu persoalan bermain di minda , adakah perkara yang sama akan berlaku , arghhh !!! aku semakin takut dan keliru.


Rupa-rupanya ia terjadi lagi , air mata yang dulu nya kering kini membasahi pipi , tiada pilihan kedua , pertama hingga akhir usia , hanya DIA (Allah). Aku berlari menuju ke surau. Tak sanggup rasa nya nak menangis di depan kawan-kawan.Malu...


Dalam esakan yang perlahan , aku tenang di situ...menangis dan terus menangis.


Mana tidak nya selama menunggu , susah payah menanti , janji manis yang di taburi telah merentap kehidupan aku. Aku tidak di hargai !!! Bukan senang nak mula kan apa yang telah aku lalui selama nie.
aku kecewa...sangat-sangat kecewa...


Sampai di sini sahaja yang boleh di cerita kan , sebab air mata nie tak berhenti mengalir.


P/s:- sambil menaip sambil menangis..teruk kan...


sekiranya engkau letih melakukan KEBAIKAN
ketahuilah bahawa keletihan itu akan HILANG
dan KEBAIKAN itu akan KEKAL....


azie namico (^_^) \/


      

Salam Jumaat..


"Salam Jumaat yang indah ini...Semoga segala urusan harian anda menjadi
lebih mudah dan mendapat keberkatan olehNya...
insyaAllah.."

UNIC - Demi Cinta Suci

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
kurela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia
ku hambakan diri pada yang esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
ranjau yang berduri akan aku tabah merempuhnya
menyubur iman di dalam jiwa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
ranjau yang berduri akan aku tabah merempuhnya
menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
kurela korbankan kepentingan diri
demi sinar bahagia
ku hambakan diri pada yang esa
demi cinta hakiki
ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
andai janji janji sering di mungkiri
apalah erti cinta murni
andai kata kata sering didustai

p/s:-Lagu nasyid ni selalu dgr masa zaman sekolah dulu...=)ahaks
sejuk hati dengar lagu nie..


Monday, April 2, 2012

Great Day Ever !!!


Orang lain bercinta dengan mengunakan Sms, Emel, YM, Skype,
Sebagai plattform melepaskan rindu...♥

Orang beriman bercinta dengan menguna doa,
Mohon ALLAH yang pelihara...♥ ^_^


salam

Facebook Will Be Back Soon.

Salam Blogger,

   Hari ni adalah hari yang paling mencabar dan memberi tekanan mental/fizikal , dengan kesihatan yang teruk , mood yang hilang entah ke mana , fikiran melayang-layang , tetiba ada lagi masalah yang timbul iaitu Facebook.FB nie buat hal dekat HP aku. Bila tanya kengkawan yang lain , ada tak masalah sama dengan aku , mereka berkata "TIDAK" abis tu kenapa dengan FB aku.Takkan FB nie merajuk pasal April fool tu kot.(itu lah padah nye , terlajak perahu boleh berundur , terlajak kata buruk padah nye.) keciwa!! nak nages..sob !! sob !!! ...

Rasa mcm nak gi jer jumpa Mark Zuckerberg , nak tanya kenapa facebook aku down.Confirm dia jawap "facebook is down for required maintenance right now , but you should be able to get back on within a few hours." HAH !!! aku balik yang blurr...hello , aku dah tunggu berhours-hours dah ni..hati panas jer !!!

p/s :-harap org di sana sabar menunggu !!!

♥♥♥ AZIE NAMICO ♥♥♥

Sunday, April 1, 2012

Game of Thrones season 2

Salam blogger ,


 Finally, we've been waiting for a long time >.<



must.... add.... extra....hard...disk........pffftt



weehuuu !!!!