Thursday, June 28, 2012

Bunga Sakura

سم الله الرحمن الرحيم


sesekali kita perlu DERITA
untuk mengenal erti BAHAGIA
sesekali kita perlu KECEWA
untuk kita kenal erti KEJAYAAN
sesekali kita perlu MENANGIS
untuk kita syukuri
NIKMAT yang diberi
sesekali kita perlu TERHIRIS
untuk kita kenal DIRI SENDIRI.

Sebenarnya hidup kita ini diibaratkan seperti bunga sakura. 
Berkembang dengan mekarnya sehingga tiba masanya 
ia gugur jatuh ke bumi.
Hidup yang sangat singkat , tapi amat bermakna.


p/s: nak berubah perlu mujahadah. mujahadah itu susah. tapi natijahnya indah. maka bersabarlah!

Wednesday, June 27, 2012

Kunfayakun


بسم الله الرحمن الرحيم



Salam

Tuesday, June 26, 2012

Jangan tinggalkan sunnah




بسم الله الرحمن الرحيم


Maka hendaknya kita sentiasa menjaga dan menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah s.a.w. setiap hari terutamanya sunnah-sunnah yang disebut di bawah ini.



1 : Dirikan solat sunat tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ [QS Al-Isra': Ayat 79]


2 : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.


3 : Bacalah Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata melihat dan membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.


4 : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.


5 : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


6 : Sentiasalah dalam keadaan berwudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Berkata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."


7 : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan beristighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita, akan dijauhkan oleh Allah.




Teman, tingkatkan amal kalian sebelum kembali kepada~Nya
salam.

Wednesday, June 20, 2012

I love You

"kadangkala ALLAH menguji kita ...
kemudian DIA datangkan dugaan , puas kita menangis...
mencari dan mengerti apa yang kita lakukan...
rupanya ALLAH nak menghadiahkan kita kegembiraan yang berpanjangan...
agar kita tahu erti kesabaran"...

Pesan Al-Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna
"Jadilah seperti mempelam,
walaupun dibaling batu,
tetapi memberikan buah yang manis kepada kita"

Semoga kasih sayang ALLAH terus tercurah buat saya dan sahabat-sahabat saya yang lain..Amin !!

Allhamdullillah syukur atas nikmatmu ALLAH.


Salam sayang buat semua.


Tuesday, June 19, 2012

Tertekan


Balik dari offices , aku terus buat kerje rumah seperti biasa 
tapi hati ni berat jer , macam ada sesuatu yang akan berlaku.Memang betul ! 
Hanya satu panggilan saja aku terus terkedu.

"kawan bos suruh datang juga..maap"

Aku terus siap dan bergerak bersama dengan air mata yang tetiba sahaja mengalir keluar.
Kenapa??kenapa tak cakap awal-awal tadi kan senang , hanya semata-mata kerana kerja !!
air mata ni pulak tak henti-henti mengalir , sampai kabur pandangan mata.
Sampai offices , aku kesat air mata aku tadi , siapa tak sedih , dah sampai rumah terpaksa masuk kerja balik , I need my life back ! kali ni kehidupan aku betul-betul tercabar.

Tepat jam 1.00 pagi baru lah aku bergerak pulang.Hibanya hati , macam dah tak ada hari esok ! 

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terima lah taubat ku ini.

Salam seorang hamba.



Saturday, June 16, 2012

Surat Untuk Ayah


Sometimes , it's Hard to find Words to tell you
How much you mean to me.
A lot of Times, I don't say anything at all.
But I Hope someday, you will understand that having you is what 
I LIVE FOR.
Dear Ayah , 


Kita ingat lagi masa ayah pergi kursus di Sabah , ayah siap pesan dengan mak jangan basuh baju ayah yang terakhir.Mak pandang ayah pelik , tapi mak turutkan.Mak terus gantung baju ayah yang tak berbasuh tu.


Ayah bergerak meninggalkan kita , sewaktu ayah peluk cium kita , kita menangis tak henti-henti , sehinggalah kita di sahkan demam panas yang berpanjangan.Mak mula risau , sebab ayah tiada di sisi , nak bawa kita pergi klinik mak seorang diri.Jadi mak buatkan macam-macam untuk kebahkan demam kita ayah.


Dear Ayah yang dikasihi,


Semakin lama ayah pergi , semakin demam lah kita di sini.Sehingga lah mak terpaksa bawa kita pergi berjumpa kawan dia yang merupakan seorang ustazah.After ustazah tu tawarkan air , dia terus beritahu mak ada tak pakaian ayah kita yang belum dibasuh.


Balik dari rumah mak terus mandikan kita kemudian pakaiankan kita baju ayah tu , sehinggalah kita tertido sambil peluk cium baju ayah sebab kita rindu sangat-sangat dengan ayah.Betul lah tindakan ayah yang tidak membenarkan baju terakhir yang ayah pakai tu di basuh.


Sebab ayah tahu anak dia yang sorang ni tak bole berenggang dengan dia , ayah memang hebat.Dapat cium bau baju ayah pun dah kira ok.Barulah demam kita pulih seperti biasa.Kita terpaksa pegang baju ayah tu sehingga lah ayah balik dari Sabah.Bila ayah sampai jer , kita terus suruh ayah dukung kita , sebab kita nak cium pipi ayah...yeahhh !! kita sayang ayah , ayah lah Hero kita dulu , kini dan selamanya tau.


Love
Your Child.


p/s:-rindukan ayah mcm ni gayanya , kalau rindukan "suami" mcm mana pula?? ahaks.

Thursday, June 14, 2012

Catatan Rindu - Toi



Jika kau secalit lukisan
Tidak akan ku hindari
Meski untuk secebis hari

Akan ku papar pada alam
Dingin kelopak kasihmu
Menitis madu rahmatNYA
Dalam hikmat pencipta

(pre-korus)
Kerana setiap bernama kerinduan
Ada di sebalik tirai nostalgia

(korus)
Jika kau setitis tinta biru
Lautan terhampar berbusar buih
Cinta kita di bendung gelora
Namun camar tetap menyapa
Sambil seloka sepasang pengunjung
Di pesisir pantai membina istana
Impiannya adalah cita kita
Tekad menentang badai

Jika kau selembar daun gugur
Di taman firdausi ini
Mestikah ku sisipkan lagi
Pada jaringan ranting yang lain
Jika kau mengerti
Pertemuan itulah perpisahan

(ulang pre-korus)

(ulang korus)

Enjoy !

Tuesday, June 12, 2012

Exposing The Truth


EGO - KILL IT
LOVE  - VALUE IT
SMILE  - KEEP IT
GOSSIP - IGNORE IT
SUCCESS - ACHIEVE IT
JEALOUSY - DISTANCE IT
CONFIDENCE - TRUST IT
YOU - I LIKE IT !


Sunday, June 10, 2012

Speechless

(ila + azie)

Ha...Ha...Ha...No komen No camera,
Dapat bunga hati gembira , 


Semasa didunia baik dihargai,
Jangan sampai pergi tak kembali,
Bermacam-macam kawan boleh dicari,
Tak mungkin sama sahabat sejati.

Cari kawan jangan sembarangan
Hindarilah kawan makan kawan
Jangan percaya sangat kat teman
Nanti kita yang jadi sawan..

Salam rindu dari saya.


Friday, June 8, 2012

Germany


Bangun
Bangun
Bangun Germany bangun
Jangan tidur lagi
Seteru sudah datang
Bangun 
Bangun 
Bangun Germany bangun 
Padang keramat ini
Jangan digadaikan

Yang striker pastikan terus maju
Yang deffender pastikan terus kukuh
Mereka datang macam tamu, kita jamu
Mereka datang macam musuh , kita lawan !

football fever..jom nyanyi reramai..

Wednesday, June 6, 2012

KOPI


Bila hati bicara apa itu C.I.N.T.A?
 cinta lah seperti KOPI
"yang mana lebih sedap?"
"tentulah cinta yang masih panas.Aroma cinta lebih kuat dan menghangatkan , tapi klu di tambah dengan ais iaitu tangisan , tenggelamlah sikit aroma cintanya".Cewah !
Jadi yang mana pilihan cinta anda?

PAHIT - MANIS - HITAM - PUTIH
PAYAU - PEKAT - SEDAP - LIKAT - KELAT
MENGKHAYALKAN - PANAS - SEJUK - BERKRIM - HARUM
SEGAR - SEMERBAK 

Bagi aku cinta bagaikan CANDU
merasuk ke dalam setiap aliran darah
yang membuatkan seseorang itu selalu menginginkannya.

satu teguk.
dua teguk.
tiga teguk.


salam dari secangkir kopi kaw 0.




Tuesday, June 5, 2012

The Best Things



I need my life back

HUGS
SMILES
FRIENDS
KISSES
FAMILY
SLEEP
LOVE
LAUGHTER
GOOD MEMORIES
AND
How about you?

Saturday, June 2, 2012

Short Message Service



SMS: Tak Ku Sangka, Tak Ku Duga-----


Ustaz: "Ustazah, kenapa awk tak boleh terima saya? Apa kurangnya saya?"


Ustazah: "Ustaz, saya cari yang soleh dalamannya, bukan soleh plastik luarannya. Saya tak perlukan seseorang yang berkopiah-berjubah atau yang berkata2 mengenai agama berapi2 di khalayak."


Ustaz: "Sampai ati awk cakap camtu kat saya. Terus-terang sahajalah apa sebabnya awk tegar menolak sy."


Ustazah: "Bukan sebab kurang atau lebih, soleh atau tidak. Tapi, hati ini tidak berkenan. Ditekan nanti tertekan, dipaksa nanti terpaksa."


Ustaz: "Baiklah. Tapi saya bukan ustaz plastik!"


Ustazah: "Maaf, sekarang pukul 7.35 malam. Ustaz sepatutnya tgh solat berjemaah atau siap sedia nak solat di masjid. Bila di masjid, tiada yang lebih penting dari seruan Ilahi. Lihat, inilah bukti keplastikan ustaz. Wslm."


Ustaz: "..............(arghhhhhhh sambil kayuh beskal laju2 ke parit)......."


cerita: Syabab Musafir Kasih---


"Allahuakbar!"


~salam dari ustazah DON~