Monday, February 25, 2013

Novel Kerana Terpaksa Aku Relakan

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 


Orang kata cintaku ini hanyalah kisah dongeng....
Tapi aku tetap tega mengharap selagi kau masih ada disisi....




Novel ketiga Umie Nadzimah sentiasa ditunggu oleh peminat novel diluar sana. Sesiapa yang mengikuti perkembangan penulisnya memang sudah tidak asing lagi dengan tajuk Kerana Terpaksa Aku relakan. Selepas kejayaan novel Pilihan Mama dan Usai.. Aku Terima Nikahnya kini hasilnya lebih baik. Novel setebal 772 muka surat keluaran Julai terbitan Karya seni memang best. Novel cinta, kasih sayang dan pengorbanan ini boleh menggamit pelbagai perasaan.

Mengisahkan kehidupan Indah Harlina yang tidak seindah namanya. Kepercayaan seorang ayah hilang angkara fitnah dan rancangan mak dan kakak tirinya. Sekali gus  merubah kehidupannya dalam sekilip mata. Dirinya umpama sebatang kara, tiada siapa mempercayainya lagi. Pertemuan yang tidak diduga Dato’ Sofiya membantu Indah yang sudah hilang hala tuju.

Pertemuan yang tidak dirancang dengan Dato’Sofiya adalah satu Anugerah yang tidak ternilai. Indah berkerja dengan Dato’ sofiya sebagai PA dan Dato Sofiya menganggap Indah adalah Angle dalam hidup Dato Sofiya . Dato sofiya memberi kasih sayang dan membaluti kemewahan seperti anaknya sendiri. Dato Sofiya mempunyai tiga orang anak lelaki. Tajul Razin , Tajul Fahin dan Tajun Zahin. Anak sulung Dato Sofiya Tajul Razin menerajui perniagaan arwah suami Dato Sofiya. Tajul Razin seorang anak yang taat pada orang tuanya. Bagi dirinya Mama dan adik-adiknya sahaja dalam hidupnya. Kehadiran Indah dalam keluarganya mengubah dirinya. Walaupun diawal pertemuan hubungannya tak berjalan dengan lancar.



Bibit cinta lahir dari hari ke hari hingga menjadi kembang dan subur.Kehadiran Tajul Fahin anak kedua Dato Safiya datang ingin merebut cinta Indah dari Tajul Razin. Disaat Tajul Razin memberitahu hasratnya ingin memiliki Indah, Dato' Sofiya menyuruh Tajul Razin mengundur  diri dan memberi peluang pada Tajul Fahin memiliki Indah kerana perubahan yang ditunjukkan oleh Tajul Fahin menjadi 'Orang'. Demi mama dan adiknya untuk berubah, Tajul Razin terpaksa dan tanpa rela melepaskan Indah pada adiknya Tajul Fahin. Tajul Razin memendam rasa dan berpura-pura kuat bila berdepan dengan mama dan adiknya.Indah menjadi sedih dengan tindakan Tajul Razin membiarkan dirinya dan memberi peluang Tajul Fahin rapat dan ambil berat keatas dirinya.

Dalam kekalutan dan kekeliruan Indah, Saiful bekas tunangnya pula  datang ini membuatkan hidup Indah lebih huru - hara. Setelah pelbagai peristiwa yang berlaku Tajul Fahin nekad untuk mengembalikan Indah pada abangnya, bagi Tajul Fahin cinta abangnya suci dan ikhlas. Sehari selepas majlis akad nikah Indah menjadi keliru dengan tindakan Tajul Razin dia melarikan diri untuk mencari ketenangan. Disitulah dia berjumpa dengan Tajul Zahin.

Tajul Zahin menceritakan kenapa dan mengapa Tajul Razin membuat tindakan begitu. Perbuatan keji mak dan kakak tirinya cemburu dan dengki tak pernah padam. Disaat Indah baru mengharungi erti kebahagiaan Indah kemalangan dan koma. Doktor mengesahkan Indah mengandung. Yazid , Mak dan kakak tirinya menerima balasan yang setimpal. Tajul Razin dan Indah akhirnya bahagia setelah mengharungi pelbagai dugaan yang menghampirinya.

Puitis dari Abang Zen:  Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat.Puas kita mencari-cari dimana matahari. Rupa-rupanya Allah ingin hadiahkan kita pelangi yang indah...

p/s:next novel "usai aku terima nikahnya & pilihan mama - penulis yang sama (ini adalah terapi jiwa dan hati saya)

Saturday, February 23, 2013

I LOVE MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 

Dah lama saya tak balik kampung , adalah dalam 2 bulan mcm tu , mungkin sibuk di kota sampai tak der masa nak balik kg...hehehe ! sorry orang2 kampung kita rindu uolls tau...ahaks



Kalau balik kampung mesti pergi ke Bandar Melaka , sebab nak jalan2 , jauh perjalanan luas permandangan..hehehe

Haaaa...jgn tak tau kat Melaka pun ada kincir angin nie tau !ingat Belanda jer ada!

Melaka memang terkenal dengan makanannya kan... sama juga lah dengan negeri2 lain ya dok !Setiap negeri pasti ada makanan special yang menjadi tarikan pelancong dan penduduk tetap negeri itu.


yang nie saya makan cendol kelapa sawit ! memang sedap sampaikan saya tambah 2 mangkuk...cendol special dan cendol jagung ! yummyyy ! satu mangkuk RM 2 ringgit..murah kan...

Kalau pergi Melaka singgah pulak rumah merah , jangan lupa naik beca , seronok tau ! sebab ada orang tolong kayuh kan ! hehehe...haruss la kan...kalau saya yang kayuh ! rasa nya tak sampai destinasi yang hendak dituju...sebab berat sangat nak kayuh! tapi kalau orang tak der..laju jer kayuh ! sampai rumah pun bole..ahaks!

jom naik beca ! dah lama dah saya tak naik beca nie...siap ada lagu lagi ! kalau jejalan pada waktu malam , lagi meriah beca nie...sebab ada lampu kelip2 dah mcm kereta berhias...hehehe...

Saya suke singgah rumah baba dan nyonya kat melaka sungguh klasik dan unik ! kalau uolls nak pergi muzium dia pun bole banyaran hanya RM 8.

yang nie rumah peranakan baba dan nyonya di Melaka.Cantik kan !

tangga rumah lama negeri melaka ! 

Jom kita gi Jonker Walk Melaka pulak , di sini tak banyak gerai makanan melayu , semua nya chinese ! jangan tersilap beli sudah..tak pun tak yah beli pun tak per...waktu malam memang meriah dan ramai orang, tapi kat sini baju  nya semua comey2 ! saya suke...ada lah 2 3 helai membelinya...sebab geram.

nampak ! raya cina pun tak abis lagi..sebab nak sambung chao go meh !ramai lah manusia di tepi2 sungai melaka tu , siap bawa buah limau dengan tanglung - jgn lupa isi nama dan no.tel untuk jodoh ! motif nie hanya kepercayaan mereka..you must try ! mana tau sangkut dengan lelaki korea ker?! hehehe..

Banyak lagi tempat2 menarik di Melaka...cuma tak larat jalan jer nie.
Adios !


Saturday, February 16, 2013

Foster The People - Pumped Up Kicks


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 


All the other kids with the pumped up kicks,
You better run, better run, outrun my gun.
All the other kids with the pumped up kicks,
You better run, better run, faster than my bullet.

layan - selamat berhujung minggu !!weee

Wednesday, February 13, 2013

Sticky Love Notes


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 

"Andai rindu itu satu hukuman, akulah yang paling menderita..."

mcm mana nak buat tu?!



Tuesday, February 12, 2013

Adaptasi Novel Teduhan Kasih by Marissa


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,




Drama atau filem adaptasi novel semakin dapat diterima dan mendapat sambutan dikalangan penonton dan penggemar novel.

Terkini, novel Teduhan Kasih juga akan dijadikan drama bersiri yang akan mengisi Slot Akasia di TV3.

Teduhan Kasih telah memulakan penggambarannya yang menampilkan Adi Putra sebagai teraju utama yang memegang watak Ehsan dan bergandingan bersama Sherry Ibrahim sebagai Iffa.



Sinopsis Teduhan Kasih berdasarkan Novel.

Iffa mendirikan rumahtangga bersama Ryzal, namun rumahtangganya dilanda badai. Kehadiran Ayu, yang juga merupakan sahabat baik Iffa telah menjadi punca Ryzal menceraikan Iffa yang sedang berbadan dua.Kehidupan Iffa dikusutkan lagi dengan karenah ibu tirinya. Iffa merupakan anak hasil perkahwinan kedua ayahnya.

Setelah diceraikan oleh Ryzal, Iffa telah tinggal di rumah ibu tirinya. Bermula la pelbagai kejadian dan cerita yang semakin membuatkan Iffa dalam tekanan. Ketika Iffa sedang menahan sakit ketika hendak bersalin telah mempertemukannya dengan Ehsan.

Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatang tinggi di sebuah syarikat. Seorang lelaki yang sentiasa dikelilingi wanita cantik dan kehidupan yang sangat bebas tetapi jiwanya kosong. Bermula dengan pertemuannya dengan Iffa telah merubah keseluruhan kehidupannya.

Bakal menemui penonton berkemungkinan dalam bulan April ini. Sama-sama kita nantikan tayangannya.

Monday, February 11, 2013

Kota Kinabalu Sabah Aku Datang Part 2


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Dari Gunung Kinabalu Klik sini saya ke Poring Hot Spring Ranau tak silap saya 3 hours drive away.Perjalanan agak jauh tapi di sebabkan first time datang sini jadi apa salah nyer saya singgah.Bukan senang nak datang Sabah baa.


kawasan nya nyaman banyak pokok2 cuma panas sikit..hehe

Hot spring tab nie bole masuk 1 atau 2 orang..mandi pun bole..buka jer paip air tu..confirm air panas yang keluar.

Abang2 hensem tengah berendam kaki kemain !

Lepas berendam saya bertolak pulak ke Sabah Tea Garden.Perut dah lapar apa lagi cari makanan lah saya di sana.Singgah disini saya terus melihat di sekeliling , hijau ! tapi tak sehijau di Cameron Highlands.

Teh Sabah sedap cuma pahit dan pekat sikit dari teh biasa ! Nyaman betul suasana di sini.

Menu di Garden Teh nie tak banyak pilihan.Jadi nak tak nak kene makan jugak , sebab perut dah lapar mintak di isi.

Clay pot Chicken Rice Teh with Teh Sabah 0 ais-rasa nya kurang masin...

Kemudian saya bergerak pulak ke Spa Ikan yang juga di kenali sebagai "Tagal" , dengan hanya bayaran RM5.Ikan nya bukan sebarang ikan , ikan kelah yang hitam dan besar.Geli wey !Tapi sayang dek kerana besar lengan , saya tak berani masuk ke dalam sungai.Maap ! memang tak bole..jgn lah sesiapa paksa , mau menagis saya nanti..tengok dari jauh pun dah cuak...ahaks.


Ini kawan yang baru sy kenal di sabah-Nonong ! hehehe..memang berani !mungkin sudah biasa dengan ikan di sungai..he3

Azrie dengan Ila memang berani , lama mereka dalam sungai tu..membiarkan ikan2 itu mengigit kaki2 mereka.Mereka cakap syiokkk sangat ! Stim jadinyer...ahaks!

kaki saya sanggup tak jejak ke dalam air sungai tu !saya sanggup bayar tapi tak sanggup kene gigit dengan ikan2 tu..tapi ikan2 tu omeyyy angatt ! rasa nak pegang tapi takut...eeiii !

After semua nya dah penat saya di bawa pulak ke Dairy Farm Kundasang untuk menikmati  sayur-sayuran dan ternakan tapi saya tiada jodoh untuk bertemu dengan lembu2 di sana , kerana agak terlewat untuk melawat , semua lembu2 itu berada di dalam kandang masing2.Agak kecewa di situ.

Namun yang paling best nya suhu di sana agak sejuk dan angin yang bertiup begitu syahdu sekali..serasa di New Zealand pulak ahaks.

Nampak tak kandang lembu tu..jauh nun di sana tak leh masuk sebab pintu nya tutup pukul 5..sedey !

Saya hanya bergambar sahaja di atas ini..nak pegang Hp camera pun menggigil , sejuk sampai ke tulang !

Disebab kan sejuk mereka berpelukan..hahaha..omeyy sangat ! Kak Mie + Kak Siti

Time nie semua tahan sejuk sebab nak bergambar !hahaha..

Kenangan di sini memang awesome ! satu hari nanti pasti saya akan datang lagi sekali sebab nak jumpa lembu2 tuuu...bole rasa susu nya...slurrppp !dapat perah sendiri kot...

bersambung...

Wednesday, February 6, 2013

Kota Kinabalu Sabah Aku Datang Part 1


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Masa dah pun berlalu tapi kenangan tetap di minda dan di hati.Keputusan telah pun di buat sejak tahun 2012 lagi , keinginan untuk kesana melonjak-lonjak apabila AirAsia mengadakan sale untuk tahun 2013.Harga ticket penerbangan pergi balik ke Kota Kinabalu Sabah hanya RM178 murah bukan.


Juruterbang saya kapten Alias Boeing 737

Setibanya di Kota Kinabalu saya menginap di KK-Suites Residence @ Marina Court Resort Condominium selama 4days 3night dengan hanya RM96 dan tour guide saya Rudy Effendi plus minyak kenderaan dengan bayaran RM125.

Best condo ini sebab ada kolam renang..ahaks

First day saya di sana saya di bawa ke Kinabalu Park World Heritage Site yang juga di kenali sebagai Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095 meter dari aras laut.

Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai 7 puncak tertinggi.

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh hati saya rindu...cewah!


Saya berada di view side Kinabalu di mana kesejukan nya mencecah 25c

Saya tidak mampu bertahan lebih lama dari 10 minit dan memgambil keputusan untuk turun lebih awal di sebab kan kekurangan oksigen.Gunung Kinabalu tidak dapat saya tawan ! namun apa pun itu semua bukan penghalang. Patah sayap bertongkatkan paruh, namun Kinabalu kudaki, kudaki jua sampai ke kaki gunung jelah..itu jer yang mampu...weeee !

Menatap keindahan alam yang terbentang benar-benar membuatkan diri ini terasa begitu kerdil sekali. Betapa agungnya Yang Maha Pencipta.


bersambung...


Tuesday, February 5, 2013

Happy Two Years Blogging


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,


Assalamualaikum 

I should be posting this post on 2th February . Tapi saya terpaksa beri laluan kepada trip holiday saya ke Sabah terlebih dahulu . It has been two years right now , agak lama jugak saya dalam dunia blogging nie . Tak sangka azienamico.blog dah 2 tahun umurnya , walaupun di awal penubuhannya tersangatlah noob namun kini tidak lagi ( Harap-harap macam tu lah ) .



Apa yang saya harapkan dari pembaca di luar sana ialah teruskan menyokong blog azienamico biarpun menjadi silent reader sekalipun . Saya akan cuba mengistiqamahkan diri untuk mengupdate blog nie at least 5 post setiap bulan . Itupun kalau saya ada benda nak cerita , kalau takde korang tunggu jelah yerp .


" Happy two years blogging =D "