Saturday, June 29, 2013

Sesi Bertemu Novelis Melur Jelita

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

Dengan kasih syg allah...tiada yg mustahil...Dia Azie Namico !

Usha FB kak Melur Jelita ternampak status special appearence (penampilan istimewa) di MATRADE Exhibition & Convention Centre...omg ! omg ! beliau akan berada di sana pada hari Jumaat dan Sabtu untuk sesi bertemu pembaca dan tanda tangan.

Saya panas badan...sebab terlalu teruja ingin ke sana ! tapi bagaimana...ini tempat baru dan bangunannya mungkin baru ! oh ! papa...saya terus comment  status kak melur jelita 


Siap-siap pergi kerja sambil bernyanyi lagu Bedroom Sanctuary.Motif !nak ambil mood jumpa kak melur jelita lah..mana tau terjumpa dengan Firman aka abg pedas !so hot !ahaks

Jam 11.59 am...
nampak tak permainan saya kat situ ! belum pukul 12 tepat saya dah gigil kaki nak gerak ! Saya ajak pulak sekufu saya kak zaini...semua akak..tak der adik ! sebab saya lah adik paling muda gitu ! wawawa...

Sampai di PWTC abg shuttle dah menanti kami dengan lambaian dan senyuman yang paling hot ! Nasib baik kami tak rentung..he3
Jemput naik Diva-diva sekalian...ermm ! syiokkk !

Tiba di sana hati dah berdegup kencang...rasa jantung nak terkeluar ! dup dap dup dap..macam nak jumpa kekasih hati ! alahi ! nervous.Saya bawa novel yang telah saya beli untuk di tanda tangan oleh kak melur jelita sahaja.

Semakin hampir !

Dekat...

Saya- "Kak Melur saya Azie Namico"
Kak Melur - "Azieeeeee...ya allah akhirnya datang jugak awk ya ! kurussss nya awk azie ! dalam FB nampak mcm berisi....

Kak Melur Jelita peluk cium saya pipi kiri kanan mcm dah lama tak jumpa , pada hal first time jumpa.Saya tergamam...wow ! kak melur ingat saya..usha FB saya...tau rupa saya...kenal saya...terharu !!!saya nagis dalam hati...sob !sob !Kak Melur Jelita memang lanun ! buat saya menagis.


senyum sokmo eh !

Saya beri novel untuk ditanda tangani , sambil menanda dia bisik di telinga saya , "Azie jangan balik lagi..ada surprise untuk awk..hehehe"
"Kak Melur saya tunggu ", 2 buah novel selamat di tanda tangan siap ada penanda buku rerama dan cakcibor.Saya bahagia !

Ramai divas yang menghadirkan diri untuk beramah mesra kak melur jelita bersama kru Nasi Lemak Kopi O'.Saya turun ke bawah untuk memberi peluang kepada diva-diva yang lain untuk memiliki tanda tangan.

Tiba-tiba....

Kak Melur Jelita "Azie ! mana azie , jgn lari..Sini ! nak bercakap pasal ILUS dan MyPI tak dekat Nasi Lemak Kopi O'.
"Tak nak kak Melur...saya malu masuk TV ! bagi divas yang lain...*muka cuak !
Sib baik..fuh !! saya selamat...

Saya duduk bersantai-santai sambil menunggu kak zaini punya giliran.Tak di sangka saya di hidangkan dengan Pavlova Cake yang sangat awesome ! sedap.Kek nie di bawa makan kerana ada di cerita kan di dalam novel Kak Melur Jelita.Yahooo ! makan sambil rindukan Firman.


Pavlova..Nama sejenis desert yang dinamakan sempena jaguh ballerina dari Rusia.

Demi waktu , di bawah langit-Mu, ku akui nikmat-MU

Sekian....
Turut terlibat Melanun : -

Firman
Iris Nur
Melur Jelita
Azie Namico
Zaini Mamat
Firza Natasya Mat Isa

Disokong oleh:-

Awak Suka Saya Tak?
I Love You, Stupid?
My Precious Iris


Sunday, June 23, 2013

✽ JANGAN BERSEDIH HATI ✽


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


✽ JANGAN BERSEDIH HATI ✽

❥ Jika ALLAH tak memberimu seorang yang kamu impikan..

❥ Semoga DIA menghadirkan seseorang yang memimpikanmu..

❥ Jika ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu rindukan..

❥ Semoga DIA menghadirkan seseorang yang merindukanmu..

❥ Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kamu dambakan..

❥ Semoga DIA memberimu seseorang yang selalu mendambakanmu..

❥ Bila ALLAH tak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai..

❥ Semoga DIA menghadirkan seseorang yang mencintaimu..

❥ Yang bukan hanya kerana apa yang ada padamu..

❥ Tetapi apa adanya dirimu..

❥ Sujudkan Hati dan Jiwamu..

❥ Semoga ALLAH memberi kita yang Terbaik..

❥ Dengan segala keindahan hati dan ketaqwaannya,Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

❥ Kerana JODOH mu takkan jauh Sifat Peribadi nya Seperti mu.. (◡‿◡✿)



~Jazakallahu Khairan Kathira~

Wednesday, June 19, 2013

Warna Inspirasi Tahun 2013 - Hijau Emerald

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

Tahun lalu menyaksikan warna tangerin atau oren terang sebagai warna pilihan 2012. Tahun ini pula, warna hijau zamrud atau jugak lebih dikenali dengan nama hijau Emerald.

8525509458 92e00bb449 c warna terkini 2013 | Hijau Emerald

Rona hijau zamrud ini juga dikatakan membantu menggalakkan keseimbangan, harmoni dan inspirasi seseorang.Warna yang cukup sinonim dengan batu permata ini digambarkan memiliki elemen kemewahan dan kecemerlangan. Keindahan warna inspirasi tahun 2013 tersebut turut menjadi lambang kemakmuran, pembaharuan daripada aspek kecantikan serta mewakili penyembuhan dan perpaduan.



 Lebih indah, warna hijau zamrud mampu membuatkan si pemakai kelihatan lebih anggun, elegan dan klasik.

“Green is the most abundant hue in nature – the human eye sees more green than any other color in the spectrum,”-Leatrice Eiseman 

p/s:-Raya tahun ini warna hijau lah jawabnya... :P

Monday, June 17, 2013

Cover Al-Quran yang Comel

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 



Ini cover Al-quran..comel kan ! ingat I-pad and Tab saja yang ada cover , Al-Quran pun ada jugak...Baru bersemangat !
Dah mcm Diary !
I love This Cover...:D

Saturday, June 15, 2013

Kisah Saya Untuk Mendapatkan Novel MyPI - My Precious Iris

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

Jeng3...MyPI ! nama diberi dari kesinambungan daripada Novel best seller I LOVE YOU,STUPID.Jadi sebelum membaca MyPI uolls kene membaca dan memahami novel I love You, Stupid ! sebab nanti tak paham pulak.

Ini kisah saya.....

Sebelum memiliki MyPI , 2 buah novel Melur Jelita sudah saya miliki. Awak Suka Saya Tak? (ASST) dan I Love You Stupid (ILUS).Tapi saya tak pernah terlintas untuk membaca.Saya akan simpan sehingga saya yakin untuk membacanya nanti.Sebelum nie saya tak pernah dengar dan tak pernah tahu pun ada penulis Melur Jelita di kalangan penulis novel di Malaysia.

"Akak azie baca lah novel ILUS best tau , sebab saya dah baca berulang kali mesti kak azie suka"~ Fizz 

Saya senyum...."Best ke Fizz , biasa2 jer ker? atau luar biasa?, sebab akak dah beli tapi tak baca-baca lagi sebab tebal sangat".

"Best kak ! kalau fizz kata best ! best lah novel tu.Akak mesti gila !~Fizz

Di rumah....

Novel ILUS dipandang , dipegang , dibelek dan dibaca pulak...haaaa !
Betul ker nie novel kak melur jelita?!Sungguh, perasaan baca ILUS sangat lain dari membaca novel sebelumnya.Saya ambil masa 2 hari untuk menghabiskan nya.Tapi....tak kan mcm nie akhirnya !Saya keciwa tak puas hati! Saya rindukan Firman dengan Iris...semua tentang mereka saya nak tahu jugak.

Saya Like Group FB kak melur jelita ,Ya Allah ! sungguh tak sangka di sini rupanya mereka.Firman dan Iris yang saya rindu.Penuh dengan kasih sayang.
Sekali jer saya comment , sebab terlalu bahagia dengan mereka2 di sana yang bercerita mengenai Firman Iris...Firman Iris ! saya jeles ! time tu pulak mereka hangat memperkatakan tentang novel keluaran terbaru Melur Jelita MyPI di pesta buku Kuala Lumpur.Macam-macam cerita ada !sampai ada yang menangis tak dapat tanda tangan kak melur jelita sendiri.Buku abis ! beratur panjang !datang dari jauh buku abis pulak.Memang syahdu..

Saya yang membaca status mereka lagi lah nak nages , sebab nak jugak tanda tangan kak melur jelita bersama penanda buku berbentuk Cakcibor dan Rama-rama si Iris beserta postcard si Firman.Nak ! Nak !nak sangat...



Saya mesti dapatkan MyPI.Rupa2 nya comment saya di baca oleh Tuan Hussaini Ibrahim dari Kota Kinabalu yang sememangnya pembaca tegar novel kak Melur Jelita.Dan dia memperkenal kan saya dengan Azrien Osaki dari Ampang kuala lumpur yang bertugas di Booth Novel Kak Melur Jelita.Saya bertuah kerana mereka saya dapat juga memiliki MyPI.Terima kasih tak terhingga buat mereka ! saya jadi kelu !kerana saya ahli baru dalam group ILUS nie , tapi ada yang sanggup membantu saya.Terharu !!saya betul-betul menghargai.Dapat jer MyPI saya terus peluk dan kiss2..hahaha ! ada saya kesah!!

p/s-review MyPI coming soon

Thursday, June 13, 2013

Sticky Love Note 4

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA-Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA-Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.

KETIGA- Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT- Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.

KELIMA - Apabila mengatakan, ‘Maaf’, tenunglah matanya.

KEENAM-Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH- Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN - Usah tertawakan impian orang lain.. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN -  Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH - Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS -  Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS -  Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS - Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,’Kenapa anda ingin tahu?’

KEEMPATBELAS -  Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS - Ucaplah ‘Semoga anda diberkati’ apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS -  Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS -
 Berpeganglah kepada tiga R:
 1. Rasa hormat pada diri sendiri;
 2. Rasa hormat kepada orang lain;
 3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS - Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS -  Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH -  Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU -  Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


Jazakallahu Khairan Kathira

Monday, June 10, 2013

Destruction Blogs...by Whom?

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

In an atmosphere of peace and quiet evening, no problems or conflicts.

I was so excited. But...2 kali 3 kali 4 kali dan berkali-kali saya asyik dok refresh jer blog Azie Namico nie , apa masalah nyer lagi.Sebelum nie kan okey jer...(heart crying + heart attack) = ??? siapa pandai jawap..memang bijak! 

Tak bole jadi private blog terus ! 

Panggilan pulau tidak dilayan , tak bole jadi !calling for Doctor Aishah ! 
Hanya dia saja yang tahu penyakit blog saya.Pujuk rayu tidak di layan , hati panas jer dengar apa yang Doc Aishah sampaikan.Kejam !!tak mau tolong tak per...

2 hari kemudian...
Tangan menari-nari atas lappy ! apa nak buat...apa nak buat...Ya Allah tunjuk kan ku jalan...idea!idea!yes ! ubah blog 360 darjah !tak bole makan masa...jujur saya kata kan saya tak pakar dalam blog nie.JUJUR !

Setengah jam...waktu yang sama....
Tutup blog ! padan muka...usha G+ , nie semua dia punya pasal.
Bak kata Lana "Gatal mengusik, ini kalau ada sebelah lana ni, cepuk lepuk lepek azie tau,hahahaha"!glup3...

Memang gatal !tangan tak leh dok diam , saya terdelete semua gambar-gambar dalam G+ , rupa-rupanya ia adalah photo link blogger yang terdapat di G+.Sama ada profile picture , blogger picture dan scrapbook picture (background + header) bila semua ini terdelete maka nya blog saya pun akan jadi macam di bawah nie...semua picture dari tahun tok kaduk pun terdelete , dan tak dapat di selamatkan.Saya buntu !



Bantuan tiba lambat...saya cari jalan menyelesaian ! saya nak guna jugak background and header yang sama.Tak mau tukar ! sebab dah serasi dengan jiwa.Org lain tukar relax jer sebulan sekali ! saya tak ! SETIA !ahaks

Macam mana terdelete macam tu lah dia kembalikan.Dia G+.
Saya click kat G+ Trash ! omg ! omg ! semua gambar yang saya delete ada di sana.Saya setting , hati-hati takut tak jadi.Saya buat auto backup picture blogger.Alhamdulillah !dengan sekali lafaz saya berjaya.Sah ! sah ! saya bahagia.Rupa-rupanya "trash" itu tidak terdelete sebab saya tak buat delete permanently dan ianya bertahan selama 60 hari.Yeahhh !



Gambar di atas ini lah yang ada di dalam entry ! tapi sayang dah terdelete  , maleh nak insert balik! banyak ooo !Hancur semua entry saya yang lama..Sila jangan cari ! anda akan sakit hati...wawawawa

Macam mana saya kembali kan , saya tick picture2 yang dah saya terdelete tu  , saya restock balik ! wahhh ! agi idup agi ngelaban...syiokkk !after tu laju jer saya pasang background and header ! 



Haaa..tu nampak tak saya dah kembalikan header + background..Lepas nie nampak jer senyum ! tak payah...gatai2 nak pi delete picture kat situ..dok diam2 jaa..nampak tak permainan saya kat situ..!fuhhh...

TAMAT

p/s-semoga berjaya Azie !!!



Friday, June 7, 2013

I LOVE YOU Blogger

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


SELAMAT DATANG !!!
kehkehkeh....

Saya dah kelu lama depan lappy nie...
keajaiban berlaku sekelip mata...
Oleh itu saya tak leh cerita apa-apa selagi saya tak okey
After saya okey..saya akan cerita lebih lanjut...sangat Kelakar ! Mendebarkan ! dan Pelik...


P/S- Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah , langit runtuh pun aku tak takut -Iris Nur Firman (My Precious Iris by Melur Jelita)


Tuesday, June 4, 2013

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR 
ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi 
Maha Penyayang." 

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH 


1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis 
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis 
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail. 

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon 
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi) 

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah 
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan. 

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada 
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya. 

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah 
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik. 

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka 
ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari." 

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf 
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. " 

8 ) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan 
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala 
dosa kedua orang tuanya. 

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya. 

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak 
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala. 

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang 
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah 
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca. 

~ Jazakallahu Khairan Kathira ~

Saturday, June 1, 2013

Lagi-lagi NOVEL...Sepuluh kali baca sepuluh kali kesyiokk !

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 

Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak tahu novel yang kita beli itu sedap atau pun tidak.Dan salah satu nya offices mate saya , skala 10 dari 8 suke membaca tapi tak tahu novel itu sedap atau pun tidak kalau di baca.

Sama lah juga seperti saya , banyak benda yang saya timbang tara sebelum membeli sesebuah novel itu , yelah kan kita nak baca dengan hati dan perasaan suke.Jangan main belasah jer beli ! silap2 baca 2 muka surat , terbengkalai novel itu di rak buku.Selamanya !

Perkara yang pertama saya selalu lakukan ialah mencari review mengenai novel-novel yang bakal saya beli.Mungkin anda bole mencarinya di sini Goodreads.Setiap kali nampak jer ayat "high recommendation" dari pembaca novel, saya tak teragak-agak membelinya nanti.Mudah bukan !tapi perlu diingatkan setiap pembaca...lain2 cita rasanya mengenai jalan cerita, jadi saya tengok pulak rating pada setiap buku yang mereka baca.He..He..saya pun tak nak menyesal membeli.Bijak!

Kedua mencari pembaca2 novel yang suka membaca novel , terutama yang gila seperti saya.Saya akan tanya mereka novel apa yang paling top untuk di baca , kalau baca ada best tak?! bole meroyan tak?! kalau jawapan nya suam2  kuku..maap saya tak akan membelinya !Sian !

Yang paling best perkara ketiga , saya akan pergi ke kedai buku melihat sendiri gelagat-gelagat pembeli novel di sana.Sangat kecoh ok ! nak-nak lagi kalau dia bawa rakan2 mereka yang suka membaca ! hai laa gamat sungguh ! mcm nak beli ikan kat pasar siti khadijah...jadi peluang emas itu saya ambil.Mcm mana ya?! nak tahu ker? tak yah lah eh ! malu saya nanti...ok ! ok !
Saya akan berjalan perlahan menghampiri mereka dengan senyuman yang paling manis , Salam diberi dan disambut..sungguh drama! saya akan tanya.. cari novel apa?! kenapa?! best ker?! haaa...nampak tak permainan saya..sungguh tak diva ok tanya org yang tidak dikenali pasal novel...hahaha..Dan ia nya sangat berkesan ok !trust me ! meletops ! siap bole jadi kawan uolls !so funny !jadi apa lagi beli laaa...puas ati! terima kasih kerana membantu..hahaha I'm a loser...

So sekiranya blogger sekalian ada pendapat dan pandangan untuk di kongsikan dengan saya dan pembaca yang lain , sila kan lah...saya pun nak tahu jugak mcm mana uolls tahu nak membeli sesebuah novel atau buku yang best2 untuk di baca.

~ Jazakallahu Khairan Kathira ~