Thursday, February 27, 2014

Tous Les Jours WOLO Bukit Bintang

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Tous Les Jours (TLJ), disebut sebagai "Too-Lay-Joor" bermaksud "Setiap hari" adalah diilhamkan Bakeri Korea Perancis. Apabila saya mula-mula melangkah di dalam TLJ, pelayan wanita itu menyambut kami dengan "annyeonghasheyo"
Wahh !macam tu ya...okey2.

WOLO adalah hotel bahagian atas TLJ.

TLJ in Wolo Bukit Bintang is huge & comfy to have our meals, waiters are friendly but most of them not really understand what am I asking..he3
kene speaking korea atau pun Prancis...


*pay for your breads/pastries/cakes & beverages at the first floor. 
*if you want to order salads, soups or main courses, move to the second floor.
*they don't have the "occupied" board like levain, suggest you to walk around and look for your bread first.

second floor di mana kami lepak2 minum petang bersama mushroom soup with caramel latte frappe

Kebanyakkan menunya adalah daripada roti , kek dan coffee...Klu nak dating pun bole nie , sebab deconya indah dan suasananya cukup selesa.
Sesuai pasangan yang di lamun cinta...ahaks
I suap you ! You suap I...amboi !!

Feeling wonderful with color of kek and moroccan 

With its wide selection (over 70 types) of appealing buns and pastries served at a decent price, I'll definitely be back for more.. Next round let’s try out some of their freshly baked goodies, soboro anyone? ^^

tau tak dalam banyak2 menu , roti nie lah yang saya lupa nak makan...hailaaa....kene pergi balik lah nanti.

Get your number after paying at the counter & drinks will be served to the desk shortly :)

p/s-credit to camera sony z ultra with love :P


Saturday, February 22, 2014

My Love From The Star - Drama Korea

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum




Semalam marathon citer korea nie di astro HD 393 , 
entah mcm mana boleh pulak menitis air mata bila Hero nya ingin meninggalkan Heroin , hai laaa azie drama korea jer pun..mengade jer lebih !
tapi memang serious ! tetiba okey...sob ! sob !tolong laa lap kan...

Sinopsis ringkas drama : -

"Do Min Joon adalah alien yang datang ke bumi 
pada tahun 1609 dan tanah di era Josean,
maka hidup melalui 400 ratus tahun ke depan 
untuk hari ini di mana ia bekerja sebagai
profesor universitas dan jatuh cinta dengan 
artis top hallyu angku, Chun Song Yi"

mcm mana kacak tak pakwe saya ni !!he3



p/s- sebenarnya x sabar tunggu ari selasa...weee
Bunga x kn layu Klau d jga Ngn ksh syg...umpma laut..
cinta sbsr lautan x kn terpisah... Noted...I love u

Bila Lelaki Cakap...

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Bila lelaki cakap...
"Saya tak kesah pun awak nak kawan dengan dia"
Maksudnya - Kalau awak nak tengok saya cemburu awak kawan lah dengan dia.

Bila lelaki cakap...
"Dahlah saya takder mood nak sembang / chat atau msg awak"
Maksudnya - Pujuk lah saya , saya touching dengan awak ni.

Bila lelaki cakap...
"Dah lama kita tak jumpa kan, awak asyik sibuk jer kebelakangan ni"
Maksudnya - Datanglah jumpa saya , saya rindu sangat2 dekat awak.

Bila lelaki cakap...
"Saya tak suka awak kawan dengan lelaki tu"
Maksudnya - Awak paham tak , saya cemburu.

The Man Inside the Child

Bila lelaki cakap...
"Awak mak saya selalu cakap pasal awak"
Maksudnya - Jomlah kenal-kenal dengan keluarga saya.

Bila lelaki cakap...
"Tinggalkan saya , saya nak bersendirian"
Maksudnya - Janganlah pergi , pujuklah saya.

Bila lelaki cakap...
"Janganlah risau , saya tak apa-apa..ok jer"
Maksudnya  - Tolong lah risau , saya perlukan sokongan awak.

Bila lelaki cakap...
"Saya tengok awak semakin sibuk sekarang"
Maksudnya - Awak tau tak , awak dah abaikan saya.

Little Princess

Bila lelaki cakap...
"Saya rela undur diri demi awak dan dia"
Maksudnya - Sampai hati awak buat saya mcm ni , kenapa pilih dia.

p/s - ada yang nak tambah bila lelaki cakap....silakan...he3

Sunday, February 16, 2014

Hard Rock Cafe Melaka

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Awal bulan dua nie rasa nya , saya pulang ke kampung halaman di Melaka di temani akak saya dengan anak buah yang sorang ni.Bertolak balik kampung after keje.Sampai di Melaka dah pun malam.

Malas nak balik rumah , kami lepak-lepak dekat Bandar Melaka.
Waktu malam memang cantik , warna warni di Aidilfitri....ehhh! terlebih sudah.Serius memang cantik! untung laaa orang melaka.Azie namico turun Melaka !ha3....



Nampak tak semua orang-orang melaka dah masuk tido...awal nya ! yang tinggal pelancong-pelancong asing , mcm saya..ha3, waktu malam memang heaven.Itu belum lagi saya menjelajah ke sungai menaiki bot melaka , tersangat lah indah.

Jalan punya jalan , ternampak hard rock cafe nie , ehhh !bila masa ada...tak tahu pun !!nampak sangat dah lama tak balik Melaka.


Pembukaan Hard Rock Cafe Melaka (HRC Melaka) yang terletak di lokasi antara pintu masuk utama ke Jonker Walk adalah salah satu lagi mercu tanda yang mesti dilawati oleh pengunjung ke negeri ini.

Hard Rock Cafe Melaka (HRC Melaka) adalah yang terbesar di Asia, terletak di Jalan Hang Jebat di sini iaitu di tapak warisan dunia UNESCO.
Wahhh! memang besar..mcm-mcm ada.


Sunday, February 9, 2014

Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Dirimu

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

~Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu 
memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. 
Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

~Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL
 seperti menelefon kamu 10 kali dalam masa sehari.

Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim MSG / Lagu.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu dan meluahkan perasaan nya melalui lagu ! awesome...


~Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

~Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, 
pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’kalau boleh hari-hari nak jumpa.

~Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, 
walaupun kamu tidak membalas SMS nya, 
kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya,

menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.



~Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi mendiamkan diri, dia akan menyedarinya dan membuat kamu rasa serba salah, walaupun hal itu membunuh hatinya.

~Orang yang begitu menyintaimu,tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan walaupun hatinya meronta ingin mengetahui.Dia tidak mahu kamu terbebani oleh karenahnya.

~Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah manja gitu atau mengeluh jika kamu tidak membalas pesannya atau msgnya, 
kerana ia kerinduan dan ia tidak ingin sesuatu terjadi pada kamu.

~Seseorang yang mencintai kamu biasanya akan bersikap cemburu jika ada orang yang membicarakan tentang kamu atau ingin mendekatimu.



Monday, February 3, 2014

Ya , percaya...

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum





Jalan takdir Allah tak pernah salah.
Berbaik sangkalah dengan aturanNya.
Jika perlu untuk engkau menangis, maka menangislah.
Tapi sayang, jangan sedih lama-lama.
Nampak macam kita kurang redha dengan apa yang Allah aturkan.

Takdir Allah is something yang unexpected.
Miracle things may come soon. Soon.
Engkau harus percaya.


Ya, percaya.