Monday, March 31, 2014

Biodata Dolu - Dolu

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Waktu dolu-dolu suka buat biodata kan , saya pun salah seorang dari nya...konon-konon nak pass kat someone la...

Jom check it out !!!

Nama :- Azie Namico
Nama manja :- Omey..ha3
Tarikh Lahir :- 4 September 1986
Tempat Lahir :- Kedah
Kampung :- Melaka
Tinggi :- 158 cm
Berat :- 47 Kg
Sekolah :-SMK Ghafar Baba Melaka
Kolej / Uni :- Malaysian Institute of Accountants (MIA)
E-mail :-azienamico@yahoo.com
Laman Web /Blog :-azienamico.blogspot.com
Insan Tersayang :-Biarlah rahsia
Sahabat Tersayang :- Ramai tak terkira
Artis Lelaki kesayangan :-Aaron Aziz
Artis Wanita kesayangan :- Nasha Aziz
Haiwan Kesayangan :- Tiada
Hobi :-Membaca , Shopping 
Makanan Kegemaran :- Semua jenis ayam tak kesah masak apa..he3
Minuman Kegemaran :-Coffee
Muzik Kegemaran :- Adele , Brunos Mars
Fesyen Kegemaran :-Casual
Warna Kegemaran:- Pink & Hitam
Bintang :-Virgo
Cita-cita :- Peguam



p/s-Cinta adalah kunci yang membuka pintu kebahagiaan


Tuesday, March 18, 2014

Lelaki Kaya Kurang Setia?

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Sepanjang anda bergelar lelaki, 
tipu jika anda tidak pernah berbohong 
hatta bohong 'sunat' sekalipun terhadap wanita..Muehahaha...



Lelaki kaya sering kali menjadi buruan wanita , tidak kira lah solo mahu pun duo , ala..bukan susah pun , dress up cun-cun confirm cair punya lah...lelaki kan pantang nampak wanita "bergetah" sikit...ngeh3...kan dah cakap tadi lelaki kaya kurang setia !!bhahaha

Dalam kehidupan masyarakat, ramai orang luar menuding jari ke arah lelaki-lelaki kaya. Konon-kononnya lelaki kaya bersikap kaki perempuan. Oh lelaki-lelaki yang sedang membaca, jangan mudah melatah! Ini hanya pandangan dari apa yang dilihat dalam kelompok masyarakat hari ini. Bukti mungkin tidak seberapa tetapi drama-drama, filem-filem mahupun kisah benar hari ini rata-ratanya lelaki kaya cenderung menjadi mangsa kesalahan kerana bersikap tidak setia terhadap wanita / isteri dan mengabaikan anak-anak.



Sebenarnya, tidak semua lelaki kaya itu tidak setia. Lelaki yang tidak begitu berharta juga apa kurangnya. Masyarakat hari ini menilai air mata sang wanita lantas menyalahkan sang lelaki. Dalam hal ini, wanita juga perlu pandai menjaga hati lelaki. Cukup makan, pakai, layanan dan pandai berhias sudah cukup 'mengikat' cinta lelaki.Alamak saya sokong siapa nie , lelaki atau wanita.Wanita di luar sana jangan emotional sangat...saya tau , saya faham...saya ingin membantu lelaki saja...memberi semangat..ahaks , tak semua lelaki macam ni kan...larikkk !!!

Bukan kerana lelaki kaya yang mampu memiliki Ferrari atau Porsche Panamera itu tidak setia tetapi mungkin kerana populasi kaum Adam kian berkurang, maka ada wanita sanggup berkongsi!Oh no !tak nak kongsi-kongsi , mana perginya sayang , mana pergi nya rindu , mana pergi nya cinta...mana ! mana ! mana ! wahai lelaki sila lah jawap....kalau setia kata kan lah setiaaa...

ps-Kadang2 kita kena campak skali skala ego utk tgk org lain gembira...

Sunday, March 16, 2014

WhatsApp

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum


Siapa pengguna WhatApp ? Jom tengok
Yang paling best dan menarik bole berhubung semua ahli keluarga dan rakan-rakan dalam satu masa...iaitu group conversation.



p/s-kalau ada internet baru boleh whatsapp sana whatsapp sini...klu internet tiada terpaksa lah guna normal sms..ha3


Wednesday, March 12, 2014

Wanita Kurus vs Berisi

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Hampir 90% perempuan cuba akui 'kurus' itu cantik! Jadi tidak hairanlah mengapa ada sesetengah perempuan sanggup mengikat perut mereka sampai adakalanya terlantar di hospital akibat gastrik dan sebagainya. Namun, lain pula pada seorang lelaki. Mereka menganggap, gadis yang kurus ini adalah gadis yang tidak sihat. Mereka tidak suka jika pasangannya 'terlalu' kurus. Mereka lebih suka seorang yang berisi dan 'sihat-sihat' kerana gadis seperti ini lebih kelihatan lawa dan seksi sekaligus.



So apa pandangan korang ? Lelaki, adakah benar kamu suka seseorang yang berisi dan nampak sihat atau sebenarnya tidak ? dan perempuan pula, bagi komen sikit apa pendapat korang =)

Bila kat opis duduk berbincang macam-macam jawapan ada


ps- saya nak buat mcm mana dah kurus , makan mcm hantu pun tak akan gemuk punya..ha3


Wednesday, March 5, 2014

WALK FOR HUMANITY WITH MELUR JELITA

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum




Sebenarnya saya nak pergiiiiiiiii !!!tapi sayangnya dua-dua date nie saya berada di Melaka untuk majlis kesyukuran.Serba salah saya dibuatnya.Kak Melur memang ada invite saya pergi gather2 bersama...bole beramas mesra bersama divas-divas dan abg pedas.Officemate saya dah merayu-rayu untuk walk together dan tunjukkan simpati kepada Syria , Gaza dan Rohingya.

Tapi cannot !!!You know what I'm feeling right now?!So over feeling..
Namun kalau divas dan abg pedas ingin bersama beramas mesra boleh lah menyertainya
Syarat-syaratnya :-

Yuran penyertaan sangat murah.
RM48, anda akan mendapat Tshirt dan goodies bag

Tak mahu join walk, mahu mai untuk gader2 saja pada 15-3.2014 pun tak apa.
Tapi pastikan anda bawa 3 serangkai untuk diTT
atau boleh beli 3 serangkai di sana...apa benda nie?Ini adalah novel Melur Jelita yang sangat awesome.
Saya sayang gile dengan novel-novel kak Melur.Hilang siap !semua kene...he3

Setiap pembelian, akan saya hadiahkan BOOKMARK CHARM FIRIS DAN STICKER

JUMPA DI SANA
AJAK SEMUA KAUM KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI! 

p/s-bawa daku pergi...pacu laju-laju kita lari dari realiti...cewah !

Monday, March 3, 2014

Analisa Shopping - Kelompok lelaki dan perempuan....

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum


Lelaki ada kuasa macam superhero The Flash. Mampu pergi dua tiga tempat dalam satu masa. Macam mana benda ni boleh berlaku? Ya. Disebabkan mereka ada kuasa scan yang hebat, mereka tak perlu duduk satu shopping complex tu lama-lama kalau dah takda yang berminat. Mungkin dalam masa sejam dua, mereka mampu pergi ke dua tiga shopping complex berasingan. Perempuan? Masih bijak berbelanja. Mereka perlu fokus! Tu yang lama...baru satu kedai !!yang lelaki penat dah tunggu...he3

Kualiti atas jenama. Ya perempuan pilih kualiti. Dan mereka arif tentang itu. Tak kira walaupun tu brand cikai. Tapi kalau ada kualiti, sambar ajaa! Lelaki? Bagi lelaki, kualiti ada pada jenama. Jenama jual kualiti. Sebab tu juga lelaki tak masuk semua kedai. Dia masuk kedai yang dia rasa ada kualiti pada jenama. Padahal dua-dua made in China !!Loserrrr....

Perempuan tak ada teknik scan and touch. Itu satu teknik yang sangat unik ada pada para lelaki. Macam mana teknik tu? Lelaki tak perlu masuk atau singgah pada semuaaaaaa kedai yang ada dalam satu shopping complex tu. Lelaki ada satu macam pakai cermin mata ajaib pada mata mereka. Mereka hanya perlu berjalan dan scan semua baju yang ada. Dari luar kedai diorang dah boleh scan. Hanya jalan. Dan bila ada tertarik, mereka akan berhenti, masuk, pegang. Apa yang mereka pegang? Ya. Mereka pegang tag harga.



Perempuan ialah jenis bijak berbelanja. Berbeza dengan lelaki, mereka berkemungkinan akan masuk dalam kedai yang sama sepuluh kali untuk membuat perbandingan dengan kedai yang lain yang menjual barang yang hampir sama. Mereka selalunya akan pergi shopping dengan kawan-kawan atau ahli keluarga perempuan yang lain. Mereka akan tanya pendapat. Sampai pasti. Sehinggakan mereka sanggup telefon orang yang kononnya lebih arif tentang barang itu. Ya. Barang yang mereka beli lebih berbaloi. Lelaki? Nampak. Pergi kedai lebih kurang. Patah balik. Banding harga. Beli. Ya kebanyakan lelaki hanya tahu banding harga. Kebanyakan.

Selain daripada perempuan bijak berbelanja, kerana mereka perlu memastikan barang yang mereka beli tu betul-betul berbaloi, lelaki juga ada sifat bijak berbelanja tapi dari sudut yang lain. Sudut apa? Macam ni. Kebanyakan lelaki akan allocate berapa meraka akan belanja untuk haritu. Ambil contoh RM300. Macam mana pun mereka akan fit dengan RM300 tu kalau belanja. Kalau lebih pun mungkin sepuluh dua puluh ringgit. Perempuan? Masih memilih untuk beli barangan yang berkualiti dan berbaloi dan harga letak ditangga seterusnya.he3...sebab tu lelaki barang dia 1 2 jer , tetapi perempuan barang dia bole penuh satu almari...ahaks

Sebenarnya dari kesemua di atas , lelaki merupakan membeli yang paling cerewet , sebab apa?! sebab itu lah satu-satunya barang yang akan mereka pakai bertahun-tahun lamanya (setia beb) , tidak pulak bagi perempuan...pakai buang !!maksudnya...kalau boleh setiap hari nak beli , padahal barang yang mereka beli sama jer yang sebelum nie.Nampak tak !!bertapa tak setia nya perempuan...maaf !!

p/s:-baru-baru nie saya shopping 8 baju 8 tudung dan sepasang kasut....
sampai skrg tak basuh2 lagi...weeee