Tuesday, April 15, 2014

Berhadapan Dengan ‘Mood Swing Person’

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

“Sekejap marah-marah, sekejap cakap baik-baik! Haish tak faham betullah dengan mood dia”

Pernahkah kamu berada di situasi seperti ini ? Situasi yang sangat mengelirukan bila berhadapan dengan kawan yang suka berubah-ubah moodnya ? Memang geram dan merumitkan bila berhadapan dengan mereka. Tetapi jangan pusingkan kepala...jom check it out !

1)      JANGAN MELATAH & TERASA HATI

Bila berdepan dengan individu seperti ini kita harus banyak bersabar. Jangan terus melatah dan marah-marah. Kamu harus faham situasi yang di alaminya. Mungkin sebenarnya si dia sedang di landa masalah atau krisis. Jangan terus terasa hati, sebagai seorang kawan yang matang kamu harus tunjukan sikap yang positif padanya...Diam tu kan lebih baik !!tapi kalau diam lagi marah...he3

2)      BERIKAN SI DIA SEDIKIT RUANG

Andai kata secara tiba-tiba si dia mula menarik muka atau marah, jangan berkata apa-apa yang menyakitkan lagi hatinya. Maklumlah, hati yang sedang membara macam-macam boleh jadi. Silap haribulan semua percakapan atau perbuatan kamu akan memburukkan lagi keadaan. Jadi, sebaiknya berikan si dia ruang dan masa untuk menyendiri. Lama kelamaan pasti si dia akan reda kembali. Waktu itu pandai-pandailah kamu curik peluang untuk bersembang dengannya kembali...kalau marah / terasa cakap lah macam nie "please bagi saya masa untuk bertenang , nanti dah okey saya cari awak"hahaha...buli !lepas tu diam lama-lama...padan muke...!!!ngeh3


3)      TENANGKAN SI DIA

Individu seperti ini memang lebih banyak marah-marah berbanding gembira. Jangan panic dan takut, sebagai kawan kamu boleh tenangkan si dia. Anggaplah mungkin si dia tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk mengawal kemarahan. Mainkanlah peranan kamu untuk memujuknya dan meredakan kemarahannya yang membuak-buak...pujuk plsss!!

4)      JANGAN CUBA MEMBUAT LAWAK MEREPEK

Tidak kiralah sama ada niat kamu itu memang benar-benar mahu bergurau atau mengusik, pastikan jangan sesekali cuba membuat lawak merepek dan cuba menekan ‘butang’ marahnya. Golongan seperti ini mereka sensitif dengan setiap percakapan orang ramai terhadapnya. Oleh itu, elakkan membuat si dia naik berang dengan lawak tidak menjadi kamu itu...hahaha...L O S E R !!


Thursday, April 10, 2014

Kamu trauma dalam bercinta ?

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

 Lakukan 4 cara yang mudah ini agar kamu berhenti membenci dan hilangkan trauma untuk bercinta setelah gagal pertahankan hubungan yang lalu...
Chill la kan...masih banyak lagi ruang dan peluang yang perlu kita tempuh...
"Bunga bukan sekuntum , Kumbang bukan seekor"....pergi jer taman yang lain...pasti akan ada bunga-bunga yang harum mewangieeee dan kumbang-kumbang yang ensem dan hot...ahaks



1-TAMATKAN BUKU LAMA
Apa yang sudah berlalu biarkan ia berlalu. Tamatkan sahaja segalanya. Jangan di ungkit segalanya. Berhenti berkata tentangnya. Selagi kamu tidak menamatkan segalanya selagi itulah kamu akan terbayang tentangnya sahaja.

2-ANGGAP IA SEBAGAI PENGAJARAN
Anggap sahaja cinta lama kamu itu satu pengajaran dalam hidup. Jangan putus asa dan berhenti memberi alasan mengapa kamu tidak boleh lupakannya.

3-BERGAULLAH DENGAN ORANG KELILING
Inilah masa yang paling sesuai untuk kamu mula bergaul dan berkenalan dengan sesiapa sahaja tanpa di sekat. Bergaullah dengan orang keliling mana tahu salah satu daripada mereka adalah jodoh kita kan ?

4-MINTA NASIHAT
Tiada salahnya jika kamu dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang yang lebih berpengalaman seperti kakak, ibu atau mungkin teman-teman rapat. Kalau boleh di contohi tiada salahnya kamu belajar dari kesilapannya. Jadikan ia sebagai panduan. Jika individu itu boleh berjaya melangkah ke dunia yang lebih bermakna mengapa kamu tidak kan?

p/s:-If someone seriously wants to be a part of your life , they will seriously make an effort to be in it.
             No Reason , No Excuses              

Sunday, April 6, 2014

Melipat Lengan Kemeja #MajalahMaskulin

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum


Tahukah Anda !

Anda kelihatan seksi di mata wanita apabila anda melipat lengan kemeja. 





p/s:-Ada mata yang sedang memerhati...melting !!nak2 lagi kalau yg lipat tu ensem..ailaaa