Thursday, December 18, 2014

Tentang Kita - Kebetulan #part11

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Pagi yang tenang , menyegarkan mata yang memandang diluar balkoni.
Cantik ciptaan Allah.Sungguh berseni dan berseri.
Ting ! Ya Allah aku dah lambat nak ke Branch hari ini.
Laju aku berlari sambil mencapai tuala mandian.
Siap ! 
Sarapan aku tak sempat ambil.
Hanya air milo suam-suam kuku aku hirup di dalam kereta menuju ke Damansara.



Aku:Hello Anggun ! Akak tak masuk offices hari ini , akak turun Branch Damasara ada test system.Jaga shop tau.
Anggun:Baik akak , akak pergi sana berapa hari?!
Aku:Dalam 3 hari macam tu , nanti apa-apa hal update dekat akak ya.
Oh ! lagi satu nanti ada lelaki call nak cakap dengan akak , anggun cakap akak tak ada tau.Macam biasa , nama akak Azirah Rose..HAHAHAHA ,
Nama dia Tengku Adam.
Anggun:Wow nama , bole tahan la..Hahahaha.
Aku:Jangan nak ketawa sangat , awak tu kalau nak buat kerja nanti , tak tahu terus tanya Puan Alyani.Akak tak ada ni pandai-pandai korang bawa diri.
Anggun:Baik bos.
Aku:Ok bye!


Sampai saja di Branch , aku disambut dengan senyuman.
Aku perempuan Dia lelaki.Haruslah ada senyumkan.

Aku:Hai ! saya Azirah , dari project system.
Hafiz:saya hafiz dari unit TD-i islamic damansara
Aku:oh ! yang selalu hantar email dekat saya tu ker , yang suruh buat urgent la sangat.Awak orang nya.
Hafiz:Dan awak jugak lah orang yang buat bodoh kalau saya call tak nak angkat.Email tak nak jawab ya.
Aku:hahaha , sekarang saya dah tau.Confirm lepas nie jawap call dan balas email punya.Nak lagi best nanti saya bole jawab OCS awak sekali mudah bukan.
Hafiz:Asal awak tak nak jawab call saya.Malas nak layan ya.
Aku:Betul , memang betul saya malas nak jawab sebab saya tau apa soalan yang awak nak tanya nanti.
Hafiz:Lepas ni please jawab call saya.Boleh kan?!Nanti saya belanja la awak.Penting tau bila saya call tu.
Aku:Penting la sangat kan.Menyampah! 
Hafiz:Garang !hehehe.
Aku:Kesah pulak , waktu lunch nanti belanja saya makan tempat-tempat yang best kat sini.Ingat senang ker saya nak turun padang.
Hafiz:Boleh saja.Kerja senang jer tu.Nanti dah siap semua.Saya call awak pergi makan sama.Sebelum tu.No awak apa Azirah?!
Aku:Bukan dah bagi ker dekat offices hari tu.
Hafiz:Itu no. telefon offices la , awak dekat sini , tak kan saya nak call offices sana.Mana satu ni.Memainkan.
Aku:hahahaha , ingat kan ada ,miscall cepat.
Hafiz:ok done , save dah.
Aku:Ada no.telefon jangan nak macam-macam eh.<tunjuk penumbok>
Hafiz:hehehehe.
Aku:dah boleh mula ker?!
Hafiz:oh ! jom saya tunjuk kan bilik test system.
Awak ada 8 orang pelajar nanti.
Aku:ya , really.Ramai nya , campur lelaki perempuan ker?
Hafiz:semua perempuan , saya seorang jer lelaki.
Aku:Ala tak best la macam tu.Boring !

Masuk saja di dalam class training.Oh my english ! semua lelaki.

I love it !

#keepingreading


Sunday, December 14, 2014

Tentang Kita - Kerinduan #part10

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Dia:Assalammualaikum sayang , sayang kat mana?
internet dah okey ke belum.Rindu!
Dia:Sayang...
Dia:Sayang...
Dia:Sayang...
Aku:Nak apa?!
Dia:Dari semalam sampai sekarang , sayang pergi mana?!
Aku:Perlu ker nak ambil tahu?!
Dia:Perlu...perlu sangat-sangat
Aku:Silap orang nie , tak perlu kot..kita pergi dulu.Bye !!
Dia:Kenapa macam tu sayang , sayang ni kenapa?!ayang tanya sebab ayang rindu sayang , 
sayang senyap macam tu jer.Cakap dengan ayang  , sayang pergi mana?! buat apa?!kalau
ayang ada buat silap , ayang mintak maaf , memang ayang tak tahu.Cuba sayang bagi tau?
Nanti ayang terangkan , ini tidak , tau-tau sayang marahkan ayang.Sejak semalam sayang.Sejak semalam
Kenapa sayang diam !sayang dengar ke tak ni?!
Aku:Dengar , jadi apa masalah nya sekarang , suka hati kita nak lah nak senyap ker?nak diam ker?
Apa kena mengena dengan ayang! tak ada kan.So please....
Dia:Masalah nya sekarang ayang tanya sayang , sayang tak jawap , tapi sayang senyap.Kenapa sayang?!
Aku:Tanya lah diri sendiri , jangan nak tanya kita pulak.
Dia:Masalahnya  , ayang tak tahu apa masalah ayang sayang.Ok ! ayang tahu pasal semalam punya message kan.
ayang nak terangkan kat sayang , ayang type laju , lepas tu ayang punya hp kan auto typing.Bukan salah ayang pun sayang
Ayang siap print screen bagi kat sayang , sayang takkan tak tengok.Sayang dah lah sayang.Tolong laa jangan macam ni.
Ayang rindu sayang , dah separuh gila dah nie.Maafkan ayang kalau ayang ada buat silap dengan sayang.Ayang bukan sengaja sayang.
Tolong laa sayang jangan macam nie.
Aku:Dah tengok dah , tapi malas nak layan okey , kita tak der masa untuk semua ni.Dah ayang pergi sana , jangan sibuk-sibuk kacau kita.
Kita busy sekarang nie.
Dia:Selagi sayang tak maafkan ayang ,selagi tu ayang nak sayang tahu yang ayang sayang dengan sayang , Ingat tu!
lagipun bukan salah ayang pun sayang.
Aku:Okey ! okey ! silap tulis message lagi siap ayang.Tiada maaf bagi mu.Benda nie dah banyak kali ayang.
Dia:yee sayang , ayang dah setting keypad dia dah.Memang message tu untuk sayang , ayang type salah sikit jer ,sayang dah macam nie.
Kalau ayang salah semua , macam mana lah agaknya.
Aku:Amboi ! memang nak try tulis salah ke?!ayang buat ayang , senang jer kita nanti.Putus !
Dia:Tengok tu !dah tak ada benda lain lah tu dia nak cakap , ayang akan cari sayang nanti.Sayang silap lah cakap ayang macam tu.
Ini ayang laa sayang.Muah !
Aku:eeeuwwwww...mengade ! 
Dia:Lega ayang sayang , semalam tak cukup tido ,asyik terfikir jer sebab kita tengah gaduh ! dah lah rindu sayang.
Aku:Padan muka ! siapa yang mulakan dulu.
Dia:Yelah , ayang salah.Rindu sayang sangat-sangat.

Sayangi sebuah perkenalan
kerana di situ tercipta kemesraan
Hargai sebuah perhubungan 
kerana di situ tercipta kerinduan
Hargailah kedua-duanya
kerana itu rahmat Tuhan

#keepreading



Tuesday, December 2, 2014

Tentang kita - Paksaan #part9

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum


Aku:ayang , ayang nak kawan dengan kawan kita tak, dia mungkin solo.
Dia:Mungkin solo , memang tak lah ! ayang nak sayang jer.Sayang jangan nak pass ayang dekat orang lain.Ayang tak nak.
Aku:Eleh ! macam lah orang tu nak kat dia , kita cakap jer , mungkin ayang boleh kawan saja dengan dia, kalau ada jodoh lagi bagus.Kita suka
Dia:Masalah nya sayang , ayang tak suke ! bole tak jangan paksa-paksa.Sayang nie cakap benda-benda macam ni kenapa?! sayang nak tinggalkan ayang eh!ayang tak kan tinggalkan sayang.Paham !
Aku:ehh! itu pun nak marah , mana lah tau kan dalam kawan-kawan tu ayang suka dekat dia.Benda bole berlaku.Lepas tu..
Dia:Lepas tu apa?! lepas tu senang lah sayang cari orang lain kan , tinggalkan ayang macam orang gila.Sayang nak ker macam tu?!
Aku:Masalahnya sekarang ni , kita nak ayang bahagia.Paham tak bahagia?
Dia:Itu bukan bahagia sayang , itu buat ayang lagi derita.Ayang tak leh hidup tanpa sayang.Ayang nak sayang juga.noted ! 

Aku mengeluh lama.Degil betullah dia ni.Aku nak dia bahagia.Salahkah aku memberi ruang dan jalan untuk dia bersama orang yang akan mencintai dia.Aku tak mampu memberi kebahagian itu.
Ya Allah , macam mana nak buat ni.
Balik saja dari pejabat otak ni tak habis-habis memikirkan perkara siang tadi.Nak bertindak ikut arahan karang tak mungkin terjadi.
Langgar arahan karang , macam menarik.Nanti kene balik kat diri sendiri.Diam jelah.Sampai saja di rumah , tidak sempat tudung aku buka ,
satu pesanan ringkas mengatakan dia sudah sampai.
Awal pulak tu sampai rumah selalu lewat balik kerja.
Mesti ada sesuatu ni.Aku biarkan pesanan itu tanpa di balas.
Berehat-rehat di dalam bilik adalah rutin aku setiap malam.Aku jenis yang suka menonton tv sehingga lewat malam.







Dia:sayang...
Dia:sayang...
Dia:sayang...
Aku:ya ! ada ni..
Dia:dari petang tadi , dah nak malam baru nak balas message ayang , sayang pergi mana?kenapa tak jawap bila ayang call?!
Aku:ada saja , kan on the way balik kerja , mana sempat nak balas message semua.Ayang ada call kita ker?!tak dengar apa-apa pun.
Dia:yaker , cuba sayang check handphone sayang tu macam mana?!tak kan lah tak ada langsung.
Aku:Ada message jer tadi , tapi call macam tak der lah pulak ,eh ! sorry.
Dia:kenapa sorry ! 
Aku:macam ada miss call saja..sorry-sorry , kenapa kita tak dengar bunyi ya , pelik nya.
Dia:handphone sayang tu dah rosak kot, ker sayang sengaja tak nak angkat!
Aku:bila masa tak nak angkat pulak , dah tak dengar , nak buat macam manakan?!tapi ayang nak cakap apa?!
Dia:ayang nak cakap rindu kat sayang.Sayang balik kerja tak cakap apa pun kan.Ayang call lah sayang.
Aku:Maaflah tak perasan pun , padan muka.
Dia:oh ! padan muka kat kita , siap lah sayang nanti.
Aku:ayang nak buat apa?!tak payah nak siap sangat eh ! siap nak tido adalah.Dah pergi tidur sana.Jangan kacau kita , nak tengok drama omputeh ni.
Dia:sayang jangan tidur lewat sangat , esok nak kerja pagi.Nanti tak cukup tidur , sayang sakit nanti.
Aku:kalau sakit makan ubat jelah nanti.Mudah bukan.
Dia:ada jer nak melawan cakap kan.Degil betul.
Aku:memang pun , ada orang tu suka paksa-paksa, orang tau lah nak tidur bila.
Dia:oh ! sayang paksa ayang tak per , ayang nasihat sikit tak bole.
Aku:Ok ! fine.
Dia:Marah lah tu , ok sayang , tidur tau..ayang sayang sayang , muah !


Kata orang cinta dan kasih sayang itu tidak boleh dipaksa-paksa.
Ia datang dengan sendiri nya.Tapi dalam hal ini , cinta itu perlu di cari dan kasih sayang itu perlu dipupuk supaya dua hati menjadi satu.
Adakah anda tahu percintaan itu banyak maksudnya.
Ya !cinta itu amanah ! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak 
yang perlu dituntut.Apabila jatuh cinta kepada seseorang , kita rasa seolah-olah kita memerlukannya.Kita mahu memilikinya ,kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas.
Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi,tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka.
Namun bukan itu yang lebih utama ,kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita , orang yang kita suka belum tentu menyukai kita.Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh
Allah kepada kita ini , kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka.Jika dapat memikat hatinya.Alhamdulillah.Tetapi jika tidak,usahlah mengungkit dan berdendam.Lepaskan lah dia pergi dengan lapang.

#keepreading