Monday, October 31, 2011

Assunta Hospital Petaling Jaya

Salam blogger semua, azie rindu kamu semua...selama hospitalization leave nie mcm2 activities yg dah azie tinggalkan..sian..makan x kenyang,mandi x basah,tido x lena,ecehh!!dah mcm org bercinta pulak..yg nie bukan sebarang cinta..cinta warded namanyer..admitted pada 21/10/2011 tarikh keramat tu..x mau masuk hospital lagi..x suke..x suke..!!!



berbekalkan pengalaman sebelum nie (pernah masuk wad juga-bende yg sama) anemia-blood loss x gentarkan aku..aku teruskan perjuangan aku di dlm nyer..mlm tu terus aku di masuk kan air sebanyak 8 botol...aku lemah disitu..tangan menjadi semakin sakit..yg lain x cakap lah..confirm sakit...


doc Liew:azie mcm mana dengan awk ari nie,ader rasa baik?


azie:erm..ok cikit doc..


doc Liew:awk nampak pucat,muka x der warna..


azie:(doc ni ingat aku nie badut ker nak kene warna)..yaker doc..abis tu mcm mana..sy rasa pening cikit..


doc Liew:ok tonight , i will see u,to know about your blood detail and will check again your blood volume after this finish..(air yang masuk dlm badan leteww)


azie:ok thanks doc..maknanya klu darah dlm badan saya still x naik lagi..sy kene terima darah ler..ala x suke ler..(tetiba)


doc Liew:well, sy pun x suke masuk kan darah..(bla mcm tu jer)


azie:erm...(terkulat2 atas katil)x sempat nak cakap x payah masuk kan..sy kuat!!
hanya roti jem + butter plus air milo jer yang dapat di telan
yang lain x lalu..confirm muntah balik

nasib baik lah dalam bilik wad nie x lah bosan sangat ader lah tv nak tengok...citer the caves of the golden roses menjadi pilihan..erm..layan sesorang lah..tarabas pulak x der (hehehehe)
gatai..sakit2 pun ader ulat bulu jugak..


****************************
malam pun berlalu...doc coming..!!!again..

doc Liew:azie mcm mana sekarang, ader rasa lebih better cikit?

azie:x doc..sy rasa mual nak muntah di tambah dengan pening..doc sy nak muntah nie..
dengan selamba aku muntah di dlm bakul sampah(x sempat dah nak ke toilet)

doc Liew:nurse...please give the report n fail..azie awk kurang darah dalam badan sebanyak 7.0 awk tau x?bagi org normal badan dlm darah mesti lah 12.0,but your blood leave 1/3 in your body..not enough blood..so tonight u will get the fresh blood-2 pack of blood..

azie:baik lah..lemah sudah..

****************************
Pagi yang dingin....

aku chat seperti normal yelah badan dah terima darah..chat terus..tapi tangan sakit..sebab darah..erm..nurse kejap2 masuk check darah plus tekanan darah..dlm sehari ubat bermcm telah di telan...tapi makan still mcm tu gak...

yang best kehadiran rakan sejawatan memeriahkan suasana bilik wad aku...bising giler..gembira rasa nyer..ucapan cepat sembuh senantiasa di beri untuk aku..aku yakin lepas nie aku mesti kuat...papa n mama,adik beradik,saudara2..semua nyer hadir memeriahkan bilik wad..hehehe..sayang laju2 kamu semua..thanks a lot..

yang nie peneman malam aku..hehehe..thanks guys.

****************************
pejam celik dah 5 hari aku dalam wad..bila lah nak kuar tengok dunia luar nie..x sabar nak balik dah nie..akhirnya hari yang di tunggu telah pun tiba..doc mengesahkan aku dah boleh pulang ke rumah halaman dengan cuti yang panjang 12 hari,after discharge aku ke room billing untuk membuat bayaran sebanyak RM5521 dengan ubat yg banyak di tangan..xpaham kenapa lama sangat..selalu nyer 3 ari jer..mungkin doc x yakin kot dengan kekuatan body aku nie..x per aku sahut cabaran doc tu cuti sampai lebam..hehehe..boring!!!

get well soon azie

now dah chat..esok ader appointment dengan doc Liew..doc tomorrow i'm coming at your clinic...waiting for me ya..1/11/2011..











Tentang DHIA




akan datang-x sempat tengok
ermm...mcm best jer..
Kenapa la TV3 suka tayang citer2 yang best jam 7pm..bukankah itu waktu maghrib??
Time keje pulak tu..hampe!!
terpaksa lah tengok kat tonton..boring!!

Sunday, October 30, 2011

Novel Melayu

Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya yang boleh berkongsi suka dan duka.


Kita gelarkan mereka sebagai Khuzairi dan Mia Adriana. Bagaimanapun, Mia tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.


Pada suatu hari,Ri mendatangi Mia dengan satu dilema. Ri meminati seorang gadis dan meminta pendapat Mia, sama ada dia harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Mia hancur berkecai tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya jua.


"Ri rasa, dia suka Ri tak?" tanya Mia. "Ri tak pasti, tetapi... mungkin juga," jawab Khuzairi. "Adakah Ri pasti dia belum berpunya?" tanya Mia lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis pujaan Khuzairi sudah mempunyai teman istimewa. Ri menjawab: "Belum."


"Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama ada dia juga sukakan Ri. Lagipun, siapalah yang mampu menolak lelaki seperti Ri," ujar Mia cuba bergurau dan menyembunyikan perasaannya. Selepas itu, Mia cuba mengorek lebih lanjut daripada teman-temannya dan Ri, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.


Beberapa hari kemudian, Khuzairi datang lagi. "Perlukah saya membelinya sejambak bunga?" "Ya, Mia tidak pernah terjumpa mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga!" "Bunga apa yang patut Ri berikan?" "Bergantung, kepada apa?" "Bergantung kepada apa jenis bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Ri ada." "Khuzairi tak kisah tentang duit."


"Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu tahu apa maksudnya." "Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya bersama kad ucapan?'' "Ya." "Kenapa Khuzairi tidak memberikannya sendiri." "Tak boleh." "Kenapa pula?" "Ri takut dia tidak sukakan Ri." Mia Adriana menjadi bertambah sedih.


Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:


"Sudah lama Khuzairi tertarik pada Mia Adriana (lelaki mana yang tidak tertarik pada Mia, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Khuzairi dapat melihat kecantikan dalaman Mia sebagaimana kecantikan luaran. Perasaan Khuzairi menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Khuzairi bimbang untuk berterus terang.


"Khuzairi menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi Ri mahu Mia tahu, apa yang Ri rasai di dalam. Sekiranya Mia tidak merasakan apa yang Ri rasai, Ri sesungguhnya mengerti. Ri harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Ri berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Khuzairi.Khuzairi mahu tahu, apa pendapat Mia."


Sudah tentu Mia Adriana terus menghubungi Khuzairi dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini.


Semoga kebahagian akan terus menyinar dalam hidup mereka.Sesungguhnya kasih Khuzairi pada Mia tidak ternilai dengan persahabatan yang terjalin.



Saturday, October 29, 2011

Favorited Novel Yang Selalu Di Ulang Baca

very popular and the best novel ever in year 2011
terbaik lah...dah baca sebanyak 8x dan x pernah tinggal 1 muka surat pun
kat umah baca,kat opis baca,dlm hospital baca,dlm kete baca lagi
balik kg baca lagi dan lagi sehingga karekter dlm novel nie semua aku dah hafal
siap leh pilih siapa yang bole melakonkan watak dalam novel nie
arghh!!!aku memang mcm nie..novel nie tersimpan kemas di dalam drawer n dekat di hati nie
love so much!!!anda bagai mana?
yang nie dah jatuh no.2 dalam senarai favorite novel siti rosmizah nie
sejak beli dah baca sebanyak 15x sebab x beli lagi novel baru
sebab nyer masih menunggu keluaran novel terbaru siti rosmizah yang di atas tu
watak dalam novel nie memang sadis n dasat
air mata x pernah nak kering,ader jer..kekadang x pasan terus mengalir laju
ko nak cakap aper cakap lah,janji aku puas beli,puas baca dan puas menagis..hehe (touching sgt)
x rugi baca selalu..kekadang ader pengajaran nyer supaya bertindak mengikut arahan bukan buat bantahan..kesian tau..novel nie tersimpan baik di sudut buku yang lain..
yang nie jatuh no.3 pun ader sedih nyer jugak tapi di campur dengan lawak
so jadi happy jer baca novel nie
kawan saya suka giler novel nie..sampai dia x giler lah
saya yg tengok dia pulak yang jadi giler (giler novel ok)
watak dalam citer menarik x membosankan,jalan citer mcm biasa 
ader turun naik suhu badan klu baca...giler kentang..
x kesah lah janji best n x rugi baca banyak kali
pinjam novel nie dulu sebanyak 2x then terus beli dan baca sebanyak 3x = 5x
study pun x mcm nie punyer baca 
haa...citer nie pun ader lawak dan kelakar nyer(bukan sama ker)
jatuh no.4 sebab dah lama keluaran nyer after Andai Itu Takdirnya
tapi jalan citer memang best x bosan
dan baca sebanyak 3x sebab banyak novel baru kuar
so tak tau nak baca yang mana 1
jadi novel nie x banyak masalah..just nice jer
tapi layan tau..rugi x baca dan sudah memilikinya sendiri

ok kesemua novel di atas ada di tangan saya untuk buat koleksi siti rosmizah
setiap bulan aku pasti check perkembangan terbaru penulis nie
klu ada terus call syarikat penerbitan dia dan terus beli online di blog dia sendiri
tak yah nak pi kedai dalam masa 2 ari sampai..kadang2 x sampai 2 ari esok dah sampai
dasat lah abg pos tu tau2 jer aku dah x sabar nak baca novel tu

bila dah start membaca,semua aktivi kegemaran yang kurang penting di bekukan
bukan aper fokus tu yang penting,novel biasa jer..watak tu yang lebih
baca x lama 1 ari jer dah abis baca..yang menulis berbulan2 baru siap
yang membaca nyer x sampai esok,malam tu jer dah abis membaca
lepas tu mula lah aku melakon kan watak dlm novel tu...
gi keje tersenyum,makan tersenyum,tido pon bole tersenyum..
senang citer senyum x perlu kata apa-apa
sekian.

Friday, October 28, 2011

Kenali Diri Saya Bersama Puteri Kasih


saya x tau nak mula dari mana setelah di tag oleh sahabat baru blogger
DianaAzis..tapi x per saya try dulu...jom kenali diri saya bersama puteri kasih segmen.


1) Jika saya memegang watak karakter kartun saya ingin sekali menjadi  Stewie-family guy(baby yang bijak n gangster hehehe baby la sangat)

2) Saya ingin sekali bertemu dengan Song Hye Kyo-Drama Korea Full House (dia cute sangat mcm..mcm..ala malu la nak cakap-nenek sy)

3) Binatang yang paling saya takuti adalah ish..takut nak cakap nanti kene gelak-Angsa(betul..takut sangat sebab dulu pernah kene kejor..x suka..x suka)

4) Saya teringin bercuti ke Holland(sebab kat sana banyak bunga sy suka bunga-wangikan saya..tau dah)

5) Lagu yang paling saya minati adalah lagu Gee (korea song) kumpulan girls generation dah hafal dah...(suruh mengaji..tau x?eh tau lah..pipi nak merah)

6) Jika saya menjadi seorang perdana menteri saya akan ehem..menerajui Malaysia ke arah arus kemodenan dengan pantas dan memberi kemakmuran di setiap lapisan masyarakat Malaysia-(tidak terlalu autokratik dan jgn lah menuduh saya bersifat kronisme-sambil meneguk air)

7) Insan yang paling saya sayangi adalah mama yang dicintai dan papa yang senantiasa dirindui lah..

8) Perkara yang paling saya benci adalah makan x nak basuh pinggan(menyirap tau)rasa nak hempok jer pinggan tu kat dia..over!!

9) Perkara pertama yang wajib saya lakukan setiap kali bangun tidur adalah tengok jam lah..eh!!dah terlambat...cepattt...

10 ) Tiga perkataan yang menggambarkan diri saya positif , unik , degil

ok now azie tag Miniecha (aishah hassan) welcome to the club bebe...

Saya Suka Doctor!!!

Seorang perempuan tua berjumpa seorang doktor dan bertanya,
"Doktor, saya ada masalah dengan perut yang selalu berangin, tapi ianya tidak pernah menganggu saya...kentut saya tak pernah berbau, dan senyap. Jadi saya selalu kentut.

Doktor meminta penjelasan lebih lanjut dari perempuan tua itu...dan perempuan tua itu berkata, "Sebenarnya, saya sudah kentut sebanyak 20 kali ketika berada dihadapan doktor. Mungkin doktor tak tau sebab kentut
saya tidak berbau dan senyap."

Sambil menarik nafas.. dan tersekat2 ..Doktor itu menjawab,"Ok, sekarang ambil pil ini dan datang jumpa saya minggu depan."

Seminggu selepas itu, perempuan tua itu kembali. "Tuan Doktor," panggilnya sambil marah-marah, "Saya tak tau pil apa yang yang
doktor beri pada saya, tapi sekarang kentut saya... walaupun masih senyap...tapi baunya sangat busuk."

Doktor itu membalas, "Bagus!!! kita sudah mengubati hidung makcik yang tersumbat , sekarang,mari saya periksa telinga makcik."

i love doc?hehehe

Thursday, October 27, 2011

Terbaikkk...

Aku bangun awal pagi, kau masih tido lagi.
Aku dah siap masak mee, kau baru nak gosok gigi.
Aku makan sopan sekali, kau dah tambah sepinggan lagi.
Aku basuh pinggan sendiri, kau hanya letak disinki.
Aku kerling tak puas hati, kau sengih tunjuk gigi.
“Eh berani kau letak sini? Pegi la basuh sendiri”
“Ala tolong la basuh sekali. Apa guna jadi bini”
“Takkan nak buat kerja free, bagi la kiss di pipi”
“Hihihi. Mari la sini”

Wednesday, October 26, 2011

Biru Ungu CintaKu


Nama aku Mia, aku ade balak name balak aku Khuzairie

kitorang dah lame kenal dah lama saling sayang menyayang kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan

tapi satu hari tu kitorang keluar laa jalan2 macam biase tapi aku terase lain macam sket si Ri bawak aku pegi kedai emas die nak beli cincin hadiah untuk kakak die katenye

lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye aku pon ikut je laaa tapi si Ri beriyer tanye aku yang mane yang aku paling suka

lpas tu, kitorang pegi kedai bunga Ri beli sejambak bunga ros merah pun untuk kakak die jugak katenye aku pon malas laa nak tanye banyak2 same je jawapan die dari tadi

tak lama lpas beli bunga tuh tibe2 Ri berenti.. dier berdiri tegak memandang ke arah aku.. mukanya agak kemerahan panas kot

tapi die senyum2.. dan tunduk memandang kasut sendiri tibe2 die ‘go down on one knee’ maka secara automatik aku pon teringat laa lagu avril “i want to see you go down on one knee..marry me today… “

Ri memanggil nameku.. “Mia… ” sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi aku terdiam… . aku terpaku di situ…

perasaanku mula bergelora sudah terbayang pelamin indah tempat kami bersanding tiba2 terbayang keluarga dan anak2 tanggungjawab yang berat terhadap keluarga sudah bersediakah aku… ?

tetapi aku gembira dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di pipi Ri masih tunduk… die memanggil namaku lagi skali “Mia… “

dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke arah Ri dan pada masa yang sama juga Ri mendongak memandang ke arahku mata bertentang mata.. Ri bersuara…

“Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile ape?? Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab.. tolong laaa pegang bende2 ni jap..Saya nak ikat tali kasut nih..cepat laaa..panas nih..ishhhh..susah btol orang sentimental nih… “

Dan aku pon meraung bagai nak gile malunye aku hampeh ko Ri..bile nak masuk minang nih..??
hehehe...Ri tunggu Azie lah Mia....uweekk!!

Thursday, October 20, 2011

Diari Seorang Isteri-confirm nages!!

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.


Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.


Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati .


Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa.


Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.


Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri .


"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju.


Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama.


"Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.


Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga.


Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.


Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.


Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.


Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.


Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan.


"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi.


Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.


"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...


"Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.


Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"


Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.


Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa




Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.


Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.


"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.


Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH.


Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis.


"YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....


p/s : sayangilah isteri anda..

Tuesday, October 18, 2011

hehehe....!!!

Jangan ikut TARZAN sbb suka sgt TAK JAGA aurat,


Jangan ikut CINDERELLA sbb suka sgt balik LEWAT MALAM buat maksiat,


Jangan ikut PINOCCHIO sbb suka sgt MENIPU berdosa je dapat,


Jangan ikut ALADDIN sbb suka sgt MENCURI tak kira tempat,


Jangan ikut SUPERMAN sbb suka sgt pakai PAKAIAN tak elok yg dia buat,


Jangan ikut SNOW WHITE sbb suka sgt TINGGAL dgn lelaki tak dikenali 
saja nak tambah maksiat,


Jangan ikut SLEEPING BEAUTY sebab suka sgt TIDUR mengajar kita malas utk berkerja,


Malah, ikutlah Rasulullah s.a.w herO kite sepanjang zaman.

Monday, October 17, 2011

Mencintaiku





Aku telah mencuba sebaiknya
Mencintaimu seikhlasnya
Menyayangimu sepenuhnya
Menerima siapa pun kamu seadanya


Namun bila kini
Perpisahan jua terjadi
Segalanya terhenti di sini
Aku lelah sendiri...



Saturday, October 15, 2011

Trend 2011


1. Tiru budak Australia membonceng fixie, kini trend tersebut menjadi kegilaan remaja di negara ini termasuk di kampung. Segelintir mereka hanya untuk menunjuk2.

2. Fesyen tudung Yuna kini menjadi ikutan para peminatnya. Fesyen tudung Yuna juga dikecam masyarakat kerana cara pemakaian tudungnya yang semakin hari semakin pelik.

3. Kini semakin ramai penduduk Malaysia yang mahukan tablet kerana ciri-cirinya yang menarik dan senang untuk dibawa. Dengan kemuncalan tablet popular dunia seperti Samsung Galaxy Tab dan iPad.

4. Genre K-Pop semakin diterima oleh pendengar2 di negara ini 60% daripadanya adalah kaum wanita. Genre K-Pop juga ada yang disukai dan dibenci oleh kaum lelaki kerana kegedikan mereka menari yang entah pape...

5. Kerana nafsu syaitan, beribu-ribu remaja melakukan maksiat dan melahirkan anak. Apabila dilahirkan anak itu, segelintir remaja itu sanggup untuk membunuh bayi mereka dengan begitu kejam sekali seperti membuang bayi dari tingkat atas bangunan, membuang di tepi sungai , bapa meliwat bayinya sendiri yg berusia 23 hari, bayi dalam pam tandas dan banyak lagi. (Ni trend jugak ke?)..huhu

6. Filem2 melayu dah makin berani menimbulkan kontroversi termasuk laa melibatkan sensitiviti agama. semata2 mahu buat lawak dan raih untung..ermmm..by ayie abas

7. Tapi paling xska bila kes2 simbah asid la,, rogol la,, khalwat la..asik masuk news paper.. semakin hari semakin menjadi2 :) by radsmil

8. Korang tambah la sendiri....

via Lu Kasi Gua Mati Dulu Lah Bru Gua Diam~~

Thursday, October 13, 2011

Cer teka lagu siapa nie?

Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu


Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya


Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu


Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh Cintaku


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Sayang padamu


Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini