Sunday, October 30, 2011

Novel Melayu

Kisah ini tentang seorang gadis yang jatuh hati pada teman baiknya yang boleh berkongsi suka dan duka.


Kita gelarkan mereka sebagai Khuzairi dan Mia Adriana. Bagaimanapun, Mia tidak pernah meluahkan perasaannya itu, bimbang persahabatan mereka yang sedia terjalin, akan tercalar dengan pengakuan itu.


Pada suatu hari,Ri mendatangi Mia dengan satu dilema. Ri meminati seorang gadis dan meminta pendapat Mia, sama ada dia harus menghantarnya satu kad ucapan. Hati Mia hancur berkecai tetapi dia sembunyikannya. Baginya, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaannya jua.


"Ri rasa, dia suka Ri tak?" tanya Mia. "Ri tak pasti, tetapi... mungkin juga," jawab Khuzairi. "Adakah Ri pasti dia belum berpunya?" tanya Mia lagi sambil di dalam hatinya berdoa si gadis pujaan Khuzairi sudah mempunyai teman istimewa. Ri menjawab: "Belum."


"Kalau macam tu, teruskan. Itu cara terbaik untuk mengetahui sama ada dia juga sukakan Ri. Lagipun, siapalah yang mampu menolak lelaki seperti Ri," ujar Mia cuba bergurau dan menyembunyikan perasaannya. Selepas itu, Mia cuba mengorek lebih lanjut daripada teman-temannya dan Ri, siapakah gadis bertuah itu tetapi hampa.


Beberapa hari kemudian, Khuzairi datang lagi. "Perlukah saya membelinya sejambak bunga?" "Ya, Mia tidak pernah terjumpa mana-mana perempuan yang tidak sukakan bunga!" "Bunga apa yang patut Ri berikan?" "Bergantung, kepada apa?" "Bergantung kepada apa jenis bunga yang dia sukakan dan berapa banyak wang yang Ri ada." "Khuzairi tak kisah tentang duit."


"Kalau begitu, belikan dia bunga mawar merah, penjual bunga tentu tahu apa maksudnya." "Adakah penjual bunga boleh mengirimkannya bersama kad ucapan?'' "Ya." "Kenapa Khuzairi tidak memberikannya sendiri." "Tak boleh." "Kenapa pula?" "Ri takut dia tidak sukakan Ri." Mia Adriana menjadi bertambah sedih.


Pada suatu hari, ketika sedang mengemas rumahnya, seseorang telah mengetuk pintu. Sebaik pintu dibuka, seorang lelaki penghantar berdiri bersama sejambak bunga mawar merah yang dikepilkan bersama sebuah kad ucapan. Kad itu berbunyi:


"Sudah lama Khuzairi tertarik pada Mia Adriana (lelaki mana yang tidak tertarik pada Mia, bukan?) Namun, semakin kita menjadi akrab, Khuzairi dapat melihat kecantikan dalaman Mia sebagaimana kecantikan luaran. Perasaan Khuzairi menjadi lebih mendalam, melebihi seorang kawan tetapi Khuzairi bimbang untuk berterus terang.


"Khuzairi menghargai persahabatan kita lebih dari segala-galanya tetapi Ri mahu Mia tahu, apa yang Ri rasai di dalam. Sekiranya Mia tidak merasakan apa yang Ri rasai, Ri sesungguhnya mengerti. Ri harap, kita masih boleh terus menjadi teman karib dan Ri berjanji, tidak akan membangkitkan perkara ini lagi. Seolah-olah, ini semua tidak pernah berlaku dalam hidup kita, okey? Hubungi Khuzairi.Khuzairi mahu tahu, apa pendapat Mia."


Sudah tentu Mia Adriana terus menghubungi Khuzairi dan sejak itu mereka menjadi pasangan sahabat, kekasih dan suami isteri yang bahagia sehingga kini.


Semoga kebahagian akan terus menyinar dalam hidup mereka.Sesungguhnya kasih Khuzairi pada Mia tidak ternilai dengan persahabatan yang terjalin.



1 comment:

  1. hehehe....ada ekk!!!sedih tol...sian Mia..tapi gembira at least dengan Fantaghiro to..erm...mana lah tarabas nie kan..(back up lah)

    ReplyDelete