Thursday, March 29, 2012

Set Fire To The Rain – Adele

Salam Blogger,

   Yesterday and today , and maybe everyday yang berikut nya biarlah hati berbicara sendiri about my mood and spirit yang semakin berlari laju , selaju kuda yang berlari (adrenalin). Cewahhh !!!

But i don't know how to expressed my feeling and my face after I listen this song again and again..maybe forever.

check it out !!!

<<<play>>>


I let it fall, my heart
And as it fell, you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me
My hands, they were strong, but my knees were far too weak
To stand in your arms without falling to your feet

But there’s a side to you that I never knew, never knew
All the things you’d say, they were never true, never true
And the games you’d play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried
‘Cause I heard it screaming out your name, your name

When laying with you I could stay there
Close my eyes, feel you here forever
You and me together, nothing is better

‘Cause there’s a side to you that I never knew, never knew
All the things you’d say, they were never true, never true
And the games you’s play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Well, it burned while I cried

‘Cause I heard it screaming out your name, your name
I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When we fell, something died
‘Cause I knew that that was the last time, the last time

Sometimes I wake up by the door
That heart you caught must be waiting for you
Even now when we’re already over
I can’t help myself from looking for you

I set fire to the rain
Watched it pour as I touch your face
Well, it burned while I cried
‘Cause I heard it screaming out your name, your name
I set fire to the rain
And I threw us into the flames
When we fell, something died
‘Cause I knew that that was the last time, the last time, oh
Oh, no
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn


I love Adele-My Favorite Song


Monday, March 26, 2012

Window Shopping !!!

Salam blogger ,


 Harap semua dalam keadaan sihat dan normal, sebab aku di awang-awangan, Yep! aku ngaku!Dah lama aku takde perasaan mcm ini. Pagi-pagi , sambil menuang jus oren ke dalam gelas, aku boleh tersenyum sorang-sorang mengingatkan perkara yang akan berlaku petang nanti or mungkin awal sikit (mungkin tengah hari @ waktu lunch hours di offices nanti.


Ini sindrom yang tak dapat diubati oleh mana-mana doctor. Aku percaya itu ! Sindrom angau...hehehe...angau dengan siapa , oh bukan !!salah tekaan anda , aku angau dengan semua benda yang mendatangkan keterujaan di jiwa (bukan ombak di jiwa ya)..


Tepat jam 12 tengah hari , kan aku dah kata, kemungkinan awal tu ada, aku melangkah laju menuju ke pintu..sikit lagi...toleh kanan toleh kiri..yes boss tiada , hati bunga2 riang (seperti kanak-kanak Rebena).Terus aku menuju ke KLCC dengan bff @Nshuhaila Baharudin , klu tiada teman, masakan boleh keluarkan.Itu lah penting nya kawan kan.


Jom check it out !!!


>>>>Play<<<<


Barang pertama yang aku beli ialah :-
ok suke dengan warna kasut nie, blue color. Sedondon dengan beg agak nyer.Beli bersebab kerana
dah lama tak tukar kasut selama 6 bulan , bayang kan lah dah lama tak tukar apa yang terjadi dengan kasut itu agak nya.Selesa dan lembut...

HAH !!yang nie kelu lidah nak cakap sebab memang2 suka dengan jeans nie, sama dengan jeans yang lain tapi yang nie unic cikit sebab ader saiz kecil tak payah nak otter, dah bajet dah kat situ.
Beli bersebab kerana jeans nie keluaran nya bermusim.So beli jelah.Selesa and Fitt...

Yang nie paling best sebab, bukan bau gula-gula, bukan juga bunga-bungaan dan bukan juga buah-buahan, tapi bau dia bau biskut...aku sebut sekali lagi bau BISKUT yang masih panas from oven, tak percaya tak per..cuba gi bau biskut..yang masih panas lah...dah sejuk tak bau dah...hehehe!!!
Beli bersebab kerana minyak wangi dah pun habis , dan aku selalu jumpa students and customer2 kat branch so kene wangi sentiasa supaya yakin dan selesa lah.

Last but not least , buku atau novel yang menjadi pilihan dalam carta bershopping, 
wajib beli , tak banyak cikit pun jadi lah, untuk mengisi masa yang terluang dan tidak sesekali di bazirkan.
yang menarik minat aku ialah buku ustaz azhar idrus , mengamit perhatian aku, terus capai dan beli.Sangat menarik dan teruja.Beli bersebab kerana intipati buku ini mengenai perkara yang jarang di hadapi tetapi berlaku dalam kehidupan yang memfokuskan sebahagian persoalan dan meninggalkan persoalan yang lain.Ha dasat kan !!

ok lah segala persoalan telah terjawap, klu nak lebih lanjut lagi sila ke kuanter 3.

salam.

Sunday, March 25, 2012

KELABU by Nadia Khan

Salam blogger, 
      Harap semua dalam keadaan terkawal ya, sebab radar aku tidak berfungsi dengan betul sekarang nie,coz banyak bende yang berlaku sejak 2 menjak nie,tak tahu nak story molly dari mana,dan2 abis jer..HAHAHA !!!klu korang punya radar dalam keadaan baik, its good for you !!!(eleh,tak aci !!)

Tapi buat masa sekarang nie, bukan citer di atas yang ingin di panjangkan,tapi (tu dia ...tu dia) ia adalah sebuah novel yang baru di beli sejak akhir2 nie.

Jom check it out !!!

PLAY!!


Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih.
Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan.

Apa jadi pada yang di tengah-tengah?
Apa jadi pada orang-orang macam aku?

Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak'.aku tak tolak.
Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun?
Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?

Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?

Aku AMIR.Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas.
Mungkin hanya lepas tu, korang akan paham macamana rasanya berada di dunia aku.
Dunia KELABU.

b 1-3 KELABU di sini


salam.

Tuesday, March 20, 2012

TIMEPASS: ME LOVE YOU


ME LOVE YOU !!!



Sunday, March 18, 2012

Pelangi Rindu

Salam blogger , 
     
    Masalah adalah perencah "kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan
pula guruh & kilat. Puas kita mencari di mana matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah".
ALLAH menguji sebelum DIA memberi..

Salam Rindu...

 


Saturday, March 17, 2012

My Love Is Playgirl

 

Puteri Laila merasakan kehadiran Hasrul dalam hidupnya bagaikan satu bala apabila musibah sering menimpanya setiap kali lelaki itu mendekatinya. Kisah gila-gila mereka berterusan apabila Puteri Laila mendapat tahu Hasrul sebenarnya mempunyai pertalian persaudaraan dengannya. 
Megat Kamarulzaman, iaitu ayah Puteri Laila telah jatuh miskin dan mempertanggungjawabkan Hasrul menjaga Puteri Laila. 
Dapatkah Puteri Laila tinggal bersama Hasrul di rumah yang sangat uzur itu? Bagaimana Hasrul menghadapi perangai Puteri Laila yang gila-gila bahasa itu?


p/s-azie dah baca novel nie..memang terbaik..hahaha...cte nie mmg lawak...x leh tahan part hasrul kt pejabat encik basri..hahaha...lwk gle ahhh cte niehh...len dri yg lain..hasrul mmg best...walaupun rambut laila da botak tp die x kisah...mmg comel ahh drg niehh...wakakaka...weeeehuuuu !!!

Sunday, March 11, 2012

Cinta Kartun

CINTA itu....
janganlah seperti NOBITA yang selalu putus asa,
janganlah seperti GIANT yang penuh emosi dan syakwasangka,
janganlah seperti SIZUKA yang selalu lemah,
janganlah seperti SINYU yang selalu sombong,
tapi cinta itu seharusnya seperti DORAEMON yang penuh dengan keajaiban...!!!

 

salam CINTA !!!!


Friday, March 9, 2012

Kasih sayang yg tak berpenghujung..hua..hua..hua...

Kisahnya…


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati..
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

note: jom nangis sama2 jom.. uwaaaaaaaaaa.....=P
Sapa buat citer nie, jahat tau.. tak sukaaaaaaa.. sedih sangat... sreetttt sretttt lap hingus, huhu~
weeee !!!!!

Tuesday, March 6, 2012

DOA UNTUK WANITA CANTIK

"Ya Tuhan, jadikan wanita yang membaca ini menjadi wanita yang
cantik, kuat, sabar, sihat & di sayangi ramai orang.
Tolong tingkatkan kehidupannya. Begitupun jika dia melangkah, selamatkanlah dia".
Amin.

P/S:-untuk diri saya juga !!!

Monday, March 5, 2012

Baju Cinta

Seorang Nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.
Setelah membunyikan loceng, Si Nenek terkejut kerana cucu perempuannya itu membuka pintu dalam keadaan tanpa seurat benang pun ditubuhya.
Belum sempat Si Nenek bertanya, Si Cucu berkata,


"Saya tengah tunggu suami saya pulang dari kerja nie Nek!"

"Yang kamu telanjang bulat tu nape?!!" Marah Si Nenek pula.

"Ini la 'Baju Cinta' saya" Balas Si Cucu pula.

"Baju Cinta???" Nyata Si Nenek kehairanan.

"Ya Nek! Suami saya amat menyukainya dan saya juga begitu senang 'memakainya'. Terang Si Cucu.
"Saya harap Nenek dapat la balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya berasa malu melihat saya memakai 'Baju Cinta' ini dihadapan Nenek".
Pinta Si Cucu pula.


Nyata Si Nenek faham akan kehendak cucunya itu. Di dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru Si Isteri melayan Sang Suami.
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Si Nenek mendapat satu idea yang hebat!
Fikir Si Nenek dengan mengikut cara cucu perempuannya itu, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan Si Atok yang sudah berumur.
Sampainya di rumah, Si Nenek terus menanggalkan semua pakaiannya. Tanpa membuang masa Nenek tadi terus saja mandi, berbedak dan menyembur minyak wangi sewangi wanginya.

Kemudian Si Nenek duduk la di ruang tamu menunggu Si Atok pulang. Tak sabar Si Nenek untuk melihat reaksi Si Atok apabila melihat dia dalam keadaan demikian!


Setelah beberapa ketika, Si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka,
Si Atok mendapati Si Nenek berbogel di muka pintu.

"Awat hang nie? Dah buang tebiat ke?!!!" Marah Si Atok.
"Inilah 'Baju Cinta' saya Bang..." Balas Si Nenek manja.
"Baju Cinta??? Kot iyea pun, IRON la dulu baju tu! Nampak sangat kedutnyer!!!"  

HAHAHAHA......cinta tidak mengenal usia !!!

monday blues

Saturday, March 3, 2012

The Human IS.....

There were times when people we love, makes us in the tested
There were times when people we love, makes us confused


There were times when people we love, always makes us hurt
There were times when people we love, makes us more aggrieved


There were times when people we love, make us feel increasingly thinning patience
There were times when people we love, we hurt until my tears flow


But we still love him because he is always seated in the heart!!!! weeeee.....


p/s:- Love story in Harvard


.