Monday, March 26, 2012

Window Shopping !!!

Salam blogger ,


 Harap semua dalam keadaan sihat dan normal, sebab aku di awang-awangan, Yep! aku ngaku!Dah lama aku takde perasaan mcm ini. Pagi-pagi , sambil menuang jus oren ke dalam gelas, aku boleh tersenyum sorang-sorang mengingatkan perkara yang akan berlaku petang nanti or mungkin awal sikit (mungkin tengah hari @ waktu lunch hours di offices nanti.


Ini sindrom yang tak dapat diubati oleh mana-mana doctor. Aku percaya itu ! Sindrom angau...hehehe...angau dengan siapa , oh bukan !!salah tekaan anda , aku angau dengan semua benda yang mendatangkan keterujaan di jiwa (bukan ombak di jiwa ya)..


Tepat jam 12 tengah hari , kan aku dah kata, kemungkinan awal tu ada, aku melangkah laju menuju ke pintu..sikit lagi...toleh kanan toleh kiri..yes boss tiada , hati bunga2 riang (seperti kanak-kanak Rebena).Terus aku menuju ke KLCC dengan bff @Nshuhaila Baharudin , klu tiada teman, masakan boleh keluarkan.Itu lah penting nya kawan kan.


Jom check it out !!!


>>>>Play<<<<


Barang pertama yang aku beli ialah :-
ok suke dengan warna kasut nie, blue color. Sedondon dengan beg agak nyer.Beli bersebab kerana
dah lama tak tukar kasut selama 6 bulan , bayang kan lah dah lama tak tukar apa yang terjadi dengan kasut itu agak nya.Selesa dan lembut...

HAH !!yang nie kelu lidah nak cakap sebab memang2 suka dengan jeans nie, sama dengan jeans yang lain tapi yang nie unic cikit sebab ader saiz kecil tak payah nak otter, dah bajet dah kat situ.
Beli bersebab kerana jeans nie keluaran nya bermusim.So beli jelah.Selesa and Fitt...

Yang nie paling best sebab, bukan bau gula-gula, bukan juga bunga-bungaan dan bukan juga buah-buahan, tapi bau dia bau biskut...aku sebut sekali lagi bau BISKUT yang masih panas from oven, tak percaya tak per..cuba gi bau biskut..yang masih panas lah...dah sejuk tak bau dah...hehehe!!!
Beli bersebab kerana minyak wangi dah pun habis , dan aku selalu jumpa students and customer2 kat branch so kene wangi sentiasa supaya yakin dan selesa lah.

Last but not least , buku atau novel yang menjadi pilihan dalam carta bershopping, 
wajib beli , tak banyak cikit pun jadi lah, untuk mengisi masa yang terluang dan tidak sesekali di bazirkan.
yang menarik minat aku ialah buku ustaz azhar idrus , mengamit perhatian aku, terus capai dan beli.Sangat menarik dan teruja.Beli bersebab kerana intipati buku ini mengenai perkara yang jarang di hadapi tetapi berlaku dalam kehidupan yang memfokuskan sebahagian persoalan dan meninggalkan persoalan yang lain.Ha dasat kan !!

ok lah segala persoalan telah terjawap, klu nak lebih lanjut lagi sila ke kuanter 3.

salam.

1 comment:

  1. Kuanter 3 belah kiri encik...

    Minyak wangi wajib ader...klu x der x kuar rumah..

    Buku pun sama, byk beli byk membaca, x rugi pun, rak memang ada..siap kene tambah lagi almari...heeeee!!!

    ReplyDelete