Monday, May 28, 2012

Love poem to your Friends.


Biar setinggi mana ombak DUGAAN melanda..?
Biar seganas mana badai MASALAH menghempas..?
Tanamkanlah sauh KETETAPAN IMAN..?
Agar tidak berganjak HALUAN..?


Senyummu adalah bahagiaku
Ceriamu adalah dambaanku
Gelisahmu adalah kebimbanganku
Air matamu adalah kesedihanku
Kau pelipur lara dukaku
Kau pengiring suka citaku
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan
Ikatan ini bermula dari hati atas nama cinta
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..
Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati
Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu
Wahai bintang, bulan dan angin
Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya
“Sungguh Aku Sangat mencintaimu kerana Allah”


Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, 
Tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan, 
bahawa kamu telah bercakap-cakap lama dengannya.



Sunday, May 27, 2012

Superhero idols


When I grow up I wanna be...Cat Women
How about you?

Saturday, May 26, 2012

Discover the new world

Salam Blogger ,


Dalam ranjau kehidupan kita sering berhadapan dengan jalan buntu , seolah-olah dunia ini akan kiamat.Kita diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah.Kita dihimpit ke dinding hingga tidak ada ruang untuk bernafas.Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir.Nyawa kita belum sampai ke hujung lagi.Cuba anda lihat setiap arah ke utara , selatan , timur dan barat.Lihat setiap inci ruang di sekeliling anda.


Mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan.Mungkin untuk meneroka ke alam yang lebih luas , lebih laju dan lebih maju.Ingatlah , penamat hidup anda hanya satu , iaitu Malaikatmaut memisahkan nyawa anda dari jasad.Itupun anda masih berharap menunggu untuk diiringi ke satu alam lain iaitu alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi.


Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat , membawa ke jalan baru yang lebih luas.

TEROKAI LAH ALAM BARU ANDA - ingat apa azam anda yang masih belum tercapai?Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok.Sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang , penuh kesabaran , kasih sayang  , bersih , sehingga matahari jatuh.


"Jika kita bukan pelita yang menerangi alam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"


Friday, May 25, 2012

Kacip Fatimah

Salam Blogger ,


Percutian telah tamat tempoh , kini kembali dengan activity yang lama.Kerja di offices macam menanti-nantikan kedatangan aku.Boss tak aci buat aku macam ni ,oh ! rehat lama sangat , sekarang kene perah keringat pulak..kebas otak weh !


Nasib baik badan dah boleh terima kerja-kerja yang banyak macam ni , now my friend pulak pergi bercuti sebab getting married , so aku kene cover balik kerja dia pulak , tak per orang cakap tolong orang dapat banyak pahala kan.Still buat kerja macam biasa.Tapi bukan ini yang ingin diceritakan.


Semalam pulang dari bercuti , aku singgah rumah kakak aku sekejap , hantar buah tangan yang dikirimkan , so jumpalah si kecik sekali , windu ! bab nie aku tak boleh bla.


<<Play>>


Sampai di rumah , aku terus jumpa anak buah aku dulu , tengok keadaan dia macam mana , dah lama tak jumpakan.Macam biasa kami makan tak tinggal , banyak bekalan yang aku bawa dari kampung.Jadi dia paling minat coklat , so kami melantak lah , dengan aku  , aku sekali kene makan.


Allysha Qistina - Ally

Makan punya makan , Ally mintak air , aku cakap dengan dia air suam boleh , tak nak ! nak air sejuk.Banyak songeh betul ! aku dengan malasnya pergilah cari air sejuk.Bila dah bagi tak nak pulak , Aishh! Ally nie buat makcik marah lah.

Aku:- Ally sebenarnya nak air apa?cepat cakap mak cik buatkan.
Ally:- Ally tak nak air sejuk macam tu,Ally nak air yang macam kat kedai tu, Ma selalu beli, Ally tak dapat rasa pun.
Aku:- Air kedai tu macam mana? air kotak , air tin , air botol , manalah makcik tau Ally.
Ally:- Jom lah pergi kedai !
Aku:- Ally suka tau buat macam ni (sambil capai tudung , pegang tangan Ally terus ke kedai) comey !

Di kedai

Aku:- Ok ! mana air tu , pergi ambil makcik tunggu sini.
Ally:- Sinilah makcik , Ally tak kuat ar buka pintu ni.
Aku:- Adeh ! ha...yang mana satu ?
Ally:- Yang ni lah Ally cakap tadi.(nak sebut tak reti)
Aku:- Ally budak-budak mana boleh minum air ni , hanya untuk orang perempuan dewasa je.Letak balik !
Ally:- Nak jugak (sambil buat muka tapai-mata dah ke bawah , kepala di tundukkan) Kejam !
Aku:- Ally jap, makcik call mama.


Di rumah

Selamba jer dia minum air tu , sedap katanya...Sah ! tak sampai darjah 1 dah boleh kahwin dah ni.Mama dia cakap after darjah 6 terus tunang ,  Amboi ! mama hang gatai noh ! Aku pun rasa lah aper yang sedap sangat , patutlah suka...manis , ada rasa kurma , eh madu pu ader.Hei ! budak-budak zaman sekarang...siapalah yang ajar dia ni minum...Aku tau siapa.Confirm lagi awal dari Fasha Sandha ni..Fuhh!!


W'salam.

Wednesday, May 23, 2012

Holidays

Salam Blogger ,


Percutian sudah sampai ke penghujungnya , mana tidaknya aku block leave selama 10 hari time orang sedang sibuk bekerja.Bayangkanlah ke mana arah tuju dan destinasi aku.Tak banyak cakap aku terus menuju ke Melaka , ingat nak terbang jauh ke London or New York tapi apakan daya..rindu akan bertaut jika berjauhan dengan keluarga.


Melaka bukan tanah tumpah darah ku , tapi keluarga aku menetap di sana.Aku di lahirkan di Jitra Kedah, kiranya  aku anak jati Kedah lah.Seronok tinggal di kampung , aman , damai , tenang , yang paling best ada pakwe-pakwe hensem , wah !!!boleh main-main mata...ahaks.


Di Melaka tak banyak aktiviti yang dilakukan , selalunya lepak kat rumah , bantu mummy and daddy , jaga Khaleef (part Khaleeflah yang paling best pernah aku buat) dah macam anak sendiri.Ambil berkat dan pengalaman , manalah tahu boleh pergi jauh.Special di Melaka , aku banyak belajar memasak menggunakan bahan-bahan yang berat..Yelah untuk kehidupan masa hadapan , mak cakap kalau tak reti masak tak boleh kahwin , yake mak?


Kalau di Melaka tak sah kalau tak singgah pantai , kalau ada waktu terluang di petang hari , pasti aku akan bawa mak dan adik-adik pergi ke pandai untuk menghirup udara dan mendengar deruan ombak rindu, orang cakap tengok laut dapat pahala , aku layan kan aje , kami tengok sampai matahari terbenam.


keindahan matahari petang (3)
Masyaallah cantik sangat ! 

5 hari berlalu , aku terima panggilan dari Tok wan di Perak sempadan Kedah , Parit Buntar.Katanya bila nak mai sana.Tak payah mai , kejap lagi sampai.Di Kedah , aku tak belajar memasak , tapi aku belajar makan banyak.Dah lama tak makan macam "hantu".Favorite setiap malam kalau aku tak makan nasi , aku belasah Char Kueh Tiaw special plus kolo ais (kopi + milo).Marvelous !

Sepanjang bercuti di sana , aku banyak merasa makanan di luar , aku ke Taiping mencari mee udang , mangaii ! ramainya orang.Sedap lah tu !Aku pergi atas sikit ke Penang , cari pasembor di padang kota , erm..gelojoh , tak mau balik ! eh ! ada laksa asam penang , aku belasah lagi. Kata jalan-jalan cari makan , so makan jelah kan.

Jambatan pulau pinang

Sebelum pulang esok , inilah bendang Tok wan yang selalu aku singgah di waktu petang. Cantik tak ?kalau korang nak singgah sini , jangan malu dan segan , aku boleh bawakkan , janji belanjer cucu Tok wan makan.Deal !

Tali air kot?

Cuba cari aku di mana?

w'salam rindu dari Bandar Baharu Kedah


Monday, May 21, 2012

Love

Salam Blogger,


Cinta bersambung hingga ke Syurga...Bagaimana? Ha..Ha..Ha..Kenapa pasangan pengantin bergandingan tangan sebelum naik ke atas pelamin?kenapa? sebab itu adat saja , macam dua orang penggusti yang bersalaman sebelum mula bertumbuk !


Nenek :- "Adik berjanji untuk sehidup semati dengan abang."
Atuk :- "Abang berjanji untuk hidup selama-lamanya dengan adik."
Nenek :- "Tak mati-mati?"
Atuk :- "Mati sekejap saja , lepas itu kita sambung hidup di syurga pula!"


Aku ketawa! 


'Death do never us a part'-cewah !sewajarnya begitulah ikrar setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.Cinta tidak berakhir dengan sebuah kematian...


Yelah orang muda "in love', belum tahu ori atau palsu...tapi kalau orang orang lama "in love', biasanya 100%  original.



W'salam episod Lara Rindu

Wednesday, May 16, 2012

Teacher

Salam Blogger ,

 Jasa Guru tidak mengenal huruf dan angka , huruf yang diajar , di kembangkan menjadi suku kata , perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf , kita mampu mengira ribuan angka. Dari angka kita pandai mengira.Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat lelah.

The joys of learning come only from you , for you make things simply wonderful to know.

HAPPY TEACHER'S DAY to :-

Tadika Kemas Kluang Johor
SK Perempuan Bandar Kluang Johor
SK Datuk Tambichik Karim Melaka
SKluster Kecemerlangan SMK Ghafar Baba
Malacca High School Bandar Hilir Melaka
Universiti Kebangsaan Malaysia
Advanced - Malaysia Institute of Accountants (MIA)

Thank You Teacher you're great !

Tidak lupa juga kepada my sister and brother wood 

Farhana -  Sek Men Kebangsaan Ulu Kinta Perak
Fadhlina - Lecturer of UPSI Perak
Mohd Hezrie - Sek Men Sultan Ahmad Tajuddin Kedah

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.

Wasallam...(^_^)\/

Sunday, May 13, 2012

Chocolate

Salam Blogger ,


   Pagi ahad yang sungguh cerah dan ceria , seceria wajah aku yang baru bangun tido , chumel tak...ala chumel laa..yeahh ! terima kasih. Nah gula-gula , tak nak..so nak apa? ohhh...coklat..beli sendiri..haha.


Cakap pasal coklat semua orang suka kan , termasuklah aku..ader tak orang tak suka coklat? sadis LOL.
Kalau pergi memana sure coklat akan di beli , tak kiralah jenama apa , janji coklat tu sedap.Kalau boleh hari-hari nak makan coklat.Sebab selain sedap dengan adunan coco dan sweets , ia juga mudah di beli dan di jadikan hadiah untuk teman , kekasih , boy-boy , girl-girl , sempena hari lahir lah , hari kekasih lah , hari ibu lah , hari guru lah , hari wanita lah , hari-hari lah hae boleh !..tapi kan hari untuk suami isteri tak ek..kahkah..(malu).


Tapi ada satu coklat ni yang paling-paling-paling kuasa3 aku suka.Bukan aku sorang je , rasanya semua orang suka kot.Kalau singgah ke KLCC pasti beli white coklat dinosaur plus coklat yang ni.


<<Play>>


Milk chocolate Almond Gold Whittaker's made in New Zealand , so tak payah nak pergi oversea kalau nak makan coklat ni , kat Malaysia pun ada meh ! Heaven-Marvelous-Delicious-Yummy.Kamu semua nak ker? mai sini stock banyak ni.

Yang menarik nya selain memberi kesedapan , coklat juga memberi ketenangan emosi , arghh...macam aku letew , emosi dan hormon tak stabil , kalau makan terus stabil ke..kahkah! try lah kalau nak tengok adrenalin bertukar.

Sambil jalan-jalan aku singgah kejap candy shop , untuk mencari gula-gula kegemaran.Macam-macam gula ada , rasa tak nak balik sebab dah macam Willy Wonka and The Chocolate Factory..hehe yang ni versi Malaysia.





So amacam tergugat tak nak masuk sana , colorful kan !
Dah jom balik , off to LONDON.

siapa nak tumpang?

Friday, May 11, 2012

Inspiration

Salam Blogger , 

 Pagi yang indah lagi damai , aku di kejutkan satu email yang agak ringkas berbaur arahan.Aku buka then terus senyap.Hei ! my friend from Taiping perak lah.Sibuk jer...mahu apa? Adeh !..menyatakan hasratnya untuk menempah LACE  di baju kurung nya , tapi bukan beads. Sadis ! aku mana tahu wei !kau jangan main gila dengan aku...

Bila baju sampai aku tergamam , what should i do ? lace yang mcm mana ? fesyen yang mcm mana? "gelisah" tak mungkin terjadi , aku bukan designer pro malah jauh sekali fabulousity.Aku hanya wanita melayu terakhir yang sukakan fesyen biasa , itu sahaja kawan.Tidak kawan...tidak ! jangan buat saya mcm ni.

Jari jemari pantas ke good girl (google) untuk mencari ilham , tapi lain pulak yang aku dapat...

<<Play>>

TARAaaaa....





Butik Rizalman.OMG !OMG ! Run 10km....fuhhh ! penat berpeluh kawan.
Gojes super-duper-stunning ! "less is more" ni saja yang mampu di ucapkan , bila di lihat ketelitian menampakkan rekaan begitu mewah , harap suatu hari nanti aku dapat pakai rekaan Rizalman walaupun cuma 1 !...hehehe "berazam" tangan di dada sambil menutup mata.

Rasa nya , klu nak buat baju raya untuk tahun ni , sempat lagi kot.Wish me luck!

My Photo
Rizalman bin Ibrahim (rizalman atelier)
Designer

Tuesday, May 8, 2012

Scoopers

Salam Blogger , 


Tak kenal maka tak cinta ...cewah ! kini kisah manis tinggal kenangan untuk memories suka , duka , ragam & gembira. Mereka-mereka ni membuatkan aku gembira dan seronok bekerja dan ia bukan mudah membina persahabatan melandaskan hati yang ikhlas.Tapi itu lah KAMI. 


<<Play>>


NoorAinna Mohammad
Account Services unit CIS
Suka citer Nora Elena
Pernah di kecewakan , namun persahabatan terjalin antara kami menguatkan hati cekal beliau.Beliau budak baru yang innocence , pendiam , tak banyak cakap , susah nak senyum , sekali dia marah menggigil tubuh dia..aku balik yang takut.Suka membaca novel pun disebab aku.Terus gila novel mcm aku gak.Namun terpisah jua kerana beliau dapat tawaran bekerja di Johor.Sampai hati kawan tinggalkan kita , saya harap awak kembali kawan.

Mohd Faidzul Mohd Khalid
Account Services unit Debt Card & SI
Suka kueh "wah-dei"
Yang ni pernah menjadi student aku dulu , dia cakap tengok muka aku mcm garang , tapi bila dah start mengajar , kata nya aku ni kelakar , siap gelak kuar air mata lagi , tulah kan dah cakap tadi , tak kenal makan tak cinta , ehem...tapi sayang dia telah mengecewakan kawan baik aku , sehingga ke hari ni kawan aku tu meroyan dok mengingati beliau.Sadis ! kini berpisah jua kerana beliau dpt better offer dari bank lain.(tak mau kawan hang) ceh !

Norzihan Izzani Abd Izhar
Account Services unit CEMS
Suka lembu
Yang ni aku tak boleh bla , asal aku buat lawak jer dia tak gelak , tapi kalau dia buat lawak , aku yang gelak mcm tempat tu tak der orang , padahal ramai kot..hehehe..maap! lawaklah kawan ni , kami rapat mcm pinang dibelah 8 , hehehe..org kg rupanya patutlah rapat.Kenal masa aku di transfer masuk team beliau.Dari situ..makan , shopping , buat hal semua sama , gi class manik pun nak sama gak , kami memang gila.Sampai lah aku ditransfer lagi ke team Project , hubungan kami agak longgar , dan dapat berita beliau ditawarkan ke tempat lain.Mungkin ini yang terbaik untuk beliau.Kawan saya kecewa dengan awak !maapkan saya.

p/s:-Best wishes to all your future endeavors and stay in touch , don't forget to give me a call if you guys getting married or else.

Salam perantauan dari Chennai India.


Sunday, May 6, 2012

Cosmoplitan

Salam Blogger ,

DAPAT KAN MAJALAH TERBARU DI PASARAN BERHAMPIRAN ANDA.
COSMOPLITAN
TERBARU DI ASIA


Hei is that me?

Wednesday, May 2, 2012

Baby Boy

Salam Blogger , 


Tepat 12 tengah malam persamaan 12/5/2012 my sister terasa air ketuban nya pecah.OMG ! OMG !


Dirumah - aku tak boleh tidur ..risau , pening kepala , mual dan sesak nafas.Keesokan paginya aku hanya bertahan dan terlelap dalam 1 jam SAHAJA...tetiba pening hilang..pelik !
Pergi kerja nasib baik aku mandi , kalau tak aku redah jer pergi kerja , orang kata muka tak mandi pagi nampak cun , betul ker? ingat nak buat macam tu , tapi nasib baik aku bukan macam tu , terus mandi wajib...eh? wajib mandi.


<<Play>>


Dioffices - aku terima panggil dari my mom 11.30 pagi tanggal 2/5/2012 seorang khalifah Allah selamat di lahirkan di dunia.Alhamdullilah semua nya selamat dan sihat , bertapa gembiranya aku..."mommy and daddy i see the world so amazing place yow".Hehe..tetiba mengantok aku aku datang..macam di serang virus selesema.


Then bermula lah drama yang sangat dramatik di telefon , facebook , twitter , video call , skype , whatApps , dan SMS , tanya pasal muka baby macam mana termasuk lah aku...layankan ajer.Aku cepat-cepat call my sister "how could you not send me the 'Adek' picture..nak tengok..nak tengok..pleaseeee.My sister say dah hantar..."where? boya-boya..sekali cakap korea daaa...maksudnya mana...mana...gambar tu..tak dpt pun..kekeke


TARAAAA....!



Hi my name is Khaleef Hamsyar Bin Kusairie
Umur 1 hari..today is my birthday 

Tak boleh jadi nie , kene go to hospital malam nie juga (nak tahu pengalaman bersalin macam mana) keke.

Sekian.