Saturday, May 26, 2012

Discover the new world

Salam Blogger ,


Dalam ranjau kehidupan kita sering berhadapan dengan jalan buntu , seolah-olah dunia ini akan kiamat.Kita diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah.Kita dihimpit ke dinding hingga tidak ada ruang untuk bernafas.Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir.Nyawa kita belum sampai ke hujung lagi.Cuba anda lihat setiap arah ke utara , selatan , timur dan barat.Lihat setiap inci ruang di sekeliling anda.


Mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan.Mungkin untuk meneroka ke alam yang lebih luas , lebih laju dan lebih maju.Ingatlah , penamat hidup anda hanya satu , iaitu Malaikatmaut memisahkan nyawa anda dari jasad.Itupun anda masih berharap menunggu untuk diiringi ke satu alam lain iaitu alam akhirat yang lebih luas dan kekal abadi.


Seringkali penghujung jalan yang dianggap penamat , membawa ke jalan baru yang lebih luas.

TEROKAI LAH ALAM BARU ANDA - ingat apa azam anda yang masih belum tercapai?Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok.Sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang , penuh kesabaran , kasih sayang  , bersih , sehingga matahari jatuh.


"Jika kita bukan pelita yang menerangi alam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"


5 comments: