سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,
Akhirnya masa yang di tunggu2 telah pun tiba , selama ini hanya doa dan usaha mengiringi kejayaan
yang telah saya cuba alami dan dugaan sering menimpa, menangis...ketawa...sakit...stress...gembira...semua di lalui dengan jayanya.
Kekadang ada jugak terfikir, betul ker tindakan saya nie , bole ker saya teruskan atau kembali ke pangkal jalan..cewah ! ayat..
Tanggal 16/7/2012 until 31/7/2012 system baru di syarikat saya telah pun di lancarkan , makanya saya telah berkampung selama itu di sana.
Tidak pulang ke rumah , malah menginap di hotel yang berdekatan untuk merealisasikan system yang selama ini banyak mengajar saya erti pengorbanan ,
usaha yang tidak henti , kritikan yang membina , dan sokongan padu dari orang atasan hingga lah ke rakan-rakan sepasukan yang banyak membantu...tanpa kalian
siapalah saya di sini..amboi ! dah mcm nak tulis surat dah heh...
Saya bersyukur di atas peluang dan kepercayaan yang di berikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengasas electronic banking branch system,
kalau ader sahabat-sahabat blog saya yang nak tukar duit raya boleh lah beratur ya...tak pun sila ke kuanter 2 ya..hahaha..
tapi saya bukan bahagian itu..kekeke
Cabaran ini agak mencabar , ader rakan2 saya yang tarik diri dari awal untuk tidak menyertai project besar-besaran ini , saya?
saya kuatkan semangat dan berdoa , dan inilah hasilnya....
Selamat tinggal Hogan welcome eBBs ...AYUH ! kita maju setapak kehadapan.
p/s:- terima kasih kepada rakan seperjuangan yang tidak putus2 memberi sokongan kepada saya- Mohamed Hafiz , Nshuhaila , Julina , Nurliyana dan Basri
uolls the best in the world ever...:D
Ya Allah
Jadikan permulaan hari ini dengan penuh kebaikan
pertengahannya membawa kejayaan & bahagian akhirnya suatu keberuntungan...
Ya Allah
Jadikan awalnya rahmat
pertengahannya nikmat dan
penghujungnya penuh Berkat
Amin...