Monday, August 13, 2012

Pohon Epal Berbuah Cinta - Episod 3


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 

Setelah mendengar keterangan yang cukup dari penjaga kebun itu, Tsabit meminta diri untuk pulang lalu hari itu juga ia menempuh perjalanan yang sangat jauh mencari kediaman pemilik kebun epal. Setelah tiba di sana dia terus mengetuk pintu. Setelah si pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit terus memberi salam dengan sopan, lalu berkata, "Wahai Tuan yang pemurah, saya Tsabit seorang yang telah membuat kesalahan iaitu memakan epal yang bukan hak milik ku dan aku menjumpai epal itu di pinggir jalan.



Epal itu adalah kepunyaan Tuan, dan maksud kedatangan saya untuk meminta kerelaan Tuan untuk buah epal yang telah saya makan setengahnya. Sehingga kelak di hari kiamat, saya harap Tuan tuntut perihal masalah ini di hadapan Allah S.W.T."

Lelaki tua yang ada di hadapan Tsabit memerhatikannya lalu dia berkata, "Tidak, aku tidak akan menghalalkannya kecuali engkau memenuhi beberapa permintaan ku sebagai gantinya." Tsabit merasa bimbang dengan syarat itu kerana takut dia tidak dapat memenuhinya.

Dia pun segera bertanya, "Apa syarat itu Tuan?" Orang itu menjawap, "Engkau harus bekerja untuk ku, satu tahun lamanya." Tsabit tertunduk lesu, permintaan pemilik rumah terlalu berat untuk kesalahan yang dia lakukan. Namun ketakutannya kepada Allah S.W.T. mengalahkan semua itu.

Dia mengangguk tanda setuju. Sejak hari itu, dia pun bekerja siang malam untuk pemilik kebun. Satu tahun berlalu, Tsabit pun menghadap tuannya. "Tuan apa yang Tuan minta telah aku penuhi, apakah hari ini saya telah bebas dari tanggunggan Tuan?"

Bersambung...Apakah tuan itu akan melepaskan Tsabit pergi?

Tunggu...!!!next episod...

4 comments:

  1. next episod mesti watak azie muncul kn, hikk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh , betul lah...mana tau nie....bijak2...tunggu !

      Delete
  2. ala siannyer Tsabit..sambung cepat azie...weehuuu

    ReplyDelete