Sunday, September 30, 2012

Do I Care !


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,


“Don't cry because it's over, smile because it happened.” 



P/s-Do a loony-goony dance...jamming jom !

Sunday, September 23, 2012

Be STRONG !!!


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,



I never walk alone...

Friday, September 21, 2012

Sahabat...



سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,



p/s-Selamat tinggal semua...jaga diri baik2 doakan azie berjaya dunia & akhirat
ada masa kita jumpa lagi...salam kerinduan with love !


Friday !

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 



What your planning? Tell me!

Wednesday, September 19, 2012

Kamu berada di mana?



سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,




Senang kalau hidup dalam dunia hitam-putih ,pink-hitam..
eh ! sorry !
baik-buruk , betul-salah, cinta-benci,
lelaki-perempuan

Apa jadi pada yang di tengah-tengah?

p/s-(berjalan ke pintu , kemudian berpaling) if you think you did the right thing, then you need to ask yourself...where your WORLD?
why does it feel so wrong?

Tuesday, September 18, 2012

Smile



سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 



Saya Suka Dia...
All i know i’ll always have you...

p/s-(◕‿◕✿)

Monday, September 17, 2012

Monday Blues...



سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 

It's hard to find a friend 
that's 96% Funny, 
98% Cute 
and 100% Sweet.... 
So don't loose me...!


Ha...Ha...Ha...

Sunday, September 16, 2012

Malaysia Day 2012


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. 
Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. 

Saturday, September 15, 2012

Real Me


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 



nobody perfect.......please accept me for who i am....

Muara Hati (OST Adam & Hawa)

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 





Awesome lagu duet nie....
Jangan lupa saksikan drama bersiri 80 episode Adam & Hawa.
saluran 134 astro mustika HD (◕‿◕✿)

Friday, September 14, 2012

William & Kate


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 




Tinggi nye manusia.. ape la perasaan diorg jumpe mereka2 yg kecil ini...
HeHeHe..

Thursday, September 13, 2012

Untuk Dia


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 

Aku mencintai puisi,
Kerana indahnya bait-bait tercoret,
Aku akan mencintai Dia,
Kerana apa adanya..

Aku akan dan sentiasa mencintai keduanya,
Kerana ia punca bahagia tercipta,
Dan aku bersyukur pada-Nya,
Kerana masih boleh melakar kata,
Diatas tinta maya tanpa balas bicara.

Puisiku terzahir,
Biar dalam masa sukarku,
Saat pedih luka dan tercarik berdarah,
Juga dalam bahagiaku mengukir senyuman manja..

Sentiasa,

Aku dan Dia..

Berdua,

Selamanya..

Andai kamu juga punya rasa cinta seperti aku,
Titipkan madah berlagu buat membuai rinduku..
Agar aku juga tahu,
Kamu dan aku dalam satu irama yang merdu..Ya Tuhan Ku



p/s-yeahhh azie dah bole balik...apa lagi cargas !weeee...
alhamdulillah...nampak tak senyuman itu !


Wednesday, September 12, 2012

Columbia Asia Hospital - Puchong


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 

"Aku tak tahu apa yang ku rasakan
Dalam hatiku hanya Tuhan yang tahu....
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu 
Detak jantungku berdebar tak menentu"

Bermula malam tu , saya rasa lain mcm jer...adakah saat itu akan tiba..
jangan...!!!berpeluh , panas badan , tekak sakit...semua menjadi satu rasa 
yang sukar di rasai...tabah azie tabah !

Tak payah tunggu lama saya terus di masuk kan dalam bilik pembedahan , di sebab kan keadaan badan saya yang sangat kritikal.Dari semalam saya tak makan hingga lah doc suruh saya berpuasa...punya la lapa..hanya Allah jer yang tahu...


saya tak tahu doc tu buat mcm mana dengan tangan saya nie , sampai bengkak dia keje kan...sakit ooooo !!!

Saya di tahan wad untuk beberapa hari , keadaan saya lemah sangat-sangat..tidur tak nyenyak (tanpa...hehehe) , makan tak lalu (tanpa...kekeke)
cakap pasal makan , berat saya ! berat saya !alahai !saya tak rela nak bagi tau...

Ini bekalan saya setiap hari , setiap jam...nak baik cepat...kene makan ubat azie !

Saya redha dengan ini semua , berkat doa mak ayah , adik beradik , sanak saudara , my friends yang tak putus-putus memberi semangat , kini saya semakin kuat...tiada bantuan wonder pets tau..ehem! 

Tapi saya rindu nak balik rumah...doc benarkan saya balik...sekejap pun jadi lah...bole?

saya rindu nak lepak depan tv-tengok citer Adam & Hawa..ermmm

Saya harap saya akan ceria seperti selalu...you can do it azie !

sehari sebelum sakit , saya sempat gi shopping..ngeh3

W'salam.

p/s-nama pesakit azie namico
tekanan darah rendah
jenis darah B+
(nampak tak permainan doc kat situ)

saya buat entry nie menguna kan HP...amacam sama x!berjam2 weyh!


Sunday, September 9, 2012

Everthing is OK !


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 


NOT TO SPOIL 
THE ENDING
FOR YOU, BUT
EVERYTHING IS GOING TO BE

OK !!



Saturday, September 8, 2012

Pohon Epal Berbuah Cinta - Episod 7


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 

Tsabit sangat terperanjat menyaksikan kejadian itu."Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik.Jika demikian bererti wanita yang ada di hadapan ku ini dapat mendengar dan tidak bisu.Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatangan ku dengan ramah dan menghulurkan tangan dengan mesra pula,"kata Tsabit dalam hatinya.Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya !

Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayah mu mengatakan kepada ku bahawa engkau buta, mengapa?"Wanita itu kemudian berkata,"Ayah ku benar kerana aku tidak pernah melihat apa yang diharamkan Allah S.W.T."Tsabit bertanya lagi, Ayah mu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?"Wanita itu menjawab,"Ayah ku benar kerana aku tidak pernah bersedia mendengar berita dan cerita orang yang tidak diredai Allah S.W.T."

"Ayah ku juga mengatakan kepada mu bahawa aku bisu dan lumpuh,bukan?"kali ini giliran wanita itu bertanya kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya.Tsabit mengangguk perlahan mengiakan pertanyaan isterinya.



Selanjutnya wanita itu berkata, "Aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal, aku hanya menggunakan lidah ku untuk menyebut asma Allah Taala sahaja.Aku juga dikatakan lumpuh kerana kaki ku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T."

Bersambung....Adakah kebahagian milik Tsabit atau sebaliknya....nantikan episod AKHIR !

Wednesday, September 5, 2012

Happy Birthday !


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 



Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi bernyawa hingga ke hari ini (26 tahun sudaaa)

tak sangka ader kek...wow ! sedap sangat...tq

kek nie paling comey , ader ais cream ! tq...lilin sudah ditiupkan
time nie ramai yang menyanyikan...siap tepuk tangan , aishhh !! malu laaa...

yang nie hadiah dari kawan2 offices yang baik hati , x sangka ader coklat yang saya suke !!! i like that...tak tahu nak makan bila...sayang sangat !

yang nie paling horror , ada entry pasal birthday saya , sungguh terharu ! thanks a lot Eica!

My Photo

BIG THANKS to those yang wish me happy day...
Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki serta diberi kesihatan yang baik , dan dilimpahi kejayaan , cinta , kasih sayang oleh 
Allah S.W.T.
Love you guys with all my Heart...Amin!!!:D

Sunday, September 2, 2012

Pohon Epal Berbuah Cinta - Episod 6


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 

Pernikahan pun dilangsungkan.Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka.Setelah perkahwinan selesai, Tsabit dibenarkan masuk menemui isterinya.

Sewaktu Tsabit hendak masuk ke kamar pengantin, dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu kerana malaikat Allah S.W.T yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga.Maka ia pun mengucapkan salam, "Assalamualaikum."

"Wa alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh." Tidak disangka, wanita yang ada di hadapannya dan kini telah rasmi menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik.



Ketika Tsabit masuk hendak menghampiri wanita itu, dia menghulurkan tangan untuk menyambut tangannya. Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut huluran tangannya.

Bersambung ! Adakah Tsabit akan pengsan? tunggu next episod...