Saturday, September 8, 2012

Pohon Epal Berbuah Cinta - Episod 7


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 

Tsabit sangat terperanjat menyaksikan kejadian itu."Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik.Jika demikian bererti wanita yang ada di hadapan ku ini dapat mendengar dan tidak bisu.Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatangan ku dengan ramah dan menghulurkan tangan dengan mesra pula,"kata Tsabit dalam hatinya.Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya !

Setelah Tsabit duduk di samping isterinya, dia bertanya, "Ayah mu mengatakan kepada ku bahawa engkau buta, mengapa?"Wanita itu kemudian berkata,"Ayah ku benar kerana aku tidak pernah melihat apa yang diharamkan Allah S.W.T."Tsabit bertanya lagi, Ayah mu juga mengatakan bahawa engkau tuli, mengapa?"Wanita itu menjawab,"Ayah ku benar kerana aku tidak pernah bersedia mendengar berita dan cerita orang yang tidak diredai Allah S.W.T."

"Ayah ku juga mengatakan kepada mu bahawa aku bisu dan lumpuh,bukan?"kali ini giliran wanita itu bertanya kepada Tsabit yang kini sah menjadi suaminya.Tsabit mengangguk perlahan mengiakan pertanyaan isterinya.



Selanjutnya wanita itu berkata, "Aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal, aku hanya menggunakan lidah ku untuk menyebut asma Allah Taala sahaja.Aku juga dikatakan lumpuh kerana kaki ku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T."

Bersambung....Adakah kebahagian milik Tsabit atau sebaliknya....nantikan episod AKHIR !

10 comments:

  1. ermm...betul2...untunglaaa tsabit dpt isteri mcm nie kan...

    entah lah , mungkin ada tapi x ramai , atau pun x sempurna isteri tsabit kot...

    haaa...yg tu kene pastikan..

    p/s:-kekeke...comey kan...LIKE

    ReplyDelete
  2. bertuah Tsabit...lagipun wanita yang baik sememangnya untuk lelaki yang baik ^_^

    ReplyDelete
  3. wahh, sesi soal jawab yg terbaikk ^___^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekeke...soal jawap heh...untung laaa....

      Delete
    2. actually, 2 tahun lepas sy pnah kenal solehah ada ciri2 cmni ^^

      Delete
    3. haaaaa....seyes ! memang ader heh ! mcm mana sekarang?masih berkawan...hehehe

      Delete
  4. xde rezki sbb wktu kenal online tu dia amik medic kt indon.. ilang jejak wktu dia mula praktikal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaaa...syg nyer...! lost contact...tapi x per klu ader jodoh x kemana...nanti leh online lagi...ahaks !

      Delete
  5. xpe laa, mungkin jodohnya dgn soleh yg lebih baik.. sy rsa dia x aktif online lagi klau btul skrg dia dh keje sbgai doktor...

    ReplyDelete