سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,
" Bibir tidak perlu berkata bila hati sudah mula bersuara "
Drama adaptasi novel yang bakal menggantikan Drama Adam dan Hawa - Drama "Sehangat Asmara" kemungkinan akan mula bersiaran pada 21 Januari 2013, di Astro Mustika HD 134.
Cinta pandang pertama antara Kamilia Najwa dan Zainal Arief membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Perkahwinan tanpa restu apabila ibu dan ayah Kamilia tidak menyenangi Zainal Arief yang tidak sedarjat dengan mereka. Demi cinta mereka bersatu jua.Namun badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.
Namun kepulangan Zainal Arief ke tanahair tanpa kembali membuatkan hidup Kamilia terumbang-ambing di negara orang keseorangan. Di tambah dengan keadaannya yang hamil tanpa pengetahuan Zainal Arief.
Kamilia di bawa pulang oleh orang tuanya. Dalam keadaan fikiran yang tidak menentu, Kamilia melahirkan Misya. Mujur Azman setia di sampingnya. Azman banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang setelah ditinggal Zainal Arief.
9 tahun sudah berlalu. Kemunculan Zainal Arief meragut ketenangan hidupnya semula. Kamilia tahu Zainal Arief pasti mahukan kepastian tentang Misya yang disembunyikan dari pengetahuan lelaki itu. Puas Kamilia bertanya sebab dan alasan Zainal Arief meninggalkannya dulu, namun tiada sebarang penjelasan yang diberikan Zainal Arief.
Dalam rela dengan tidak, Kamilia menemukan juga Misya dengan ayahnya, Zainal Arief. Kemesraan yang ditunjukkan Misya dengan Zainal Arief sungguh meruntun hatinya. Anak kecil itu langsung tidak mendendami ayahnya yang meninggalkan sekian lama sedangkan Kamilia masih menyimpan rasa itu. Dia merasakan Zainal Arief merahsiakan sesuatu dari pengetahuannya.
Zainal Arief melamarnya buat kali kedua. Buntu dan binggung fikirannya. Rasa kasihan pada Azman yang setia menunggu hatinya terbuka untuknya. Namun, Azman begitu memahami Kamilia. Dia sanggup berundur diri demi kebahagian Kamilia. Dia yakin cinta Kamilia hanya untuk Zainal Arief.
Mereka bersatu kembali. Namun dalam hati Kamilia masih ada syak wasangka terhadap Zainal Arief yang kini suaminya kembali. Puas di tanya alasan Zainal Arief meninggalkannya dahulu, namun Zainal Arief hanya meminta kemaafan darinya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya dulu. Diyakini Kamilia yang cintanya tidak pernah berubah dari dahulu hingga kini. Hanya Kamilia di hatinya dan ditambah dengan kehadiran Misya sebagai penguat kasih sayangnya pada wanita itu.
Akhirnya, kebenaran terungkai jua. Rupanya ayahnya sendiri yang membuat onar. Sanggup ayahnya menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk mengugut keluarga Zainal Arief. Zainal Arief terpaksa menurut segala kemahuan ayah Kamilia jika mahukan adik-adiknya meneruskan pelajaran mereka.
Kamilia begitu kecewa dengan perbuatan ayahnya meskipun ayahnya telah menyesal dengan perbuatannya dan mahukan Zainal Arief dan Kamilia bersatu semua. Dialah yang merancang pendedahan tentang Misya di majalah dengan harapan Zainal Arief akan terbaca mengenainya dan mencari Misya.
Zainal Arief begitu marahkan Kamilia kerana memarahi ayahnya. Pada Zainal Arief biarlah semua yang berlaku dulu sebagai pengajaran untuk mereka dalam menilai kehidupan. Walau macam mana buruk pun perbuatan ayah Kamilia itu sebagai anak Kamilia tidak berhak memarahi ayah kandungnya sendiri. Kamalia yang terasa hati dengan kata-kata Zainal Arief terus melarikan diri ke kampung mertuanya.
* Suka watak Zainal Arief ... sentiasa tenang dalam menangani kerenah Kamilia ... Kamilia pulak digambarkan sebagai wanita yang beremosi .. mungkin disebabkan dia pernah mengharungi kepayahan hidup ditinggalkan lelaki itu keseorangan .. itu yang membuatkan dirinya menaruh prasangka terhadap Zainal ... apa pun novel ni memang terbaekkk ... bestttt sesangat ..

Tanpa disedarinya, dirinya hamil lagi. Perubahan itu disedari oleh ibu mertuanya. Di beritahu Zainal Arief akan perkembangan itu dan Zainal Arief muncul untuk memujuk Kamilia. Diterangkan dengan jelas kejadian 9 tahun lalu dengan harapan tiada lagi permasalahan yang timbul selepas ini. Kamilia yang terharu dengan pengorbanan suaminya itu, berasa sungguh bertuah dapat memiliki lelaki itu. Di buang segala keraguan dalam dirinya. Dia yakin cintanya masih utuh untuk lelaki yang bergelar suami ini. Dia berdoa semoga bahagia yang mulai bersinar ini akan terus bersinar menerangi kehidupan mereka. Tamat ...
* Suka watak Zainal Arief ... sentiasa tenang dalam menangani kerenah Kamilia ... Kamilia pulak digambarkan sebagai wanita yang beremosi .. mungkin disebabkan dia pernah mengharungi kepayahan hidup ditinggalkan lelaki itu keseorangan .. itu yang membuatkan dirinya menaruh prasangka terhadap Zainal ... apa pun novel ni memang terbaekkk ... bestttt sesangat ..
Waaahh.. saye seketul novel pun takde, malas membaca hehe :p
ReplyDeletehehehe...setiap org berbeza kan , jadi x kesah lah mana2 pun bole...janji hanida bahagia dengan apa yang hadida lakukan...chill!
DeleteOhhhh dah baca novel ni, tapi tak tahu lak iklan cite bakal ditayangkan tu asal dari novel ni, suka tul tengok Rita Rudaini, cantik dia tu.
ReplyDeleteAha akan di tayangkan pulak after adam dan hawa...semua adaptasi novel...kalau novel best tak tau lah citer dia mcm mana.. best kot...sebab ada rita eh !memang cantik..
Deletenovel jauh pun dah diapditasikan da slepas adam dan hawa.....adi putra n fauziah gaus... kali ini gandingan adi n rita rudaini plak...harap2 best cam novel dy ugak...
Deleteermm....jauh tu x tengok pun...tapi adam & hawa harusss ! tu lah harap best lah kalau gandingan adi & rita..ahaks
Deletenovel ni memang best...sy dah baca banyak kali pun tak bosan...kalau buat drama rasanya boleh aklahkan adam dan hawa tak? huhu
ReplyDeleteBetul memang best...byk kali baca eh !azie baru baca sekali...tapi dah tertarik..ahaks...ermm tu lah..kalau buat drama mcm best jer kan...kita saksikan bersama...huhu
Deletesuke tgk rita..comel..xpnah lg baca novel ni.. ^^
ReplyDeleteitu lah wpun dah kawin ada anak , dia memang comey ! weee...x pernah baca x per nanti bole tengok citer nyer...ahaks
Deletewsalam ayie :D
ReplyDeleteermm...baru baca belum menonton drama dia , mungkin sedap kot..ahaks
tu lah bila ayie cakap pasal citer tu baru azie teringat citer nie kat tv9..ermm tapi tak tau lah sama ker tak kan...azie akan nantikan citernya di kaca tv.
itu lah pasal lepas baca baru kita dapat ikuti jalan citer dia mcm mana..hahaha...layan !
selalunya novel karya Aisya Sofea memang banyak yang best...
ReplyDeleteerm..betul2 azie ader banyak kumpul hasil karya aisya sofea...semuanya bole tahan lah dan best jugak bila baca...
Deletewah best best..tak sabar nak tengok nanti :)
ReplyDeletekalau baca dah best , ini kan pulak menonton drama nya kan puteri , mesti best nie...weee
Deletewaahh xsabar nak tengok.. nsb da twu ending,, hihi kalau x mesti meruntun jiwa tengok :D
ReplyDelete*baca novel ni ms fom4 dlu kalau xclap ^^
sama lah mar azie pun x sabar nak tengok , hahaha alaaaa dah tahu ending eh ! kantoi..
Deletelama giler novel nie!
haish ! sekarang dah banyak citer dari adaptasi novel kan ?? CP pown ade bace novel nih dlu , memg bes la ...
ReplyDeletehaaa tu lah azie pun sedang membaca novel nie , x abis lagi...memang best!
Deletersanya dh prnh baca novel ni.. zaman sklah dlu.. lma dahh
ReplyDeletelama tu Miss Zahirah , zaman sek dulu dah kuar eh novel nie , azie jer yang ketinggalan...baru nak baca..HAHAHA
Deleteyup.... btul tu...dulu cover dy mrah putih je...
ReplyDeletehahaha..betul2 memang ada nampak novel cover tu tapi mungkin dah lama agaknya...skrg cover dia dah lain...tapi jalan citer tetap sama kan...weee
ReplyDeletewaaa....mcm best jer dengar kisah novel ni.ingt kan lepas cite adam n hawa da xnk tgk da cte lps tu..tp smngt asmra tu blh thn jugak.xbsr lak nk tgk..hihihihi
ReplyDelete#takknalmakatakcinta kan?
iya iyka ! lepas adam & hawa citer nie pulak...sama lah x sabar aishhh !
Deleteyey! xsabar nak thk cerita ini beb!
ReplyDeleteme too ! x sabar...sebab baca novel dia mcm best, kalau drama lagi power kot...hehehe
Deletejalan citer macam menarik jaa.. hero heroin pun hebat2 ^^
ReplyDelete