Monday, May 13, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami - Acik Lana


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


Karya yang masih boleh dipuji..satu kelainan dimana keinginan seorang isteri menakluki hati beku si suami dengan pelbagai cara.
Cinta hadir dari pelbagai rupa , segi dan cara , memang pun di mana Imanina sanggup mengenepikan "privacy" seseorang.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.

Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.

Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit...Begitu lah setia nya Imanina menunggu suaminya hingga akhir hayat.

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”



Lagu Tema Novel 

7 comments:

  1. Salam.

    Azie..cam kenal je gambar prmpuan tu zie.
    Tpi gambar laki tu, tak kenal plak :D

    ReplyDelete
  2. best plk bla bca sinopsis..
    tp sis jnis x minat sgt bca novel.. hihihi

    ReplyDelete
  3. mcm nak beli jugak..tapi kat area cik tak de jual ne...

    ReplyDelete
  4. ok lah dah tau cite ni... hehehe...

    ReplyDelete
  5. dah lama tak baca novel cinta ni, tapi bila baca yg tertulis tu menarik pulak rasanya heee

    ReplyDelete
  6. acik lana tu kak lana awk, kn? hukk...

    ReplyDelete
  7. macam kenal je model perempuan tu...hikkk

    ReplyDelete