Tuesday, December 31, 2013

Blog kembali pulih...LEGA!!

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum




Blog kesayangan saya nie , tetiba tak bole buka.Bila buka akan pop up error message "Blog has been removed". Pelik !! saya tak buat apa pun.Mungkin dah lama tak log in agaknya.Dia merajuk dengan tuan dia.Sebab terabai...

Bila dah dapat in..mcm nie pulak rupanya...hai laaa...
saja lah tu nk suruh tuan dia , buat balik...amek masa nie.
Abis link blog kawan-kawan saya hilang...Sakit pulak hati kita.Asal jadi mcm nie ya ! serius saya tak paham.

p/s-tunggu dulu lah ya...nanti saya buat balik..tahun baru pun nak dekat.Bole lah nie.

Sunday, December 15, 2013

Sticky Love Note 6

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Meriah nya Blog saya.....hehehe

bole tak buat entry mcm nie...

TAMAT.


Thursday, December 12, 2013

Salam Jumaat

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum




Wednesday, December 11, 2013

IKEA

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Jarum menunjukkan pukul 12 tepat , adik-adik offices keluar lunch senyap-senyap...takut kantoi !Nie akak dia mai dah...nak pergi mana nie...haaa...nak ikuttttt.....jom !Saya apa lagi capai hp plus purse...laju jer saya follow!!haha


Pergi IKEA kata nya nak beli perabot , 
saya apa lagi amek peluang turut serta membeli..ngeh3
baru adil !!dah penat membeli kami makan makanan ruji di sana...Meatball 20 pieces untuk seorang tau !kenyang....untung saya ada orang bawa kan...huhuhu

Masuk offices 3 petang !awesome....nasib baik Selangor cuti...tapi kami tak cuti pun..hahaha...itu yang best !

Tuesday, December 10, 2013

Awek Chuck Taylor Teater 2014

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum



Dapat panggilan dari sister Aishah untuk ke teater ACT nie , dia punya lah excited suruh akak dia tolong belikan ticket untuk tahun depan februari.Kami dah baca sebab tu lah nak tengok teater pulak...ke3
Untuk kawan2 yang ingin turut serta kami bole lah melayari dan membeli ticket nya di TIX.MY
Harga RM25 satu, di PJ Live Arts Centre. Apa lagi, belilah dan bergembiralah.
Jumpa anda di sana....di sana...



ACT bercerita tentang Hafiz. Dia bertemu dengan gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Gadis ini lain daripada gadis-gadis yang dikenalinya sebelum ini. Mira ada wawasannya sendiri. Tak mudah mengikut rentak orang lain. Dia Mira gadis yang penuh pendirian. Garang tak bertempat, ganas, kasar dan outspoken.

Mengenali Mira membawa Hafiz mengenali Aiman dan Nana; adik beradik Mira. Dan hubungan mereka makin rapat. Saya senang dengan persahabatan yang terjalin antara Aiman dan Hafiz. Namun keakraban mereka terganggu apabila Nana menyimpan rasa pada Hafiz. Bila saja Mira tahu, hubungannya dengan Hafiz turut berkocak.



Hafiz sememangnya bukan watak hero terbaik. Dia mudah rasa insecure. Memerlukan pasangan sebagai pelengkap hidup. Daripada menjadi secret admirer Sheila. Kemudiannya awek cemburu buta bernama Fadilah, awek yang kaki cukur bernama Bella... semuanya sudah menunjukkan yang Hafiz tak suka berseorangan. Dia ada masanya kelihatan sangat terdesak untuk mendapatkan teman. Agak loser di situ.

Watak Mira pula kelihatan lebih dominan. Daripada segi gaya bahasa, gerak tubuh menunjukkan dia tak mudah dibayangi dengan watak-watak lain. Nana lebih natural. Malah rasanya watak Nana yang gagap itu lebih mudah diingati. Overall saya rasa ACT adalah satu bacaan yang menarik tetapi mungkin cukup hanya sekali saya membacanya.

Sunday, December 8, 2013

Dapur Azie - Resepi Kuih Donut Mudah & Lembut

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Tak sabar tunggu hujung minggu , pertama bole rehat...ermmm...
kedua bole main masak-masak...pastu makan sampai lebam.
Alkesah !asal tengok iklan jer confirm teringin ! asal tengok orang makan jer teringin..asalkan bole jer...confirm buat....tapi klu nak buat mesti nak yang pantas , sedap dan kenyang...jadi !!!

Check it out !

Resepi nya mudah gila...

Tepung 3 cawan 
Mentega 2 sudu besar
Telur 1 biji
Susu pekat manis / cair pun bole ikut suka
Yis 1 bungkus kecik tu
Gula pasir 3 sudu
Gula Caster
1 cawan air suam



Cara-cara paling awesome...

Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam,
 kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi.

Biarkan selama 10 minit.

Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih,
masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum,
Gaul sebati.Biar adunan lagi selama 45 minit.

Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.
(adunan memang agak lembik).
Ambil sedikit adunan, bulatkan...lubang kan di tengah-tengah.

Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat
 Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

p/s-klu doh tepung masih banyak lagi 
simpan saja di dlm freezer suhu biasa
klu nak makan lagi...bole goreng saja...senangkan.

Saturday, December 7, 2013

Starbucks Fever !!

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum



Di sebab kan Cafe nie baru open sebelah office saya , jadi untuk itu selama 5 hari berturut-berturut
saya tak miss membeli nya..HEAVEN !!!
Nak joint jom jumpa saya di sana...hehehe


Monday, December 2, 2013

The Heirs Korean Drama

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

tumblr_inline_mkx41geSrR1qz4rgp

Memperkenalkan waris anak orang kaya lagi muda bersama heroinya gadis miskin.
The Heirs - Waris
Kim Tan seorang lelaki kaya yang memiliki syarikat conglomerate yang besar dan hebat.
Beliau memiliki harta kekayaan yang tidak ternilai dengan aset yang berjuta-juta 
namun beliau berkata "saya kaya tetapi sunyi".

Maka terserempak lah dengan Cha Eun-Sang yang melawat kakaknya di Amerika Syarikat yang memikirkan tentang pelajaran dan ingin berkahwin dengan lelaki yang baik.Namun hasrat nya terbatas kerana kehidupan daif beliau bersama ibu tercinta.

The_Heirs-001

Ermm.....tak dapat nak teruskan sebab saya baru tengok episod 1 hingga 3...hahaha...nanti sambung lagi...weeee...
saya layan drama korea nie setelah semua novel saya berada di dalam kotak.
Malas punya pasal...saya tonton online jer...kekadang layan drama korea nie syiokk jugak...feeling2 romantik gitu !!ahaks

p/s-lepas nie sambung drama korea Secret Love..lagi sikit nak abis...tungguu!!