Thursday, December 18, 2014

Tentang Kita - Kebetulan #part11

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Pagi yang tenang , menyegarkan mata yang memandang diluar balkoni.
Cantik ciptaan Allah.Sungguh berseni dan berseri.
Ting ! Ya Allah aku dah lambat nak ke Branch hari ini.
Laju aku berlari sambil mencapai tuala mandian.
Siap ! 
Sarapan aku tak sempat ambil.
Hanya air milo suam-suam kuku aku hirup di dalam kereta menuju ke Damansara.



Aku:Hello Anggun ! Akak tak masuk offices hari ini , akak turun Branch Damasara ada test system.Jaga shop tau.
Anggun:Baik akak , akak pergi sana berapa hari?!
Aku:Dalam 3 hari macam tu , nanti apa-apa hal update dekat akak ya.
Oh ! lagi satu nanti ada lelaki call nak cakap dengan akak , anggun cakap akak tak ada tau.Macam biasa , nama akak Azirah Rose..HAHAHAHA ,
Nama dia Tengku Adam.
Anggun:Wow nama , bole tahan la..Hahahaha.
Aku:Jangan nak ketawa sangat , awak tu kalau nak buat kerja nanti , tak tahu terus tanya Puan Alyani.Akak tak ada ni pandai-pandai korang bawa diri.
Anggun:Baik bos.
Aku:Ok bye!


Sampai saja di Branch , aku disambut dengan senyuman.
Aku perempuan Dia lelaki.Haruslah ada senyumkan.

Aku:Hai ! saya Azirah , dari project system.
Hafiz:saya hafiz dari unit TD-i islamic damansara
Aku:oh ! yang selalu hantar email dekat saya tu ker , yang suruh buat urgent la sangat.Awak orang nya.
Hafiz:Dan awak jugak lah orang yang buat bodoh kalau saya call tak nak angkat.Email tak nak jawab ya.
Aku:hahaha , sekarang saya dah tau.Confirm lepas nie jawap call dan balas email punya.Nak lagi best nanti saya bole jawab OCS awak sekali mudah bukan.
Hafiz:Asal awak tak nak jawab call saya.Malas nak layan ya.
Aku:Betul , memang betul saya malas nak jawab sebab saya tau apa soalan yang awak nak tanya nanti.
Hafiz:Lepas ni please jawab call saya.Boleh kan?!Nanti saya belanja la awak.Penting tau bila saya call tu.
Aku:Penting la sangat kan.Menyampah! 
Hafiz:Garang !hehehe.
Aku:Kesah pulak , waktu lunch nanti belanja saya makan tempat-tempat yang best kat sini.Ingat senang ker saya nak turun padang.
Hafiz:Boleh saja.Kerja senang jer tu.Nanti dah siap semua.Saya call awak pergi makan sama.Sebelum tu.No awak apa Azirah?!
Aku:Bukan dah bagi ker dekat offices hari tu.
Hafiz:Itu no. telefon offices la , awak dekat sini , tak kan saya nak call offices sana.Mana satu ni.Memainkan.
Aku:hahahaha , ingat kan ada ,miscall cepat.
Hafiz:ok done , save dah.
Aku:Ada no.telefon jangan nak macam-macam eh.<tunjuk penumbok>
Hafiz:hehehehe.
Aku:dah boleh mula ker?!
Hafiz:oh ! jom saya tunjuk kan bilik test system.
Awak ada 8 orang pelajar nanti.
Aku:ya , really.Ramai nya , campur lelaki perempuan ker?
Hafiz:semua perempuan , saya seorang jer lelaki.
Aku:Ala tak best la macam tu.Boring !

Masuk saja di dalam class training.Oh my english ! semua lelaki.

I love it !

#keepingreading


Sunday, December 14, 2014

Tentang Kita - Kerinduan #part10

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Dia:Assalammualaikum sayang , sayang kat mana?
internet dah okey ke belum.Rindu!
Dia:Sayang...
Dia:Sayang...
Dia:Sayang...
Aku:Nak apa?!
Dia:Dari semalam sampai sekarang , sayang pergi mana?!
Aku:Perlu ker nak ambil tahu?!
Dia:Perlu...perlu sangat-sangat
Aku:Silap orang nie , tak perlu kot..kita pergi dulu.Bye !!
Dia:Kenapa macam tu sayang , sayang ni kenapa?!ayang tanya sebab ayang rindu sayang , 
sayang senyap macam tu jer.Cakap dengan ayang  , sayang pergi mana?! buat apa?!kalau
ayang ada buat silap , ayang mintak maaf , memang ayang tak tahu.Cuba sayang bagi tau?
Nanti ayang terangkan , ini tidak , tau-tau sayang marahkan ayang.Sejak semalam sayang.Sejak semalam
Kenapa sayang diam !sayang dengar ke tak ni?!
Aku:Dengar , jadi apa masalah nya sekarang , suka hati kita nak lah nak senyap ker?nak diam ker?
Apa kena mengena dengan ayang! tak ada kan.So please....
Dia:Masalah nya sekarang ayang tanya sayang , sayang tak jawap , tapi sayang senyap.Kenapa sayang?!
Aku:Tanya lah diri sendiri , jangan nak tanya kita pulak.
Dia:Masalahnya  , ayang tak tahu apa masalah ayang sayang.Ok ! ayang tahu pasal semalam punya message kan.
ayang nak terangkan kat sayang , ayang type laju , lepas tu ayang punya hp kan auto typing.Bukan salah ayang pun sayang
Ayang siap print screen bagi kat sayang , sayang takkan tak tengok.Sayang dah lah sayang.Tolong laa jangan macam ni.
Ayang rindu sayang , dah separuh gila dah nie.Maafkan ayang kalau ayang ada buat silap dengan sayang.Ayang bukan sengaja sayang.
Tolong laa sayang jangan macam nie.
Aku:Dah tengok dah , tapi malas nak layan okey , kita tak der masa untuk semua ni.Dah ayang pergi sana , jangan sibuk-sibuk kacau kita.
Kita busy sekarang nie.
Dia:Selagi sayang tak maafkan ayang ,selagi tu ayang nak sayang tahu yang ayang sayang dengan sayang , Ingat tu!
lagipun bukan salah ayang pun sayang.
Aku:Okey ! okey ! silap tulis message lagi siap ayang.Tiada maaf bagi mu.Benda nie dah banyak kali ayang.
Dia:yee sayang , ayang dah setting keypad dia dah.Memang message tu untuk sayang , ayang type salah sikit jer ,sayang dah macam nie.
Kalau ayang salah semua , macam mana lah agaknya.
Aku:Amboi ! memang nak try tulis salah ke?!ayang buat ayang , senang jer kita nanti.Putus !
Dia:Tengok tu !dah tak ada benda lain lah tu dia nak cakap , ayang akan cari sayang nanti.Sayang silap lah cakap ayang macam tu.
Ini ayang laa sayang.Muah !
Aku:eeeuwwwww...mengade ! 
Dia:Lega ayang sayang , semalam tak cukup tido ,asyik terfikir jer sebab kita tengah gaduh ! dah lah rindu sayang.
Aku:Padan muka ! siapa yang mulakan dulu.
Dia:Yelah , ayang salah.Rindu sayang sangat-sangat.

Sayangi sebuah perkenalan
kerana di situ tercipta kemesraan
Hargai sebuah perhubungan 
kerana di situ tercipta kerinduan
Hargailah kedua-duanya
kerana itu rahmat Tuhan

#keepreading



Tuesday, December 2, 2014

Tentang kita - Paksaan #part9

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum


Aku:ayang , ayang nak kawan dengan kawan kita tak, dia mungkin solo.
Dia:Mungkin solo , memang tak lah ! ayang nak sayang jer.Sayang jangan nak pass ayang dekat orang lain.Ayang tak nak.
Aku:Eleh ! macam lah orang tu nak kat dia , kita cakap jer , mungkin ayang boleh kawan saja dengan dia, kalau ada jodoh lagi bagus.Kita suka
Dia:Masalah nya sayang , ayang tak suke ! bole tak jangan paksa-paksa.Sayang nie cakap benda-benda macam ni kenapa?! sayang nak tinggalkan ayang eh!ayang tak kan tinggalkan sayang.Paham !
Aku:ehh! itu pun nak marah , mana lah tau kan dalam kawan-kawan tu ayang suka dekat dia.Benda bole berlaku.Lepas tu..
Dia:Lepas tu apa?! lepas tu senang lah sayang cari orang lain kan , tinggalkan ayang macam orang gila.Sayang nak ker macam tu?!
Aku:Masalahnya sekarang ni , kita nak ayang bahagia.Paham tak bahagia?
Dia:Itu bukan bahagia sayang , itu buat ayang lagi derita.Ayang tak leh hidup tanpa sayang.Ayang nak sayang juga.noted ! 

Aku mengeluh lama.Degil betullah dia ni.Aku nak dia bahagia.Salahkah aku memberi ruang dan jalan untuk dia bersama orang yang akan mencintai dia.Aku tak mampu memberi kebahagian itu.
Ya Allah , macam mana nak buat ni.
Balik saja dari pejabat otak ni tak habis-habis memikirkan perkara siang tadi.Nak bertindak ikut arahan karang tak mungkin terjadi.
Langgar arahan karang , macam menarik.Nanti kene balik kat diri sendiri.Diam jelah.Sampai saja di rumah , tidak sempat tudung aku buka ,
satu pesanan ringkas mengatakan dia sudah sampai.
Awal pulak tu sampai rumah selalu lewat balik kerja.
Mesti ada sesuatu ni.Aku biarkan pesanan itu tanpa di balas.
Berehat-rehat di dalam bilik adalah rutin aku setiap malam.Aku jenis yang suka menonton tv sehingga lewat malam.







Dia:sayang...
Dia:sayang...
Dia:sayang...
Aku:ya ! ada ni..
Dia:dari petang tadi , dah nak malam baru nak balas message ayang , sayang pergi mana?kenapa tak jawap bila ayang call?!
Aku:ada saja , kan on the way balik kerja , mana sempat nak balas message semua.Ayang ada call kita ker?!tak dengar apa-apa pun.
Dia:yaker , cuba sayang check handphone sayang tu macam mana?!tak kan lah tak ada langsung.
Aku:Ada message jer tadi , tapi call macam tak der lah pulak ,eh ! sorry.
Dia:kenapa sorry ! 
Aku:macam ada miss call saja..sorry-sorry , kenapa kita tak dengar bunyi ya , pelik nya.
Dia:handphone sayang tu dah rosak kot, ker sayang sengaja tak nak angkat!
Aku:bila masa tak nak angkat pulak , dah tak dengar , nak buat macam manakan?!tapi ayang nak cakap apa?!
Dia:ayang nak cakap rindu kat sayang.Sayang balik kerja tak cakap apa pun kan.Ayang call lah sayang.
Aku:Maaflah tak perasan pun , padan muka.
Dia:oh ! padan muka kat kita , siap lah sayang nanti.
Aku:ayang nak buat apa?!tak payah nak siap sangat eh ! siap nak tido adalah.Dah pergi tidur sana.Jangan kacau kita , nak tengok drama omputeh ni.
Dia:sayang jangan tidur lewat sangat , esok nak kerja pagi.Nanti tak cukup tidur , sayang sakit nanti.
Aku:kalau sakit makan ubat jelah nanti.Mudah bukan.
Dia:ada jer nak melawan cakap kan.Degil betul.
Aku:memang pun , ada orang tu suka paksa-paksa, orang tau lah nak tidur bila.
Dia:oh ! sayang paksa ayang tak per , ayang nasihat sikit tak bole.
Aku:Ok ! fine.
Dia:Marah lah tu , ok sayang , tidur tau..ayang sayang sayang , muah !


Kata orang cinta dan kasih sayang itu tidak boleh dipaksa-paksa.
Ia datang dengan sendiri nya.Tapi dalam hal ini , cinta itu perlu di cari dan kasih sayang itu perlu dipupuk supaya dua hati menjadi satu.
Adakah anda tahu percintaan itu banyak maksudnya.
Ya !cinta itu amanah ! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak 
yang perlu dituntut.Apabila jatuh cinta kepada seseorang , kita rasa seolah-olah kita memerlukannya.Kita mahu memilikinya ,kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas.
Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi,tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka.
Namun bukan itu yang lebih utama ,kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita , orang yang kita suka belum tentu menyukai kita.Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh
Allah kepada kita ini , kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka.Jika dapat memikat hatinya.Alhamdulillah.Tetapi jika tidak,usahlah mengungkit dan berdendam.Lepaskan lah dia pergi dengan lapang.

#keepreading

Tuesday, November 18, 2014

Tentang Dia - Disini Kasih Tercipta #part8

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Pagi ini , ceria sungguh aku , kemeja sedondon dipadankan dengan skirt denim ditambah pula dengan rantai sebagai penyeri.
Oh! tidak lupa hijab empat segi bercetak
menambahkan lagi seri di wajah comelku..ha3 
"Fashion is just another accessory for someone with great style".



Dia:Assalammualaikum , pagi sayang..love you..
ygyg dah sampai offices ker tu?
Aku:Waalaikummusalam , dah ayang ! baru jer sampai.
Dia:yaker ygyg , tangkap gambar satu nak tengok.
Aku;tak nak lah ! malu lah orang nampak pagi-pagi lagi dah selfie.Buang tebiat ker apa.Lagi satu , kenapa call pagi-pagi ni?!what happen?!
Dia:Ala please sayang..saja call sayang , ayang rindu sayang.Tak boleh ker?!
Aku:Boleh saja , tapi macam pelik sikit..awal ayang call..hehehe
             click ! selfie time.<send> <pic> smile
Dia:Wow ! cantik nya sayang ayang nie , geram tengok !baju baru ker?!tak pernah nampak pakai pun.
Aku:eh ! takkan nak pakai pun nak kene bagi tau pakai baju apa , 
memang tak lah !
Dia:oh ! baju baru lah tu , sayang sengaja kan , sayang jom jumpa..rindu dengan sayang.
Aku:betul ni nak jumpa , ayang jangan main-main.Kena karang
Dia:Betul lah sayang ,hari sabtu ni  , ayang tak keje.Boleh lah jumpa sayang.
Aku:Ok boleh ! lagi pun ada benda kita nak bagi tau ayang sebenarnya.Tapi tak tau masa bila , jadi alang-alang kita dengan ayang nak jumpa.Ok lah tu , Cun !
Dia:bagi tau lah sekarang sayang , mana tahu time jumpa sayang nanti , sayang dah lupa.Ayang majuk baru sayang tau.
Aku:Ha ha ha ha  , ayang merajuk eh! nak tengok...nak tengok...chop-chop !merajuk ker marah , mana satu.
Dia:sayang ! ayang tak reti marah okay! merajuk nanti sayang yang rugi.
Aku:memang tak lah nak rugi bagai , ayang kalau merajuk pujuk lah diri sendiri eh , kita diam kan saja , biar padan muka ayang.Baru tau!
Dia:sayang ni ! buli ayang yee.Cakap lah , sayang nak cakap apa tadi ! now..now.
Aku:no idea ! tak terfikir lagi.
Dia:tengok tu !sayang tak sayang ayang kan..Cepat !
Aku:tak nak ! tak nak ! orang cakap tak nak tak nak lah.
Dia:tak per kalau tak cakap sekarang, jumpa sayang nanti , siap sayang.
Aku:ayang nak buat apa?!
Dia:huhuhu...adalah ! sayang tunggu jelah.
Aku:ayang , kita ada kes ni.Nanti kita call balik.
Dia:yee sayang , nanti dah siap semua , massage ayang..ayang tunggu sayang.


Telefon aku letak , kopi panas yang puan Alyani buat sebentar tadi ,
tidak aku sentuh , membiarkan ia sejuk sendiri.
Kerja yang di lakukan di ofis semakin rumit.
Ini yang akan memeningkan staff termasuk aku.Bismillah ! permulaan yang baru untuk hari yang baru.
Tarik nafas dengan tenang , jari jemari bergerak di keyboard lappy 

seiring dengan alunan muzik yang di pasang di telinga.Tenang !yes sungguh tenang !<someone like you by Adele>

Tuesday, November 11, 2014

Tentang Kita - Andai itu takdirnya #part7

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum




Berita yang aku terima ini mengejutkan seisi alam.
Adakah ini pengakhiran hidupku ,tak aku tak nak mati.
Ya Allah , apakah ini kifarah dosa aku yang lalu.
Kau berikan aku kebahagian hidup , namun sampai satu masa kau jua 
yang mengambil kebahagian itu.Tak adil ya Allah tak adil !
Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga.
Ya Allah besar sungguh ujianmu.
Ampunkan dosaku ya Allah , ampunkan dosaku.
Makin lebat air mata aku mengalir
selebat hujan yang membasahi bumi ini.
Pandangan aku semakin kabur.Sakit di dada tidak aku hiraukan.
Aku terus melangkah tanpa arah tuju.

Kini aku kesepian.

Flashback..


Doctor:Morning Azirah , macam mana badan , ada rasa kurang sikit.
Aku:ermm..okey , kenapa dengan saya doctor.Tau-tau saya dalam bilik perbedahan.<suara serak-serak basah>
Doctor:Awak baru saja di bedah semalam Azirah , dan ari ini awak akan menerima 2 pain darah.Dan ada perkara yang perlu saya bagitahu awak.
Perkara ini agak serius.Saya harap awak sabar dan tabah ya Azirah.Semua orang nak baik , tapi nak baik kene ada proses tertentu yang perlu awak jalani.
Dan perkara ini akan saya terangkan bagaimana.
Aku:Serius?! proses tertentu , macam mana tu doctor?!
Doctor:ermm..macam nie , mengikut perbedahan semalam , awak mengalami pendarahan dalaman di bahagian hati dan limpa.
dan ini akan melibatkan juga sakit di bahagian buah pinggang dan sakit belakang.Ini sangat bahaya.Sakit bahagian hati dan limpa tiada ubat nya yang sesuai.ermm..awak okay Azirah ! boleh saya teruskan.
Aku:ya doctor..ermm kalau tiada ubat yang sesuai , adakah penyakit saya akan pulih atau sebaliknya.
Doctor:ia memakan masa yang agak lama untuk di beri rawatan.
Dan kemungkinan awak akan pergi secara tiba-tiba macam pesakit jantung yang lain.
Aku:maksud doctor , mati mengejut atau mati secara tiba-tiba.
Doctor:yes , tepat sekali.
Aku:tak mungkin ! tak mungkin.saya sihat kan doctor.
Doctor:sekarang memang awak nampak sihat Azirah , sebenarnya dalaman awak tu sakit.sebab tu awak kurang makan , berat badan tak naik-naik ,terlalu aktif.Dan sampai satu tahap , awak akan jadi yang macam semalam lah , muntah , kurang darah , pucat , lemah , dan sebagainya.Dan sebagai rawatan susulan ,awak perlu menjalani check-up setiap bulan jangan miss , sebab dari situ saya akan pantau awak dari masa ke semasa.
Aku:Dari masa ke semasa , setiap bulan?!kalau saya gagal menjalani rawatan susulan akan jadi apa doctor?!
Doctor:Kemungkinan sakit awak tu tak akan baik , dan akan mengganggu emosi awak nanti  , awak cepat marah , hilang focus , tak ada mood , lesu dan sebagainya.
Aku:oh , macam tu.


#keepreading

Monday, November 10, 2014

Tentang Kita - Secret Admire #part6

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.
Benarlah kata pujangga,
"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."

Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, 
kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudice. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.

Ini cerita aku.

Secret Admire Tingkatan 4.
Dalam kelas aku lah yang paling pendiam dan paling kelakar.Tak ada aku tak meriah hari-harimu.Cewah !After form 3 , aku tak pergi mana-mana sekolah berasrama penuh.Sebab mak aku cakap aku anak yang baik.Semua kerja rumah menjadi mudah.Yelah tu !nama aku naik untuk menjadi Bendahari sekolah.Bab pegang duit memang aku juara.Dari sekolah rendah hingga lah sekarang.Memang itu kegemaran aku.Simpan duit !tapi boros !

Pendiam aku pendiam yang bermakna.Tak kenal maka tak cinta.Dah kenal mengada-ngadakan.Yeah ! I know!Bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar perempuan yang sangat berdedikasi.Kau tak kasi duit ! aku report kat cikgu !padan muka ! tau takut !

3 bulan berlalu...
Aku masih disini , namun kebanyakkan kaum Adam di dalam kelas aku telah pun berhijrah di asrama penuh dan sekolah teknik.
Balik dari kelas , aku terima berita dari seorang rakan perempuan.Rapat !
Dia mengatakan ada lelaki ingin berkenalan dengan aku.Choi! pengecut ! dah pergi jauh baru nak cakap.Tak layan beb !tapi kan hati aku macam nak tahu jer siapakah gerangan yang looser itu !
Risik punya risik..ding !
aku tahu rupa tapi aku tak tahu nama.Aku balik yang looser.

Hari demi hari aku lalui dengan tekun dan sabar.Ada juga mata-mata yang memandang.Tapi sayang ! aku tak layan.Orang kata apa.Belajar dulu , baru bercintakan.Poyo !Masuk akhir tahun , ramai pulak pakwe , hahaha...tak tahu nak pilih yang mana satu.Tapi tak pernah rasa kecewa bila putus.Yang memutuskan itu adalah aku , aku , aku dan aku.Sebenarnya sejak darjah 4 lagi aku dah mula bercinta.oh ! lariiiii.....jangan paksa untuk bercerita okay !kelakar ! serius kelakar !



Tetap teguh tingkatan 5
Semangat aku lain macam , ambil bidang accountant memberi nikmat yang tak terhingga.Aku suka kan nombor , suka calculator , suka kan buku draft , serious memang suka.Cita-cita nak jadi lawyer , sebab banyak cakap.Sekarang pun dah lawyer dah ! Alhamdulillah lawyer buruk !ha3
Syahrul teman tapi mesra dalam kelas.Aku rasa aku dah jatuh tangga dengan dia.Mana tak nya.Pergi makmal , surau , beratur , makan semua lah aku mesti nak dengan dia.Walaupun dia looser dengan aku.Tapi aku suka.First time aku suka dekat lelaki.Ha3...untungla kau Rool aku suka kat kau.Dan aku tau perasaan kau pun sama , cuma kau malu jer nak cakap kan.

Tamat Sekolah.
Tak lama aku duduk rumah , aku dah mula sambung belajar.Dekat Kolej Nilai dalam bidang chemical engineering.Serious aku menages ! tak boleh bawak ! Jangan tanya kenapa.So selamat tinggal ! aku terus ke Malaysian Institute of Accountants.Yes ! ini lah dia bidang yang betul-betul kene ngan jiwa dan raga.Adalah pakwe sorang dua.ha3

Pulang cuti sem.
Dulu naik bus saja , seronok.Sebab boleh usha orang-orang dalam bus kan.Masa nak naik bus tu, aku terkejut ! macam kenal , macam pernah nampak , tapi kat mana ya ! mata bertentang mata , heartbeat bergetar hebat !Senyum terukir di wajah.I know him ! tapi tak tau nama.
Dia datang mendekat ! Kenal kan diri , dia dah tau siapa nama aku.Awesome ! duduk dalam bus sama-sama.Ini lah dia Adam yang pernah suka kan aku dalam diam masa tingkatan 4.Yeah!!!!Asal dalam kelas tak pernah tau pun.Why! why!

#keepreading


Wednesday, November 5, 2014

Tentang Kita - I'm a Hero (Baby Awesome) #part5

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum


she is a girl

Setiap petang memang aku busy sangat-sangat untuk 
menyiapkan tugasan terakhir sebelum balik.
Tugasan ini memerlukan 200% kecekapan mata 
dan kepantasan jari jemari untuk disudahkan.
Namun ada perkara yang berlaku tanpa di duga.

Tanggal 3/11/2014 lahirlah seorang puteri yang sangat comel dipangkuan aku.

K.Gouri:Joyah ! sini sekejap nak tanya ni
Aku:Kejap-kejap k.gouri last case ni..ok siap !im coming
K.Gouri:Joyah ! hospital kerajaan mana yang paling dekat area KL ni.Ina macam nak bersalin dah ni.
Aku:K.Gouri tanya saya , memang tak lah saya nak tau , saya tau putrajaya..itu pun jauh dari sini.
K.Gouri:Naik kete aku lah  , ina nak balik tapi dia tak boleh jalan dah ni.
Aku:Kawan..awak okey ker ?!bertahan tau , k.gouri tak boleh bawak kete , sekarang waktu tengah jem.Sebab orang nak balik keje.Jangan!
Ina:haaa...kita tak tahan , dah call suami kejap lagi sampai.Tapi saya tak boleh jalan.ehh! air ketuban kita dah pecah..<muka merah tahan sakit>
Aku:K.gouri macam mana nie.Ya Allah kawan sabar kawan sabar..kejap-kejap , mek call ambulans mek , ina nak bersalin dah. Air ketuban dia dah pecah.
Ina:tak tahan dah.
K.Gouri:Joyah ! baringkan ina joyah!
Aku:K.Gouri cepat.Kawan turun dari kerusi , baring kat bawah lantai.
Ina:Kak Azie , baby kat kat bawah dah.
Aku:Yee.

Tiada pengalaman menjadi seorang Doctor 
mahupun apa-apa bidang dalam perubatan.
Dengan tindakan pantas , aku cepat-cepat menyelak skirt maxi , dan menanggalkan seluar panjang serta seluar comel Momy Ina yang akan melahirkan baby nya.
Hanya sekali teran saja , kepala baby sudah nampak dan aku menariknya keluar tanpa memakai sarung tangan.Baby mula menagis kecil.
Baby selamat dilahirkan di offices kami dengan mudahnya.
Aku tersentuh , sangat menakjubkan.Sebak di dada aku tahan.Tak boleh fikir.
Ianya berlaku dengan sekelip mata , tiada sebarang masalah yang merbahaya.

Namun , kami kebimbangan..
bagaimana tali pusat dan uri yang tertinggal di dalam perut ibunya.
Peluh membasahi dahi.
Staff-staff yang lain sudah berkerumun di tempat kami , namun tiada apa yang mampu mereka lakukan.
Terkedu !
Tak percaya !
Ya Allah !
Ya Allah !
Ya Allah! 

Hanya Kau saja yang dapat membantu.
Panggilan telefon disambungkan kepada doctor untuk membantu aku dalam mengguruskan tali pusat bayi serta uri.
Serius ! ini memang memerlukan keberanian dan ketangkasan 
dalam situasi kecemasan.
Silap langkah kemungkinan pasti akan berlaku.

Aku menarik nafas panjang ,sepatutnya  tali pusat baby itu aku perlu potong.
Namun , lain jadinya.Aku ikat ketat-ketat tali pusat bayi itu 2cm meter dengan hanya menggunakan kain casa.
Maka baby itu mula termuntah dan cecair mulai keluar melalui hidung.
Baby selamat , dan mula tidur dipangkuan ibunya.
Syukur awak selamat kawan.

Aku:Kawan , awak sakit cakap.
Ina:Saya macam nak bersalin lagi.
Aku:kawan , tahan itu mungkin uri awak.Kalau awak keluarkan juga , nanti darah semakin banyak dan awak akan kehilangan darah nanti.
Kejap lagi ambulans sampai.Bertahan kawan , kami semua ada.Baby awak sihat , cantik kawan.Tahniah !Awak memang kuat.
Aku:Kawan kaki awak lenguh ker?!kita pegang tau.Sakit cakap.Sekejap lagi suami awak sampai.Ha! itu pun dia.

Staff dan pekerja-pekerja lain semakin ramai.
Aku setia menemani ibu dan baby.Sehingga lah ambulans sampai , dan pusat bayi dipotong untuk memisahkan ibu dengan bayi dan mereka di bawa pergi 
ke hospital.
Sebelum itu , si suami mengqamatkan bayi perempuan mereka.Sungguh tersentuh !mengalir juga air mata aku.
Kini momy dan baby selamat dan sihat.Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah mempermudahkan segalanya
Saya sungguh bertuah ! segala-segalanya di depan mata.Hanya insan-insan terpilih saja yang mampu melihat.

Begitulah , setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah.Kalau Allah kata "kun faya kun" jadilah maka jadilah ia dengan kebesarannya.
Tiada siapa boleh menidakkannya.Dia lagi maha mengetahui setiap apa yang berlaku.

#keepreading


Sunday, November 2, 2014

Tentang Kita - Fynn Jamal Tahu #part4

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum



Dan kau tanya dalam diam 
Dengan mata kau biar pejam 
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri 
Satu per satu hilang ertinya 
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi 
Tapi mana kau harus pergi

Haruss 
Tak terpuas lautan 
Lapar tak terkenyangkan 
Kau tahu 
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala 
Sedang jawabnya lama kau ada 
Maka perlu apa kau bongkar gali 
Kalau cuma di letak tepi 

Sayu
Tak terjelas fikiran 
Rebah tak tersambutkan 
Kau tahu 
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetol-betolnya 
Lama mana begini 
Bertelanjang jiwanya 
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya 
Malam siang berganti 
Jawabnya tetap sama

Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan

#keepreading

Thursday, October 30, 2014

Tentang Kita - Unit Kecemasan #part3

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum



Usai solat maghrib aku bersantai-santai di luar balkoni menghirup udara sejuk malam. Dingin ! Batuk-batuk kecil aku mula kedengaran.Mata mula berair.
Aku mula menyandarkan diri di buaian gantung.Selesa!tapi batuk kecil ini semakin kuat.Peluh memercik di dahi dan leher.
Tangan mulai basah dengan peluh , aku kedinginan.
Terasa satu cairan mengalir laju di bahagian hidung.Aku mengesat menggunakan belakang kekura tangan.Darah ! haa...darah ! Ya Allah !apakah ini , adakah sakit lama aku datang kembali , tak mungkin ! dah 2 tahun aku ulang alik ke hospital.Dan keputusan nya adalah negatif.Kini adakah sakit yang aku tahan selama ini , kembali menghantui.Astagfirullahaladzim...
Sebak ! Semakin lama ia nya semakin banyak , 
hidung yang berdarah itu aku kesat menggunakan tisu.
Meja dipenuhi dengan tisu yang mengandungi darah.Doctor pernah berpesan
kalau hidung berdarah perlu lah mendonggak muka ke atas supaya ia nya cepat berhenti kemudian tekapkan dengan kain.Tapi situasi aku sekarang berbeza , semakin aku mendonggak dan bertahan keatas,
semakin itu lah sakit kepala aku berdenyut hebat.Ya Allah ! sakitnya...aku mula menahan sakit.Dalam kepala terfikir sama ada terus gerak ke hospital atau baring saja di rumah.Aku mula fikirkan yang satu itu.

Kunci kereta aku capai , dengan pantas aku bergerak ke parking kereta.Kereta aku pandu laju menuju ke Hospital Columbia Asia.

Di Unit kecemasan.Aku terkulai layu menunggu kedatangan doctor.
Doctor yang selalu merawat aku kini bergegas mendapatkan aku.
Doctor Raja Delaila

Aku:Doctor , macam mana?! masih sama ker macam dulu?
Doctor:Yee , masih sama tapi kali ni macam teruk sikit.Awak ada tersalah makan ke Azirah.Bila saya check blood awak , ianya kurang dari darah orang normal.Awak punya tinggal 5 saja , sedang kan yang normal sepatutnya kene ada 11 atau 12.Ini bukan separuh dah nie , ini betul - betul memerlukan darah dalam badan awak.Dan lagi satu , hati dan limpa awak sangat lemah Azirah.Ada kemungkinan sakit lain ni.
Aku:Sakit lain , macam mana tu doctor?! terangkan lah..saya kurang paham.
Doctor:Awak perlu menjalani pembedahan kecil dan rawatan lajut untuk mengetahui apa penyakit sebenar yang awak hadapi Azirah.
So ones kita dapat tahu puncanya yang sebenar boleh lah awak buat rawatan harian yang lain.Jadi awak perlu puasa mulai malam ni.
Awak kene tahan wad ya ,nanti bagi tau family awak macam mana.Sekarang awak berehat di sini.
Aku:Puasa , sedangkan saya kekurangan darah sekarang.Bolehkah macam tu doctor.Saya dah pening-pening ni.

Belum sempat doctor bersuara , aku dah termuntah di tempat pembaringan dalam bilik rawatan.Aku semakin lemah dan terus rebah.Kini dunia aku gelap gelita.Tenat!

#keepreading

Sunday, October 26, 2014

Tentang Kita - Staff Baru #part2

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum



Awal pagi lagi aku dah sampai di pejabat , banyak kerja dan sistem yang perlu di kemaskini mengikut jadual.Dan hari ini juga akan ada staff baru yang akan menggantikan tempat Puan Alyani yang akan bersalin bila-bila masa saja.Dalam hati aku dah berkira-kira siapakah staff baru itu , lelaki ke perempuan.Teruja mungkin !


Aku:Puan Alyani , nanti kalau ada orang cari saya , cakap saya turun bawah sarapan ya.Lagi satu nanti ada staff baru akan joint team kita , ingat kan saya tau.Saya nak buat short meeting.
Puan Alyani:Okey bos, tapi staff baru tu masuk bila , maksud saya pukul berapa , takut nanti saya tak der kat tempat , mungkin ada kat printing room.
Aku:Mungkin kejap lagi , after 10 clock'.Tak per saya pergi kejap saja , nanti saya naik balik.Don't worry.Pergi dulu.
Puan Alyani:baik bos.


Suasana pejabat menjadi bising seketika dengan kehadiran staff yang baru masuk di unit kami.Sesi suaikenal amat meriah , soalan dan jawapan tidak
langsung ada kena mengena , tapi kami semua enjoy that moment.Mukanya bujur sirih dan hitam manis orangnya.Sesuai dengan gaya nya.Harap dia dapat bekerja dengan bersungguh dan cemerlang.
Kami bersurai.Aku memperkenalkan staff baru itu dengan staff-staff yang lain untuk lebih dikenali.Anggun namanya.


Anggun:Akak saya buat kerja apa nanti.Saya takut lah tak dapat buat yang terbaik nanti.
Aku:Anggun jangan risau , nanti puan Alyani akan ajar awak dari A sampai Z , kalau tak..saya tak akan lepaskan dia pergi bersalin.
Anggun:Boleh pulak macam tu , tak per saya cuba buat yang terbaik.Harap Puan Alyani boleh ajar saya secepat mungkin.
Aku:Insya Allah boleh.Senang saja bila awak dah paham dan selalu buat , pejam mata pun awak bole buat nanti.
Anggun:Insya Allah.Terima kasih akak.
Aku:Puan Alyani , nanti ajar yang basic dulu ya , sampai Anggun dan boleh buat sendiri baru ajar yang susah.Tapi saya rasa dia boleh buat kot.
Puan Alyani:Saya akan ajar dia sebaik mungkin lah bos , bos jangan risau.
Aku:Ok Anggun , Anggun boleh duduk sebelah puan Alyani ,  kalau tak tahu boleh tanya puan Alyani sendiri , atau 2 checker yang lain okey.
Anggun:Ok akak.


Puan Alyani:Macam mana Anggun okey tak.Nanti akak dapatkan ID baru untuk Anggun, senanglah sikit nak buat kerja.
Anggun:Bole kak Yani , ermm...bos kita tu macam garang jer.
Puan Alyani:Garang?!ha ha ha ...dia lah paling kelakar dalam team ni tau , kalau tak ada bos tu , tak meriah lah meeting kita.Dia garang bertempat.Dia sangat cool okey, nanti Anggun dah kenal dengan dia baru lah Anggun tau macam mana perangai dia.
Anggun:Yaker kelakar , okay lah , mungkin Anggun tak rapat dengan dia lagi kan , nanti dah rapat , entah sama-sama gila.
Puan Alyani:Amboi ! sama-sama gila , tapi time kerja kalau yang selalu ada silap tu dia akan marah lah , tapi dia sendiri yang akan buat nanti.Jangan risau lah.
Anggun:ok saya paham.

Hari ni kerja macam biasa , mungkin akan pulang lewat, lunch time mungkin skip dan akan terus bawa ke tea time.Time itu makan macam 10 tahun tak makan.Aku selalu macam tu , makan tak teratur , ikut nafsu aku jer nak makan time bila.Nanti cukup masa mula sakit sana , sakit sini.Time tu nak ubah cara makan pun dah tak guna.Kemain lagi aku nasihatkan dekat orang lain , tapi bila kene dekat diri sendiri aku buat bodoh jer , akhir sekali mula aku nak bermuhasabah diri.Its to late!Nak tak nak aku kene keluar makan.


Dia:sayang...ayang nak keluar makan lepas tu solat , sayang jangan lupa makan solat semua.Love u!
Aku:ya , nanti makan lepas tu solat sekali.
Dia:love u !
Aku:ya..
Dia:tak balas pun.
Aku:perlu ker?!
Dia:perlulah sayang.
Aku:love u to me.
Dia:macam tu pun boleh.
Aku:Boleh saja.
Dia:macam-macam lah sayang ni , nanti ayang massage balik.

Usai solat dan bermunajat , aku mula berfikir perkara semalam.Tak tenang lah kalau hari-hari macam ni.Nak kene paksa juga.Ujian cinta itu berat.
Jika ujian cinta itu menjalar dalam segenap hidup manusia sepanjang zaman, tak kan dua sumber yang agung ini (Al Quran dan Sunnah) tidak memberi panduan tentangnya?

Panduan untuk menguruskannya bukan untuk membunuhnya.Masakan islam agama yang fitrah mahu membunuh fitrah?Islam memandu kita untuk menyalurkan secara mulia , terhormat dan bermaruah.Bersama redha Allah.

#keepreading



Friday, October 17, 2014

Tentang Kita - Broken Angel #part1

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum

Suasana senyap seperti selalu , bangun pagi mesti alarm yang kejutkan.Tepat jam 6.30 pagi confirm tone ayam berkokok meriuhkan pagi aku.Tapi hari ini macam pelik , pagi -pagi lagi ada sesuatu yang mengejutkan aku.Awal pula tu!


Dia:Assalammualaikum , pagi ygyg , love you ygyg , muah ygyg , sayang cinta rindu ygyg.
Aku:Waalaikumussalam....Pagi...Love u to me...hahahaha
Dia:Awal ygyg bangun?!
Aku:Awal dia bangun?!
Dia:Ayang solat, kejap lagi tidur lah balik , sayang siap-siap pergi kerja.
Aku:Ok !

Waktu kerja , aku silent kan handphone supaya tak hilang focus.Walaupun silent, vibrate tetap ada.Tengok di sekelilingku semua nya focus membuat kerja masing-masing , tugasan di pejabat harus lah seperti biasa. Kali ini lebih bersemangat dan bertenaga.Handphone aku biarkan tepi ! tak mungkin !

Dia:Love you, kerja macam mana okey tak?!....kesihatan okey?!
Aku:Love you to me , he3...Okey ! semua okey ! dengar lagu lagi okey.
Dia:Wah ! untung....radio ker?
Aku:Dengar dekat komputer , sedih ! macam kita saja..ermm..
Dia:Ya ker?!mesti sedih..ermm..
Aku:Sedih gila , gila pun tak sedih.
Dia:Menangis tak tu?
Aku:Setiap malam menangis.




I'm so lonely, broken angel
Aku sangat kesepian, bidadari yang terluka
I'm so lonely, listen to my heart
Aku sangat kesepian, dengarkanlah isi hatiku


Man dooset daram
Aku tlah mencintaimu

Be cheshme man gerye nade
Jangan biarkan mataku menangis

Na, nemitoonam
Tidak, aku tak mampu

Bedoone to halam bade:
Tanpamu aku gila


CHORUS
I'm so lonely, broken angel
Aku sangat kesepian, bidadari yang terluka

I'm so lonely, listen to my heart
Aku sangat kesepian, dengarkanlah hatiku

One and only, broken angel
Satu-satunya, bidadari yang terluka

Come and save me, before I fall apart
Datang dan selamatkanlah aku, sebelum aku hancur


To har jaa ke bashi kenaretam
Dimanapun kau berada, aku di sisimu

Taa aakharesh divoonatam
Hingga akhir waktu, aku tergila-gila padamu

To to nemidooni ke joonami
Kau, kau tak tahu bahwa kaulah hidupku

Bargard pisham
Kembalilah padaku


CHORUS
I'm so lonely, broken angel
Aku sangat kesepian, bidadari yang terluka

I'm so lonely, listen to my heart
Aku sangat kesepian, dengarkanlah hatiku

One and only, broken angel
Satu-satunya, bidadari yang terluka

Come and save me, before I fall apart
Datang dan selamatkanlah aku, sebelum aku hancur


La la leyli la la leyli la laaa...

CHORUS (2x)
I'm so lonely, broken angel
Aku sangat kesepian, bidadari yang terluka

I'm so lonely, listen to my heart
Aku sangat kesepian, dengarkanlah hatiku

One and only, broken angel
Satu-satunya, bidadari yang terluka

Come and save me, before I fall apart
Datang dan selamatkanlah aku, sebelum aku hancur


La la leyli la la leyli la laaa...

Dia:Wah ! menangis , hebat setiap malam menangis.
Aku:Ada yang kena ni karang.
Dia:sayang ygyg macam ni..muah!
Aku:Crazy !
Dia:Crazy of you !sayang nak keluar makan pukul berapa?!Dah pukul 12 ni
Aku:tunggu orang lelaki keluar solat jumaat dulu , baru kita keluar.Dia?!
Dia:oooo , ayang kejap lagi
Aku:tapi macam kenyang lagi , sebab pagi tadi dah makan nasi lemak , lepas tu beli lebih tadi , bagi kawan-kawan makan.
Dia:ya ker?!sedap tak ygyg
Aku:klu kita punya 2 , sedap gila lah kan , comel-comel saja.
Dia:itu yang ayang nak sangat tu
Aku:sibuk jer nak !dah pergi solat sana.


#keepreading


Sunday, September 28, 2014

5 Rules ‘Crush’ kamu Milik Orang!

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Girls, perasaan sayang dan cinta memang sukar untuk di jangka. Adakalanya ia timbul pada individu yang tidak sepatutnya seperti kekasih orang, tunang orang atau mungkin juga suami orang. Ya, memang merumitkan dan menyakitkan apabila kamu sedari seseorang yang kamu suka dan sayang itu sebenarnya milik orang lain.


Namun, jangan rasa tertekan! Itu tidak bermaksud kamu perlu putuskan persahabatan dengannya atau terus jadikan si dia sebagai ‘musuh’ kamu. Jom ikuti 5 rules ini agar kamu lebih matang dan bersabar dengan segalanya.


1 | HORMATI HUBUNGANNYA
Sungguhpun kamu berdua mempunyai perasaan yang sama terhadap satu sama lain, itu tidak bermaksud kamu berhak hancurkan hati pasangannya. Seorang gadis yang matang adalah gadis yang sentiasa menghormati perasaan orang di sekelilingnya. Jadi tak perlu gunakan taktik kotor untuk curi perhatian jejaka tersebut. Percayalah, jika kamu berdua memang di takdirkan bersama satu hari nanti si dia akan tetap jadi milik kamu. Jadi hormatilah hubungannya yang sudah dimiliki itu.

2 | JAGA BATAS PERGAULAN
Bila bersama, pastikan kamu sentiasa jaga batas pergaulan kamu. Jangan cuba mengambil kesempatan. Walaupun si dia relakan segalanya jangan jatuhkan maruah kamu sebagai seorang perempuan yang terlalu ‘pemurah’ dengan kasih sayang. Cuba bayangkan jika kamu berada di situasi pasangannya. Adakah kamu selesa dan akan gembira apabila pasangan kamu mempunyai hubungan yang ‘berlebihan’ dengan perempuan lain ?

3 | ELAKKAN BERCERITA TENTANG HATI
Cuba elakkan dari terus bercerita tentang hati dan perasaan kamu terhadap dirinya. Keadaan ini akan membuatkan kamu kelihatan agak terdesak untuk memburu cintanya. Jangan begitu, sebaiknya cuba jadi diri sendiri dan tenang melalui apa sahaja keadaan.



4 | SENTIASA BERSEDIA
Dalam keadaan seperti ini, macam-macam boleh terjadi. Secara tidak langsung hati kamu akan menjadi sangat rapuh dan mudah berkecai. Oleh itu, sentiasa ingatkan pada diri dan bersiap sedia untuk menerima kekalahan. Ini kerana kebahagian yang kamu idamkan itu kemungkinan tidak akan kekal selamanya seperti apa yang kamu impikan.

5 | BACK UP PLAN!

Berkawan juga dengan jejaka/gadis lain. Jangan harapkan si dia seorang. Cuba berkawan dengan orang lain juga sebagai ‘back up plan’. Sekurang-kurangnya apabila si dia meninggalkan kamu atau memulaukan kamu, tidaklah kamu rasa terlalu sunyi dan di bayangi oleh bayangannya. Betul tak ?

#majalahremaja