Monday, November 10, 2014

Tentang Kita - Secret Admire #part6

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.
Benarlah kata pujangga,
"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."

Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, 
kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudice. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.

Ini cerita aku.

Secret Admire Tingkatan 4.
Dalam kelas aku lah yang paling pendiam dan paling kelakar.Tak ada aku tak meriah hari-harimu.Cewah !After form 3 , aku tak pergi mana-mana sekolah berasrama penuh.Sebab mak aku cakap aku anak yang baik.Semua kerja rumah menjadi mudah.Yelah tu !nama aku naik untuk menjadi Bendahari sekolah.Bab pegang duit memang aku juara.Dari sekolah rendah hingga lah sekarang.Memang itu kegemaran aku.Simpan duit !tapi boros !

Pendiam aku pendiam yang bermakna.Tak kenal maka tak cinta.Dah kenal mengada-ngadakan.Yeah ! I know!Bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar perempuan yang sangat berdedikasi.Kau tak kasi duit ! aku report kat cikgu !padan muka ! tau takut !

3 bulan berlalu...
Aku masih disini , namun kebanyakkan kaum Adam di dalam kelas aku telah pun berhijrah di asrama penuh dan sekolah teknik.
Balik dari kelas , aku terima berita dari seorang rakan perempuan.Rapat !
Dia mengatakan ada lelaki ingin berkenalan dengan aku.Choi! pengecut ! dah pergi jauh baru nak cakap.Tak layan beb !tapi kan hati aku macam nak tahu jer siapakah gerangan yang looser itu !
Risik punya risik..ding !
aku tahu rupa tapi aku tak tahu nama.Aku balik yang looser.

Hari demi hari aku lalui dengan tekun dan sabar.Ada juga mata-mata yang memandang.Tapi sayang ! aku tak layan.Orang kata apa.Belajar dulu , baru bercintakan.Poyo !Masuk akhir tahun , ramai pulak pakwe , hahaha...tak tahu nak pilih yang mana satu.Tapi tak pernah rasa kecewa bila putus.Yang memutuskan itu adalah aku , aku , aku dan aku.Sebenarnya sejak darjah 4 lagi aku dah mula bercinta.oh ! lariiiii.....jangan paksa untuk bercerita okay !kelakar ! serius kelakar !



Tetap teguh tingkatan 5
Semangat aku lain macam , ambil bidang accountant memberi nikmat yang tak terhingga.Aku suka kan nombor , suka calculator , suka kan buku draft , serious memang suka.Cita-cita nak jadi lawyer , sebab banyak cakap.Sekarang pun dah lawyer dah ! Alhamdulillah lawyer buruk !ha3
Syahrul teman tapi mesra dalam kelas.Aku rasa aku dah jatuh tangga dengan dia.Mana tak nya.Pergi makmal , surau , beratur , makan semua lah aku mesti nak dengan dia.Walaupun dia looser dengan aku.Tapi aku suka.First time aku suka dekat lelaki.Ha3...untungla kau Rool aku suka kat kau.Dan aku tau perasaan kau pun sama , cuma kau malu jer nak cakap kan.

Tamat Sekolah.
Tak lama aku duduk rumah , aku dah mula sambung belajar.Dekat Kolej Nilai dalam bidang chemical engineering.Serious aku menages ! tak boleh bawak ! Jangan tanya kenapa.So selamat tinggal ! aku terus ke Malaysian Institute of Accountants.Yes ! ini lah dia bidang yang betul-betul kene ngan jiwa dan raga.Adalah pakwe sorang dua.ha3

Pulang cuti sem.
Dulu naik bus saja , seronok.Sebab boleh usha orang-orang dalam bus kan.Masa nak naik bus tu, aku terkejut ! macam kenal , macam pernah nampak , tapi kat mana ya ! mata bertentang mata , heartbeat bergetar hebat !Senyum terukir di wajah.I know him ! tapi tak tau nama.
Dia datang mendekat ! Kenal kan diri , dia dah tau siapa nama aku.Awesome ! duduk dalam bus sama-sama.Ini lah dia Adam yang pernah suka kan aku dalam diam masa tingkatan 4.Yeah!!!!Asal dalam kelas tak pernah tau pun.Why! why!

#keepreading


1 comment:

  1. dah macam novel la azie...hehehe. Secret admire buat hidup ada ala-ala misteri sikit...kekekeke

    ReplyDelete