Sunday, September 28, 2014

5 Rules ‘Crush’ kamu Milik Orang!

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Girls, perasaan sayang dan cinta memang sukar untuk di jangka. Adakalanya ia timbul pada individu yang tidak sepatutnya seperti kekasih orang, tunang orang atau mungkin juga suami orang. Ya, memang merumitkan dan menyakitkan apabila kamu sedari seseorang yang kamu suka dan sayang itu sebenarnya milik orang lain.


Namun, jangan rasa tertekan! Itu tidak bermaksud kamu perlu putuskan persahabatan dengannya atau terus jadikan si dia sebagai ‘musuh’ kamu. Jom ikuti 5 rules ini agar kamu lebih matang dan bersabar dengan segalanya.


1 | HORMATI HUBUNGANNYA
Sungguhpun kamu berdua mempunyai perasaan yang sama terhadap satu sama lain, itu tidak bermaksud kamu berhak hancurkan hati pasangannya. Seorang gadis yang matang adalah gadis yang sentiasa menghormati perasaan orang di sekelilingnya. Jadi tak perlu gunakan taktik kotor untuk curi perhatian jejaka tersebut. Percayalah, jika kamu berdua memang di takdirkan bersama satu hari nanti si dia akan tetap jadi milik kamu. Jadi hormatilah hubungannya yang sudah dimiliki itu.

2 | JAGA BATAS PERGAULAN
Bila bersama, pastikan kamu sentiasa jaga batas pergaulan kamu. Jangan cuba mengambil kesempatan. Walaupun si dia relakan segalanya jangan jatuhkan maruah kamu sebagai seorang perempuan yang terlalu ‘pemurah’ dengan kasih sayang. Cuba bayangkan jika kamu berada di situasi pasangannya. Adakah kamu selesa dan akan gembira apabila pasangan kamu mempunyai hubungan yang ‘berlebihan’ dengan perempuan lain ?

3 | ELAKKAN BERCERITA TENTANG HATI
Cuba elakkan dari terus bercerita tentang hati dan perasaan kamu terhadap dirinya. Keadaan ini akan membuatkan kamu kelihatan agak terdesak untuk memburu cintanya. Jangan begitu, sebaiknya cuba jadi diri sendiri dan tenang melalui apa sahaja keadaan.



4 | SENTIASA BERSEDIA
Dalam keadaan seperti ini, macam-macam boleh terjadi. Secara tidak langsung hati kamu akan menjadi sangat rapuh dan mudah berkecai. Oleh itu, sentiasa ingatkan pada diri dan bersiap sedia untuk menerima kekalahan. Ini kerana kebahagian yang kamu idamkan itu kemungkinan tidak akan kekal selamanya seperti apa yang kamu impikan.

5 | BACK UP PLAN!

Berkawan juga dengan jejaka/gadis lain. Jangan harapkan si dia seorang. Cuba berkawan dengan orang lain juga sebagai ‘back up plan’. Sekurang-kurangnya apabila si dia meninggalkan kamu atau memulaukan kamu, tidaklah kamu rasa terlalu sunyi dan di bayangi oleh bayangannya. Betul tak ?

#majalahremaja

Wednesday, September 17, 2014

Novel The Unsung HERO by Melur Jelita

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Tunggu punya tunggu akhirnya the Hero munculkan diri , punya lah excited asyik mengira hari saja.Demi mu HERO saya melangkah laju menuju ke Perpustakaan Negara Malaysia.Ini adalah yang pertama kali saya menjejakkan kaki di sana.Gembira sudah pasti.


Tidak tergambar bila saya perlu beratur untuk mendapatkan sebuah novel Melur Jelita , seorang penulis pembelasahan yang hebat dan saya amat kagum dengan beliau.Walau pun novel nya setakat ini hanya 4 buah saja , tapi ia nya cukup bermakna buat kami yang dahagakan ilmu yang di sampaikan di setiap penulisan novelnya..Cewah !statement tak bole bla..

Hari yang di tunggu tiba , oh sayang ! oh sayang ! saya amat terkilan kerana Hero di tangan saya tidak bertemu dengan penulisnya untuk ditanda tangan..haey !hati kacau !namun semangat untuk membaca hero dah sampai ke kemuncak ! Hero saya riba!!!ekekeke...

Majlis pelancaran HERO di PNM

Buku yang tak teragak2 dibeli walaupun tanpa membaca sinopsis. Berjaya di khatam dalam tempoh 48 jam dengan ketebalan 1156. Mengangkat wira yang tak didendang, VAT69 jasa, penat lelah mereka yang tidak dibukukan menjadi tatapan jelitawan dihati Melur Jelita. Tahniah kak MJ, kelahiran novel ke-4.

Review? Tak terkata dah. Best! Penuh pengisian. Mengharapkan adanya sambungan untuk menjawab beberapa persoalan, mata yang memerhati masih kabur , agaknya itu Riyaz dan rahsia kematian bonda Maryam belum terungkai kerana kuburnya tidak bernisan konon dihempas badai.
-----------@@@@@@@@@@@--------

Deraman, watak awal yang diperkenalkan Kak MJ kepada pembaca membuat semua terkelu. Kenapa nama klasik sangat. Sampai ada yang pasrah, terpaksa rela menerima nama watak hero sebegitu. Memang nakal sungguh kak MJ, nakal seperti watak-watak hero beliau. Rupanya itu hanya gelaran si sunti buat Abang Wan, the chosen One kepada Nur Muhammad Irvan yang selalu mendera Maryam. Dera-man.

Si sunti yang gagap, menjadi bahan usikan Irvan, pusat menari, blackswan jolokan kepada Tun Maryam Keumalahayani . Dididik bonda menjadi gadis yang santun, lembut dan penuh adab gadis Melayu. Menjadi anak yang menurut kata orang tua walaupun dalam diam dia memberontak untuk bebas bersuara, berkawan dan meneroka kehidupan jauh dari perhatian orang tua. Kasihan dengan Maryam, kesihatannya dijadikan alasan kukuh untuk bak mengongkong sampai tahap tak diberi peluang menyambung pelajaran ke universiti walaupun cemerlang dalam SPM. Apa yang diceritakan tentang asma yang Maryam alami, pastinya adalah kisah benar penulis sendiri. Peritnya. Moga kak MJ sembuh dan dipelihara kesihatan.

Sentuhan kasih, nasihat dan kata-kata hikmah, belaian dan renungan, air tangan dan resepi chik (gelaran untuk ibu Irvan) dan babah Irvan diawal bab ingatkan akan menjadi tatapan pembaca sehingga ke akhir mukasurat. Mati itu pasti. Pemergian mereka bersama 4 bersaudara secara mengejut membuat Irvan sebatang kara. Yang tinggal hanya bak (bapa saudara) , bonda (adik bak) dan Maryam sepupu yang dikasihi. Dari abang sepupu yang suka mengusik dan menyakat blackswan , Irvan berubah menjadi pendiam. Dahulunya Maryam yang dendam dengan kenakalan Irvan sehingga tahap malas melayan cakap akan menonggek pergi meninggalkan Irvan, tapi situasi yang sepi membuat Maryam cuba beramah mesra melayan Irvan yang kehilangan keluarga. Tapi apa kan daya, kehilangan keluarga tersayang turut membawa pergi hati Irvan. (Sedih! Sila sediakan sekotak tisu). Irvan menyepi, ke Glasgow menyambung pelajaran, hilang jejak selama 5 tahun. Pulang kembali dengan harapan dapat menuntut semula janji dengan Maryam. 

Maryam, dalam tempoh menanti Abang One telah di hinggap penyakit, berbulan terlantar sakit misteri, angin ain? terlalu rindu? Penangan berubat cara kampung yang dilarang bak, bonda langgar, janji Maryam sembuh seperti sedia kala tanpa menyedari Maryam hilang rasa dan kenangan bersama The Chosen One. Kesilapan bonda yang tidak disengajakan. Tak terkata. Moralnya jangan berubat dengan bomoh, apa sekalipun berubat cara Islam dengan ayat Alquran. Allah yang mengizinkan sakit itu, maka Allah juga yang akan menyembuhkan. 

Kehidupan Maryam hanyalah sekitar rumah , bangsal bedak sejuk dan ladang lebahnya. Kagum dengan semangat Maryam untuk belajar sendiri, walaupun bahan rujukan hanyalah buku dan youtube bersama abang susuan Haziq yang digelar Kakak Haziq. Memang kepoh watak Haziq gojes, penyeri kisah The Unsung Hero sampai ke akhir. Tak boleh menahan gelak golek dengan aksi patah tangan tahan teksi dengan suara kepit itik serati. ekekeke

Terlalu menunggu masa yang sesuai, Irvan terlepas peluang menyunting si dara. Hati Maryam telah tercuit dengan kehadiran Riyaz yang menjanjikan kebebasan dan peluang untuk menyambung pelajaran. Rasanya ramai yang tak berkenan cara Riyaz mengorat Maryam. Rasa tak kena dengan pangkat Inspektor yang disandang, tiada adab santun Melayu. Terlalu mendesak dan dalam diam cuba bolot Maryam untuk diri sendiri sedangkan Maryam masih ada orang tua dan abang susuan Haziq gojes kepoh.com. 

Irvan terpaksa rela mengangkat diri menjadi abang One kepada adik yang halal dinikahi. Perit hati menerima hakikat Maryam bakal menjadi isteri teman pasukan VAT 69. Akhirnya akur, Riyaz adalah pakej suami yang sesuai untuk Maryam. Mempunyai nenek, ibu bapa yang penyayang, adik beradik dan anak buah yang menggamatkan isi rumah seperti memenuhi impian Maryam yang sunyi, lahirnya tunggal dan tidak sempat mendapat kasih sayang dari ibu kandung. Riyaz juga lengkap ilmu agama yang boleh membimbing keluarga. Memang layak dibuat menantu walaupun hakikatnya bak mengharapkan Irvan sendiri menjadi menantu. Melepassss. 2 hari sebelum majlis akad nikah, Riyaz hilang semasa beroperasi. Kisah dioperasi hanya Irvan sahaja yang tahu kerana dia terlibat dalam menyelamatkan 2 anggota payung terjun yang tersangkut. Disitu tiada monolog kenapa Irvan memilih Hamzah berbanding Riyaz tetapi akal menganalisis berdasarkan huraian bahawa Hamzah telah berkahwin, keselamatan diri lebih diutamakan dan Riyaz sedikit sedar untuk bertindak sendiri, selebihnya bakal menjadi punca dendam Riyaz kepada Irvan.

Perbualan dalam bahasa Kedah dan Kelantan pastinya menarik perhatian pembaca. Detail tentang makanan yang dimasak/dimakan buat perut keriuk keriuk, berdecip, kecur liur. Ada yang boleh bayang ada yang tak terbayang. Yang pasti maggie ketam memang sedap. Slurrp!

Kak MJ pasti tidak mengabaikan keindahan alam semulajadi, binatang comel dan unik untuk dikongsi. Semua watak ada karektor masing-masing. Tidak terlalu sempurna. Dalam garangnya bak ada sifat kasih seorang bapa, dalam tegasnya bonda mendidik ada pengertian seorang ibu saudara terhadap anak buah yang disayangi, dalam lembut Haziqgojes, ada kerasnya dia mempertahankan bak dan Maryam, dalam bijaknya Maryam ada lurus bendul, telur separuh masak, mulut berasid. Dalam heronya Irvan, ada nakal, rajuk dan egonya dia. 

Sarat dengan kisah VAT 69. Pembaca terpaku dengan huraian penuh aksi seperti sedang menonton filem rambo dan sewaktu dengannya. Buku ini buat pembaca bangga dengan HERO Malaysia dan keluarga mereka. Hoo rat!


p/s harap akan ada sambungan untuk novel ini...

Monday, September 15, 2014

Stailista Gaya

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Eh ! kau tak sesuai lah pakai baju macam nie azie , sebab kau kurus..tak cantik nanti..yake !saya teringin nak pakai macam dalam gambar tu..cantik lah..banyak gila majalah saya beli semata-mata untuk stailista..

One open a time..cewah !semenjak tengok drama rindu awak 200% saya suka tengok gaya Armel Aisya nie cantik pulak bila dia mula berhijab , dalam drama tu lah..dalam hati..nak try lah nanti...

Di butik...
Wow !nak yang tu , nak yang nie jugak..soalan biasa yang saya akan tanya.."agak-agak baju ni muat tak dengan saya."
saya kalau beli baju tak pernah nak cuba , tengok cantik terus beli dan bla..sebab banyak lagi tempat yang perlu saya tuju..Ekekeke

Korea shop at Pavilion

Akhirnya...saya berjaya membeli dan pakai..taraaa...cantik tak?!

Butik Opah NU Sentral

Moral of the story...cuba dulu baru tahu.Tak semestinya pandangan orang lain itu buruk maka semua nya buruk , cuba lah faham dan support..insya allah...kegembiraan akan terpancar...cewah!
p/s next nak cari dress untuk dinner , soon baby soon..


Terluka

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum

Terluka !!!banyak sebab bila kita terluka , sama ada dengan sengaja atau pun tidak sengaja , secara luaran kita nampak macam kuat tabah dan gembira , sebenarnya bila di amati secara halus !! oh ! hati dan perasaan nya terluka.


Siapa kah penyebabnya?! atau mungkin bukan sesiapa?!tapi bagaimana bole terluka , ini lah punca yang sering kita tidak tahu.Jika kita mengalami situasi yang amat terluka maka berbalik lah pada yang maha Esa hanya Dia saja yang maha mengetahui lagi maha menyanyangi.Allah berikan musibah pada seseorang itu untuk di uji dan Dia memberi kan pula petunjuk untuk di syukuri.

maka berDOA la...



Walau seremuk mana hati dilukai
Bentuk lah ia semula
Dan serahkannya pada Illahi.

ps-semoga kau fahami maksud yang tersirat

Sekian