سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,
Assalamualaikum
Tunggu punya tunggu akhirnya the Hero munculkan diri , punya lah excited asyik mengira hari saja.Demi mu HERO saya melangkah laju menuju ke Perpustakaan Negara Malaysia.Ini adalah yang pertama kali saya menjejakkan kaki di sana.Gembira sudah pasti.
Tidak tergambar bila saya perlu beratur untuk mendapatkan sebuah novel Melur Jelita , seorang penulis pembelasahan yang hebat dan saya amat kagum dengan beliau.Walau pun novel nya setakat ini hanya 4 buah saja , tapi ia nya cukup bermakna buat kami yang dahagakan ilmu yang di sampaikan di setiap penulisan novelnya..Cewah !statement tak bole bla..
Hari yang di tunggu tiba , oh sayang ! oh sayang ! saya amat terkilan kerana Hero di tangan saya tidak bertemu dengan penulisnya untuk ditanda tangan..haey !hati kacau !namun semangat untuk membaca hero dah sampai ke kemuncak ! Hero saya riba!!!ekekeke...
Tunggu punya tunggu akhirnya the Hero munculkan diri , punya lah excited asyik mengira hari saja.Demi mu HERO saya melangkah laju menuju ke Perpustakaan Negara Malaysia.Ini adalah yang pertama kali saya menjejakkan kaki di sana.Gembira sudah pasti.
Tidak tergambar bila saya perlu beratur untuk mendapatkan sebuah novel Melur Jelita , seorang penulis pembelasahan yang hebat dan saya amat kagum dengan beliau.Walau pun novel nya setakat ini hanya 4 buah saja , tapi ia nya cukup bermakna buat kami yang dahagakan ilmu yang di sampaikan di setiap penulisan novelnya..Cewah !statement tak bole bla..
Hari yang di tunggu tiba , oh sayang ! oh sayang ! saya amat terkilan kerana Hero di tangan saya tidak bertemu dengan penulisnya untuk ditanda tangan..haey !hati kacau !namun semangat untuk membaca hero dah sampai ke kemuncak ! Hero saya riba!!!ekekeke...
Majlis pelancaran HERO di PNM
Buku yang tak teragak2 dibeli walaupun tanpa membaca sinopsis. Berjaya di khatam dalam tempoh 48 jam dengan ketebalan 1156. Mengangkat wira yang tak didendang, VAT69 jasa, penat lelah mereka yang tidak dibukukan menjadi tatapan jelitawan dihati Melur Jelita. Tahniah kak MJ, kelahiran novel ke-4.
Review? Tak terkata dah. Best! Penuh pengisian. Mengharapkan adanya sambungan untuk menjawab beberapa persoalan, mata yang memerhati masih kabur , agaknya itu Riyaz dan rahsia kematian bonda Maryam belum terungkai kerana kuburnya tidak bernisan konon dihempas badai.
-----------@@@@@@@@@@@--------
Deraman, watak awal yang diperkenalkan Kak MJ kepada pembaca membuat semua terkelu. Kenapa nama klasik sangat. Sampai ada yang pasrah, terpaksa rela menerima nama watak hero sebegitu. Memang nakal sungguh kak MJ, nakal seperti watak-watak hero beliau. Rupanya itu hanya gelaran si sunti buat Abang Wan, the chosen One kepada Nur Muhammad Irvan yang selalu mendera Maryam. Dera-man.
Si sunti yang gagap, menjadi bahan usikan Irvan, pusat menari, blackswan jolokan kepada Tun Maryam Keumalahayani . Dididik bonda menjadi gadis yang santun, lembut dan penuh adab gadis Melayu. Menjadi anak yang menurut kata orang tua walaupun dalam diam dia memberontak untuk bebas bersuara, berkawan dan meneroka kehidupan jauh dari perhatian orang tua. Kasihan dengan Maryam, kesihatannya dijadikan alasan kukuh untuk bak mengongkong sampai tahap tak diberi peluang menyambung pelajaran ke universiti walaupun cemerlang dalam SPM. Apa yang diceritakan tentang asma yang Maryam alami, pastinya adalah kisah benar penulis sendiri. Peritnya. Moga kak MJ sembuh dan dipelihara kesihatan.
Sentuhan kasih, nasihat dan kata-kata hikmah, belaian dan renungan, air tangan dan resepi chik (gelaran untuk ibu Irvan) dan babah Irvan diawal bab ingatkan akan menjadi tatapan pembaca sehingga ke akhir mukasurat. Mati itu pasti. Pemergian mereka bersama 4 bersaudara secara mengejut membuat Irvan sebatang kara. Yang tinggal hanya bak (bapa saudara) , bonda (adik bak) dan Maryam sepupu yang dikasihi. Dari abang sepupu yang suka mengusik dan menyakat blackswan , Irvan berubah menjadi pendiam. Dahulunya Maryam yang dendam dengan kenakalan Irvan sehingga tahap malas melayan cakap akan menonggek pergi meninggalkan Irvan, tapi situasi yang sepi membuat Maryam cuba beramah mesra melayan Irvan yang kehilangan keluarga. Tapi apa kan daya, kehilangan keluarga tersayang turut membawa pergi hati Irvan. (Sedih! Sila sediakan sekotak tisu). Irvan menyepi, ke Glasgow menyambung pelajaran, hilang jejak selama 5 tahun. Pulang kembali dengan harapan dapat menuntut semula janji dengan Maryam.
Maryam, dalam tempoh menanti Abang One telah di hinggap penyakit, berbulan terlantar sakit misteri, angin ain? terlalu rindu? Penangan berubat cara kampung yang dilarang bak, bonda langgar, janji Maryam sembuh seperti sedia kala tanpa menyedari Maryam hilang rasa dan kenangan bersama The Chosen One. Kesilapan bonda yang tidak disengajakan. Tak terkata. Moralnya jangan berubat dengan bomoh, apa sekalipun berubat cara Islam dengan ayat Alquran. Allah yang mengizinkan sakit itu, maka Allah juga yang akan menyembuhkan.
Kehidupan Maryam hanyalah sekitar rumah , bangsal bedak sejuk dan ladang lebahnya. Kagum dengan semangat Maryam untuk belajar sendiri, walaupun bahan rujukan hanyalah buku dan youtube bersama abang susuan Haziq yang digelar Kakak Haziq. Memang kepoh watak Haziq gojes, penyeri kisah The Unsung Hero sampai ke akhir. Tak boleh menahan gelak golek dengan aksi patah tangan tahan teksi dengan suara kepit itik serati. ekekeke
Terlalu menunggu masa yang sesuai, Irvan terlepas peluang menyunting si dara. Hati Maryam telah tercuit dengan kehadiran Riyaz yang menjanjikan kebebasan dan peluang untuk menyambung pelajaran. Rasanya ramai yang tak berkenan cara Riyaz mengorat Maryam. Rasa tak kena dengan pangkat Inspektor yang disandang, tiada adab santun Melayu. Terlalu mendesak dan dalam diam cuba bolot Maryam untuk diri sendiri sedangkan Maryam masih ada orang tua dan abang susuan Haziq gojes kepoh.com.
Irvan terpaksa rela mengangkat diri menjadi abang One kepada adik yang halal dinikahi. Perit hati menerima hakikat Maryam bakal menjadi isteri teman pasukan VAT 69. Akhirnya akur, Riyaz adalah pakej suami yang sesuai untuk Maryam. Mempunyai nenek, ibu bapa yang penyayang, adik beradik dan anak buah yang menggamatkan isi rumah seperti memenuhi impian Maryam yang sunyi, lahirnya tunggal dan tidak sempat mendapat kasih sayang dari ibu kandung. Riyaz juga lengkap ilmu agama yang boleh membimbing keluarga. Memang layak dibuat menantu walaupun hakikatnya bak mengharapkan Irvan sendiri menjadi menantu. Melepassss. 2 hari sebelum majlis akad nikah, Riyaz hilang semasa beroperasi. Kisah dioperasi hanya Irvan sahaja yang tahu kerana dia terlibat dalam menyelamatkan 2 anggota payung terjun yang tersangkut. Disitu tiada monolog kenapa Irvan memilih Hamzah berbanding Riyaz tetapi akal menganalisis berdasarkan huraian bahawa Hamzah telah berkahwin, keselamatan diri lebih diutamakan dan Riyaz sedikit sedar untuk bertindak sendiri, selebihnya bakal menjadi punca dendam Riyaz kepada Irvan.
Perbualan dalam bahasa Kedah dan Kelantan pastinya menarik perhatian pembaca. Detail tentang makanan yang dimasak/dimakan buat perut keriuk keriuk, berdecip, kecur liur. Ada yang boleh bayang ada yang tak terbayang. Yang pasti maggie ketam memang sedap. Slurrp!
Kak MJ pasti tidak mengabaikan keindahan alam semulajadi, binatang comel dan unik untuk dikongsi. Semua watak ada karektor masing-masing. Tidak terlalu sempurna. Dalam garangnya bak ada sifat kasih seorang bapa, dalam tegasnya bonda mendidik ada pengertian seorang ibu saudara terhadap anak buah yang disayangi, dalam lembut Haziqgojes, ada kerasnya dia mempertahankan bak dan Maryam, dalam bijaknya Maryam ada lurus bendul, telur separuh masak, mulut berasid. Dalam heronya Irvan, ada nakal, rajuk dan egonya dia.
Sarat dengan kisah VAT 69. Pembaca terpaku dengan huraian penuh aksi seperti sedang menonton filem rambo dan sewaktu dengannya. Buku ini buat pembaca bangga dengan HERO Malaysia dan keluarga mereka. Hoo rat!
p/s harap akan ada sambungan untuk novel ini...
wsalam....ayie s:)
ReplyDeletehuhu..ini apa yg azie paham perjalanan cerita dlm novel mj nie...
okey...most welcome haey...memang sgt terujer....baca byk kali pun x bosan...sentiasa suke...dan azie mengkaji...kenapa dan mengapa...olahan jalan cerita itu terjadi mcm tu...mungkin ada sebab , yg mgkin tu laa nak tau sgt2..hanya kak mj jer tau...weee
ha ha ha ha....amboi , pengikut ker...x lah...ini usha rapat nie...haey !!
ReplyDeleteazie dah berjaya buat puteri teringin nak baca novel ni...karya-karya kak MJ memang best :D
ReplyDeleteokey klu mcm tu..puteri cepat2 pergi beli..bole meroyan bersama..hehehe
DeleteAgak2 ada tak dijadikan filem.... huhuhuhu... kalau membaca nanti saya Zzzz
ReplyDeletesetakat nie novel MJ belum ada lagi yg dijadikan filem linda , tapi coming soon mana taukan...utk kesemua novel MJ sy rasa x akan tertido sebab dari mula hingga akhir...memang terbaik...ahaks
Deletebest sgt novel ni.....byk mesej yg disampaikan ....
ReplyDeletesalam..sye bru hbis bce novel ni dlm tmpoh 18 jm..xbrhenti..nsib bek holiday..prut cover ngan jajan je..prut n muke sme2 bengkak koz than ktawe n nangis bnyak sngt..haha..best sngt2 gler2..sume 4 bku kak MJ sy hbis n brkali2 bce..xmnjemu kn..n nvel TUH hrap sngt2 ade smbungannye..mcm yg kak azie kte, msih bnyak prsoalan yg blum trjwab..sabar n tgu je la..peace..
ReplyDeleteSy tgh baca utk kali ke 2 novel ni.spt 3 novel yg lain penuh pengisian.byk ilmu yg kt dpt bukan love story semata-mata terutamanya bab agama.Novel ini lucu ,perjuangan ,sedih semuanya dierita sc terperinci.Suka komen Azie.Diharap MJ myambung TUH utk mjawab beb persoalan.
ReplyDelete