Tuesday, November 18, 2014

Tentang Dia - Disini Kasih Tercipta #part8

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Pagi ini , ceria sungguh aku , kemeja sedondon dipadankan dengan skirt denim ditambah pula dengan rantai sebagai penyeri.
Oh! tidak lupa hijab empat segi bercetak
menambahkan lagi seri di wajah comelku..ha3 
"Fashion is just another accessory for someone with great style".



Dia:Assalammualaikum , pagi sayang..love you..
ygyg dah sampai offices ker tu?
Aku:Waalaikummusalam , dah ayang ! baru jer sampai.
Dia:yaker ygyg , tangkap gambar satu nak tengok.
Aku;tak nak lah ! malu lah orang nampak pagi-pagi lagi dah selfie.Buang tebiat ker apa.Lagi satu , kenapa call pagi-pagi ni?!what happen?!
Dia:Ala please sayang..saja call sayang , ayang rindu sayang.Tak boleh ker?!
Aku:Boleh saja , tapi macam pelik sikit..awal ayang call..hehehe
             click ! selfie time.<send> <pic> smile
Dia:Wow ! cantik nya sayang ayang nie , geram tengok !baju baru ker?!tak pernah nampak pakai pun.
Aku:eh ! takkan nak pakai pun nak kene bagi tau pakai baju apa , 
memang tak lah !
Dia:oh ! baju baru lah tu , sayang sengaja kan , sayang jom jumpa..rindu dengan sayang.
Aku:betul ni nak jumpa , ayang jangan main-main.Kena karang
Dia:Betul lah sayang ,hari sabtu ni  , ayang tak keje.Boleh lah jumpa sayang.
Aku:Ok boleh ! lagi pun ada benda kita nak bagi tau ayang sebenarnya.Tapi tak tau masa bila , jadi alang-alang kita dengan ayang nak jumpa.Ok lah tu , Cun !
Dia:bagi tau lah sekarang sayang , mana tahu time jumpa sayang nanti , sayang dah lupa.Ayang majuk baru sayang tau.
Aku:Ha ha ha ha  , ayang merajuk eh! nak tengok...nak tengok...chop-chop !merajuk ker marah , mana satu.
Dia:sayang ! ayang tak reti marah okay! merajuk nanti sayang yang rugi.
Aku:memang tak lah nak rugi bagai , ayang kalau merajuk pujuk lah diri sendiri eh , kita diam kan saja , biar padan muka ayang.Baru tau!
Dia:sayang ni ! buli ayang yee.Cakap lah , sayang nak cakap apa tadi ! now..now.
Aku:no idea ! tak terfikir lagi.
Dia:tengok tu !sayang tak sayang ayang kan..Cepat !
Aku:tak nak ! tak nak ! orang cakap tak nak tak nak lah.
Dia:tak per kalau tak cakap sekarang, jumpa sayang nanti , siap sayang.
Aku:ayang nak buat apa?!
Dia:huhuhu...adalah ! sayang tunggu jelah.
Aku:ayang , kita ada kes ni.Nanti kita call balik.
Dia:yee sayang , nanti dah siap semua , massage ayang..ayang tunggu sayang.


Telefon aku letak , kopi panas yang puan Alyani buat sebentar tadi ,
tidak aku sentuh , membiarkan ia sejuk sendiri.
Kerja yang di lakukan di ofis semakin rumit.
Ini yang akan memeningkan staff termasuk aku.Bismillah ! permulaan yang baru untuk hari yang baru.
Tarik nafas dengan tenang , jari jemari bergerak di keyboard lappy 

seiring dengan alunan muzik yang di pasang di telinga.Tenang !yes sungguh tenang !<someone like you by Adele>

Tuesday, November 11, 2014

Tentang Kita - Andai itu takdirnya #part7

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum




Berita yang aku terima ini mengejutkan seisi alam.
Adakah ini pengakhiran hidupku ,tak aku tak nak mati.
Ya Allah , apakah ini kifarah dosa aku yang lalu.
Kau berikan aku kebahagian hidup , namun sampai satu masa kau jua 
yang mengambil kebahagian itu.Tak adil ya Allah tak adil !
Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga.
Ya Allah besar sungguh ujianmu.
Ampunkan dosaku ya Allah , ampunkan dosaku.
Makin lebat air mata aku mengalir
selebat hujan yang membasahi bumi ini.
Pandangan aku semakin kabur.Sakit di dada tidak aku hiraukan.
Aku terus melangkah tanpa arah tuju.

Kini aku kesepian.

Flashback..


Doctor:Morning Azirah , macam mana badan , ada rasa kurang sikit.
Aku:ermm..okey , kenapa dengan saya doctor.Tau-tau saya dalam bilik perbedahan.<suara serak-serak basah>
Doctor:Awak baru saja di bedah semalam Azirah , dan ari ini awak akan menerima 2 pain darah.Dan ada perkara yang perlu saya bagitahu awak.
Perkara ini agak serius.Saya harap awak sabar dan tabah ya Azirah.Semua orang nak baik , tapi nak baik kene ada proses tertentu yang perlu awak jalani.
Dan perkara ini akan saya terangkan bagaimana.
Aku:Serius?! proses tertentu , macam mana tu doctor?!
Doctor:ermm..macam nie , mengikut perbedahan semalam , awak mengalami pendarahan dalaman di bahagian hati dan limpa.
dan ini akan melibatkan juga sakit di bahagian buah pinggang dan sakit belakang.Ini sangat bahaya.Sakit bahagian hati dan limpa tiada ubat nya yang sesuai.ermm..awak okay Azirah ! boleh saya teruskan.
Aku:ya doctor..ermm kalau tiada ubat yang sesuai , adakah penyakit saya akan pulih atau sebaliknya.
Doctor:ia memakan masa yang agak lama untuk di beri rawatan.
Dan kemungkinan awak akan pergi secara tiba-tiba macam pesakit jantung yang lain.
Aku:maksud doctor , mati mengejut atau mati secara tiba-tiba.
Doctor:yes , tepat sekali.
Aku:tak mungkin ! tak mungkin.saya sihat kan doctor.
Doctor:sekarang memang awak nampak sihat Azirah , sebenarnya dalaman awak tu sakit.sebab tu awak kurang makan , berat badan tak naik-naik ,terlalu aktif.Dan sampai satu tahap , awak akan jadi yang macam semalam lah , muntah , kurang darah , pucat , lemah , dan sebagainya.Dan sebagai rawatan susulan ,awak perlu menjalani check-up setiap bulan jangan miss , sebab dari situ saya akan pantau awak dari masa ke semasa.
Aku:Dari masa ke semasa , setiap bulan?!kalau saya gagal menjalani rawatan susulan akan jadi apa doctor?!
Doctor:Kemungkinan sakit awak tu tak akan baik , dan akan mengganggu emosi awak nanti  , awak cepat marah , hilang focus , tak ada mood , lesu dan sebagainya.
Aku:oh , macam tu.


#keepreading

Monday, November 10, 2014

Tentang Kita - Secret Admire #part6

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya.
Benarlah kata pujangga,
"sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas."

Aneh sekali derita sakit putus cinta ini... benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, 
kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi.
Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudice. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah.

Ini cerita aku.

Secret Admire Tingkatan 4.
Dalam kelas aku lah yang paling pendiam dan paling kelakar.Tak ada aku tak meriah hari-harimu.Cewah !After form 3 , aku tak pergi mana-mana sekolah berasrama penuh.Sebab mak aku cakap aku anak yang baik.Semua kerja rumah menjadi mudah.Yelah tu !nama aku naik untuk menjadi Bendahari sekolah.Bab pegang duit memang aku juara.Dari sekolah rendah hingga lah sekarang.Memang itu kegemaran aku.Simpan duit !tapi boros !

Pendiam aku pendiam yang bermakna.Tak kenal maka tak cinta.Dah kenal mengada-ngadakan.Yeah ! I know!Bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar perempuan yang sangat berdedikasi.Kau tak kasi duit ! aku report kat cikgu !padan muka ! tau takut !

3 bulan berlalu...
Aku masih disini , namun kebanyakkan kaum Adam di dalam kelas aku telah pun berhijrah di asrama penuh dan sekolah teknik.
Balik dari kelas , aku terima berita dari seorang rakan perempuan.Rapat !
Dia mengatakan ada lelaki ingin berkenalan dengan aku.Choi! pengecut ! dah pergi jauh baru nak cakap.Tak layan beb !tapi kan hati aku macam nak tahu jer siapakah gerangan yang looser itu !
Risik punya risik..ding !
aku tahu rupa tapi aku tak tahu nama.Aku balik yang looser.

Hari demi hari aku lalui dengan tekun dan sabar.Ada juga mata-mata yang memandang.Tapi sayang ! aku tak layan.Orang kata apa.Belajar dulu , baru bercintakan.Poyo !Masuk akhir tahun , ramai pulak pakwe , hahaha...tak tahu nak pilih yang mana satu.Tapi tak pernah rasa kecewa bila putus.Yang memutuskan itu adalah aku , aku , aku dan aku.Sebenarnya sejak darjah 4 lagi aku dah mula bercinta.oh ! lariiiii.....jangan paksa untuk bercerita okay !kelakar ! serius kelakar !



Tetap teguh tingkatan 5
Semangat aku lain macam , ambil bidang accountant memberi nikmat yang tak terhingga.Aku suka kan nombor , suka calculator , suka kan buku draft , serious memang suka.Cita-cita nak jadi lawyer , sebab banyak cakap.Sekarang pun dah lawyer dah ! Alhamdulillah lawyer buruk !ha3
Syahrul teman tapi mesra dalam kelas.Aku rasa aku dah jatuh tangga dengan dia.Mana tak nya.Pergi makmal , surau , beratur , makan semua lah aku mesti nak dengan dia.Walaupun dia looser dengan aku.Tapi aku suka.First time aku suka dekat lelaki.Ha3...untungla kau Rool aku suka kat kau.Dan aku tau perasaan kau pun sama , cuma kau malu jer nak cakap kan.

Tamat Sekolah.
Tak lama aku duduk rumah , aku dah mula sambung belajar.Dekat Kolej Nilai dalam bidang chemical engineering.Serious aku menages ! tak boleh bawak ! Jangan tanya kenapa.So selamat tinggal ! aku terus ke Malaysian Institute of Accountants.Yes ! ini lah dia bidang yang betul-betul kene ngan jiwa dan raga.Adalah pakwe sorang dua.ha3

Pulang cuti sem.
Dulu naik bus saja , seronok.Sebab boleh usha orang-orang dalam bus kan.Masa nak naik bus tu, aku terkejut ! macam kenal , macam pernah nampak , tapi kat mana ya ! mata bertentang mata , heartbeat bergetar hebat !Senyum terukir di wajah.I know him ! tapi tak tau nama.
Dia datang mendekat ! Kenal kan diri , dia dah tau siapa nama aku.Awesome ! duduk dalam bus sama-sama.Ini lah dia Adam yang pernah suka kan aku dalam diam masa tingkatan 4.Yeah!!!!Asal dalam kelas tak pernah tau pun.Why! why!

#keepreading


Wednesday, November 5, 2014

Tentang Kita - I'm a Hero (Baby Awesome) #part5

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum


she is a girl

Setiap petang memang aku busy sangat-sangat untuk 
menyiapkan tugasan terakhir sebelum balik.
Tugasan ini memerlukan 200% kecekapan mata 
dan kepantasan jari jemari untuk disudahkan.
Namun ada perkara yang berlaku tanpa di duga.

Tanggal 3/11/2014 lahirlah seorang puteri yang sangat comel dipangkuan aku.

K.Gouri:Joyah ! sini sekejap nak tanya ni
Aku:Kejap-kejap k.gouri last case ni..ok siap !im coming
K.Gouri:Joyah ! hospital kerajaan mana yang paling dekat area KL ni.Ina macam nak bersalin dah ni.
Aku:K.Gouri tanya saya , memang tak lah saya nak tau , saya tau putrajaya..itu pun jauh dari sini.
K.Gouri:Naik kete aku lah  , ina nak balik tapi dia tak boleh jalan dah ni.
Aku:Kawan..awak okey ker ?!bertahan tau , k.gouri tak boleh bawak kete , sekarang waktu tengah jem.Sebab orang nak balik keje.Jangan!
Ina:haaa...kita tak tahan , dah call suami kejap lagi sampai.Tapi saya tak boleh jalan.ehh! air ketuban kita dah pecah..<muka merah tahan sakit>
Aku:K.gouri macam mana nie.Ya Allah kawan sabar kawan sabar..kejap-kejap , mek call ambulans mek , ina nak bersalin dah. Air ketuban dia dah pecah.
Ina:tak tahan dah.
K.Gouri:Joyah ! baringkan ina joyah!
Aku:K.Gouri cepat.Kawan turun dari kerusi , baring kat bawah lantai.
Ina:Kak Azie , baby kat kat bawah dah.
Aku:Yee.

Tiada pengalaman menjadi seorang Doctor 
mahupun apa-apa bidang dalam perubatan.
Dengan tindakan pantas , aku cepat-cepat menyelak skirt maxi , dan menanggalkan seluar panjang serta seluar comel Momy Ina yang akan melahirkan baby nya.
Hanya sekali teran saja , kepala baby sudah nampak dan aku menariknya keluar tanpa memakai sarung tangan.Baby mula menagis kecil.
Baby selamat dilahirkan di offices kami dengan mudahnya.
Aku tersentuh , sangat menakjubkan.Sebak di dada aku tahan.Tak boleh fikir.
Ianya berlaku dengan sekelip mata , tiada sebarang masalah yang merbahaya.

Namun , kami kebimbangan..
bagaimana tali pusat dan uri yang tertinggal di dalam perut ibunya.
Peluh membasahi dahi.
Staff-staff yang lain sudah berkerumun di tempat kami , namun tiada apa yang mampu mereka lakukan.
Terkedu !
Tak percaya !
Ya Allah !
Ya Allah !
Ya Allah! 

Hanya Kau saja yang dapat membantu.
Panggilan telefon disambungkan kepada doctor untuk membantu aku dalam mengguruskan tali pusat bayi serta uri.
Serius ! ini memang memerlukan keberanian dan ketangkasan 
dalam situasi kecemasan.
Silap langkah kemungkinan pasti akan berlaku.

Aku menarik nafas panjang ,sepatutnya  tali pusat baby itu aku perlu potong.
Namun , lain jadinya.Aku ikat ketat-ketat tali pusat bayi itu 2cm meter dengan hanya menggunakan kain casa.
Maka baby itu mula termuntah dan cecair mulai keluar melalui hidung.
Baby selamat , dan mula tidur dipangkuan ibunya.
Syukur awak selamat kawan.

Aku:Kawan , awak sakit cakap.
Ina:Saya macam nak bersalin lagi.
Aku:kawan , tahan itu mungkin uri awak.Kalau awak keluarkan juga , nanti darah semakin banyak dan awak akan kehilangan darah nanti.
Kejap lagi ambulans sampai.Bertahan kawan , kami semua ada.Baby awak sihat , cantik kawan.Tahniah !Awak memang kuat.
Aku:Kawan kaki awak lenguh ker?!kita pegang tau.Sakit cakap.Sekejap lagi suami awak sampai.Ha! itu pun dia.

Staff dan pekerja-pekerja lain semakin ramai.
Aku setia menemani ibu dan baby.Sehingga lah ambulans sampai , dan pusat bayi dipotong untuk memisahkan ibu dengan bayi dan mereka di bawa pergi 
ke hospital.
Sebelum itu , si suami mengqamatkan bayi perempuan mereka.Sungguh tersentuh !mengalir juga air mata aku.
Kini momy dan baby selamat dan sihat.Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah mempermudahkan segalanya
Saya sungguh bertuah ! segala-segalanya di depan mata.Hanya insan-insan terpilih saja yang mampu melihat.

Begitulah , setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah.Kalau Allah kata "kun faya kun" jadilah maka jadilah ia dengan kebesarannya.
Tiada siapa boleh menidakkannya.Dia lagi maha mengetahui setiap apa yang berlaku.

#keepreading


Sunday, November 2, 2014

Tentang Kita - Fynn Jamal Tahu #part4

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum



Dan kau tanya dalam diam 
Dengan mata kau biar pejam 
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri 
Satu per satu hilang ertinya 
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi 
Tapi mana kau harus pergi

Haruss 
Tak terpuas lautan 
Lapar tak terkenyangkan 
Kau tahu 
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala 
Sedang jawabnya lama kau ada 
Maka perlu apa kau bongkar gali 
Kalau cuma di letak tepi 

Sayu
Tak terjelas fikiran 
Rebah tak tersambutkan 
Kau tahu 
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetol-betolnya 
Lama mana begini 
Bertelanjang jiwanya 
Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya 
Malam siang berganti 
Jawabnya tetap sama

Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan

#keepreading