Monday, August 29, 2011

ceria


Honda V-tec angkuh bergaya...
Mitsubishi Mivec saingan utama...
bukan nak cerita pasal kereta...
saje nak ucap selamat hari raya...
walau dosa sehalus Kancil L2...
ampun dan maaf dipinta dari ku...

Saga Wira style rally....
tak ada duit nak beli Evo 3...
jemput ke rumah di aidilfitri...
tak kan nak bagi evo baru nak mari....

Selamat Hari Raya Aidilfitri....٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶

__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__

Saturday, August 27, 2011

Cara Jawab Telefon Dengan Betul


"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).




1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.


2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..


3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.


4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.


5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.


6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..


7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.


8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap


9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?


10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.


11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.


12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)


Baca selanjutnya: KahKahKah - Cerita Lawak - Cara Jawab Telefon Yang Betul 

Thursday, August 25, 2011

Sebuah Klinik

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan
terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.
Shan : Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah
terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing…


kakakaka....sengal!!!


Wednesday, August 24, 2011

Describe

A wife asked her husband to describe her


He said, 'You're A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K'


She said, 'What does that mean ?
...
He said Adorable, Beautiful, Cute, Delightful, Elegant, Foxy, Gorgeous, Happy


She said, 'Oh that's so lovely. What about I, J, K


He said-- I'm Just Kidding.. :p





hehehe....comel kan...

Tuesday, August 23, 2011

Anak Derhaka


AYAH: kau betul2 anak yg derhaka!
ANAK: bila sy derhaka pd bapak?
AYAH: bapak haus nk minum susu, knapa kau x berikan?
ANAK: mcm mana sy nk beri,bapak MINTAK SUSU BINI sya!
AYAH: salahkah bapak mintak?
...ANAK: memang salah pun!
AYAH: kau JGN BERKIRA SGT dgn bapak! dulu KAU MASIH KECIL KAU HISAP SUSU BINI bapak ada bapak kesah??
ANAK: ???..


hehehe jangan mara ya..





Gelak puas-puas

yeahhh!!!cuti raya dah approved...oo!!oo!!balik kampung..ooo!!balik kampung.

yabedabedu!!!

pejam celik pejam celik dah nak raya kan...tapi keje still x setel-setel, makin dekat nak cuti makin banyak pulak keje yang datang..
kan best jadi suri rumah...x yah nak pikir pasal keje..eh!!mesti kene pikir gak..dok umah lagi mcm2 bende yang kene setel sebelom raya..
tapi x lah sebuzy aku nie ha...dah lah buka pose pon kat opis balik pon dah lewat malam..sampai kat rumah bukan nyer leh relax kejap..
ader jer bende yang aku buat, basuh baju lah,kemas rumah lah,kemas dapur lah..ha nie bab dapur lah yg paling aku sensitif sikit..pantang ader kotoran
cikit mula lah tangan aku yang lembut nie nak mengemas nya..bukan aper dapur lah tempat aku bertapa..hehehe!!!makan kat situ,minum pon kat situ,hehehe..
nak gi toilet pon mesti singgah dapur dulu, nak sidai baju pon lalu dapur gak,nak aper lagi mesti kat dapur punya..mesti korang pikir umah aku adalh dapur...hahahaha
salah!!!totally wrong..dapur lah bahagian rumah yang aku suka selain bilik beradu ku..(bilik tidur)..

bilik tidur nie pon satu hal nyer...hari-hari tukar sarung tilam ngan bantal..aku pon x tau kenapa?nak di katakan hobi x pulak..hobi aku lain..

mungkin aku seorang pembersih dan kemas, so benda dalam rumah tu klu ader nampak x berkenan dengan mata aku..automatik kaki ngan tangan aku bekerjasama
penat cikit pon aku x kesah janji aku selesa dengan nya..

di opis..
walaupun ader tv disebelah..namun mata aku tertumpu pada skrin computer saja..x sempat nak pandang kanan kiri..dasat x?sambil mendengar lagu
jari-jemariku yang runcing menekan keyboard ala pemain piano profesional...kelakar pon ader..mana x nyer nak dekat raya nie ramai pulak yang nak open account
oppsss!!!banker lah kata kan...ke hulu ke hilir membawa document customer..x cukup lagi..ke depan ke belakang lah..ke kiri ke kanan lah..

mcm-mcm ragam dan watak di pertontonkan untuk menghiburkan ati, jap lagi meeting..kawan2 semua a u ready!!angkat kaki...larriiikkkkk!!!azie datang...
hehehe...bukan senang nak kumpul anak2 buah untuk meeting, ader yang buat hal,ader yang x der hal langsung,ader yang terlalu rajin, hello time meeting, boleh x dengar sekejap
azie nak cakap..bukan untuk diri sendiri tapi untuk semua...lol!!!


semasa meeting..
cakap x serupa bikin...(mcm watak nora elena dengan seth lah pulak) sapa yang kene marah nie aku ker?oh!! tidak..dengar dulu...dengar dulu
azie nak berbicara...saya ingin mengucapkan selamat berbuka pose dan selamat berhari raya, cuti raya jangan lupa apply ok,berhati-hati di jalan raya
ingat sekembalinya anda di opis nie mesti dengan semangat yang baru dan selamat kembali di opis dengan keadaan yang baik dan selamat, jangan terlalu suka semasa beraya
nanti buruk padah nya, abis klu x bergembira mcm x best jer...ishh budak nie!!ala kadar sudah ler...yang ko mcm hantu raya tu kenapa?

hehehe

Cikgu


Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Fairuz, macam mana bunyi ayam berkokok?
Fairuz : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Fairuz... Amy, buat bunyi kucing pula..
Amy : Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Udin, buaya bagaimana pula bunyinya?
...Udin : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...
Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Udin : Buaya darat cikgu!!



Monday, August 22, 2011

Saturday, August 20, 2011

Sayang

Ginjal tnya jantung .. "Syg di mana ?" Jantung jwap tak tahu .. Jantung pn tnya paru2 .. "Syg di mana ?" .. Paru2 ckap tak tahu .. Paru2 tnya hati .. "Syg di mana ?" Hati pn jwap .. Syang ad di sni . Ginjal , jantung dn paru2 hairan .. Knapa syg ad di hati ?? Hati jwap , Hati dipilih oleh ALLAH untuk memiliki syang .. Kerana syang , Hati rela menangis , Hati rela d lukai .. Dan kerana Syang , Hati rela berkOrban.

Tuesday, August 16, 2011

Selebriti Dunia mabuk berbelanja

Salam blogger, dengar perkataan mabuk mesti uoll's terpikir teruk sangat dah kan dah tahap gaban bershopping right!!!tapi bagi segelintir orang berbelanja adalah TERAPI terbaik ketika menghadapi tekanan dan hampir semua wanita setuju kenyataan ini, siapa setuju angkat kaki...eeiii!!!ader cagu...ini menunjukkan bahawa hampir 8% populasi di dunia ini adalah org yg 'gila berbelanja'.


malah mereka sukar mengawal nafsu berbelanja dan membeli apa sahaja yang mereka lihat w/p sedar tindakan itu sekadar menghabiskan waktu dan wang untuk barang yg kemungkinan besar tidak di perlukan..derma jer duit tu kat anak-anak yatim x pun sedekah..buat amal jariah cikit...kan lebih afdal..tapi klu yang kaya-raya tu mcm mana?semua dah buat...cuma buang duit jer lagi x buat...so dengan cara itu lah mereka membazirkan duit dengan  benda-denda yang luar biasa...klu aku lah...aku x tau nak laburkan kat mana?agak-agak korang lah..aper yg korang buat bila duit dah x tau nak wat per dah...


Katie Holmes,isteri aktor tampan tom cruise ini memang suka membeli-belah..lepas beli bla...hehehe...namun dia tidak menghabiskan wang untuk dirinya sendiri.sebaliknya lebih banyak membeli pakaian,kasut,dan eksesori untuk anak perempuannya,Suri.isi almari pakaian anak kesayangannya itu dianggarkan hampir mencapai US$3juta dan katie tidak berhenti berbelanja untuk anaknya itu.sulit dipercayai bukan!



Britney Spears,Penyanyi ini beranggapan bahawa berbelanja membantunya menghilangkan tekanan yang dialami. Dengan mudahnya Britney masuk ke mana-mana kedai dan membeli semua barang yang disukainya. Misalnya,7 pasang kasut Gucci. Jenama kegemaran Britney antara lainnya adalah Bebe, Armani Exchange, dan Rampage. Namun, kadang-kadang beliau juga melawat The Gap untuk barang-barang yang lebih murah. Sebenarnya Britney tak selalu peduli akan tempat berbelanjanya. Di mana-mana beliau berada, beliau percaya yang beliau akan lebih menikmati proses berbelanja.



Victoria Beckham,Isteri pemain bola sepak terkenal David Beckham ini menghabiskan sekitar $ 150 ribu setahun hanya untuk memenuhi isi almari pakaiannya. Walaupun Victotia sendiri merupakan seorang pereka fesyen, namun beliau selalu membelanjakan isi poketnya untuk membeli karya pereka fesyen lain. Dan yang menghairankan, personaliti Spice Girls ini tidak hanya membeli pakaian saja, tetapi juga mengumpulkan koleksi beg tangan nya sendiri (termasuk 30 beg Birkin), high heels, topi, dan juga perhiasan.



Paris Hilton,Selebriti kontroversional ini mengatakan kepada awam beberapa kali bahawa dia tidak pernah memakai baju yang sama untuk dua kali. Jadi, bayangkan saja berapa banyak baju, kasut, dan aksesoris yang beliau miliki. Gosip terbaru, pewaris hotel Hilton ini menghabiskan sekitar 25-30 jam seminggu untuk berbelanja baju dan juga aksesori bagi dirinya sendiri.



Cameron Diaz,Pelakon cantik ini membeli sesuatu, pulang ke rumah, dan tidak membuka ber shoppingnya  selama berminggu-minggu. Beberapa pakaian yang dia beli bahkan belum pernah dipakai sama sekali. Cameron hanya menyukai proses berbelanjanya saja. Beliau berpendapat bahawa beliau perlu untuk menambah koleksi baru ke almarinya setiap kali berbelanja.



Lindsay Lohan,Gadis ini tidak hanya bermasalah dengan ubat-ubatan terlarang, alkohol, dan memandu dalam keadaan berbahaya. Beliau juga mempunyai masalah dengan berbelanja. Lindsay menyukai tabiat berbelanja lebih dari apapun dalam hidupnya. Lindsay bahkan pernah menghabiskan $ 20 ribu dalam 2 minit saja. hmmmhhh..membazir..amalan syaitonn!!!



Celine Dion,Diva ini gemar memandu Roll-Royce tika berbelanja kerana mempunyai ruang yang lapang untuk barang belanjaannya. Barang yang menjadi obsesinya adalah kasut. Koleksinya sekarang mencapai 3000 pasang yang teorinya bererti ia dapat berganti kasut 8 kali dalam sehari. WOW!mau satu nak wat koleksi gak..tapi klu beli banyak-banyak pon ia tetap di kaki kan...ok lah..nak 1.hehehe



Jeniffer Lopez,Penyanyi seksi ini mengakui bahawa memiliki baju dan kasut baru setiap kali selepas berbelanja merupakan 1 daripada obsesinya. Beliau tidak boleh berhenti membelinya kerana beranggapan ini boleh menyokong penampilannya untuk menjadi lebih menarik.



Sarah Jessica Parker,Kemungkinan watak yang dimainkannya di film SEX AND THE CITY mempengaruhinya untuk menjadi shopaholic. Namun beliau mengakui bahawa selalu tidak dapat merealisasikan hasratnya untuk membeli-belah. Beliau cuba untuk berhati-hati dengan wang. Pelakon cantik ini obsesi dengan kasut kerana dulu ibunya tidak pernah mampu untuk membeli dua pasang kasut untuknya dalam setahun. Sekarang beliau mempunyai sekitar 100 pasang kasut yang harganya berkisar dari $ 300 sampai $ 1000.



Gwen Stefani,Tidak seperti shopaholic lain, vokalis No Doubt ini lebih suka berbelanja barang makanan dan suka memasak.jadi tidak hairanlah jika kabinet dapur rumahnya penuh dengan makanan,begitu jugak peti sejuk. amun, Gwen juga gila membeli-belah seperti shopaholic lain. Beliau juga sangat menggemari rancangan Vivienne Westwood.Oh!suka masak yea...nak datang umah ar klu mcm tu...besti masak terbaik!!!



so mcm mana ader x yang crazy like mereka...tapi klu dah kaya..cakap jer nak per?anytime,anywhere u can buy if you have a lot of money...janji hidup bahagia ya...


salam 
azie.


Monday, August 15, 2011

Fashion Japan

Scawaiii blogger, pernah baca majalah fashion jepun nie x..klu korang nak tau majalah nie amat popular di sana tau..yang tidak berkesempatan nak ke negara JEPUN untuk membeli pakaian di sana di sini aku serta kan info pakaian mengikut musim...check it out!!!


apakah koordinasi kegemaran anda pada musim bunga?
blogger luar negara CAROLINA ENGMANI yang menjadi tumpuan org ramai dengan gaya yang "edgy"dengan solekannya yang sempurna mendapat sambutan hangat di pasaran~
kedai jenama yang disukai tentulah beyond retro vintage dari TOPSHOP,ZARA opening ceremony dan sebagainya.
apakah peraturan fesyen anda?
pakailah apa yang disukai tanpa mengendahkan komen orang lain!taatilah stail tersendiri pada setiap masa, klu nak lagi show-off pakai jer baju hijau seluar/ skirt pink...hehehe teruja!!!mix and match adalah amat penting-campurkan jenama yang murah dengan jenama yang terkenal atau pun campurkan barangan "vintage" dengan barangan baru...u look great my dear!!!campuran warna dan corak untuk kombinasi yang "fresh"alahai cute nya anda...x percaya!!!
110220-9866: Harajuku, Tokyo, Dr.Martens, Writtenafterwards110220-9912
amacam ader bran nak pakai mcm nie!!!


apakah stail untuk musim bunga?
flared pants ,wide brimmed hat,warna-warna yang terang,cermin mata celine.barangan yang paling popular pada musim bunga adalah "wide legged pants"

hehehe...japanese street time der!!!
remcommed menu corak yang popular pada musim ini!!!
styling yang comel dengan seluar pendek stail labu beserta baju lengan pendek tidak berlengan anda pasti menyelah dengan beg berserta reben di tangan...hehe..tidak lupa jugak kelahiran semula corak retro 70-an anda pasti di tawan,mana mungkin corak GIRL untuk selamanya tidak di lupakan...haa...motif bunga atau buah-buahan pon menarik pada si pemakai...mesti kene dengan gaya tau!!!see for fesyen si manis...




hana tajima stail pon ok gak...



hana tajima lagiii!!!



hana tajima style


Sunday, August 14, 2011

Secret Garden


Korean Drama Secret Garden

jom layan drama nie...best abis der!!!!
Secret Garden
  • Drama Title: Secret Garden
  • Alternative Title: 시크릿 가든 / Sikeurit Gadeun
  • Status: Complete
  • Genre: Romance
  • Published Date: November, 2010
  • Total Episodes: 20
  • Casts: Ha Ji Won, Hyun Bin, Kim Sa Rang, Yoon Sang Hyun
  • Subtitle: English Sub
  • Summary: 
    The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), an arrogant and eccentric CEO who maintains the image of seeming perfection, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a poor and humble stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. Their accidental meeting, when Joo Won mistakes Ra Im for actress Park Chae Rin, marks the beginning of a tense, bickering relationship, through which Joo Won tries to hide a growing attraction to Ra Im that both confuses and disturbs him. To complicate matters further, a strange sequence of events results in them swapping bodies.
  • Online Video Links: Click Here to Watch Secret Garden Online Free
  • Download Links: Click Here to Download Secret Garden (DVD quality, always available)

Hukum Memakai Rambut Palsu

salam blogger...sebelum kita cerita lebih lanjut ingin aku terangkan sedikit info hukum memakai rambut palsu..Nabi Muhammad s.a.w telah melarang perbuatan memakai rambut palsu dan mengutuk orang yang melakukannya.Hadis riwayat Asma binti Abu Bakar radiyallahu'anha, Nabi Muhammad s.a.w melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun'alaihi).Memang ada hukum yang menyebut dalam sebuah hadis bahawa ALLAH SWT melaknati beberapa perbuatan wanita seperti memakai rambut palsu.Pernyataan bahawa ALLAH SWT melaknati membawa makna pemakaiannya haram di lakukan.


Namun hukum ini tidak termasuk dalam perkara muktamad (tidak bersifat qat'ei). Yang qat'ei adalah bersifat muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi seperti kewajipan solat,zakat,hukum faraid dan sebagainya.Memakai rambut palsu (wig/sanggul) adalah model yang dipraktik wanita-wanita bukan islam dan menjadi cara yang popular dalam usaha mereka untuk menambahkan kecantikan diri.


Jika wanita muslimah memakai dan mencantikkan dirinya dengan rambut palsu,sekalipun hanya untuk (di depan) suaminya,maka dia sedang meniru wanita-wanita kafir dan Nabi Muhammad s.a.w telah melarangnyaBaginda berkata: "barang siapa menyerupai satu kaum maka dia termasuk golongan mereka..Terlebih lagi hal tersebut sama ertinya menyambung rambut palsu atau seseorang.Nabi Muhammad s.a.w telah melarang perbuatan tersebut dan mengutuk orang yang melakukanya.Sekalipun dengan izin dan persetujuan suami kerana adalah terlarang izin atau persetujuan dalam hal-hal yang ALLAH SWT telah melarangnya.


Bagaimanapun sekiranya seseorang wanita tidak mempunyai rambut di kepalanya sama sekali,sebagai contoh dia seorang yang botak,maka ia boleh menggunakan rambut palsu untuk menutupi seluruh cacatnya.Ini kerana adanya pertimbangan diizinkan untuk menghilangkan kecacatan.Sebagai contoh,Nabi Muhammad s.a.w telah mebolehkan seseorang  lelaki yang hidungnya terpotong dalam 1 pertempuran untuk memakai hidung palsu emas.Hal ini berlainan dengan menjalani perawatan plastik (bedah plastik) untuk memperbaiki hidung yang kecil dan sebagainya.


Perlu diingat bahawa proses mencantikkan tidaklah sama halnya menghilang kecacatan.Jika masalahnya berkenaan menghilangkan kecacatan,maka tidak ada kejelekan di dalamnya,seperti ketika hidung bengkok dan perlu diluruskan atau menghilangkan tanda atau tahi lalat.Tidak ada kejelekan dalam tindakan demikian.Akan tetapi,bukanlah termasuk menghilangkan kecacatan seperti membuat tatu atau mencabut alis kerana hal tu terlarang.


ALLAH melaknat wanita yang membuat tatu,wanita yang diminta membuatkan tatu,wanita yang mencabut alis,wanita yang dimintak untuk mencabutkan alisnya dan melaknat wanita yang mengikir giginya untuk tujuan memperindahnya dan wanita merubah ciptaan ALLAH SWT."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari sahabat Ibnu Mas'ud radhiallahu'anhu)


salam
azie.

Saturday, August 13, 2011

Jejaka Idaman


Si A: "Seronoknya if dapat suami romantik like Seth Tan." Nora Elena
Si B: "Bahagianya if dapat suami penyabar like Adam." Adamaya
Si C: "Bestnya if dapat suami cute like Dong Hae." Super Junior
Si D: "Sukanya if dapat suami cute like Justin Bieber." Baby3
Si E: Sukanya if dapat suami kaya like Daniel Radclife.'' Harry Potter
P/s: Barangkali mereka terlupa betapa hebatnya RASULULLAH sbg seorang suami yg sebaik2 dan boleh dijadikan contoh ikutan sepanjang zaman





Seth Tan



Adam



Dong Hae



Justin Bierber



Daniel Radcliff


amacam ader x bakal-bakal suami anda di atas...so yang mana menjadi pilihan

Tuesday, August 2, 2011

7 Hari Mencintaiku-siti rosmizah

salam warga blogger..hari nie genap kita berpuasa selama 2 hari..rasa mcm semalam saja kita mendengar mengumuman tarikh mulanyer p0se..rasa rindu dan hiba bila memikirkan hari yang bakal kita lalui sepanjang di bulan ramadhan ini.Sama-samalah kita mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T. dan menjauhi larangan nyer...bukan bab pose yg ingin aku ketengahkan tapi aper yang aku baca dan lalui sepanjang di bulan pose ini.Mcm-mcm citer yang aku ingin sampaikan tapi biarlah satu persatu di karang kan.


Anda pernah membaca novel?mungkin ada yang minat giler kan..salah sorang nyer aku,sejak KYC ini melonjak nama nyer di serata malaya..x kurang jugak hebat novel yang aku baca nie,tajuk dia mcm pelik jer 7 hari mencintaiku...rasa mcm x berapa nak bestkan,novel setebal 1048 muka surat ini, ku baca dengan lafaz bismillah...


maka berlanjutan lah masa aku tertumpu pada novel nie,kisah yang menduga setiap peminat yang membaca novel ini...my luppy tidak di endahkan lagi...yang hanya tinggal aku dan novel yang berpatutan harga nyer dan setanding dengan ketebalannyer..


kisah di mula kan dengan...


khuzairi dalam diam mencintai gadis yang bernama MIA ADRIANA.Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia.Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan khizairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.


"kau ni memang dasar jantan tak sedar diri.kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan?hei khuzairi kau dengar sini.ko tu budak kg yang tak sedar diri!tapi ada hati nak kawen dengan anak org kaya!sedar-sedarkanlah diri kau tu.kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah.kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau.buat tak reti bahasalah pulak.aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati!so..apa kata kau berambus sekarang!kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"


Aduhai!angkuh sungguh kata-katanya.bungkam seketika Khuzairi mendengarnya.jauh disudut hati dia mula bertanya,sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini!sudah lalikan telinga nyer?sudah matikan perasaannyer?tidak ke dia kecewa?tidakkan dia terluka?Khuzairi mengangguk perlahan.


"Ya,aku juga manusia biasa,aku ada hati dan perasan,tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa,demi untuk satu amanah aku terus menelannya,demi satu amanah aku harus terus bersabar..."


Amanah?Amanah siapa yang di genggam Khuzairi itu,sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?


Lupakah Mia Adriana,hidup ini bagaikan putaran roda,satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri.Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.


begitulah tebal dan dalam nyer cinta Khuzairi pada isteri pandang pertama nyer yang terpaksa menjadi suami kepada mia adriana yang tidak mencintai lelaki yang bergelar suami nyer sendiri, setiap patah perkataan yang di tuliskan aku baca dengan teliti tanpa 1 muka surat pun aku skip..begitu asyik dan jatuh cinta nyer aku dengan hasil nukilan siti rosmiza yang tidak mengecewakan bagi setiap peminat novel ini.


aku yang tidak sabar sampai ke rumah gara-gara ingin tahu kisah selanjut nyer, dengan tenang aku sambung baca nyer di opis,tapi ati aku tak tenteram memahami setiap butir patah perkataan yang ingin di sampai oleh penulis, sehingga aku terpaksa membaca nyer di dalam toilet..dasat kan..tapi itu lah klu korang semua nak tahu aku lah peminat setia novel siti rosmiza nie..admire tu..seperti Khuzairi yang amat meminati isteri nyer sendiri sehingga sedikit pun tidak mengendahkan aper yang buruk tentang isteri dia...ader x dalam malaya nie lelaki sebaik dan sesetia Khuzairi...


setiap muka surat ader jer conflik yang menimpa suami isteri nie...kekadang rasa geram dan marah pon ader..tapi nak buat mcm mana kan penulis nie lebih tahu dan sangat merancang rentetan penulisan nyer..sehingga aku yang baca nie pon turut serta dalam permasalah rumah tangga mereka berdua..wahh!!!sungguh aku x tipu..klu sesiapa yang belom mendapatkan novel ini..cepatlah menuju ke kedai buku yang berhampiran anda, sekiranyer anda terlepas...mungkin anda sudah terlambat untuk mengetahui isi kandungan yang terdapat di dalam novel ini sehingga mengheret aku berdrama di alam yang nyata ini..klu korang x percaya korang tanya my hubby and my friend..mereka terpaksa paham dan mengerti akan mood aku bila membaca novel nie.


tapi bila aku leka membaca..aku tengok muka surat nyer mcm nak abis..aku sedikit rasa kecewa sebab mungkin aku akan merindui Khuzairi dan Mai Adriana..hehehe..terharu plus nak nagis dah nie..bersabarlah hati..kita akan tunggu pulak cita yang baru pulak..


wat sementara waktu nie biarlah hati aku nie merasa apa yang di rasa oleh pencerita novel ini...mcm lebih jer aku nie..hehehe..tapikan seronok tau mcm nie...kita terpaksa ikut mood dlm novel nie..mcm aku pulak yang menghadapi situasi itu..kelakar!!!romantic itu sudah pasti...setiap hari rasa terhibur pon ader gak...arghh!!!aku dah meroyan dah nie...alahai hati kuatkan semangat aku...bantal merah telah pon di peluk untuk menenangkan hati di kala membaca novel ni...nanti aku citerkan setiap bab..