Tuesday, August 16, 2011

Selebriti Dunia mabuk berbelanja

Salam blogger, dengar perkataan mabuk mesti uoll's terpikir teruk sangat dah kan dah tahap gaban bershopping right!!!tapi bagi segelintir orang berbelanja adalah TERAPI terbaik ketika menghadapi tekanan dan hampir semua wanita setuju kenyataan ini, siapa setuju angkat kaki...eeiii!!!ader cagu...ini menunjukkan bahawa hampir 8% populasi di dunia ini adalah org yg 'gila berbelanja'.


malah mereka sukar mengawal nafsu berbelanja dan membeli apa sahaja yang mereka lihat w/p sedar tindakan itu sekadar menghabiskan waktu dan wang untuk barang yg kemungkinan besar tidak di perlukan..derma jer duit tu kat anak-anak yatim x pun sedekah..buat amal jariah cikit...kan lebih afdal..tapi klu yang kaya-raya tu mcm mana?semua dah buat...cuma buang duit jer lagi x buat...so dengan cara itu lah mereka membazirkan duit dengan  benda-denda yang luar biasa...klu aku lah...aku x tau nak laburkan kat mana?agak-agak korang lah..aper yg korang buat bila duit dah x tau nak wat per dah...


Katie Holmes,isteri aktor tampan tom cruise ini memang suka membeli-belah..lepas beli bla...hehehe...namun dia tidak menghabiskan wang untuk dirinya sendiri.sebaliknya lebih banyak membeli pakaian,kasut,dan eksesori untuk anak perempuannya,Suri.isi almari pakaian anak kesayangannya itu dianggarkan hampir mencapai US$3juta dan katie tidak berhenti berbelanja untuk anaknya itu.sulit dipercayai bukan!



Britney Spears,Penyanyi ini beranggapan bahawa berbelanja membantunya menghilangkan tekanan yang dialami. Dengan mudahnya Britney masuk ke mana-mana kedai dan membeli semua barang yang disukainya. Misalnya,7 pasang kasut Gucci. Jenama kegemaran Britney antara lainnya adalah Bebe, Armani Exchange, dan Rampage. Namun, kadang-kadang beliau juga melawat The Gap untuk barang-barang yang lebih murah. Sebenarnya Britney tak selalu peduli akan tempat berbelanjanya. Di mana-mana beliau berada, beliau percaya yang beliau akan lebih menikmati proses berbelanja.



Victoria Beckham,Isteri pemain bola sepak terkenal David Beckham ini menghabiskan sekitar $ 150 ribu setahun hanya untuk memenuhi isi almari pakaiannya. Walaupun Victotia sendiri merupakan seorang pereka fesyen, namun beliau selalu membelanjakan isi poketnya untuk membeli karya pereka fesyen lain. Dan yang menghairankan, personaliti Spice Girls ini tidak hanya membeli pakaian saja, tetapi juga mengumpulkan koleksi beg tangan nya sendiri (termasuk 30 beg Birkin), high heels, topi, dan juga perhiasan.



Paris Hilton,Selebriti kontroversional ini mengatakan kepada awam beberapa kali bahawa dia tidak pernah memakai baju yang sama untuk dua kali. Jadi, bayangkan saja berapa banyak baju, kasut, dan aksesoris yang beliau miliki. Gosip terbaru, pewaris hotel Hilton ini menghabiskan sekitar 25-30 jam seminggu untuk berbelanja baju dan juga aksesori bagi dirinya sendiri.



Cameron Diaz,Pelakon cantik ini membeli sesuatu, pulang ke rumah, dan tidak membuka ber shoppingnya  selama berminggu-minggu. Beberapa pakaian yang dia beli bahkan belum pernah dipakai sama sekali. Cameron hanya menyukai proses berbelanjanya saja. Beliau berpendapat bahawa beliau perlu untuk menambah koleksi baru ke almarinya setiap kali berbelanja.



Lindsay Lohan,Gadis ini tidak hanya bermasalah dengan ubat-ubatan terlarang, alkohol, dan memandu dalam keadaan berbahaya. Beliau juga mempunyai masalah dengan berbelanja. Lindsay menyukai tabiat berbelanja lebih dari apapun dalam hidupnya. Lindsay bahkan pernah menghabiskan $ 20 ribu dalam 2 minit saja. hmmmhhh..membazir..amalan syaitonn!!!



Celine Dion,Diva ini gemar memandu Roll-Royce tika berbelanja kerana mempunyai ruang yang lapang untuk barang belanjaannya. Barang yang menjadi obsesinya adalah kasut. Koleksinya sekarang mencapai 3000 pasang yang teorinya bererti ia dapat berganti kasut 8 kali dalam sehari. WOW!mau satu nak wat koleksi gak..tapi klu beli banyak-banyak pon ia tetap di kaki kan...ok lah..nak 1.hehehe



Jeniffer Lopez,Penyanyi seksi ini mengakui bahawa memiliki baju dan kasut baru setiap kali selepas berbelanja merupakan 1 daripada obsesinya. Beliau tidak boleh berhenti membelinya kerana beranggapan ini boleh menyokong penampilannya untuk menjadi lebih menarik.



Sarah Jessica Parker,Kemungkinan watak yang dimainkannya di film SEX AND THE CITY mempengaruhinya untuk menjadi shopaholic. Namun beliau mengakui bahawa selalu tidak dapat merealisasikan hasratnya untuk membeli-belah. Beliau cuba untuk berhati-hati dengan wang. Pelakon cantik ini obsesi dengan kasut kerana dulu ibunya tidak pernah mampu untuk membeli dua pasang kasut untuknya dalam setahun. Sekarang beliau mempunyai sekitar 100 pasang kasut yang harganya berkisar dari $ 300 sampai $ 1000.



Gwen Stefani,Tidak seperti shopaholic lain, vokalis No Doubt ini lebih suka berbelanja barang makanan dan suka memasak.jadi tidak hairanlah jika kabinet dapur rumahnya penuh dengan makanan,begitu jugak peti sejuk. amun, Gwen juga gila membeli-belah seperti shopaholic lain. Beliau juga sangat menggemari rancangan Vivienne Westwood.Oh!suka masak yea...nak datang umah ar klu mcm tu...besti masak terbaik!!!



so mcm mana ader x yang crazy like mereka...tapi klu dah kaya..cakap jer nak per?anytime,anywhere u can buy if you have a lot of money...janji hidup bahagia ya...


salam 
azie.


No comments:

Post a Comment