Sunday, August 14, 2011

Hukum Memakai Rambut Palsu

salam blogger...sebelum kita cerita lebih lanjut ingin aku terangkan sedikit info hukum memakai rambut palsu..Nabi Muhammad s.a.w telah melarang perbuatan memakai rambut palsu dan mengutuk orang yang melakukannya.Hadis riwayat Asma binti Abu Bakar radiyallahu'anha, Nabi Muhammad s.a.w melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun'alaihi).Memang ada hukum yang menyebut dalam sebuah hadis bahawa ALLAH SWT melaknati beberapa perbuatan wanita seperti memakai rambut palsu.Pernyataan bahawa ALLAH SWT melaknati membawa makna pemakaiannya haram di lakukan.


Namun hukum ini tidak termasuk dalam perkara muktamad (tidak bersifat qat'ei). Yang qat'ei adalah bersifat muktamad dan tidak boleh dipertikaikan lagi seperti kewajipan solat,zakat,hukum faraid dan sebagainya.Memakai rambut palsu (wig/sanggul) adalah model yang dipraktik wanita-wanita bukan islam dan menjadi cara yang popular dalam usaha mereka untuk menambahkan kecantikan diri.


Jika wanita muslimah memakai dan mencantikkan dirinya dengan rambut palsu,sekalipun hanya untuk (di depan) suaminya,maka dia sedang meniru wanita-wanita kafir dan Nabi Muhammad s.a.w telah melarangnyaBaginda berkata: "barang siapa menyerupai satu kaum maka dia termasuk golongan mereka..Terlebih lagi hal tersebut sama ertinya menyambung rambut palsu atau seseorang.Nabi Muhammad s.a.w telah melarang perbuatan tersebut dan mengutuk orang yang melakukanya.Sekalipun dengan izin dan persetujuan suami kerana adalah terlarang izin atau persetujuan dalam hal-hal yang ALLAH SWT telah melarangnya.


Bagaimanapun sekiranya seseorang wanita tidak mempunyai rambut di kepalanya sama sekali,sebagai contoh dia seorang yang botak,maka ia boleh menggunakan rambut palsu untuk menutupi seluruh cacatnya.Ini kerana adanya pertimbangan diizinkan untuk menghilangkan kecacatan.Sebagai contoh,Nabi Muhammad s.a.w telah mebolehkan seseorang  lelaki yang hidungnya terpotong dalam 1 pertempuran untuk memakai hidung palsu emas.Hal ini berlainan dengan menjalani perawatan plastik (bedah plastik) untuk memperbaiki hidung yang kecil dan sebagainya.


Perlu diingat bahawa proses mencantikkan tidaklah sama halnya menghilang kecacatan.Jika masalahnya berkenaan menghilangkan kecacatan,maka tidak ada kejelekan di dalamnya,seperti ketika hidung bengkok dan perlu diluruskan atau menghilangkan tanda atau tahi lalat.Tidak ada kejelekan dalam tindakan demikian.Akan tetapi,bukanlah termasuk menghilangkan kecacatan seperti membuat tatu atau mencabut alis kerana hal tu terlarang.


ALLAH melaknat wanita yang membuat tatu,wanita yang diminta membuatkan tatu,wanita yang mencabut alis,wanita yang dimintak untuk mencabutkan alisnya dan melaknat wanita yang mengikir giginya untuk tujuan memperindahnya dan wanita merubah ciptaan ALLAH SWT."(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari sahabat Ibnu Mas'ud radhiallahu'anhu)


salam
azie.

No comments:

Post a Comment