Friday, November 30, 2012

Sabar dalam menghadapi ujian !


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,


Sabar dalam menghadapi ujian itu buahnya manis.

Masalah. Sebenarnya setiap orang tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah selagi hidup di dunia ini. Sehingga wujudnya statement extreme yang menyatakan bahawa;

“hidup ni hanyalah untuk menyelesaikan masalah.. lepas satu masalah selesai, masalah lain pulak yang akan datang, penat! Seolah-olah hidup ini hanyalah untuk menyelesaikan masalah semata-mata.”

Tidak dinafikan, perasaan sebegini akan hadir dalam diri kita yang sudah terlalu penat dan lali berhadapan dengan masalah. Apatah lagi masalah yang dihadapi itu terlalu berat dan sudah tidak tertanggung lagi. Ungkapan sabar dan kata-kata semangat dari orang sekeliling seolah-olah tidak punyai makna lagi. Sehingga kita merasa, tidak ada orang dalam dunia ini yang paling besar masalahnya selain daripada kita. Masalah kitalah yang paling besar dan berat sekali. Tidak akan ada orang yang memahami apa yang kita rasa. Pandangan simpati daripada sahabat handai hanya sekadar pandangan kosong  yang tidak punyai apa-apa makna.

Begitulah analogi beratnya perasaan yang dirasa apabila diri ditimpa masalah. Apatah lagi apabila masalah yang datang itu berangkai-rangkai. Belum selesai lagi satu masalah, masalah lain pula yang datang. Kekadang mengundang sesak di dada dan rasa hidup sudah tidak punya alasan lagi untuk merasa ceria dan gembira. Malah lebih teruk, kita merasakan diri sudah tidak punyai apa-apa lagi, kesabaran menipis, gunung berapi kemarahan mudah meletus dan kepercayaan bahawa Allah sentiasa menolong hamba-hamba-Nya yang sabar sudah mulai goyah.



Maka, di sinilah hati dan fikiran kita punyai peranan yang penting. Andai hati dan fikiran itu terpandu dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi kegawatan perasaan, hati, fikiran malah tenaga yang dimiliki, untunglah. Tapi, seandainya fikiran dan perasaan negatif sentiasa menyucuk minda dan menghasut hati, maka, rasa berputus asa akan mudah untuk menjengah jendela hati yang terbuka. Sehingga pengharapan dan keimanan kepada-Nya semakin menipis. Ditambah pula dengan amalan ibadah harian yang kurang sempurna.

Teman, masalah itu adalah satu bentuk ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T. untuk kita membuktikan sejauh mana kebenaran dan utuhnya akujanji iman kita kepada-Nya.

Dari itu, jagalah hubungan kita dengan Allah S.W.T maka insya Allah Dia akan menjaga dan menolong kita. In sya Allah, keyakinan dan keimanan kepada-Nya juga akan dapat dipertingkatkan. Titipkanlah doa di akhir setiap solat agar Dia memberikan kekuatan kepada kita untuk terus istiqamah dalam beribadah serta kekuatan untuk bermujahadah melawan kemungkaran.

Semoga kita semua sentiasa dalam redha dan limpahan rahmat-Nya.. aamiin~

tazkirah jumaat !


17 comments:

  1. Assalammualaikum.

    Thanks azie..thanks for this entry..thanks juga utk komen di 'I Will' tu syg :)

    Sangat2 memerlukan motivasi skrg ni,hehehehe.

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam..

    most welcome lana..yea ! what ever matter come at your ! i see and i know u can do it lana...just be strong ya ! go lana go..muahh !:x

    ReplyDelete
  3. based on my exp, selagi kita x lupa Dia.. Dia x akan biar kita sorang2 tanpa perlindungan.. insyaAllah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm...that true !apa yg kita lakukan mesti Dia ada sentiasa...in sya allah !

      Delete
  4. salam weekend cik sweetwonder azie namico tuuu.. ehhHHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam weekend too wak gelas...happy always !weeee...:D

      Delete
  5. Yea !correct...setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian nya...

    dan allah suke dengan org yg sabar...

    ReplyDelete
  6. i like this entry :0 huhu
    tanxxx yaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really !thanks a lot...come again !weeee...:-D

      Delete
  7. cantek ! betul tuh , bile dilanda masalah , bayangkan orang yang lagik teruk dari kite , bukan takde , berlambak , tapi kite sendiri menghalang hati kite dari melihat kesusahan yang lagi tragis ditempuh oleh orang laen ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantek ! kan kan...harap kita bole settle kan masalah kita cepat dan menemui kebahagian di dunia dan di akhirat ! amin...

      Delete
  8. kesabaran itu jawapan kepada setiap ujian..nice :)

    ReplyDelete
  9. setuju. sentiasa kena sabar walau apa pun ujian kan.

    kdg2 of course rasa tak kuat tapi bila fikir ramai lagi yg teruk di uji, ujian kita ni apa la sgt kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes ! that true...sabar itu separuh daripada iman..kekadang bole ilang sabar jugak..he3

      ermm..kene berfikiran positive lah kan...

      Delete