Sunday, December 30, 2012

Faith Hope and Love come together 2013


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,


FAITH makes all things possible,
HOPE makes all things work,
LOVE makes all things beautiful.
May you have all three in this New Year 2013

2013 ................... 2 pergi meninggalkan kita  !!!


SO APER AZAM TAHUN BARU ???

Azam tahun 2012 telah pun tercapai , iaitu membeli aset semua rumah atas nama saya sendiri , rumah double story landed di sepang selangor.Syukur Alhamdulillah.Mungkin tahun 2013 adalah tahun bertuah saya di mana saya akan berpindah ke rumah baru in shaa allah...harap semua nya berjalan dengan lancar.

Macam mana pulak azam dan impian tahun 2013??

Saya tak tahu lagi apa yang terpikir di fikiran , mungkin ada sesuatu yang awesome akan di impikan , angan-angan tu penting , dari angan2 saya akan berusaha untuk mendapatkannya.Apa pun yang saya impikan , dan angankan perlu lah bersertakan doa , niat dan usaha yang berterusan.Saya yang merancang Allah saja yang menentukan.

Saya ikut jer flow , kalau itu yang terbaik untuk saya , saya akan berusaha ke arah itu.Terima kasih kepada kedua ibubapa , adik beradik , dan orang yang menyayangi saya yang menjadi tulang belakang saya yang tidak putus2 mendoakan kesihatan , kebahagian , dan kejayaan saya.Hope everthing is fine.

Tidak lupa juga pada my blogger friends yang selalu singgah di blog saya , tinggalkan jejak , tidak penat comment pada entry saya , I hope Tuhan akan membalas jasa-jasa dan usaha kamu semua.Maapkan saya jika ada terkasar bahasa , terkurang sini sana , yang buruk datangnya dari saya yang baik datangnya dari   
Dia Allah S.W.T

Smile guys...you're rock to me !! 






Wednesday, December 26, 2012

Carl's Jr Charbroiled Burgers - Its gonna get messy


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Selalu nya hujung minggu saya dan kawan-kawan akan pergi berlibur , namun hari nie saya pergi dengan adik-adik saya jalan-jalan cari makan.
Jadi tempat makan yang kami tuju adalah Carl's Jr Burgers at Pavilion KL.



You will be shocked to see the amount of burgers we ate ...
A burger from Carl’s Jr. ® is a “true blue” American-style burger. Made with fresh quality ingredients and overly wasteful preparation methods, the intense flavour explosion will top your taste charts. Not only are our burgers huge, juicy, and messy, they’re also totally satisfying. We think you’ll notice the difference. 


The burgers varieties and sides offered by Carl's Junior ...

So jom check-it out kami punya burgers..Hew...Hew...Hew
Yang paling best airnya bole refilled berapa banyak yang anda suke , abis isi lagi..abis isi lagi sampai kembung perut dengan air..hahaha...


Teriyaki Chicken Sandwich - Charbroiled chicken breast, topped with teriyaki glaze, grilled Dole pineapple, melted Swiss cheese with lettuce, tomato, red onion and mayo, all on a honey-wheat bun.RM24.30 special promo


What's inside this box? You'll love it for sure ... trust me! sebab yang nie saya punya burgers chili chese


Chili Cheese - Natural Cut French Fries smothered in Chili and Shredded, Melted Jack and Cheddar Cheeses. You will simply want it more once you have your first bite on it.RM20.50 


The Classic Burger - Charbroiled 100% Black Angus Beef Patty, Two Slices of Melted American Cheese, Lettuce, Two Slices of Tomato, Red Onions, Pickles, Mustard, Mayonnaise and Ketchup on a Toasted Sesame Seed Bun.RM13.45 single promo

Can't imagine I had ate so many different burgers at one go ... it was too tasty , delicious & big portion.
Macam mana keliur tak?ahaks...

Sunday, December 23, 2012

Non Stop Fun @ Sunway Lagoon


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

5 taman tema yang berbeza dalam 1 destinasi yang menakjubkan.
Masuk lah taman tema yang kamu suka sampai lebam..Ha...Ha..Ha...
Jom chec-it out my destination !!
Pengembaraan bermula dengan membeli ticket ,harga ticket RM90 Adult , RM65 Child,harga normal RM120,sewaan pelambung RM20,tuala mandi bawa sendiri free atau sewaan dalam RM15,sewaan ini bole redeem balik, don't worry be happy, I thought ticket dia mcm taman tema air desa water park ker kan..tapi yang nie lain sikit ala-ala jam gitu , sebab tu asyik tersalah tengok jer..ingat kan jam tangan sendiri..fuhh !


Masuk sahaja , wow ! besar giler tempat nie , jenuh nak jalan-jalan cari makan...nak main surf beach lagi , nak cari toilet lagi...omg ! omg ! belum sampai ke tempat yang dituju dah penat...mcm mana tu?Di surf beach kami buat aktiviti sukaneka ala-ala manja gitu sebab kami diberi masa 1 jam sebelum terjun ker Water Of Afrika di mana kami akan menyelam ke enam laned Congo atau mengotorkan diri di Pythons Afrika dan merasa sendiri taman permainan air interaktif untuk percikan air yang menyeronokkan di Little Zimbabwe.Amacam teruja tak?

After penat bergame , saya berjalan mengambil pandangan megah ker Longest Pedestrian Suspension Bridge sepanjang 428 meter.Fuhh ! jangan lah ada sesiapa yang mengoyangkan jambatan ini , kemungkinan anda akan dengar jeritan yang tak di duga...berwaspada !

Berbekalkan tenaga dan kecerdasan saya mengembara pulak ke Wild Wild West untuk menguji diri di Dunia Adventure dengan menaiki kenderaan berputar , celup dan menjerit selama yang mungkin sampai tekak pun kering , saya berputar di luar kawalan di Tomahawk , kerana ia membawa saya 360 darjah ke atas , dan ke atas dan lebih lagi ! yang mempunyai penyakit 3 serangkai tidak di wajib kan menaikinya..sangat extream ! 
Dan keseronokan ini tidak terhenti Ride Niagara flum Falls , saya menuju pula ke Pirate ship yang akan memusingkan dan memeningkan diri dengan jeritan yang bole di dengar dari Grand Canyon River Rapids.Ha..dasat nie !

Debaran makin terasa apabila melangkah laju ker Scream Park yang bole meremangkan bulu roma anda , kalau tak kuat semangat di cadangkan tidak di benarkan masuk menjelajah untuk melihat sendiri hantu-hantu yang pernah kita dengar , menonton dan melihatnya sendiri di depan mata , kalau berani lah ! Saya dengan semangat yang tipis akur juga dengan perlawaan rakan2 yang excited untuk melihat sendiri hantu-hantu yang menakutkan , sehingga lah saya terlanggar wahyu zombi yang hidup dan sempat mengambil gambar nya mengunakan HP , sebab ia tidak membenarkan membawa camera.Kedekut !Hantu-hantu ini nampak mcm real , kekadang bole tersilap , ini hantu betul ker hantu tipu-tipu..hahaha..sehinggalah sampai di satu lorong sunyi sepi dengar tangisan , rayuan , gelak ketawa , suara mengilai dan jeritan yang menambahkan lagi keseraman saya di dalam sana.

Wild Life Park pulak kita dapat pelajari dan mengasah minda dengan lebih daripada 150 specis haiwan yang menakjubkan dan eksotik dari seluruh dunia di mana kita tahu peribadi Tarzan yang amat mesra dengan rakan-rakannya dari alam haiwan ! cewah ! tapi syg tarzan tak der eh ! jgn pergi cari pulak nanti..ada sesetengah haiwan jinak yang dilepas kan terbiar untuk di lihat lebih dekat dan bole memegangnya sendiri serta bersenang-senang dengan kecantikan mereka yang unik dan comel...weee !

Disini terdapat cenderahati yang bole di beli dan di bawa pulang untuk di jadikan kenangan atau di gunakan sendiri pada bila-bila masa dan ketika nanti , Saya singgah di Zulu Walk untuk membeli barangan peribadi dan mencari sendiri keunikan makanan yang ketika itu perut saya sudah pun berlagu "Tsamina mina eh eh..Waka waka eh eh..Tsamina mina zangalewa
Anawa aa" haa...lapar dah tu jadi saya makan makanan yang paling simple dan mengenyangkan (Subway) yeahhh !hanya RM 10.90 sama mcm harga di luar...blup ! blup !kenyang daaa...tapi banyak pilihan makanan yang anda bole rasai , jangan risau ! cuma nasi ayam nya harga RM12.90, kalau tak nak nasi nak makan western food contoh pizza pun bole harga RM 26.90 dan keatas..paling best ais-cream biasa harga RM3.00 satu , kalau kat luar RM1.00 amacam ! cekik darah tak..sebab yang datang semua nya pengunjung luar dari malaysia...sebab tu harga dia mahal banyak !huk...huk...

Ermm..dah sampai kepenghujung dahh...saya pun nak pulang dah , tengok cuaca mcm nak hujan kang tak sempat sampai ke kereta saya dah basah dulu , basah dalam hujan...!!ahaks..apa pun kalau nak datang reramai tunggu ada promosi atau pergi dalam package berkumpulan sebab ada discount !Saya pergi pun amek package included voucer makanan , mudah dan senang ! pilih jer nak pergi mana , nak makan apa...semua dalam 1 package.
Sekian !

Friday, December 21, 2012

Rahsia Surah AL – KAUTHSAR


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

sumber:akuislam


Thursday, December 20, 2012

TakdirMu Telah Tertulis


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,



Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan.Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.Hati mana tidak berbunga harapan.

Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan.Namun,tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampian. Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.

Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan. Namun , kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.

Jika sesuatu ditakdirkan menjadi milik kita, berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah. Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.

Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah, kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-gala nya adalah milik Allah. Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita , itu lah rezeki kita jua dariNya.Bersyukurlah ! Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita. 

Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.Makanya , kita teruji dan mendepani hari-hari suram. Cubalah sedaya upaya menerima kenyataan dan redha segala ketentuanNya.

Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana , tentunya Dia mengetahuinya.Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.

Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya, In shaa Allah..yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.

>>untuk sahabat2 saya>>
Tunjangkanlah resah mu di dada solat...
Himpunkan peritmu di genggaman doa...
Tutupi kekecewaan mu dengan ketaqwaan...
Dan nilaikan kesucian hatimu dengan keikhlasan hati.


Wednesday, December 19, 2012

Masalah Itu Sweets


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,


“Jangan katakan kepada Allah kalau kita ada masalah, tapi katakan kepada masalah  kita ada Allah”

Ketika kita ditimpa sebuah masalah, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin agar kita mendekat kepadanya. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah telah menyediakan untuk kita kemudahan.

Kerana sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.”( QS. al-Insyirah: 5-6)
Ketika permasalahan datang menghampiri, jangan mengeluh dihadapan sang pencipta, jangan memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah tidak adil. Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam menghadapinya, diberikan penyelesaian  yang terbaik bagi kita, dan selalu mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.


Tanpa malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa. Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna. Begitu juga kemenangan atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.

Tak ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan hanya dada yang lapang dalam menghadapinya. Jika ketabahan yang kita bina, nikmat masalah akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara masalah akan selalu bertambah.

Masalah datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Masalah adalah medium dalam proses pendewasaan. Tanpa masalah kita takkan pernah dewasa. Tanpa masalah kita takkan menjadi orang yang luar biasa.”Jalan yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”

Di saat kita mencari solusi dalam suatu masalah, di saat itulah sebuah proses pendewasaan hidup akan bermula. Maka,senyumlah mereka yang memiliki masalah dan mampu mengatasi masalah tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.

Mari bersama kita menakluki masalah!


Tuesday, December 18, 2012

True or False?


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Cute guys make you crazy,

Hot guys make you droll,
Cool guys make you daydream
but Funny guys make you fall in love
without ever knowing it.







p/s-for me its true..i'm sexy im know it !weee :D


Thursday, December 13, 2012

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,



Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua

   Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat

   Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis

   Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa..






Wednesday, December 12, 2012

I just now relized that !!!


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,



p/s-beautiful comes in all shapes and sizes.Stay fab !

Tuesday, December 11, 2012

Ole-Ole dari Terengganu


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Hari nie selangor cuti, tapi saya tak cuti sebab kawan-kawan saya perlukan perkidmatan saya di offices , jadi nak tak nak saya kene hadirkan diri...tapi saya datang dengan tangan kosong namun waktu balik dari keje ada kejutan di atas meja.

Sangat terharu terima kasih kawan , ingat jugak awk kat saya ya...ingatkan dah lupa.Pemberian ini amat bermakna buat saya , saya akan gunakan dan pakai selagi boleh.Weee...

Cantik tudung nie ! saya suke..nanti saya pakai ya...mesti meriah nie.
Kene cari baju pulak yang sepadan dengan tudung nie nanti.
Aishhh ! terujeee...

Yang nie memang awesome ! penanda buku , disebabkan saya suke baca buku..jadi kawan saya beli yang nie jugak...katanya friends forever !
wahh ! banyak lah koleksi penanda buku saya nanti, yang ada pun sayang nak guna.Kawan saya cakap batik book mark nie dari buatan tangan orang yang pakar batik di sana...ermmm i like it !

okey lah kan , jadi sesiapa yang ada pergi bercuti tu kalau nak hadiah kan azie ole-ole dari sana , memang sangat2 dialu2 kan..hehehe..:D
peace ! 

p/s:serasa nak pergi terengganu pulak...nak cari abg ganu..weee!

Sunday, December 9, 2012

Ingatan !


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

3 hal yang tidak pernah terlambat untuk dilakukan:-

Mencintai
Memaafkan
Memperbaiki diri



[̲̅̅A̲̅][̲̅̅S̲̅][̲̅̅S̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅L̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅M̲̅][̲̅̅U̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅L̲̅][̲̅̅A̲̅][̲̅̅I̲̅][̲̅̅K̲̅][̲̅̅U̲̅][̲̅̅M̲̅] !!

Tuesday, December 4, 2012

Every person should feel good about who they are!

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,



Allah tak pernah menjanjikan langit selalu biru...
Jalan hidup tanpa batu...
Matahari tanpa hujan...
Kebahagian tanpa kesedihan...
Kejayaan tanpa perjuangan...
Tapi Allah janjikan...
Kemudahan bersama kesulitan...
Rahmat dalam ujian...
Ganjaran dalam kesabaran...
Keteguhan dalam perjuangan...

Kejayaan kekayaan kemulian itu semua ujian
tapi jangan pernah lupa.
Kemiskinan kegagalan juga satu ujian.
Hakikatnya hidup ini satu ujian.

Ucapkanlah Alhamdulillah walau apa pun yang terjadi.
Insyaallah hidup akan di berkati..Amin~

Kaki kanan lebih panjang! adakah perlu di gergaji


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,


Menurut penelitian, 
kebanyakan orang mempunyai kaki kanan 
yang lebih panjang daripada kaki kiri.
Perbezaan panjang dari kaki kanan ini 
berkaitan dengan otot-otot kaki kanan yang lebih panjang 
dan lebih kuat kerana ia sering digunakan . 

Misalnya, ketika menendang bola, kebanyakan orang memakai kaki kanan.Ha...Ha...

Patut lah semalam saya baru beli kasut baru nak pakai time party kat opis , alih2 melecet di bahagian kaki kanan,
yang peliknya kaki belah kiri okey cun terbaik !!

terpaksa lah saya mengunakan selipar ajaib kat opis 
utk melegakan kesakitan di kaki kanan...he...he...


p/s-dah tak cun sebab kasut tak pakai !uweekkk...