سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,
Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersama
Menempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA
Bukan kerana menyandang puncak dunia
Tetapi bijak menangkis rintangan
Peka membela nasib dan maruah negara
Menjadi tulang belakang keteguhan semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA
Bukan kerana jernihnya mutiara
Mengalir deras di kelopak mata
Tetapi senantiasa mengumpul cahaya
Menghitung hari dengan selembar nasihat
Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS
Bukan kerana menjadi sebutan
Sehingga menjulang keegoaan
Tetapi dalam mencari ilmuan
Menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mata
Tetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwa..
hehehe...azie pun suka baca...mcm beri semangat mcm tu...
ReplyDeleteaha meliputi seluruh peringat seorang wanita..
bole jer kalau nak tuju ~ bole tuju lagu?hahaha
bole lah pada semua lelaki...sibuk ja nak jugak !wink3
ReplyDeleteAlahmdulillah...berbunga hati bila membacanya...KY suka
ReplyDeletealhamdulillah ! berbunga ya...confirm ada taman nie...hehehe..terima kasih sebab suke..:D
Delete^_^ cover semua peringkat ni...nice writing Azie...terkedu saya baca
ReplyDelete^-^ iya cover semua peringkat..terkedu eh ! oppps...terlebih sudah...nice reading too...hehehe
Deletesgt setuju!
ReplyDeletelike it, satu kata-kata yg indah buat si gadis.
yup nurul iman...seindah nama mu..ahaks..
Deletehttp://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
ReplyDeletetinggalkan jejak..done follow
terima kasih...mungkin saya dah follow...hehehe..opss ! thanks sebab singgah sini..nice to meet you..
Deletebaca entry ni tiba2 tingat tajuk drama tv.. runtun qalbu, hukk...
ReplyDeletehaaaa...runtun qalbu??what...ada kene mengena ker nie...weeee !
Deletesalam azie
ReplyDeleteSuka ta membcanya..nice
Azie kita sering mencari kesempurnaan dln idup ni. Tapi kita sering lupa untk memperbaiki kekurangan dlm dri sendiri.
Cermin itu penting bg setip insan membina dan mperbaiki keperibadian dlm diri ini..
Aku-saya-Tirana aduka
salam TA,
Deleteterima kasih sudi membaca...betul2 tapi kita lupa memperbaiki kekurangan diri...
Assalammualaikum azie.. :)
ReplyDeleteAzie..lana suka part ANAK.
"Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula"
Tak tahulah apa untung nasib mak n abah lana bila akhirat nanti.. ya la, tah pa2 la yg lana buat slama jadi anak pada mereka berdua ni,uhhuuhu..
w'salam lana :)
Deleteohh ! lana suka part anak ya..nice kan..ermm harap azie dan lana sama2 menjadi penyelamat ibu bapa di sana kelak..in shaa allah !
ermm...mcm ada idea jer untuk lelaki...sat pikirkan dulu..wee:D
ReplyDeletesuka baca ni.. nice sharing.. ;)
ReplyDeleteterima kasih kerana sudi membacanya...:D
Delete