Thursday, December 20, 2012

TakdirMu Telah Tertulis


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,



Teruji sekeping hati dengan kehadiran insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman.Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan.Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan.Hati mana tidak berbunga harapan.

Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan.Namun,tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampian. Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.

Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan. Namun , kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.Setiap segala yang berlaku diluar perancangan kita, barulah kita sedar bahawa ada kuasa yang maha Agung telah mengaturkan semuanya.

Jika sesuatu ditakdirkan menjadi milik kita, berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah. Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya.

Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah, kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-gala nya adalah milik Allah. Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita , itu lah rezeki kita jua dariNya.Bersyukurlah ! Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita. 

Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian.Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya.Makanya , kita teruji dan mendepani hari-hari suram. Cubalah sedaya upaya menerima kenyataan dan redha segala ketentuanNya.

Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana , tentunya Dia mengetahuinya.Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya.

Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya, In shaa Allah..yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan.

>>untuk sahabat2 saya>>
Tunjangkanlah resah mu di dada solat...
Himpunkan peritmu di genggaman doa...
Tutupi kekecewaan mu dengan ketaqwaan...
Dan nilaikan kesucian hatimu dengan keikhlasan hati.


3 comments:

  1. kebahagian pasti ada buat kita sentiasa..

    KY suka baca entri ni..terbayang insan tersayang

    ReplyDelete
  2. Salam Azie...
    Setuju dengan Ayie...

    Takdirku jua telah tertulis azie tapi aku mencuba yang terbaik buat daku....

    ReplyDelete
  3. nice sharing ^^

    dh lama x dgr 4 baris ayat kt ending entry tu...

    ReplyDelete