Wednesday, January 15, 2014

Indahnya Cinta Dalam Diam

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum



Rasa yang tidak pernah hilang, datang dan pergi sesuka hatinya,
yang mendatangkan cinta, yang mendatangkan rindu, 
yang mendatangkan kekaguman adalah dari Nya. 
Sungguh hanya boleh menerimanya dengan keindahan cinta yang terukir di hati, dengan meraih puing puing rindu, dengan jiwa yang tak tersentuh.

Mencintaimu dalam diam..
Ibarat pungguk merindukan rembulan.
Kerana cinta tidak harus saling memiliki, cinta tidak harus terikat,
kerana cinta yang sebenarnya adalah cinta yang mekar di hati, 
di manapun dan bagaimana ianya
selalu bersemi di taman hati.

Mencintaimu dalam diam..
Maka izinkan untuk tidak mengusik ketenangan hatimu, 
hanya dalam untaian doaku sebut namamu dan kusapa dirimu. 
Cukup buat aku tersenyum melihat kamu bahagia. Merasa jauh, tapi sangat dekat di hati, akan kututup rapat, akan ku pendam rindu ini, 
sampai pada saatnya nanti waktu mengizinkan pertemuan itu.

Mencintaimu dalam diam..
Meski pun lelah kerana menunggu yang tak mungkin ada, 
hanya bayangan mu semata-mata.

Ingin menyandarkan lelah ini di bahumu ….
sambil membisikkan aku tak akan pernah merasa lelah, 
lelah menyayangimu meski pun dalam diam.

Dan aku akan mencintaimu dalam diam..
Selama tak ada yang menghapuskan cinta dalam diamku,
aku kan bertahan dan jika aku tak kagum lagi padamu,
maka aku tak kan pernah lagi menulis tentangmu.

Aku tak akan pernah berhenti mengukir namamu di hati.

" Mencintaimu dalam diam, aku bahagia..
Menyayangimu dalam diam, aku gembira..
Merindukanmu dalam diam, aku tersenyum..
Bersyukur masih di beri rasa itu meski pun dalam diam..

Hanya engkau yang Satu - Allah SWT "

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 2014 - Dia Lelaki Hebat

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum



Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.  Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

  Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
   Aku melihat cahaya dari lidahnya.
 Seandainya kamu melihat Baginda, 
seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
          Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
            Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
          Apabila Rasulullah berasa gembira, 
wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

              Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
             Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
        Wajahnya seperti bulan purnama.
            Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
            Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

         Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
            Garis-garis merah di bahagian putih mata, 
luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
              Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
           Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
            Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, 
renggang di bahagian depan.

            Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
            Janggutnya penuh dan tebal menawan.
              Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
             Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
             Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
              Rambutnya sedikit ikal.
              Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

              Rambutnya terbelah di tengah.
              Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
              Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
               Seimbang antara kedua bahunya.
              Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

             Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
              Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
            Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
             Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
             Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
             Warna putihnya lebih banyak.
             Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
              Warna kulitnya putih tapi sihat.

p/s-klu dapat jumpa mau pengsan...he3..tak terkata !!kelu...sebab dia lah lelaki hebat..jadi kita syg dia...kita rindu dia..sgt2..



Tuesday, January 7, 2014

An Important Message for U to excel 2014

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum



H+A+R+D+W+O+R+K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E
12+15+22+5 = 54%

L+U+C+K
12+21+3+11 = 47%

None of them makes 100%
Then what makes 100%???

Is it Money?
NO!!

M+O+N+E+Y
13+15+14+5+25 = 72%

Leadership?
NO!!!

L+E+A+D+E+R+S+H+I+P
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16  = 97%

Every  problem has a solution, 
only if we perhaps change our "ATTITUDE"

A+T+T+I+T+U+D+E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

It is therefore OUR ATTITUDE towards LIFE 
and WORK that makes OUR life 100% 
success..
Amazing mathematics and thats 
why I Love it because it's like our life
Go excel and be happy in 2014.



Monday, January 6, 2014

Wanita perlu lebih tidur

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum


Wanita yang kurang tidur dikatakan sering 
mengalami kemurungan dan kerap marah.
Otak lakukan banyak tugas pada siang hari ambil masa pulih

Siapa memerlukan lebih banyak tidur, wanita atau lelaki? 

Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: 
Otak wanita memerlukan lebih banyak masa 
untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari.

Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki 
yang tidak mendapat cukup tidur.

wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan 
kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang.



Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak 
seharusnya lebih lama daripada 90 minit 
kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk. 

“Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab 
untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, 
memisahkan dirinya daripada deria dan 
masuk ke dalam bahagian pemulihan.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.

Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih 
kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding 
lelaki kerana melakukan pelbagai tugas.

p/s:-dah jom tido girl !!

Sunday, January 5, 2014

Novel Kahwin 6 Bulan Aje?!

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya. 

18801982

EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!

“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?”

“Hitam.” - Ixuna

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir

“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna

“Grrr… Lain?!” - Emir

“Lut sinar.” - Ixuna

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? 
Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? 
Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…

Emir ingin merasa air tangan isterinya, 
Ixuna malas nak layan… 

Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, 
bunga beralih tangan kepada kakak iparnya… 

Emir minta kiss, siku makannya! 
Dan Emir minta pelukan kasih sayang, 
seterika panas yang Ixuna berikan! 

Akankah berterusan ikatan perkahwinan 
yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? 

Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan 
seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?

p/s-novel minggu ini..top seller MPH.

Saturday, January 4, 2014

Bagaimana Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum




Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan.

Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.

Rasul juga selalu mencontohkan sesuatu itu dengan menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, “Kamu cantik sekali hari ini.”

Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”.

Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati.

Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari.

Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.

Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya.

Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita sebaik-baiknya.


“jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah.Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.


Wednesday, January 1, 2014

Bloglist Puterikasih.com 2014

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum


puteri kasih
Click Banner Diatas untuk Joint

 “Saya ingin tersenarai dalam bloglist puterikasih.com 2014 kerana 
blog puteri kasih semakin popular 
dan saya ingin menjadi sebahagian daripada kepopularan itu.
Trafik dianggarkan 
800 - 1100 unique visitors (UV) setiap hari".Bole gitu !


Happy New Year 2014

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum


Hope 2014 its the best year ever and I will get a surprise in my life...
good bye 2013....welcome 2014....be nice!! X0X0
Dear past thank you for your lessons.
Dear future I'm READY.
Dear GOD thank you for giving me another chance.

Photo: Hope 2014 its the best year ever and I will get a suprise in my life...good bye today and 2013....welcome 2014....be nice!! X0X0

Azam tahun baru adalah...RAHSIA !!kekeke