Saturday, January 4, 2014

Bagaimana Rasulullah mengajar cinta dalam Islam?

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum




Rasul sendiri selalu memberikan kehangatan kepada isteri-isterinya, terutama Aisyah. Beliau selalu bermain serta memuji Aisyah. Sederhana dan mudah dipraktikkan untuk memelihara kehangatan.

Contohnya dengan mengamalkan untuk mencium isteri 3 kali dalam sehari. Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Kalau boleh, dihadapan anak-anak agar mereka boleh melihat ibubapanya yang bahagia.

Rasul juga selalu mencontohkan sesuatu itu dengan menyampaikan kata-kata yang baik kepada isteri setiap hari seperti, “Kamu cantik sekali hari ini.”

Rasul mencontohkannya dengan selalu memanggil Aisyah dengan jolokan si “pipi merah”.

Ekspresi seperti ini, walaupun nampak mengada-ngada, tetapi ia merupakan doa yang terungkap dari dalam hati.

Tidak perlu membelikan alat-alat kecantikan yang mahal agar isteri menjadi semakin cantik dari hari ke hari. Cukup dengan memujinya setiap hari, maka isteri akan kelihatan lebih cantik, meskipun semakin tua dari hari ke hari.

Kerana kecantikan isteri ada di dalam hatinya.

Amalan baik ini akan selalu dilihat oleh Allah. Allah berjanji apabila ada hambanya yang melakukan kebaikan dengan berusaha memelihara kasih sayang dan menjaga cinta sebagai seorang suami kerana Allah, Allah akan semakin mendekatinya.

Bila hambanya mendekati dengan berjalan, Allah akan menjemputnya dengan berlari. Janji ini sepatutnya dijadikan motivasi bagi kita untuk selalu menjaga keluarga kita sebaik-baiknya.


“jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah.Masih ada perjalanan panjang dalam rumah tangga nanti”.


17 comments:

  1. selalunya alkisah cium isteri dan anak 2 kali sehari..sebelum pergi kerja dengan sebelum tidur.. kena cari lagi satu masa untuk cium diorang.. bagi cukup 3 kali sehari.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak cukup kan 3 kali sehari...yang lagi satu tu time beriadah di rumah...sambil2 tukan pun bole....hehehe
      most welcome..

      Delete
  2. Ayat kat bawah sekali cik suke...jangan menghabiskan cinta dan kasih sayang pada masa sebelum menikah...
    Amik sebagai pengajaran kan azie kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup !bole...sebab nanti dah kawen semua tu tak sempat nak buat...sebab sebelum tu pun dah pernah buatkan...jadi tak perlu kot semua tu...sabar dan tunggu...pasti bahagia !

      Delete
  3. org sekarang terlalu byk permintaan . memenuhi permintaan sebagai lambang kasih sayang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes vee ! tapi kene tengok jugak permintaan jenis yang mcm mana utk membuktikan lambang kasih sayang..ahaks

      Delete
  4. tetiba rasa nak cepat kahwin. hahahaha =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bole jer Nurulee....lagi cepat lagi bagus...hehehe =)

      Delete
  5. masa bercinta beria ia, masa dah kawen biasa biasa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg mcm tu lah yang kita x nak berlaku ewan...klu bole sentiasa beria ia..hehehe maksudnya selepas kawen laa..

      Delete
  6. Salam.

    Romantik Rasulullah, cukup sederhana.. Tapi skrg, ramai yg terover,hehehe. Mengalahkan yang dah bernikah pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam lana.

      yup!!sangat romantik !terover tu maknanya mengada2...hehehe

      Delete
  7. suka dengan entri azie ni...especially ayat last tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks puteri...ayat yg last tu kalu org baca tak paham..akan terasa !huhuhu...maapkan saya !ngeh3

      Delete
  8. entry awk ni mmg sengaja umpan sy kawen cepat2 kn, hukk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.....memang pun.....kawen cepat2 caliph....syiokk tuuu....ahaks

      Delete