Saturday, May 31, 2014

Hajat - Dia

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum





Dia hanya dia di duniaku
Hanya dia dimataku
Dunia terasa telah menghilang tanpa dia dihatiku
Sungguh sebuah tanya terindah
Bagaimana di menarik sedarku
Tak perlu kubermimpi yang indah
Kerana adanya dia di hidupku
Aku ingin dia yang sempurna
Untuk diriku yang biasa
Aku ingin hatinya
Aku ingin cintanya
Aku ingin semua yang ada pada dirinya
Aku hanya manusia biasa
Tuhan membantu aku untuk berubah
Untuk memiliki dia
Untuk bahagiakan dia
Untuk menjadi seorang yang sempurna
Untuk Dia...Akhirnya kini Dia pergi...
Itu lah Hajat dan Takdir...


Sunday, May 4, 2014

Sifat Cute Di Sukai Lelaki! #remaja

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum

Girls, banyak faktor yang boleh menyebabkan seorang jejaka jatuh cinta pada kamu terutamanya bila kamu mempunyai sifat-sifat yang agak comel dan keanak-anakan.

Jom ketahui apakah sifat ‘cute’ yang di sukai oleh jejaka di luar sana...

❤ PEREMPUAN MEMAKAI PENDAKAP GIGI
Jika kamu menganggap pendakap gigi hanya menghodohkan kamu, ternyata salah! Ini kerana kebanyakan lelaki menganggap golongan gadis seperti ini sangat- manis dan comel lebih lagi apabila si gadis itu tersenyum lebar sambil mata tertutup rapat...satu hari nanti !!!

❤ MEMAKAI GINCU / LIP GLOSS PINK
Kenakan gincu atau lip gloss bewarna pink terang pasti si dia akan sentiasa tersenyum melihat kamu. Jangan salah sangka ini tidak bermakna si dia sedang mentertawakan kamu tetapi ia seakan satu ekspresi yang menunjukan bertapa syukurnya dia miliki gadis seperti kamu!x minat...

❤ KASUT FLAT SHOES
Jika kamu seorang gadis yang kecil dan rendah. Jangan lupa pakai kasut flat shoes yang sesuai dengan gaya kamu. Percayalah, si jejaka pasti akan berikan kamu markah A+ untuk tahap kecomelan apabila memerhatikan cara kamu berjalan dengan kasut yang selesa itu...



❤ KETAWA SEPERTI SEORANG PEMALU
Jangan menganggap jejaka tidak mementingkan cara seorang gadis gelak. Adakalanya dari situ mereka akan menilai siapa diri kamu dan apa karakter sebenar kamu. Oleh itu, biasakan diri dengan ketawa sambil metutup mulut dan mata terpejam seperti seorang gadis pemalu berbanding ketawa terbahak-bahak. Ini kerana, jejaka menganggap perempuan yang ketawa dengan ‘pelahan’ lebih comel dan manis berbanding gadis yang ketawa seperti mengilai.

❤ JADI DIRI SENDIRI
Andai kata kamu mempunyai sifat yang ‘unik’ dan istimewa jangan malu untuk tonjolkan pada si dia. Ini kerana, lebih unik seorang gadis itu, lebih comel dia kelihatan. Itu pegangan seorang jejaka. Tak percaya ? cuba kamu tanya si dia!

❤ IKAT RAMBUT TINGGI
Psssttt, jejaka menganggap gadis yang suka mengikat rambut tinggi sambil memakai sweater adalah golongan gadis yang comel. Jadi cuba kamu guna teknik ini bila keluar malam dengannya. Wahhh, pasti si dia akan terpikat dengan gaya kamu yang bersahaja itu. Tetapi awas, jangan pula pakai di waktu tengah hari! Elok-elok si dia puji ada pula yang di cacinya nanti.

❤ TULANG PIPI TIMBUL  KETIKA SENYUM
Dengar seperti pelik bukan ? Namun percayalah teknik ini akan membuatkan si jejaka mencubit pipi kamu sambil kata “comelnya awak hari ni!”. Ini terbukti kerana jejaka memang suka dan geram melihat wajah yang mempunyai sifat ‘tembam’ di bahagian pipi. Jadi tunggu apa lagi senyumlah seikhlas mungkin di hadapannya. Bukannya masam mencuka...selalu buat kalau amil gambar selfie!hahaha..opsss

❤ OLESKAN PEMERAH PIPI
Andai kata kami individu yang tidak mempunyai bentuk tulang pipi yang cantik, jangan panic. Gunalah teknik make up yang betul dan bersesuaian. Pastikan kamu oleskan pemerah pipi yang mampu membuatkan pipi kamu nampak lebih ‘naik’ dan gebu!

❤ SUARA MANJA
Girls, inilah masanya! Gunakan segala kelebihan yang kamu ada untuk memikat hatinya. Gunakan suara kamu yang lembut dan manja itu bila bersembang dengannya. Si dia pasti akan cair dan lemah bila mendengar! Masa itu jika kamu minta apa sahaja pasti si dia akan turutkan.

❤ FRINGE RAMBUT
Satu jawapan sahaja bila kita tanya pada jejaka potongan rambut di hadapan yang macam mana menampakkan seorang gadis itu kelihatan comel ? si dia pasti akan menjawab potongan fringe! Jadi, gubalah gaya ini untuk menunjukan bertapa comelnya kamu sebenarnya...pakai tudung lagi comel !!

pic form google #sample