Tuesday, November 29, 2011

Beza Cinta..Sayang...Minat...dan Suka..

Cinta – Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi, tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau.


Sayang – Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya.


Suka – Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu. Dan dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah.


Minat – Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.


Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.

Thursday, November 24, 2011

Bertegur sapa

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak
bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...

" KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "

...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...

" BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

SO JGN LA KITE X BRTEGUR SAPA

Wednesday, November 23, 2011

Mencari Pelangi


Bagi jiwa-jiwa yang merasakan kehidupannya sentiasa kelam dan muram hingga menjadikan matanya silau melihat kehidupan.
Bagi jiwa-jiwa yang sering kecewa dengan dosa-dosa semalam dan ragu-ragu menghadapi hari esok.
Yakinlah, bahawa Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan seluruh perjalanan hidup kita sudah ditentukanNya sejak azali lagi. Tidak ada satu episod daripada kehidupan kita melainkan sudah diketahui oleh Allah bahkan Allahlah yang menentukan segalanya dengan ilmuNya yang Maha Luas.
22. Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (Tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam Kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Al Hadid)
Bahkan Allah yang mengatur kehidupan kita itu Maha Lembut terhadap hambaNya, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan Allah yang telah menentukan skrip dalam setiap episod hidup kita itu ialah Allah yang Maha Adil dan Maha Mengetahui. Bahkan ketika kita berdoa mengadu dan membongkarkan segala kelemahan diri, Allah lebih mengetahui segala kelemahan kita samada yang zahir dan tersembunyi.
Ketika kita bermunajat mengadu dan memohon keampuan akan dosa dan kesalahan kita, Allah berkata “Aku tidak peduli”. Ya, Allah tidak peduli bahkan tetap akan diampunkan dosa-dosa kita walaupun dosa kita memenuhi langit dan bumi.
Daripada Anas r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah saw bersabda : Telah berfirman Allah SWT ; Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada-Ku, Aku tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam ! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui-Ku, sedang engkau tiada menyengutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi pula. (Hadis riwayat Tirmizi)
Bahkan dalam satu hadith Qudsi Allah swt menggambarkan bahawa Dia begitu suka kepada hamba yang bertaubat lebih dari seorang musafir yang kehilangan tunggangan dan bekalan makanannya ditengah padang pasir. Ia terus merentasi saat-saat yang begitu memeritkan hingga akhirnya ia menggali lubang dan berteduh lalu dipejamkan matanya. Apabila dibuka semula matanya ternyata tunggangan dan bekalan makanan minumannya berada didepannya hingga dia begitu gembira lalu berkata “Ya Allah, engkaulah hamba dan akulah tuhammu” (Tersilap kerana terlalu gembira). Wahai jiwa-jiwa yang sering menangisi kelemahan diri atau merasakan dirinya sering disakiti hati dan perasaan.
Ketahuilah, setiap keluhan jiwa kita, setiap luka-luka dihati kita dan setiap titisan air mata yang kita tumpahkan semuanya dalam ilmu dan perhitungan Allah bahkan Allah begitu kasihkan hamba-hambaNya lebih dari apa yang kita sangkakan. Inilah kunci kebahagiaan jiwa, kelapangan dada serta kejernihan hati dan fikiran. Disinilah letakkannya kebahagiaan hakiki, bukan pada kemudaan yang akan meninggalkan kita, harta yang akan berkurangan atau apa saja yang bersifat sementara.
Sungguh, sekiranya kita benar-benar mengerti tentu kita akan menemui kebahagiaan itu begitu dekat dengan diri kita bahkan sebahagian dari jiwa kita. Namun kesibukan dunia sering melalaikan kita hingga kita tidak mampu menerokai kekayaan yang telah Allah bekalkan pada kita untuk mengharungi kehidupan ini. Sungguh Allah itu Maha Lembut dan Maha Pengasih kepada hambaNya.



Monday, November 21, 2011

Maaf!!!!

salam blogger,hari nie saya tahu silap saya kat mana...
maafkan saya...saya akan terus berusaha ke arah yang lebih baik
hari ini memang silap saya
saya tidak yakin dengan kemampuan diri saya..akhirnya saya kecundang juga 
hari ini memang silap saya
dari mula nama saya dipanggil saya dah dapat rasakan
saya x mungkin dapat buat yang terbaik nanti
tapi saya dah cuba dan dengan tenang saya selesaikan juga
akhirnya saya silap juga
saya tahu ini memang silap saya
maafkan saya..
saya berjanji akan buat yang terbaik lagi 
berilah peluang sekali lagi untuk saya tebus kesilapan saya itu.
saya tahu ini memang silap saya..
adakah kesilapan saya nanti akan diingat untuk selama-lamanya
ya!!saya akan ingat untuk saya terus tidak buat silap lagi
tapi saya jadi takut..takut dengan diri sendiri
ini lah saya
saya mesti kuat...maafkan saya




Sunday, November 20, 2011

Special Date

salam blogger,you know what day is TODAY..today is 20/11/2011 = 20112011 so awesome kan.Certain dates, when written down in figures, have a very interesting appearance.


so what do you believe?hahahaha

Saturday, November 19, 2011

Bersabar Lah Hati.

‎'Belajarlah bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu,Bersyukur kepada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk semangat berdikari kamu,Bersyukur kepada orang yang m'jatuhkan kamu kerana dialah orang yg m'perhebat kan abiliti kamu,Bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.



Friday, November 18, 2011

Nasi Lemak

Mama punya nasi lemak ! Perghh SUPERB Umpphhh ! Dengan telur rebus tengah dia cair . Omaigoddd ! ♥
Serius nikmat gila nak mati ! aku makan macam... ahh nak lagi ! tapi malangnya tong aku dahh full :D
Memang tido kekenyangan lah malam ni :D


Wednesday, November 16, 2011

Badai Semalam


Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.


  Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.


  Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.


  Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.


  Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?
 
Pelakon:Erra Fazira
             Aaron Aziz
             Fizz Fairuz
 
Tenaga Produksi :Pengarah : Khairunazwan Rodzi
Pengarah Artistik : Irwan Ismadi Shahrim
 
Tiket :RM30, RM50, RM70, RM100, RM150, RM300
 
Tempahan/Pembelian Online:www.ticket2u.biz
Hotline : 03-4147 8600
 
Maklumat Lanjut:
Box Office,
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur.
Tel : 03-40265558


azie dah pun book n beli ticket nie awal tahun nie..bulan mac lalu...dasatkan
so minggu nie dapat lah melihat Seth Tan dengan lebih dekat lagi
wahh!!!





 

Monday, November 14, 2011

I Just Wake Up


salam blogger,today Not really in the mood of study...so how?
if I not manage to get the result I want I cannot go the place I dream of.
Well, being really restless today
Opps
Here some tips for everyone WHO is having exam now or want to release tension..don't be stress
It do really make my life better With all the books SURROUNDING me...
check it out!!!

1.Junk foods around YOU or CHOCOLATE...yummy!!!
is proven that is really delight one
(side effect) u are going to gain weight babe

2. Facebook/Blogging/Dota (lolzzz) which mean online
well I do believe that Online can relax your mind
(side effect) Time will flies

3. Watch some dramas or do some SPORTs
some It relax your mind and eyes (no longer reading the stupid text)
(side effect) u might be very tired and fall sleep later on because it always happen on me.
hahaha...

Sunday, November 13, 2011

Saturday, November 12, 2011

::..TIDAK MUDAH...TAPI AKAN TERASA INDAH..::


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan tehiris,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi,,
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.. 

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan yang lemah,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya,,
Agar kita sentiasa tabah dan kuat..

Tidak MUDAH memberi, ketika diri sendiri dalam kekurangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain,,
Agar diri akan terasa lebih bahagia.. 

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina,,
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian diri...
agar diri kita Ikhlas dalam menggapai redha Ilahi..

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih bersedih memikirkannya,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah permulaan dari kejayaan kita..

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh,,
Untuk mengecapi kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya.. 

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat..

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera,,
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur,,
Dan menyedari itu adalah sebahagian daripada cara Allah menyayangi hambanya...

Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..-)

Thursday, November 10, 2011

Lecturer in accounting!!!

salam blogger...sekian kali nye after bercuti agak lama..banyak bende yg sudah di tinggalkan..tetapi nasib amat menyebelahi aku..start jer keje 1st day..aku di tawarkan jawatan Lecturer in accounting at my offices..terkejut,tak sangka,gembira,takut..semua menjadi satu..biar betul..x tahu apa2 nie..mcm mana leh jadi mcm nie..berkat kesungguhan selama ini..doa yg x pernah putus..akhirnya!!!


maka dengan ilmu yg penuh di dada dan keyakinan yg tinggi aku melangkah dengan yakin..melebarkan sayap untuk mendidik anak bangsa..(aumm...jgn takut ya aku x mkn org)...now dengan langkah yg berani aku teruskan jua perjalanan keja harian ku...


Bermula di sini.........


sambil mencari sample..untuk meneruskan demo kita pagi itu ya
baca doa ya adik2 cikgu nak start mengajar dah nie...
ar u ready?

aku bersama seorang teman (fifi-bukan nama sebenar) yang banyak membantu
sekiranya aku buntu mengatasi masalah yg perlu di titik beratkan.

ini merupakan student yang bijak dan berkebolehan tinggi..
taniah fiona-bukan nama sebenar.

mcm-mcm dugaan yang di tempuhi dalam masa seminggu nie..begitu juga lah aku...tapi aku rasa lebih seronok di sini dengan pekerjaan ini...bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian..ecehh!!!nanti ari minggu semakin busy lah aku nanti..mcm mana tu?no live lah pulak...

kelas sampai ke petang..so tired!!!rehat kan minda dan diri to continue the next module
tunggu student la nie!!!please be punctual!!!
ade yang kene denda...

so aper pun yg berlaku dalam diri kita..kita mesti teruskan usaha dan tabah menghadapinya..
don't give up,and set your mind that u can do it!!don't say i try..because "try" not enough to be strong!!
just keep on - holding on,you can get what you need to be!!peace vv











Monday, November 7, 2011

Drama Kekasih Awal dan Akhir


Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

Cerita cinta ni nampak mudah dan klise kan, kisah cinta 3 segi, kekecewaan..Pandai Aaron Aziz ambil pelakon Siti Saleha pasangan keramatnya..hehe tau tau je orang nak tengok pasangan ni berlakon lagi di layar perak kan.

Macam mana rupa Aaron Aziz jadi pelajar IPT ni hehe..nampak macam dah buleh jadi pensyarah..:)

citer nie dah mcm kuch kuch hota hai...mesti tengok nie..



Friday, November 4, 2011

selamat hari raya haji everyone!!!


sebesar atau sejauh mana pengorbanan kita?
atau...adakah kita benar-benar berkorban?
atau hanya sekadar menyambutnya setiap tahun?
Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Bercuti...ADDIOSSS.

Thursday, November 3, 2011

cinta x mungkin bersatu

" mencintaimu, xbermaksud ku harus memilikimu selamanya.. " Wahh.... Cmne tu...

live + laugh + love = who?

Wednesday, November 2, 2011

Wanita Itu Indah

Wanita ibarat epal,Epal yg tidak b'kualiti amat mudah diprolehi kerana ia b'guguran ditanah,tetapi,epal yg tidak mampu dimiliki berada di puncak! Susah dipetik,susah digapai,tp kdg² epal tu risau,kenapalah diriku belum dipetik lg? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah,sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehigga tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar² beriman saja yg mampu memilikinya...(^_~) ♥~




Tuesday, November 1, 2011

Most Banking people's lifestyle... :D

monday-blues mood
tuesday-medium mood
wednesday-lounge mood
thursday-mania mood
friday-passion mood

 "You can never change the past or control the future, but u can change the mood of the day by touching someones heart with your smile."
I start my work todayy!!!yahooo!!!

1.11.11

1.11.11.png
Today is a special day – the unique date of 1.11.11 only comes around every 100 years. (although, ten days from now we will have the even cooler 11.11.11) But for me, it is special for another reason…
so cool..!!