Monday, November 7, 2011

Drama Kekasih Awal dan Akhir


Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

Cerita cinta ni nampak mudah dan klise kan, kisah cinta 3 segi, kekecewaan..Pandai Aaron Aziz ambil pelakon Siti Saleha pasangan keramatnya..hehe tau tau je orang nak tengok pasangan ni berlakon lagi di layar perak kan.

Macam mana rupa Aaron Aziz jadi pelajar IPT ni hehe..nampak macam dah buleh jadi pensyarah..:)

citer nie dah mcm kuch kuch hota hai...mesti tengok nie..



2 comments:

  1. haha..pasti la amik heroin dia..mana tau nanti kebaboom cam citer nora elena tu..

    Adakah Aaron abg saya tu menjadi semacho dan seromantik Ahmad Seth Tan? :P

    ReplyDelete
  2. macam tak sesuai aje laa pelakon aaron aziz bawak watak studen IPT....cari laa pelakon yg lebih muda mcm 'botak' juvana tu ke..?

    ReplyDelete