Tuesday, December 31, 2013

Blog kembali pulih...LEGA!!

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum




Blog kesayangan saya nie , tetiba tak bole buka.Bila buka akan pop up error message "Blog has been removed". Pelik !! saya tak buat apa pun.Mungkin dah lama tak log in agaknya.Dia merajuk dengan tuan dia.Sebab terabai...

Bila dah dapat in..mcm nie pulak rupanya...hai laaa...
saja lah tu nk suruh tuan dia , buat balik...amek masa nie.
Abis link blog kawan-kawan saya hilang...Sakit pulak hati kita.Asal jadi mcm nie ya ! serius saya tak paham.

p/s-tunggu dulu lah ya...nanti saya buat balik..tahun baru pun nak dekat.Bole lah nie.

Sunday, December 15, 2013

Sticky Love Note 6

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Meriah nya Blog saya.....hehehe

bole tak buat entry mcm nie...

TAMAT.


Thursday, December 12, 2013

Salam Jumaat

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum




Wednesday, December 11, 2013

IKEA

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Jarum menunjukkan pukul 12 tepat , adik-adik offices keluar lunch senyap-senyap...takut kantoi !Nie akak dia mai dah...nak pergi mana nie...haaa...nak ikuttttt.....jom !Saya apa lagi capai hp plus purse...laju jer saya follow!!haha


Pergi IKEA kata nya nak beli perabot , 
saya apa lagi amek peluang turut serta membeli..ngeh3
baru adil !!dah penat membeli kami makan makanan ruji di sana...Meatball 20 pieces untuk seorang tau !kenyang....untung saya ada orang bawa kan...huhuhu

Masuk offices 3 petang !awesome....nasib baik Selangor cuti...tapi kami tak cuti pun..hahaha...itu yang best !

Tuesday, December 10, 2013

Awek Chuck Taylor Teater 2014

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum



Dapat panggilan dari sister Aishah untuk ke teater ACT nie , dia punya lah excited suruh akak dia tolong belikan ticket untuk tahun depan februari.Kami dah baca sebab tu lah nak tengok teater pulak...ke3
Untuk kawan2 yang ingin turut serta kami bole lah melayari dan membeli ticket nya di TIX.MY
Harga RM25 satu, di PJ Live Arts Centre. Apa lagi, belilah dan bergembiralah.
Jumpa anda di sana....di sana...



ACT bercerita tentang Hafiz. Dia bertemu dengan gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Gadis ini lain daripada gadis-gadis yang dikenalinya sebelum ini. Mira ada wawasannya sendiri. Tak mudah mengikut rentak orang lain. Dia Mira gadis yang penuh pendirian. Garang tak bertempat, ganas, kasar dan outspoken.

Mengenali Mira membawa Hafiz mengenali Aiman dan Nana; adik beradik Mira. Dan hubungan mereka makin rapat. Saya senang dengan persahabatan yang terjalin antara Aiman dan Hafiz. Namun keakraban mereka terganggu apabila Nana menyimpan rasa pada Hafiz. Bila saja Mira tahu, hubungannya dengan Hafiz turut berkocak.



Hafiz sememangnya bukan watak hero terbaik. Dia mudah rasa insecure. Memerlukan pasangan sebagai pelengkap hidup. Daripada menjadi secret admirer Sheila. Kemudiannya awek cemburu buta bernama Fadilah, awek yang kaki cukur bernama Bella... semuanya sudah menunjukkan yang Hafiz tak suka berseorangan. Dia ada masanya kelihatan sangat terdesak untuk mendapatkan teman. Agak loser di situ.

Watak Mira pula kelihatan lebih dominan. Daripada segi gaya bahasa, gerak tubuh menunjukkan dia tak mudah dibayangi dengan watak-watak lain. Nana lebih natural. Malah rasanya watak Nana yang gagap itu lebih mudah diingati. Overall saya rasa ACT adalah satu bacaan yang menarik tetapi mungkin cukup hanya sekali saya membacanya.

Sunday, December 8, 2013

Dapur Azie - Resepi Kuih Donut Mudah & Lembut

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

Tak sabar tunggu hujung minggu , pertama bole rehat...ermmm...
kedua bole main masak-masak...pastu makan sampai lebam.
Alkesah !asal tengok iklan jer confirm teringin ! asal tengok orang makan jer teringin..asalkan bole jer...confirm buat....tapi klu nak buat mesti nak yang pantas , sedap dan kenyang...jadi !!!

Check it out !

Resepi nya mudah gila...

Tepung 3 cawan 
Mentega 2 sudu besar
Telur 1 biji
Susu pekat manis / cair pun bole ikut suka
Yis 1 bungkus kecik tu
Gula pasir 3 sudu
Gula Caster
1 cawan air suam



Cara-cara paling awesome...

Cairkan mentega dan ketepikan. 
Gula dan susu disatukan di dalam air suam,
 kacau supaya gula larut. masukkan yis, kacau lagi.

Biarkan selama 10 minit.

Pukul telur sedikit dan campurkan bersama mentega cair tadi.
Selepas 10 minit yis akan naik berbuih-buih,
masukkan pula mentega yang dicampur telur tadi.kacau.

Masukkan campuran yis ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum,
Gaul sebati.Biar adunan lagi selama 45 minit.

Banyakkan tepung ditangan supaya adunan tak melekat.
(adunan memang agak lembik).
Ambil sedikit adunan, bulatkan...lubang kan di tengah-tengah.

Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan api sederhana. Alih selalu supaya dapat warna yang sekata. Setelah agak kekuningan bolehlah diangkat
 Tabur gula caster atau hias dengan coklat cair dan ditabur dengan coklat rice..

p/s-klu doh tepung masih banyak lagi 
simpan saja di dlm freezer suhu biasa
klu nak makan lagi...bole goreng saja...senangkan.

Saturday, December 7, 2013

Starbucks Fever !!

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum



Di sebab kan Cafe nie baru open sebelah office saya , jadi untuk itu selama 5 hari berturut-berturut
saya tak miss membeli nya..HEAVEN !!!
Nak joint jom jumpa saya di sana...hehehe


Monday, December 2, 2013

The Heirs Korean Drama

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

tumblr_inline_mkx41geSrR1qz4rgp

Memperkenalkan waris anak orang kaya lagi muda bersama heroinya gadis miskin.
The Heirs - Waris
Kim Tan seorang lelaki kaya yang memiliki syarikat conglomerate yang besar dan hebat.
Beliau memiliki harta kekayaan yang tidak ternilai dengan aset yang berjuta-juta 
namun beliau berkata "saya kaya tetapi sunyi".

Maka terserempak lah dengan Cha Eun-Sang yang melawat kakaknya di Amerika Syarikat yang memikirkan tentang pelajaran dan ingin berkahwin dengan lelaki yang baik.Namun hasrat nya terbatas kerana kehidupan daif beliau bersama ibu tercinta.

The_Heirs-001

Ermm.....tak dapat nak teruskan sebab saya baru tengok episod 1 hingga 3...hahaha...nanti sambung lagi...weeee...
saya layan drama korea nie setelah semua novel saya berada di dalam kotak.
Malas punya pasal...saya tonton online jer...kekadang layan drama korea nie syiokk jugak...feeling2 romantik gitu !!ahaks

p/s-lepas nie sambung drama korea Secret Love..lagi sikit nak abis...tungguu!!

Thursday, November 28, 2013

My Name IS LOVE...

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


Sesetengah orang mengeluh, merungut, kecewa, sedih dan sehingga ke tahap benci membenci apabila sudah putus cinta atau cinta terhalang.Cewah !! Jika sebelum ini panggil 'sayang', sekarang sudah panggil 'aku-kau'.Harap ini tak akan berlaku pada saya.Atleast kita boleh jadi kawan.Bole ker?

Bercinta bertahun-tahun tapi akhirnya kahwin dengan orang lain.Bercinta dengan salah orang..Hendak salahkan siapa? Jangan cepat melatah. Walaupun pada awalnya, saya pasti, sukar untuk anda redha tetapi lama-kelamaan, anda akan memahami hakikat dan hikmahnya.Saya juga mengalami pengalaman yang sama.Kekadang rasa nak lari jauh bawa diri.Ada sampai satu tahap tu menagis menggila.Nak jerit kang orang dengar jadi menangis lah jalan terbaik.Ini apa yang saya rasa.Sedih memang sedih.Tapi nak buat macam mana.Allah dah tentukan.Jadi....

Orang yang mencintai saya juga mengalami perkara yang sama.Katanya "hati memang nak...tapi x boleh" terus saya hilang punca.Dia sanggup tunggu saya.Oh ! hati saya jadi sakit.Dia lagi lah...berbaldi-baldi agaknya air mata dan kata-katanya yang berbekas di hati "kalau sy tak dapat awk di dunia , sy cari awk di syurga".Sebak !!!lap dengan tisu...sob3!

Maka...berjanji lah dengan saya , yang awak akan teruskan hidup awak tanpa diri saya...ok!!senyummm...

Dan, apabila anda sudah memahaminya, janganlah anda kembali kepada cinta yang palsu itu. Menujulah kepada cinta yang kekal abadi iaitu CINTA ALLAH.


Persoalannya, Mengapa Kita Bercinta Dengan Orang Yang Bukan Jodoh Kita?

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuan-NYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Ingatlah bahawa Allah bersifat dengan sifat 'cemburu', Dan, sifat 'cemburu' itu tidaklah sama dengan cemburunya kita. Allah itu 'cemburu' apabila ada hamba-Nya melakukan dosa dan apabila dalam hati hamba-Nya, ada cinta selain Dia.

Ingatlah bahawa menyimpan cinta selain Allah dalam hati ibarat membina rumah daripada sarang labah-labah. Rumah yang paling lekeh dan akan musnah bila-bila masa walaupun sekadar dirempuh angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Wahai kekasih yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Jangan biarlah hati anda digigit derita putus cinta. Bisanya akan membuatkan hati anda mati dan lupa dengan nikmat lain yang pernah Allah beri. Pesanan dari saya, jangan cuba bermain CINTA jika tidak mahu MENDERITA. Jika anda hendak BERCINTA juga, bercintalah dengan insan yang TEPAT.



If you love someone like a flower, 
the flower will dies in season ...

If you love someone like a river,
the river will flows forever (insya-Allah).

p/s:-hebat sangat ker cinta itu? - sebesar lautan ~1007


Tuesday, November 5, 2013

Wanita Cantik Sempurna Pada Usia 31 Tahun

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum

LONDONPakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita 
berusia akhir 20-andan awal 30-an berada di garis 
puncak kesempurnaan dan lebih menawan
berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita , baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya.



Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan
termasuklah pengacara TV dan pengadil program.

Kebanyakan wanita British 
yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak ,lebih
berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.

70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila
dia berkeyakinan , 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya.

p/s:- ok skrg semua tengok kat cermin cakap pada diri "mcm cantik jee...mcm comel jee..."ulang 10x in sya allah...



Sunday, November 3, 2013

Wanna Ali - Lepaskan

سم الله الرحمن الرحيم
 
Salam Blogger,
 
Assalamualaikum
 
 
Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku kuatiri
 Sejak terjadi cerita itu...cerita itu..
 Makan minum ku dah tak terjaga
 Asyik memikirkan tentang kamu
 Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari

Lepaskanlah lepaskan semua
 Tiada makna jika bersama
 Dalam hidupku oh setiap hari
 Yang kita pasti ada masalah
 Dengannya

Lepaskanlah lepaskan semua
 Tiada makna jika bersama
 Dalam hidupku oh setiap hari
 Yang kita pasti ada masalah
 Dengannya

Ku jadi tidak tentu arah
 Entah apa yang ku kuatiri
 Sejak terjadi cerita itu
 Cerita itu

Lepaskanlah lepaskan semua
 Tiada makna jika bersama
 Dalam hidupku oh setiap hari
 Yang kita pasti ada masalah
 Dengannya

Lepaskanlah lepaskan semua
 Tiada makna jika bersama
 Dalam hidupku oh setiap hari
 Yang kita pasti ada masalah
 Dengannya
 
p/s:-Jika Dia Meninggalkan Tanpa Alasan...
Jangan Biarkan Dia Datang Dengan "Alasan"...
 
 

Friday, October 25, 2013

Selamat Tinggal Semua

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger

Assalamualaikum

Apa yang di rancang 3 tahun lepas telah pun berakhir , pejam celik pejam celik , saya dah pun berpindah di rumah baru yang di beli tanpa sengaja.Teruja dan gembira itu rasa saya ! Bila segugus kunci rumah berada di tangan rasa nak berlari-lari di tepi pantai...cewah ! 

Namun , bukan itu cerita nya..tunggu ! yang lebih menyedihkan saya akan meninggalkan rumah lama saya untuk di sewa kepada penyewa tidak lama lagi ! Selamat tinggal bilik tido ku yang sangat dicintai.Hanya kamu saja yang memahami bila tuan mu penat keluar ke mari mencari rezeki.

Apartment To Let In Menara Duta 2, Segambut, Next To Mont Kiara (Fully Furnished) - Kuala Lumpur
Banyak barang telah pun di kemas.

Banyak kenangan di sini , nak2 lagi ruang balkoni yang saya suka...bole menghirup udara pagi yang segar lagi mendamaikan.

p/s:-syahdu gile bila saya beredar meninggalkan rumah nie...sob sob sob....

Thursday, October 17, 2013

Kulit Cantik dan Sihat Bersama Shaklee

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger

Assalamualaikum

Sejak kawan saya memperkenalkan saya dengan product Shaklee nie , saya sangat lah teruja...Mana tak nye asal ada perkataan Cantik dan Sihat memang semua wanita diluar sana mendambakannya , termasuk lah saya! ahaks

Supplement tambahan ini yang saya ambil untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan dan daya ketahanan fizikal mahu pun mental ! 


Set D - Kecantikan dan Kesuburan...

Jom check it out kebaikan dan fungsi :-

Vita-E Complex

♥ Membantu pembentukan collagen yang penting untuk menguatkan sel-sel
tisu dalam badan. Collagen adalah sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Collagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit.
♥ Antioksida yang baik
♥ Membantu pulihkan sel akibat luka / jerawat.

Vita C

♥Anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel
♥ Anti aging vitamin
♥ Merawat dan mencerahkan parut
♥ Membantu kemusnahan vitamin A dan C
♥ Membantu penyerapan oksigen
♥Mencantikkan kulit

B-Complex


♥ Mengandungi B2 iaitu Riboflavin yang dikenali sebagai beauty vitamin.
♥ Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.
♥ Atasi kelesuan / stress
♥Menaik kan seri muka
♥Memperbaiki mood agar sentiasa happy dan ceria !!

Macam mana teruja tak...uolls bole lah try nanti ! terbaik..

p/s:-Harap lepas nie cun mcm neelofa lah...weeeee

Wednesday, October 9, 2013

Release and Relax sampingan

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger

Assalamualaikum


Gymnasium FitnessFirst sebelah my offices
Jom join....yang girls kita sauna dan dance zumba ok!
Untuk release and relax....
Lepas tu sambung buat keje , confirm bersemangat dan cantik...hahaha


Friday, October 4, 2013

Mereka Sahabat Yang Baik

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger

Assalamualaikum

Haaaa...baru boleh muncul sini , ahaks...

"Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh"

by Najwa Latif

yana , kyong , adda and me

Lagu nie khas untuk mereka , mana tak nya setiap petang after office hours saya akan diundang menyanyi di sebelah mereka , lagu tak kesah ! apa-apa pun jadi...lepas tu gelak sampai keluar air mata sebab suara saya sumbang ! tapi yang pelik nya hari-hari request..hahaha

Mereka mendengar cerita saya , lawak saya , mood saya , perangai diva saya , yang tak tahan kalau saya buat muka...confirm jadi bahan.Mungkin selepas nie , suasana akan jadi sunyi , sebab mereka tiada di sisi.

Mereka di pindahkan di branch Kuala Lumpur , saya di PJ...kan jauh sikit tu.Masa salam dengan mereka  , rasa sebak ! saya tahan jer nak nages..HAHAHA...kalau mereka tahu , confirm nak tengok saya nages , tau dah ! JAHAT ! 

Apa pun saya doa kan mereka berjaya di sana.
"Yana and adda jaga diri elok2 , keje tu jgn kusyuk sangat , hehehe , kita ngan kyong sentiasa merindui kawan..."yang penting kalau ada sale di Pavilion bagi tau kita , kita datang sana ASAP...weeee"



Thursday, September 26, 2013

She is a girl Nur Allynaz Qairina

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger

Assalamualaikum


Yeahhh ! tunggu punya tunggu akhirnya dia selamat dilahirkan pada 25/09/2013 bulan 9..ehem like her auntie...kekeke



ermm...ermm...ikut muka siapa ya?!
Ini ayat saya sebelum akak saya melahirkan dia
"Si comel nak kuar ker tu?!" tak sabar...relax azie relax
Ini soalan gila saya...
"Rasa apa?! sakit tak?! bertahan tarik nafas lepaskan perlahan²..ok good !!
Jangan putus asa you can do it...
ok tarik panjang lagi....tahan!!! ok hembus sekali lafaz...
Bila baca balik whatapps nie saya balik yang tergelak....

Ini semasa akak saya rasa sakit sekejap² malam tadi...saya yang over excited
Alih² 5 tajam pagi...Puteri yang ke-3 selamat melihat dunia..
Mudah dan senang !! good girl...ahaks

Lepas tu saya tak tahu saya memberi semangat atau saya yang bersemangat...keh3

p/s: 1 - Nur Allysya Qistina
      2 - Nur Allyka Qismina
      3 - Nur Allynaz Qairina

Wednesday, September 25, 2013

Happy Birthday to you Puteri Kasih

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger

Assalamualaikum


Wishing you lots of happiness , success , love and good health puteri kasih.
hehehe...kita kenal awak melalui alam maya jerkan...tak pernah bersua muka...
Puteri Kasih seorang blogger and penulis novel , kalau nak tahu lebih details pasal puteri kasih bole lah terjah blog beliau..memang awesome

PUTERI KASIH...ahaks

Thanks a lot puteri kasih banyak ilmu yang azie dapat kat blog awk...ngeh3
Dan puteri juga rajin balas jejak dan tinggalkan komen dekat blog azie...tq tq


Tuesday, September 24, 2013

Congratulation to my younger sister...

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger

Assalamualaikum




Dear sister, you are an inspiration to all of us. Now you can spread your wings and fly. We hope your dreams take you to the most special places your heart has ever known.


Awesome reward after 5 years struggles
for Bachelor of Electrical & Electronic Engineering Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).



Last but not least wishes you success and thanks sebab belanja kita tadi...hahaha


Thursday, September 19, 2013

Senyuman Mu Pengubat Resahku


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger

Assalamualaikum 



Buatlah orang lain gembira
maka Allah akan mengembirakan
kita dengan perkara yang tidak disangkakan...


Wednesday, September 18, 2013

Cinta Jannah

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 



Kenapa saya pilih awak? sebab awak istimewa bagi saya #cinta jannah

Sehingga hujung masa 
Berbisik sendiri dan terbit suara kalbuku
Kasihku...tuluskah cintamu
Sebuah jawapan ku damba dari bibirmu...bibirmu



Saya dah jatuh cinta dengan drama nie..tak tau kenapa?! mungkin sebab lakonan mereka...ermm...ermm..



Monday, September 16, 2013

Reblog Bersama Puteri Kasih Tentang SECRETS

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

Memang itu lah dia perkataan pertama yang sama nampak , nampak sama kan...tapi story nya lain...lain sangat...!!!





Secrets bermaksud rahsia.Untuk itu entry ini sesuai dengan perempuan , wanita dan gadis-gadis di luar sana untuk mengetahui RAHSIA menjadikan lelaki gila bayang...Amacam teruja tak uolss !! jom check it out...

PANDAI JAGA PENAMPILAN

Pandai jaga penampilan ini termasuklah juga dalam kategori pandai jaga diri dan macam mana uolss menunjukkan kepada orang ramai perangai uolss ye.Pastikan yang penampilan uolls tu ada ciri-ciri perempuan dan bukannya ciri-ciri kaum adam.Sebelum pergi kerja ataupun pergi kelas , mekap dan pakai cantik-cantik dan lepas tu jaga adap tu.Tak cantiklah kalau muka dah lawa , pakai baju lawa-lawa , sekali terpekik terlolong.Nak nampak gojes kene nampak cool ok.BERSEDERHANA ya.

Sambungan kepada point di atas , pastikan diri uolss sentiasa amalkan kesederhanaan.Tak payah nak make up tebal-tebal , dan pakai baju lady gaga semata-mata nak tarik perhatian orang ramai.Kalau masuk fashion show atau ada majlis-majlis penting tak apalah jugak.Ini setakat nak pergi pasar pun nak make up tebal-tebal dengan gincu merah pekat kat bibir...confirm lelaki takut nak dekat sebab uolss akan dilabel perempuan kaki kikis.Selain itu , jangan suka amalkan terpekik terlolong apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat.Pastikan 'line clear' baru buat.Jatuh saham nanti..tak diva ok !!

MANJA BUKAN GEDIKS

Lelaki suka perempuan yang tunjuk perangai manja tapi bukan manja untuk amik kesempatan atau terlebih manja a.k.a gediks.Euwww sana...Euwww sini..Nak nampak manja tak perlulah sampai nak nangis terhentak-hentak kaki yek...Biasanya perempuan akan nampak manja bila ada perkataan olo...atapun ala...lepas tu buat muka berkerut uolls tu.Mesti hancur leburlah hati jantan lelaki nih.Nak lagi syahdu uolss cebik bibir uolss.Eceh...cutenye...

CERIA DAN SENYUM SOKMO

Dalam banyak-banyak senjata perempuan , ini senjata RAHSIA yang uolss kene gunakan waktu keadaan stress.Senyum uolss tu mampu menawan hati lelaki.Ditambah pulak dengan perangai ceria ala-ala dalam ceria korea...Perghh !! Marbeles wa cakap lu..uolss akan nampak menyerlah.Cuba senyum sikit...kan tomei tu..Smile...and the world will smile with you babe!

MUDAH MESRA

Mudah mesra atau dalam kata lainnya mudah memberi kerjasama.Tapi hati-hati , lelaki akan mudah cari kesempatan dengan perempuan yang mudah mesra.Jangan terlebih mesra , cuma amalkan mesra di tempat kerja ataupun dalam kelas je.Selain daripada itu kalau dah nampak lelaki ni macam ulat beluncas , nak melekat sana , melekat sini , mengeliat sana , mengeliat sini, lepas tu dia bagi nafas syahwat naga dia , korang dah boleh buat tendangan percuma dekat anak gajah dumbo dia.Pastikan mengena !!!opsss stylista sangat...

JAGA DIRI SENDIRI

Akhir sekali , RAHSIA yang paling mujarab adalah jadi diri sendiri.Apabila uolss sayang diri uolss , orang lain akan sayang diri uolss.Kalau semua orang perangai sama , mana nak nampak keistimewaan diri tu kan?Ramai perempuan tak perasan yang dalam diri mereka tu ada sifat blur-blur.Apabila lelaki cakap mesti uolss akan blur.Blur tu lah yang menampakkan uolss sweeeeeet sangat !Tapi jangan terlebih blur.Bebal tu namanya.Jadi , just be yourself.

Sekian...



Wednesday, September 11, 2013

Sticky Love Note 5


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum



Seharian penat bekerja...Lega nya bila dapat balik rumah !!tenang jer...Apa?ada bulan yang cantik dekat luar....bintang?
Mereka tersenyum pada saya !B A H A G I A nya...
Anda bagaimana?!

Tuesday, September 10, 2013

Novel 13 Jam A380

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum




Saya peminat novel , semua mengenai watak dan jalan cerita saya obses !!maapkan saya...saya habis baca novel 13 Jam A380 masa raya ke 2 dan ke 3 , orang lain sibuk nak raya , saya sibuk nak habiskan membaca... memang teruja sangat-sangat sebab baca online dengan versi cetak tak sama feelnya.

Bila dah habis baca...ada satu perasaan gila saya datang ! rasa nak try naik airbus A380 nie , ok saya simpan perasaan tu...Bila makcik saya sampai kg , saya terus shoot tanya berapa harga ticket MAS..OMG ! OMG ! pergi balik almost 15k ,fuhh ! terbatuk saya !huk3...mana lah tau kan naik-naik terjumpa jejaka seperti Haidar macam dalam novel nie kan...hahaha...perasan ! but i like...



 Wpun saya suka kan watak Haidar , tapi..tapi saya cemburukan watak Fawwaz dengan Almas Iman...oh ! no so jeles...jeles gila !

Tara...


Faliq Nasimuddin - figura yang secara tidak langsung menjadi pencetus mimpi Hana Sofea...Awesome guy!

Faliq?! ala dari keluarga Naza Group tu...ahaks

Apa pun tq Eve buat kehidupan saya lagi teruja...tak sangka pulak Eve sama umur dengan saya...Cun pulak tu...Sorry Eve I terprome you pulak eh !

p/s:-stalker !! my habit...jaga2...


Saturday, September 7, 2013

Padah Ais Krim PoP


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


Ini lah padah nya kalau gigit ais krim pop , sampai hancur pipi dalam mulut....pedih !!!! Terlalu asyik dengan ais nya saya tak perasan..mungkin sebab sejuk beku bila kunyah tak rasa apa-apa , bila nak berhenti...haaaa amekkk !! 5 batang sekali gus saya kunyah ! 

Lepas tu nak makan apa pun tak bole....hanya makanan yang lembut-lembut jer bole telan...T E L A N tau bukan kunyah ! nanti terlanggar sakit ! padan muka saya !uweekkkk....tapi saya suka warna biru laut tu...perisa masam2 manis...hahahaha cool ! 


Thursday, September 5, 2013

Loyalty Award 2013

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,


Assalamualaikum




Yeahhh! genap 5 tahun sudah saya berkhidmat di Standard Chartered Bank -  Scope International.Gift Voucher Jusco bernilai RM700..awesome ! 

Saya tak tahu kenapa saya kekal di sini , mungkin takdir bukan kebetulan.Sebab masa study dulu saya memang ambil kos Accounts jadi memang kena lah kan saya di sini.Saya di bahagian Systems and Technology.
Bukan di bahagian kuanter! memang tak akan jumpa lah...sila ke kuanter 3 untuk pertanyaan ya...hehehe

Di bahagian ini pulak saya in charge for SME. SME maknanya Small Medium Enterprise for company.Kalau ada company di dalam dan di luar negara untuk melabur dalam bank SCB nie bole lah saya uruskan.Kekadang ada jugak company yang melabur berjuta-juta...dia punya cerewetnya hanya hati saya yang tahu !azab! satu sen pun berkira....fuhhh ! time tu muka saya nampak tabah jerr...ngeh3

Tapi tu lah saya suke keje nie , tak tahu kenapa?! mungkin sebab hari-hari kira duit...jadi hari-hari saya berangan jadi orang kaya...jgn marah ya boss...lalalalala 


Wednesday, September 4, 2013

Happy Birthday To Me In Advance - Age is Beautiful

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


Ya Allah ! tak sangka ada kejutan di office for my birthday , sepatutnya hari nie , tapi mereka advancekan semalam...hope this day make me more happiness , success , love and good health...Amin! 

Birthday given from all my friends
- Dua buah novel
- Coklat Kit Kat
-Bantal peluk leopard
-Make up pouch

Dia jiran !hahaha

Terima kasih pada keluarga dan rakan-rakan yang wish my birthday di semua media...love you all...eh kejap-kejap !kek tak ada...sebab birthday in advancekan so tak dapat lagi..wakakaka...errmmm..atau pun tak payah lah !!!

makan-makan time  - full !

Ok ini yang paling best , entry best wishes form Puteri Kasih...tq..tq...don't make me cry and crazy puteri...anjat gegirl !!!

From puteri kasih blog - warna favorite kita , kan best kalau dapat betul-betul hadiah tu..ahaks

p/s-go glow and let it show. Cause only that way the haters will cry like a baby! LoL