Monday, May 27, 2013

Kesayangan Saya Membuai Perasaan Dikala Suka Dan Duka !

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 

Ini lah kesayangan saya...tiada yang ke dua mahupun ke tiga..
Kalau hilang mahu meroyan berkala-kala..
Sudah khatam berkali-kali tapi tetap tak puas hati...nak lagi...nak lagi...



Jazakallahu Khairan Kathira

Sunday, May 26, 2013

Sticky Love Notes 3

سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 



Jika kita menjaga hak2 ALLAH,
Nescaya ALLAH akan menjaga hak kita.

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu senang,
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita susah.

Jika kita ingat pada ALLAH sewaktu kita sihat,
Nescaya ALLAH akan ingat pada kita sewaktu kita sakit.

P/S:biar kita susah, asal jangan menyusahkan



Friday, May 24, 2013

Tersalah atau Kebetulan atau Leka...Mungkin yang nie..Melopong !



سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

Hari Khamis yang lepas saya pulang awal dari offices, area pukul 4 macam tu lah kan.After BCP di menara Stand Chart saya balik opis sekejap.Untuk membantu anak-anak buah atau lebih kurang memantau keje mereka sebelum saya pulang ke rumah.Lega !! settle...Alhamdulillah saya bole pulang dengan hati yang lapang.

Opsss ! saya tak balik memandu kereta..no ! no !kereta di rumah..parking baik punya..So saya balik dengan kereta panjang...trenz !saya ada driver sendiri...bayar saja dia terus meluncur laju ke destinasi yang saya tuju.

But ! sebelum tu...saya terkejar-kejar nak sampai ke trenz , sehingga saya rasa mcm tak kene jer ruang yang saya masuk nie! kenapa cantik sangat...wangi !
arghh ! lantak lah masuk jelah...then tanpa di duga..saya nampak guy !sedang......ok dia basuh tangan !jap..jap...
oh ! papa...saya tersalah masuk toilet...ayahhhh tolong kitaaaa....kita tersalah masuk ! maluuuuuu.....mana nak letak muka nie....

Tanpa bersuara ! bagai nak gugur jantung, saya terus berlari mcm hantu ! sekali tengok mcm orang terdesak nak mintak penampar ! saya tabah...relax!
saya tak tahu nak buat apa...saya berjalan laju..sehingga trenz pun sampai !fuhh! selamat...harap "guy" tadi tu x der lah mengejar saya dari belakang. Yelah dah menodai "beliau" dengan kehadiran saya yang tak diundang malah memeranjat kan...

Kejadian ini berlaku gara-gara saya dok asyik bermain dengan handset di tangan, sampaikan saya x sempat nak baca sign toilet lelaki...oh ! omg...malu kot..lepas nie confirm fobia nak masuk toilet kat trenz dah...saya sanggup tahan...x kira ! 




Sunday, May 19, 2013

I Love You, Stupid! - Melur Jelita


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 

Abang pedas? Eye Mo aku!


“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”

“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”


Semua rasa ini dapat kita rasa melalui watak Iris dan hero-hero pujaan hatinya Inspektor Ebrahim, Firman, Aidan, Matt dan tidak ketinggalan anak kecil yang bernama Ahmad serta watak-watak lain yang melengkapkan diri Iris sebagai pelajar, anak, kakak dan diva pemburu dan pembunuh lelaki. Diawal cerita mengisahkan kenakalan Iris dan sahabatnya yang menggelar diri mereka divas. Walau bagaimanapun kenakalan mereka telah membawa pertemuan dengan Inspektor Ebrahim aka abang pedas aka Eye Mo yang telah memberikan surat saman kepada gadis bawah sedar dan kurang cerdik. Dari situlah bermulanya episod cabar mencabar dan bermain mata dengan Insp. Ebrahim yang mengepakkan rama-rama diperutnya. Satu insiden yang menyebabkan Iris menyesal seumur hidupnya apabila maruah dan kredibiliti Insp Ebrahim dicalarnya dengan fitnah. Agak kecewa pada mulanya kerana watak Insp Ebrahim berakhir begitu sahaja selepas Iris dan divanya graduate dari UM.

Ebrahim:-" You impressed me." Mataku tetap tidak memandangnya
Iris:-"I hate you,"bisikku tercunggap-cunggap ,geram.
Ebrahim:-" I love you."
Mataku terbuka luas ,terkejut. Aku terus melirih ke arahnya.
Ebrahim:-"I love you, stupid!" tambahnya , bisa.



Kisah selanjutnya adalah tentang 2 misi Iris ke Kemboja sehingga menemukan Iris dengan Mr Bodyguardnya Firman dan Matt serta mai tuan (mama Firman) dan Fatimah (adik Firman) yang menjaganya sepanjang dia di kemboja. Agak misteri misi kedua Iris kerana selain misi bantuan derma, Iris ingin mencari anaknya semula. Bila masa dia kahwin? Dengan siap? Dr Aidan main couse nyakah? 

Sepanjang Iris di Kemboja, Iris terpaksa tinggal serumah dengan mai tuan dan Fatimah. Dengan segala kedaifan, Iris belajar menyesuaikan diri dengan orang disekelilingnya kecuali manusia bernama Firman yang bermulut puaka. Ada sahaja pertengkaran yang berlaku sehingga mai tuan terpaksa masuk campur. Iris sering lepas laku apabila berdepan dengan Firman manakala Firman sering mengusik Iris dan ada kalanya agak keterlaluan dan kasar. Identiti Firman terbongkar suatu hari dan bermula daripada kejadian tersebut Iris rasa tertipu kerana Firman yang sebenar adalah Insp Firman Ebrahim yang dicari-carinya. Walau bagaimanapun, merajuknya tidak lama. Kejadian buruk yang menimpa, lucu dikejar babi hutan, direjam buah cermai, dimandikan Firman dan ditelangkup langit baldi, rasa sunyi dan tidak berpunya merapatkan semula Iris kepada si lanun Firman. Bibit-bibit cinta mula berputik tetapi masing-masing cuba menyembunyikan rasa, hanya mata yang berbicara dan skala rama-rama yang mengepak diperut dan didada Iris menjadi ukuran tahap pesona Firman dimata Iris.

Iris:-"Bye my love...you're hot! But I'm hotter than you...lebih pedas...lebih berapi...abang pedas,adik berapi."
Firman:-Bye my precious.Awak berapi?saya lebih berapi.Siapa yang mendekati saya ,pasti rentung."



Ikutilah cerita selanjutnya tentang misi rahsia Iris, sejarah Kemboja dan kezaliman Pol Pot, rahsia hati Firman, Aidan dan Iris. Siapakah yang menjadi pilihan Iris? Dr Aidan main course yang handsome dan kaya atau Firman yang lanun tetapi lelaki yang boleh membimbing dia menjadi wanita solehah.

p/s:Thanks a lot K.Melur Jelita mula membaca saya kagum...kemudian saya geram...seterusnya saya hanyut dalam cinta Firman & Iris..You're so awesome author !!

Monday, May 13, 2013

Pelangi Cinta Buat Suami - Acik Lana


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


Karya yang masih boleh dipuji..satu kelainan dimana keinginan seorang isteri menakluki hati beku si suami dengan pelbagai cara.
Cinta hadir dari pelbagai rupa , segi dan cara , memang pun di mana Imanina sanggup mengenepikan "privacy" seseorang.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak.

Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina. Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya.

Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit...Begitu lah setia nya Imanina menunggu suaminya hingga akhir hayat.

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”



Lagu Tema Novel 

Tuesday, May 7, 2013

Lelaki Eksklusif - Wan Awliya Rayqal


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum




NORA hanya gadis biasa-biasa saja. Tak serupa perempuan langsung. Tapi di mata Wan Mukriz, Nora sangat istimewa. Jadi tak salah dia serahkan hati dan perasaan buat gadis comel itu. Namun sangka Nora, Wan Mukriz sekadar bergurau. Apalah yang diharap pada gadis sepertinya. Jadi Nora buat bodoh saja.

“Kalau saya cari girlfriend, saya cari macam Nora.”

“Uiks, kalau macam tu ambik Nora saja tak boleh?”

“Serius?”

“Ngee, melampau bos ni.”

“Nora, saya serius ni.”

“Ya ke?”

Kemesraan yang terjalin, menjadi halangan apabila Wan Ariff , abang sebapa Wan Mukriz juga menaruh hati terhadap Nora. Mahu memiliki Nora tanpa mempedulikan perasaan Wan Mukriz.

Akhirnya, Wan Mukriz ambil keputusan untuk menikahi Nora tanpa pengetahuan sesiapa. Dan Nora terima lamaran Wan Mukriz demi menyelesaikan masalah peribadinya.

Mereka bahagia, namun bahagia mereka bersulam resah. Wan Ariff tak sudah datang mengganggu tanpa disedari yang menjadi idamannya itu ialah adik ipar sendiri.

Mampukah mahligai bahagia yang dibina dalam rahsia itu bertahan sedangkan Wan Mukriz tidak sanggup untuk berpisah dengan Nora?

Lelaki Eksklusif was a lovely, sweet and cheesy romance. The plot was interesting, although it predictable, but I truly enjoyed it! This book keeps you on your toes. 

Nora - gadis lincah yang nampak ganas tapi lembut dan manja.
Mukriz - jejaka yang penuh dengan kasih sayang. I adored him. 
Wan Ariff - manja, suka mendesak, suka menguasai, berdendam, merajuk dan kekurangan kasih sayang seorang ayah.

Pulang Mukriz dari luar negara, atuknya menempatkan Mukriz ditempat penghantaran. Di sana dia berkenalan dengan Nora yang agak tomboy tapi suka berjenaka dengan lawak sengalnya. 
Nora senang hati bila bersama dengan bosnya, Mukriz. Tidak disangka dalam hati sudah terbit rasa suka.

Ariff tidak suka melihat Mukriz bahagia. Sudahlah rampas segala²nya dari Mukriz, Nora juga Ariff nak kaut. 
Sudahnya, Mukriz dan Nora berkahwin apabila Mukriz menyelamatkan Nora dari berkahwin dengan lelaki tua demi membayar hutang ayah Nora. 
Hubungan mereka dirahsiakan sebab Ariff. Ariff sakit hati bila Nora mendekati Mukriz. Ada sahaja pelawaan Ariff terhadap Nora ditolak mentah². 

Bila Ariff dapat tahu Mukriz dan Nora bersedudukan, dia mengamuk. Mukriz menegaskan Nora itu isterinya yang sah. Ariff pula tidak mahu bertunang dengan Sharina. Sharina hanyalah alasan untuk menyakitkan hati Mukriz. Terperanjat semua orang.

"Orang kata apa yang kita buat, itulah yang kita dapat balik"

Padan muka Ariff, maknya Puan Marina dan neneknya, Hajah Zakiah. Semua salah hanya diletakkan ke bahu Mukriz. Terimalah buku dengan ruas.Nora bersemuka dengan Ariff dan meminta untuk tidak mengacau kehidupannya dengan Mukriz.


" Dialah orang pertama yang memberi peluang kepada saya bagaimana rasanya hidup disayangi. Dialah orang yang saya ada ketika saya menangis. Dialah orang yang saya ada waktu saya sakit. Dan dialah satu²nya orang yang saya ada. Saya tak boleh tinggalkan dia. Saya tak boleh lepaskan dia pergi hanya kerana saya takut hidup susah. Tiada yang paling susah dalam hidup saya kecuali satu perkara, susah nak cari orang yang menyayangi saya"


Friday, May 3, 2013

Surah Al-Khafi ayat 103 - 104


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum


 Always smile ;) 
Salam Jumaat.Moga penuh barakah. 

"Say, [O Muhammad], "Shall we [believers] inform you of the greatest losers as to [their] deeds?

[They are] those whose effort is lost in worldly life, while they think that they are doing well in work."

Al Kahfi : 103-104



Ini lah orang yang rugi, golongan yang rugi ini adalah golongan yang di dunia merana, di akhirat sengsara. Inilah yang dikatakan rugi. Walaupun di dunia, dia merasa bahagia, walhal dalam keadaan tidak sedar (tanpa mencari kebenaran) dia sebenarnya dalam kerugian.

p/s:-
sebagai panduan hingga bertemu lagi Jumaat akan datang..insya allah! (credit to Evelyn Rose)