Sunday, March 31, 2013

Sticky Love Notes 2



سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 



My actions become My Habits


Monday, March 25, 2013

Selamat Hari Polis ke 206


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum Detektif Conan...eh !ahaks


pic-My sister with Ally Iskandar buat liputan siaran langsung MHI semperna hari polis di PULAPOL
Selamat Hari Polis to my sister Hasmira Edora - Jurulatih Penembak


Jasa dan baktimu pada negara, agama dan bangsa tiada hadnya,
Nyawamu dipergadaikan demi maruah Malaysia,
Dikaulah satria sejati, wira abadi di hati kami,
Pantang mengundur, menghunus senjata demi ibu pertiwi,
Doa kami rakyat Malaysia agar semua angota PDRM walau dimana saja berada sentiasa dilindungiNYA,

Selamat Hari Polis.




Friday, March 22, 2013

WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

Genap two years blog PGGP & DAKU AMAT dalam dunia berblogwalkingnya , Congratulation Ayie !!! , sebagai blogger bukan senang nak kekalkan tahap popularity sesebuah blog dengan entries yang bermanfaat serta creativity yang sempurna untuk tatapan umum.Sangat mencabar tau !!

For this giveaway ! Azie nak joint...mana lah tahu bole menang hadiah yang awesome tu ker kan !!

Daku Amat Menyintai Mu
Joint?! just click this banner

Hadiah Awesome :-

Daku Amat Menyintai Mu


Syarat-Syarat Penyertaan : 


1 - WAJIB follow blog PGGP & DAKU AMAT dan LIKE fanpage Facebook.




2 - Buat entry bertajuk - WEEEHU! GIVEAWAY PGGP & DAKU AMAT.
3 - Copy BANNER GA dan GAMBAR HADIAH dan paste ke dalam entry uolls.
4 - Masukkan ke-8 syarat penyertaan di dalam entry uolls.
5 - Saiz banner dan gambar hadiah MESTILAH saiz yang telah DITETAPKAN


6 - Tag 5 rakan blogger lain (pastikan mereka tahu ditag).



7 - Tinggalkan URL entry yang dah siap dalam ruang komen GA penganjur.

8 - Terbuka kepada semua blogger warga Malaysia.


TARIKH TUTUP : 2 APRIL 2013

Saturday, March 16, 2013

Novel The Wedding Breaker


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 

Selangkah aku menghampiri-Mu, seribu langkah kau akan mendekatiku...

Selesai sudah membaca apa lagi haruss review the story right? Saya tak tahu kenapa saya bole tertarik dengan nama novel nie , Evelyn Rose !! lain dari yang lain , penulisan nya penuh "mantap". Love this novel ever !




Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tunang Tengku Juwita. Tujuan utama Tengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal . Perkahwinan ini juga diatur oleh keluarganya, Tengku Juwita tidak berani untuk membantah kerana Tengu Sidin terlalu garang. Kehadiran Ariana di hari pernikahan Tengku Juwita dan Tengku Adam Kamil telah menggembirakan Tengku Juwita kerana majlis itu batal tetapi tidak pada Tengku Adam Kamil.

"Adam...adalah bapa kepada kandungan saya."Suara Ariana ditinggikan sambil tanganya mengusap perutnya yang sudah memboyot.

 Selepas kejadian itu nama Tengku Adam Kamil menjadi bualan. Lantaran kesanggupan Ariana menjadi drama queen dia turut menerima pembalasan atas perbuatannya. Tengku Adam Kamil telah mengupah penyiasat untuk menyiasat siapa Ariana. Pada awal pertemuan Tengku Adam hanya mahu Ariana mengaku kesalahannya tetapi disebabkan kedegilan Ariana memaksa Tengku Adam melakukan sesuatu luar jangkaan Ariana. Dalam terpaksa,  setelah Tengku Adam meragut kesuciannya Ariana menceritakan apa yang berlaku.

"too late, Ariana."Satu kucupan lembut hinggap di ubun-ubun Ariana, ke pipinya dan terhenti di telinganya."Don't mess up with me again, sayang..."



Selepas kejadian itu Ariana banyak melakukan kerja amal bagi melupakan sejarah hitam yang berlaku pada dirinya. Tidak disangka - sangka Sebenarnya Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan . Dari situlah  pertemuan demi pertemuan Ariana dan Tengku Adam bermula. Perasaan cemburu hadir bila Tengku Adam melihat Ariana rapat dengan rakan kerjanya Harith. Bila perasaan cemburu menguasai diri, Ariana hampir di nodai untuk kali kedua oleh Tengku Adam. Ariana semakin membenci Tengku Adam. 

"I will forgive you this time, Ariana...But no second time.
No one can touch you besides me, remember?"

fuhh !sejuk badan..hati saya berbunga2..hahaha..what the awesome word! ahaks.

Atas nasihat Doktor Rosli merangkap kawan baik Tan Sri Mukhriz, Tan Sri Mukhriz melamar Ariana Rose tanpa pengetahuan Tengku Adam . Dan Keluarga Ariana menerima lamaran itu dengan hati terbuka. Ariana menerima pinangan dari keluarga Tengku Mukhriz , Tengku Adam merayu agar menerima dirinya. Kerana terlalu kecewa  gagal memujuk Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah . Balik dari umrah baru dia sedar gadis yang dipinang oleh mummy dan Daddynya ialah Ariana Rose perempuan yang digilai separuh mati.

"Mencintai itu bole jadi mengasyikkan dan mencintai itu juga bole jadi menyakitkan...Sangat menyakitkan".


Tengku Adam bersyukur kerana doanya telah dimakbulkan oleh Allah. Tapi tidak pada Ariana masih tidak tahu siapa bakal suaminya dan selama ini Ariana tak kisah. Dia Redha pilihan keluarganya. Tengku Adam yang dulunya kasanova kini berubah menjadi seorang lelaki yang boleh mengimamkan keluarganya. 

“I’m gonna miss you… I’d rather stay by your side. Always.”
“Sayang kat abang rupa-rupanya ya?”
“Mestilah, you are my bubbly boo and a naughty one too.”

p/s-thanks to Eve buat novel mcm nie ! so awesome plus sweets and make my day wonderful ever !


Sunday, March 10, 2013

Hilangkan Blackhead And Whitehead


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum

Entry Kecantikan kali nie, saya nak berkongsi serba sedikit bagaimana untuk menghilangkan blackhead dan whitehead di wajah supaya nampak lebih bersih , putih , gebu dan "JAMBU" hahaha..
Jom check it out !



telur ayam biasa yang ada di pasaran.


after that kita lubangkan sedikit telur itu untuk dapatkan putih telur.


sediakan kapas muka , kemudian celup dalam putih telur tadi dan tampal di bahagian muka.

Sudah abis letak di keseluruhan muka , biarkan ia kering sekeringnya , time menunggu kering bole lah anda melayari internet sebentar atau pun tido.Masa itu anda akan dapat rasa kan ketegangan di wajah anda mula beroperasi.

Bila ia nya betul2 kering anda bole lah membuka kapas di wajah dengan perlahan-lahan , mungkin anda akan rasa sedikit sakit tapi tak lah teruk mana pun..hehe..kemudian kita lihat !

TARaaaaa...


Nampak tak apa yang saya nampak !semua nya tertanggal , x payah picit atau mengguna product utk menghilangkan nya , dengan cara ini ia sangat mudah dan berkesan. 
Tak kira lady or gentleman..semua bole...
Must Try ! High Recommendation guy !

Photo: Kami amat berharga
Bukan utk dipersia..cewah !



Monday, March 4, 2013

Di Sabah bermula segalanya...


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 

Sayu....Sedey...Terharu...bila terbaca berita-berita dan laman-laman sosial mengenai tragic yang berlaku di Lahad Datu Sabah yang mengorbankan para perjuang kita untuk memastikan negeri Sabah dalam keadaan selamat.

Saya juga merupakan anak anggota , sudah pasti akan menitiskan air mata tatakala setiap nama yang terkoban di umumkan oleh pihak media.Hati siapa yang tak sakit , pedih memang pedih bila orang yang kita sayang dan menjadi harapan keluarga pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya.

"Hilangnya dirimu tiada gantinya
Doaku sentiasa mengiringimu-Selamat Berjuang Perwiraku"

"Jangan kau palingkan mukamu kearah dunia
kerana ianya hanya sementara 
Pandanglah kemanisan disana
Walaupun pahit perjalanan pejuang semua"


p/s-we all gonna Pray for u Lahad Datu n our Army !
" Hidup kami sebagai pejuang bangsa dan mati kami sebagai pahlawan ibunda "

Friday, March 1, 2013

Usai...Saya Buka Pintu


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger,

Assalamualaikum 


SEKEJAP !