Tuesday, December 10, 2013

Awek Chuck Taylor Teater 2014

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum



Dapat panggilan dari sister Aishah untuk ke teater ACT nie , dia punya lah excited suruh akak dia tolong belikan ticket untuk tahun depan februari.Kami dah baca sebab tu lah nak tengok teater pulak...ke3
Untuk kawan2 yang ingin turut serta kami bole lah melayari dan membeli ticket nya di TIX.MY
Harga RM25 satu, di PJ Live Arts Centre. Apa lagi, belilah dan bergembiralah.
Jumpa anda di sana....di sana...



ACT bercerita tentang Hafiz. Dia bertemu dengan gadis hipster anarkis yang bernama Mira. Gadis ini lain daripada gadis-gadis yang dikenalinya sebelum ini. Mira ada wawasannya sendiri. Tak mudah mengikut rentak orang lain. Dia Mira gadis yang penuh pendirian. Garang tak bertempat, ganas, kasar dan outspoken.

Mengenali Mira membawa Hafiz mengenali Aiman dan Nana; adik beradik Mira. Dan hubungan mereka makin rapat. Saya senang dengan persahabatan yang terjalin antara Aiman dan Hafiz. Namun keakraban mereka terganggu apabila Nana menyimpan rasa pada Hafiz. Bila saja Mira tahu, hubungannya dengan Hafiz turut berkocak.



Hafiz sememangnya bukan watak hero terbaik. Dia mudah rasa insecure. Memerlukan pasangan sebagai pelengkap hidup. Daripada menjadi secret admirer Sheila. Kemudiannya awek cemburu buta bernama Fadilah, awek yang kaki cukur bernama Bella... semuanya sudah menunjukkan yang Hafiz tak suka berseorangan. Dia ada masanya kelihatan sangat terdesak untuk mendapatkan teman. Agak loser di situ.

Watak Mira pula kelihatan lebih dominan. Daripada segi gaya bahasa, gerak tubuh menunjukkan dia tak mudah dibayangi dengan watak-watak lain. Nana lebih natural. Malah rasanya watak Nana yang gagap itu lebih mudah diingati. Overall saya rasa ACT adalah satu bacaan yang menarik tetapi mungkin cukup hanya sekali saya membacanya.

10 comments:

  1. assalamualaikum...azie s:)

    chuck tylor eh..keke
    mcm pernah dengar nama nih..
    pelakon kan? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ayie s:d
      pelakon...eh bukan2...azie pun tak tau mcm mana penulis bole letak buku dia tajuk nie...kekeke

      Delete
  2. Replies
    1. memang best...sebab dalam novel pun dah best...tapi azie tak tau teater mereka mcm mana...adakah sama?atau sebalik nya...jom ZH...memeriahkan teater di sana...weee

      Delete
  3. macam best je..macam menarik je..kalau berpeluang nak tengok jugalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...mcm meriah jer....mcm terujer...sebab ada puteri di sana...jom kita support sama2...ahaks

      Delete
  4. Replies
    1. aik ! tak tengok lagi dah best...bagus cik nie...ngeh3...maap ! memang best pun...ahaks

      Delete
  5. citer yg cmni sy xtau.. tapi chuck norris sy tau laa, hukk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh ! x tau x per azie kasi tau...hehehe
      azie pulak x kenal norris tu siapa....caliph awk jgn mcm2...weee

      Delete