Monday, August 20, 2012

Pohon Epal Berbuah Cinta - Episod 4


سم الله الرحمن الرحيم

Salam Blogger, 

Di luar dugaan sang pemilik kebun menggelengkan kepala. "Satu tahun aku telah melihat kerja mu, entah kenapa aku masih belum dapat keikhlasan untuk semua itu." Tsabit terperanjat mendengarnya, wajahnya yang ceria kembali muram. "Lalu, apalagi yang harus aku lakukan untuk Tuan?" tanya Tsabit. "Mahu kah engkau menambahnya satu tahun untuk mu, tetapi terserah semua tergantung pada mu ?" Walaupun dengan berat hati, Tsabit pun mengiakannya.

Satu tahun kemudian, Tsabit kembali menghadap pemilik kebun dan bertanya adakah dia telah menghalalkan apa yang dia makan dulu. Si pemilik kebun itu menggelengkan kepala. "Tsabit, aku tak akan lagi menambah waktu untuk mu bekerja kepada ku. Aku hanya ingin minta satu hal dari mu. Jika engkau bersedia, maka aku akan menghalalkan buah yang kamu makan dulu. Bagaimana?" tanya tuan pemilik kebun.

"Katakanlah Tuan, jika aku mampu aku akan melakukannya untuk mu," jawap Tsabit. "Engkau harus menikahi puteri ku." Tsabit bin Ibrahim benar-benar tidak memahami apa yang menjadi jalan pemikiran si pemilik kebun, bagaimana mungkin hanya kerana sebiji buah epal, dia harus menebus dengan cara yang berat. Tsabit semakin kehairanan dan bertahun-tahun dia tinggal di kediaman si pemilik kebun tetapi dia tidak pernah melihat orang lain kecuali si pemilik kebun. Bagaimana mungkin sekarang dia mengatakan kalau dia memiliki seorang puteri. 




Si pemilik kebun meneruskan kata-katanya,....

Bersambung...next episod ! 

8 comments:

  1. Replies
    1. baik lah ...dah sampai ke puncak dah nie...semakin tamat !...weeeee

      Delete
  2. sebab termakan sebiji epal...tapi kemudiannya dpt kawin eh? wahhh....wahhhh...wahhhh...kesyiokkk laa...hehehe

    p/s: sebenarnya ayie dah pernah baca kisah nih...termasuk dlm kisah2 sufi kan? ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm...mungkin akan betkahwin atau mungkin tidak...

      P/s-yg tu azie x pasti....kekeke

      Delete
    2. aik? versi yg ayie baca tu mereka kahwin dan kemudian dpt anak yg kemudiannya jadi ulama tersohor... :)

      Delete
    3. haaaa....kata byk versi kan...sure mcm2 cerita di reka agaknya...ahaks

      Delete
  3. yup, mmg pnah baca citer ni dulu.. tapi dh x ingat endingnya.. yg penting msg tersurat & tersirat tu kn ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa....dah baca heh !ok nanti azie akan ingatkan ending dia ok....wait yea !

      Delete