Monday, January 6, 2014

Wanita perlu lebih tidur

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,

Assalamualaikum


Wanita yang kurang tidur dikatakan sering 
mengalami kemurungan dan kerap marah.
Otak lakukan banyak tugas pada siang hari ambil masa pulih

Siapa memerlukan lebih banyak tidur, wanita atau lelaki? 

Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki jawapannya: 
Otak wanita memerlukan lebih banyak masa 
untuk pulih kerana melakukan banyak tugas pada siang hari.

Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki 
yang tidak mendapat cukup tidur.

wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan 
kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang.



Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak 
seharusnya lebih lama daripada 90 minit 
kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk. 

“Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab 
untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, 
memisahkan dirinya daripada deria dan 
masuk ke dalam bahagian pemulihan.

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.

Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih 
kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding 
lelaki kerana melakukan pelbagai tugas.

p/s:-dah jom tido girl !!

28 comments:

  1. Baru tau kurang tido boleh rosak otak ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm...memang pun !!silap hari bulan bole syahid...kekeke

      Delete
  2. salam azie
    Erm..begitu rupanya.
    Pekabar azie?
    Maaf lama ta tak dtg sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam TA
      begitulah sepatutnya...
      khabar baik TA
      its ok TA...biasa2 jer...hehehe

      Delete
  3. assalamualaikum..azie s:)

    lelaki dan perempuan ada beza dlm lama masa yg diambil semasa tidur eh? baru tahu nih...ingatkn sama jer..

    lelaki pun sama byk berfikir dan melakukn tugas kn? weeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ayie s:)
      entah...apa yang azie baca mcm tu lah...perempuan memerlukan masa tido yang lebih utk kembali cergas dan gembira...weeee
      lelaki stamina dia lain sikit...perempuan macam2...sebab perempuan nie rajin...keje yang tak sepatutnya buat mereka buat...hehehe

      Delete
  4. Azie....sebab orang laki leih kuat stamina dari orang puan kut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ! betul lah tu...lelaki tido sekejap tapi bermakna sudah cukup...hahaha
      rasanya lah kot..

      Delete
  5. Akan pastikan tidur yg cukup..nice sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes...that right !tinggal kan keje2 yg dibuat tu semasa dirumah...ambil waktu berehat dan tido sekejap...tq

      Delete
  6. Terlebih tidur pula jadi malas..hehe.. Nice sharing.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugak...rasa tido dah lama tapi malas nak bangun...kita sambung...hahaha...bangun2 lapa...kekeke...mcm tau jer siapa ?!weee
      tq

      Delete
  7. Perempuan memang kuat tidur. Tengok kakak saya pun dah tahu. Banyak memikirkan berjalan dan shoppingkan. Hehehehe...

    ZH Blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! betul2...hahaha...yg tu kene tanya perempuan yang lain...kita sanggup!...ahaks

      Delete
  8. oh camtu ke..ok lepas ni kena tido awal...tak boleh jenguk blog azie malam malam ...kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...ok bole...klu puteri nak tido...tido dulu cergas kan minda dan simpan tenaga...agak2 dah bangun makan semua...baru terjah blog azie ehh...hahaha...

      Delete
  9. kalau mcm tu kena dapatkan tidur yang berkualiti la pas ni..tak ada asyik nak naik angin je kan..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha...klu naik angin tau lah tu..x cukup tido...tido asal ilang penat dan mengantuk...rasa nya sudah cukup...jgn tido 3 hari 3 malam...kekeke

      Delete
  10. oooo...begitu ye...kalau mcm jom kita tido hehej

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha...begitu KY...apa lagi dah lewat nie...jom tido...hehehe

      Delete
  11. CN wajib tidur sekejab lepas balik sekolah..lembik badan kalau tak tidur ! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ! bagus mcm tu cikgu...lepas bangun kan...mcm2 keje bole buat...rasa bersemangat...baru lah semua nya teraturkan...

      Delete
  12. Hai, Selamat berkenalan. Ini blog baru, kalau sudi jom berkenalan disini : Segmen Suai Kenal Peminat Kopi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai , salam kenal...alritey thanks singgah blog azie...nice to meet you..i will visit you later..ahaks

      Delete
  13. bella suke tidoo.. heheee. salam kenal n foloow back =)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum azie syg! hahaha

    Selalunya, sblm pukul 12 lana dah tido.. sebab dah dibiasakan..kul 10 macamtu dah masuk tido..memang kalau lebih dari kul 12, esoknya badan letih sgt, takda mood.

    ReplyDelete
  15. kesimpulannya, menternak lemak itu penting kn kn ;p

    ReplyDelete