Wednesday, November 5, 2014

Tentang Kita - I'm a Hero (Baby Awesome) #part5

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum


she is a girl

Setiap petang memang aku busy sangat-sangat untuk 
menyiapkan tugasan terakhir sebelum balik.
Tugasan ini memerlukan 200% kecekapan mata 
dan kepantasan jari jemari untuk disudahkan.
Namun ada perkara yang berlaku tanpa di duga.

Tanggal 3/11/2014 lahirlah seorang puteri yang sangat comel dipangkuan aku.

K.Gouri:Joyah ! sini sekejap nak tanya ni
Aku:Kejap-kejap k.gouri last case ni..ok siap !im coming
K.Gouri:Joyah ! hospital kerajaan mana yang paling dekat area KL ni.Ina macam nak bersalin dah ni.
Aku:K.Gouri tanya saya , memang tak lah saya nak tau , saya tau putrajaya..itu pun jauh dari sini.
K.Gouri:Naik kete aku lah  , ina nak balik tapi dia tak boleh jalan dah ni.
Aku:Kawan..awak okey ker ?!bertahan tau , k.gouri tak boleh bawak kete , sekarang waktu tengah jem.Sebab orang nak balik keje.Jangan!
Ina:haaa...kita tak tahan , dah call suami kejap lagi sampai.Tapi saya tak boleh jalan.ehh! air ketuban kita dah pecah..<muka merah tahan sakit>
Aku:K.gouri macam mana nie.Ya Allah kawan sabar kawan sabar..kejap-kejap , mek call ambulans mek , ina nak bersalin dah. Air ketuban dia dah pecah.
Ina:tak tahan dah.
K.Gouri:Joyah ! baringkan ina joyah!
Aku:K.Gouri cepat.Kawan turun dari kerusi , baring kat bawah lantai.
Ina:Kak Azie , baby kat kat bawah dah.
Aku:Yee.

Tiada pengalaman menjadi seorang Doctor 
mahupun apa-apa bidang dalam perubatan.
Dengan tindakan pantas , aku cepat-cepat menyelak skirt maxi , dan menanggalkan seluar panjang serta seluar comel Momy Ina yang akan melahirkan baby nya.
Hanya sekali teran saja , kepala baby sudah nampak dan aku menariknya keluar tanpa memakai sarung tangan.Baby mula menagis kecil.
Baby selamat dilahirkan di offices kami dengan mudahnya.
Aku tersentuh , sangat menakjubkan.Sebak di dada aku tahan.Tak boleh fikir.
Ianya berlaku dengan sekelip mata , tiada sebarang masalah yang merbahaya.

Namun , kami kebimbangan..
bagaimana tali pusat dan uri yang tertinggal di dalam perut ibunya.
Peluh membasahi dahi.
Staff-staff yang lain sudah berkerumun di tempat kami , namun tiada apa yang mampu mereka lakukan.
Terkedu !
Tak percaya !
Ya Allah !
Ya Allah !
Ya Allah! 

Hanya Kau saja yang dapat membantu.
Panggilan telefon disambungkan kepada doctor untuk membantu aku dalam mengguruskan tali pusat bayi serta uri.
Serius ! ini memang memerlukan keberanian dan ketangkasan 
dalam situasi kecemasan.
Silap langkah kemungkinan pasti akan berlaku.

Aku menarik nafas panjang ,sepatutnya  tali pusat baby itu aku perlu potong.
Namun , lain jadinya.Aku ikat ketat-ketat tali pusat bayi itu 2cm meter dengan hanya menggunakan kain casa.
Maka baby itu mula termuntah dan cecair mulai keluar melalui hidung.
Baby selamat , dan mula tidur dipangkuan ibunya.
Syukur awak selamat kawan.

Aku:Kawan , awak sakit cakap.
Ina:Saya macam nak bersalin lagi.
Aku:kawan , tahan itu mungkin uri awak.Kalau awak keluarkan juga , nanti darah semakin banyak dan awak akan kehilangan darah nanti.
Kejap lagi ambulans sampai.Bertahan kawan , kami semua ada.Baby awak sihat , cantik kawan.Tahniah !Awak memang kuat.
Aku:Kawan kaki awak lenguh ker?!kita pegang tau.Sakit cakap.Sekejap lagi suami awak sampai.Ha! itu pun dia.

Staff dan pekerja-pekerja lain semakin ramai.
Aku setia menemani ibu dan baby.Sehingga lah ambulans sampai , dan pusat bayi dipotong untuk memisahkan ibu dengan bayi dan mereka di bawa pergi 
ke hospital.
Sebelum itu , si suami mengqamatkan bayi perempuan mereka.Sungguh tersentuh !mengalir juga air mata aku.
Kini momy dan baby selamat dan sihat.Alhamdulillah , terima kasih Ya Allah mempermudahkan segalanya
Saya sungguh bertuah ! segala-segalanya di depan mata.Hanya insan-insan terpilih saja yang mampu melihat.

Begitulah , setiap yang berlaku pasti ada sebab dan hikmah.Kalau Allah kata "kun faya kun" jadilah maka jadilah ia dengan kebesarannya.
Tiada siapa boleh menidakkannya.Dia lagi maha mengetahui setiap apa yang berlaku.

#keepreading


13 comments:

  1. Assalamualaikum.. azie s:)

    hari isnin lepas eh. azie dah keluar wad la. alhamdulillah.

    lepas sakit tiba2 Allah beri azie pengalaman berharga utk dikongsikn di entri part #5 nih. pastinya sebuah pengalaman yg akn azie dan ibu terlibat kenang sampai bila-bila kn.

    untung la ada fb bole kongsi pic baby tu...ahaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam , tapi masa kejadian tu azie tetiba sakit gastrik , baru balik dari klinik check up. Masuk opis ada kes lagi hebat allah uji...Yes sangat manis pengalaman nie dan x akan dilupakan sampai bila2...best moment ever in my life....

      huhuhu...fb saja , sama juga di sini

      Delete
  2. Allahuakbar, bergenang air mata zarith baca entry ni. Terasa kebesaran kekuasaan Allah =)

    http://butikgebugebu.blogspot.com/2014/11/brat-diet-untuk-anak-cirit-birit_80.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ok done follow. Salam perkenalan =)

      Delete
    2. tu lah , pengalaman yg sangat bermakna..lepas ni kalau ada kawan2 yg nak bersalin secara tiba2...azie dah tau dah mcm mana nak handle..harap dipermudahkanlah...klu yg susah tu..kene pergi hospital jugak...he3

      Delete
  3. pengalaman tu pasti ingat sampai bila bila kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang akan ingat rasanya...best moment kan...ahaks

      Delete
  4. speechless...memang satu pengalaman yang pasti azie dan semua yang berada kat situ tak mungkin lupa sampai bila-bila kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes memang kelu , ada yg menagis , ada juga yg pengsan , sebab x pernah mengalami situasi cemas mcm tu kan...mmg x mungkin lupa...nak2 lagi kwn rapat yg selalu ada pulak tu...

      Delete
  5. Wah pengalaman berharga ni. Tahniah Azee boleh handle . amazing. Alhamdulillah semua selamat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee sgt berharga , thanks alhamdulillah...

      Delete
  6. pengalaman yg xmungkin dilupakan yea.. tahniah.. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahh....sangat berharga...thanks singgah sini...salam kenal

      Delete