Tuesday, December 2, 2014

Tentang kita - Paksaan #part9

سم الله الرحمن الرحيم
Salam Blogger,


Assalamualaikum


Aku:ayang , ayang nak kawan dengan kawan kita tak, dia mungkin solo.
Dia:Mungkin solo , memang tak lah ! ayang nak sayang jer.Sayang jangan nak pass ayang dekat orang lain.Ayang tak nak.
Aku:Eleh ! macam lah orang tu nak kat dia , kita cakap jer , mungkin ayang boleh kawan saja dengan dia, kalau ada jodoh lagi bagus.Kita suka
Dia:Masalah nya sayang , ayang tak suke ! bole tak jangan paksa-paksa.Sayang nie cakap benda-benda macam ni kenapa?! sayang nak tinggalkan ayang eh!ayang tak kan tinggalkan sayang.Paham !
Aku:ehh! itu pun nak marah , mana lah tau kan dalam kawan-kawan tu ayang suka dekat dia.Benda bole berlaku.Lepas tu..
Dia:Lepas tu apa?! lepas tu senang lah sayang cari orang lain kan , tinggalkan ayang macam orang gila.Sayang nak ker macam tu?!
Aku:Masalahnya sekarang ni , kita nak ayang bahagia.Paham tak bahagia?
Dia:Itu bukan bahagia sayang , itu buat ayang lagi derita.Ayang tak leh hidup tanpa sayang.Ayang nak sayang juga.noted ! 

Aku mengeluh lama.Degil betullah dia ni.Aku nak dia bahagia.Salahkah aku memberi ruang dan jalan untuk dia bersama orang yang akan mencintai dia.Aku tak mampu memberi kebahagian itu.
Ya Allah , macam mana nak buat ni.
Balik saja dari pejabat otak ni tak habis-habis memikirkan perkara siang tadi.Nak bertindak ikut arahan karang tak mungkin terjadi.
Langgar arahan karang , macam menarik.Nanti kene balik kat diri sendiri.Diam jelah.Sampai saja di rumah , tidak sempat tudung aku buka ,
satu pesanan ringkas mengatakan dia sudah sampai.
Awal pulak tu sampai rumah selalu lewat balik kerja.
Mesti ada sesuatu ni.Aku biarkan pesanan itu tanpa di balas.
Berehat-rehat di dalam bilik adalah rutin aku setiap malam.Aku jenis yang suka menonton tv sehingga lewat malam.







Dia:sayang...
Dia:sayang...
Dia:sayang...
Aku:ya ! ada ni..
Dia:dari petang tadi , dah nak malam baru nak balas message ayang , sayang pergi mana?kenapa tak jawap bila ayang call?!
Aku:ada saja , kan on the way balik kerja , mana sempat nak balas message semua.Ayang ada call kita ker?!tak dengar apa-apa pun.
Dia:yaker , cuba sayang check handphone sayang tu macam mana?!tak kan lah tak ada langsung.
Aku:Ada message jer tadi , tapi call macam tak der lah pulak ,eh ! sorry.
Dia:kenapa sorry ! 
Aku:macam ada miss call saja..sorry-sorry , kenapa kita tak dengar bunyi ya , pelik nya.
Dia:handphone sayang tu dah rosak kot, ker sayang sengaja tak nak angkat!
Aku:bila masa tak nak angkat pulak , dah tak dengar , nak buat macam manakan?!tapi ayang nak cakap apa?!
Dia:ayang nak cakap rindu kat sayang.Sayang balik kerja tak cakap apa pun kan.Ayang call lah sayang.
Aku:Maaflah tak perasan pun , padan muka.
Dia:oh ! padan muka kat kita , siap lah sayang nanti.
Aku:ayang nak buat apa?!tak payah nak siap sangat eh ! siap nak tido adalah.Dah pergi tidur sana.Jangan kacau kita , nak tengok drama omputeh ni.
Dia:sayang jangan tidur lewat sangat , esok nak kerja pagi.Nanti tak cukup tidur , sayang sakit nanti.
Aku:kalau sakit makan ubat jelah nanti.Mudah bukan.
Dia:ada jer nak melawan cakap kan.Degil betul.
Aku:memang pun , ada orang tu suka paksa-paksa, orang tau lah nak tidur bila.
Dia:oh ! sayang paksa ayang tak per , ayang nasihat sikit tak bole.
Aku:Ok ! fine.
Dia:Marah lah tu , ok sayang , tidur tau..ayang sayang sayang , muah !


Kata orang cinta dan kasih sayang itu tidak boleh dipaksa-paksa.
Ia datang dengan sendiri nya.Tapi dalam hal ini , cinta itu perlu di cari dan kasih sayang itu perlu dipupuk supaya dua hati menjadi satu.
Adakah anda tahu percintaan itu banyak maksudnya.
Ya !cinta itu amanah ! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak 
yang perlu dituntut.Apabila jatuh cinta kepada seseorang , kita rasa seolah-olah kita memerlukannya.Kita mahu memilikinya ,kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas.
Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi,tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka.
Namun bukan itu yang lebih utama ,kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita , orang yang kita suka belum tentu menyukai kita.Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh
Allah kepada kita ini , kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka.Jika dapat memikat hatinya.Alhamdulillah.Tetapi jika tidak,usahlah mengungkit dan berdendam.Lepaskan lah dia pergi dengan lapang.

#keepreading

2 comments:

  1. Assalamualaikum..azie

    serius kata2 akhir entri azie tu..yang ayie nak buat utk entri blog daku sebelum ni tajuk "Jika Kamu Mencintai Sesuatu..." tapi bila nak taip x menjadi sampai berhari2...x sangka azie yg dpt ilham diberi Allah utk ayat tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..
      yee , mungkin sama lah nie , x per ayie bole jer copy pastekan ayat tu...semua pun bole..cuma aturan ayat tu kasi cantik sikit...ahaks

      Delete